Friday, March 30, 2012

Bekas TPJ, SUP PAS Pahang kembali ke rahmatullah

Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Cikgu Yusof Ibrahim telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu (28 Mac) lalu kira-kira jam 5.30 pagi di rumahnya di kampung Kempadang, Kuantan.

Allahyarham, 68, menjadi TPJ (1987-1993), Setiausaha Badan Perhubungan (1981-1983) dan Bendahari PAS Negeri (1993-2000).

Yusof berasal dari Parit, Perak datang menabur bakti ke Pahang dengan bertugas sebagai guru (selama 28 tahun) pada tahun 1967 dan terus aktif dalam PAS.

Bekas Guru Penolong Kanan itu pernah menjawat Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuantan.

Meskipun tidak mempunyai jawatan penting, tetapi semasa hayatnya banyak menyalurkan sumbangan kepada perkembangan Islam di Kuantan.

Beliau pergi menjejaki sahabat karibnya iaitu seorang lagi tokoh PAS Allahyarham Bahrin Mohamad.

Semoga pemergiannya disambut restu dan rahmat Allah sebagai ganjaran perngorbanan dan perjuangannya selama ini.



Thursday, March 29, 2012

Ini berita baik!

Pelakon terkenal dan penyanyi sensasi sensasi Abby Abadi, menyatakan dalam facebooknya bahawa beliau sudah mengenakan tudung menutup aurat.

Bahkan janda tiga anak itu mengharapkan komitmennya mengikut suruhan Allah Taala itu didoakan semoga berkekalan.

Baguslah, palakon minat watak polis itu sudah mendapat hidayah walaupun sebelum ini terpaksa menempuh dugaan dalam hidup berumahtangga. Sebab ada orang yang sudah bertitle hajjah sekali pun (kerana tunai haji ke Mekah) masih tak reti nak tutup aurat.

Moga-moga selepas ini Abby akan sertai PAS pula.

Allhuakbar!

Skuad khas seks Umno, PRU paling menjijikkan

Sebelum ini ramai melihat negara ini bakal mengharungi pilihan raya umum (PRU) paling kotor sepanjang sejarah kerana Umno/BN didakwa memilih untuk menang melalui pemebrian mudah mykad kepada pendatang asing.

Namun oleh kerara taktik tersebut belum mampu meyakinkan pemimpin tertinggi mereka untuk menang, satu lagi taktik kotor akan dilaksanakan menjelang PRU ini iaitu serangan seks dan lucah terhadap peribadi.

Lidah rasmi Umno sejak beberapa hari ini menyiarkan di muka hadapan ‘persepakatan’ atau skuad khas upahan parti itu untuk menyerang peribadi Ketua Pembangkang di parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Teorinya mudah, jika PR mara ke Putrajaya dan kerusi PKR banyak maka Anwarlah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Inilah yang amat ditakuti sekelian pemimpin Umno kerana Anwar dikatakan mengetahui satu demi satu rekod rasuah dan salah laku pimpinan Umno.

Untuk menyekat perkara tersebut berlaku Umno, sudah tentu dengan nasihat Apco, mengambil jalan mudah menyerang peribadi Anwar dengan cerita-cerita lucah, seks dan porno.

Sudah tentu menurut think-tank Apco yang diupah Umno, majoriti Melayu pinggir bandar akan termakan dengan dakyah seumpama itu apabila akan dimainkan puluhan kali oleh satu lagi lidah rasmi Umno, Tv3. Di sesetengah tempat, Tv3 merupakan satu-satunya sumber maklumat kepada kelompok Melayu yang miskin maklumat itu.

Lantaran itu dijangkakan selepas ini serangan seks, lucah dan kisah peribadi akan dilaungkan bagi cubaan mewujudkan gelombang serangan ke pemikiran rakyat keseluruhan.

Penubuhan skuad khas ‘team-lucah’ Umno yang dipampangkan di muka hadapan lidah rasmi Umno membuktikan mereka akan pada bila-bila masa menyebarkan cerita seks, lucah dan porno.

Untuk apa?

Tujuannya ialah supaya PR akan teruja untuk menjawap fitnah tersebut satu persatu sehingga melupakan tugas sebenar untuk memberi penerangan serta tawaran kebajikan kepada rakyat jika PR mengambil alih tempat Umno-BN.

