Thursday, April 15, 2010

Peneroka Lembah Klau dakwa ditipu

Projek Empangan Lembah Klau, Raub, Pahang yang bernilai RM2 bilion bagi menyalurkan bekalan air ke Selangor telah muktamad dan untuk tujuan pengambilan tanah penduduk di kawasan berkenaan telahpun dibayar pampasan sebanyak RM4,000 bagi setiap hektar.

Seluas 1,400 ekar tanah penduduk Felda Lembah Klau diambil di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dengan 474 peneroka terlibat. Namun tidak semua tanah-tanah yang diambil itu akan ditenggelamkan menjadi empangan, malah sebahagian besar akan dijadikan kawasan penampan (buffer zone).


Menurut janji asal, di kawasan tersebut peneroka bekas pemilik tanah berkenaan dibenarkan untuk menuai hasil masing-masing. Namun apa yang terjadi kini, para peneroka-peneroka tu tidak dibenarkan menuai hasil di ladang bekas tanah mereka sendiri itu. Bahkan empat orang peneroka pernah ditangkap dan bermalam di lokap hanya gara-gara dituduh menceroboh tanah sendiri.

Dalam sidang media yang diadakan oleh wakil penduduk bersama peguam di sini 13 April lalu, mereka mendakwa semasa menerima bayaran pampasan, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Tanah dan Galian (JKPG) ketika memberi taklimat di Dewan Orang Ramai Lembah Kelau telah berjanji mengekalkan hasil ladang boleh dituai oleh bekas tuan tanah.

Apa yang terjadi selepas itu apabila mereka masuk ke ladang untuk menuai hasil mereka ditangkap berlaku kekecohan. tidak cukup dengan itu, papan tanda (lihat gambar) telah dipacakkan di merata penjuru ladang di situ yang mencegah mereka daripada masuk menuai hasil sebagaimana yang dijanjikan peringkat awal kerana ladang telah diserahkan kepada JKKK dan memasukinya dianggap menceroboh.


No comments:

Post a Comment