Sunday, April 4, 2010

Pertandingan Motorcross DPPR dan belia

Oleh PEMUDA MUADZAM

Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin (DPPR) dengan kerjasama kelab motor belia Cenderawasih dan Gugusan Keratong sekali lagi akan mengadakan pertandingan Motorcross. Berdasarkan permintaan serta sambutan yang amat menggalakkan dalam program Cakne Rakyat tempohari DPPPR kali ini cuba menganjurkan sukan permotoran ini dengan penglibatan yang lebih meluas.

Pertandingan kali ini bakal diadakan di litar motorcross Perkampungan Cenderawasih pada 11 mei ini. Segala persiapan awal telahpun dibuat dan pihak penganjur sedang sibuk mengatur persiapan tempat serta mengedar borang penyertaan.

Setakat ini dua kali mesyuarat jawatankuasa penganjur telah pun diadakan yang melibatkan exco DPP dan pengurusan kelab motor belia di sini.

Menurut Ketua DPPPR Ustaz Nazri Hj Ahmad kerjasama ini amat memberansangkan dan diharap kepada sesiapa yang berminat dapat mendaftarkan diri lebih awal untuk pengesahan tempat.

Apabila di ajukan soalan berkenaan minat DPPPR dengan sukan ini beliau menjelaskan, “ sukan permotoran bercorak lasak dan aksi semakin diminati oleh golongan muda. Dari sehari ke sehari satu demi satu litar aksi sukan lasak ini dibuka dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada meeka. Ini satu perkembangan yang sihat dan wajar diberikan sokongan oleh pelbagai pihak.

PAS menerusi dewan pemuda mengambil peluang ini sebagai ruang untuk mengeratkan lagi hubungan dengan golongan belia dan mengajak mereka untuk bersama-sama memperbaiki keadaan sosial masyarakat yang kian parah . Kami bertindak sebagai duta Penyelamat dan Kasih-sayang”, katanya.

Menurutnya lagi selain motorcross acara sukaneka akan diadakan sebagai selingan di sebelah petang. Pertandingan motor cantik, acara motor lambat dan tarik tali sebahagian daripadanya. Kepada penggemar sukan ini bolehlah membanjiri litar Motorcross cenderawasih pada tarikh tersebut.

No comments:

Post a Comment