Hasilnya pimpinan PR terperangkap untuk menangkis dengan isu ciptaan skuad seks Umno tadi.

Akhirnya cerita rasuah pemimpin, keborosan berbelanja isteri Perdana Menteri, penyalahguanaan dana rakyat seperti NFC dan ratusan kes lagi, cerita rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang dan ribuan kes lagi tidak sempat dijawap dan didedahkan.

Tawaran kebajikan, kebaikan pemerintahan dan kemakmuran negara jika Putrajaya berada di bawah PR juga tidak sempat dihuraikan kepada rakyat.

Dengan lain-lain perkataan, skuad seks upahan Umno ini sebagai cubaan menghalang kemaraan rakyat.

Justeru rakyat perlu disedarkan segera bahawa jika mereka terpengaruh dengan agenda terancang Umno ini, bermakna mereka sengaja mahu menempah kesengsaraan pada masa depan!


Saturday, March 24, 2012

Bekas Adun Umno mahu sertai PAS, PAS Pahang jangan ‘lewat’ lagi

Seorang bekas Adun BN Pahang daripada Umno sudah menyatakan hasrat untuk menyertai PAS kepada rakan-rakannya.

Dulu saya dengar di hujung-hujung telinga saja, tetapi terbaru disahkan oleh rakan karibnya sendiri yang juga bekas Adun yang sudah cabut meninggalkan Umno.

Tokoh muda yang hanya bertahan sepenggal di Dewan Undangan Negeri itu sebenarnya berkelulusan agama dan pernah berucap dalam Perhimpunan Agung Umno dulu.

Latar belakang keluarganya sememangnya karat Umno, tetapi bapanya orang perjuangan dan agak berpengaruh manakala rakan-rakannya pula sudah sekian lama di kalangan orang PAS.

Saya sebenarnya secara peribadi amat mengenali beliau, iaitu sebelum diangkat menjadi YB tempoh hari. Perhubungan kami amat rapat pada satu ketika terutama berkaitan perniagaan. Jika sekarang ada orang bertanya tentang saya kepadanya, saya yakin dia masih mengingati saya!

Kekaguman saya kepadanya ialah beliau sangat jujur dalam bersahabat dan tidak mengkhianati kawan serta suka berterus terang lagi pemurah. Itu saya pasti betul-betul.

Satu perkara yang saya amat menyanjunginya ialah boleh menguasai dua bidang sekali gus yang jarang bakat ini ada pada satu orang, iaitu pintar berpidato dan cekap menulis.

Beliau dikatakan sudah berada di pentas pidato dan debat sejak zaman persekolahan lagi. Apabila berpidato, beliau gemar menyelang-nyelikannya dengan pantun dan seloka sehingga mampu memukau ramai.

Manakala ada beberapa buah buku tulisan beliau pernah diterbitkan (saya juga diberikannya buku itu) yang ditaja oleh Najib Tun Razak sendiri ketika itu.

Memang pada ketika itu beliau sudah Umno, tetapi pada tahun 1998 itu beliau menyokong reformasi kerana menentang pemecatan Anwar Ibrahim.
Beliau beristeri dua, tapi lantaklah itu apa saya peduli. Lagipun beliau memang tampan dan keluarganya dihormati.

Lama saya tidak mendengar berita mengenainya kecuali sesekali beliau dikatakan berulang ke Indonesia.

Beliau orang perjuangan seperti ayahnya. Kali ini beliau mahu meilih PAS dan kita harap janganlah berlengah lagi.

Kita masih ingat pada satu ketika dulu pernah Dato’ Fauzi Abdul Rahman menyatakan hasrat untuk keluar Umno dan menyertai PAS. Tetapi nyata PAS Pahang bertindak agak ‘liat’ dan bertangguh, mungkin atas sebab-sebab tertentu.

Datuk Seri Anwar lebih pantas apabila segera menemui Fauzi dan membawanya menyertai PKR dan diberikan jawatan Ketua Perhubungan.

Memang menyertai PKR lebih baik daripada terus menetap dalam Umno. Cuma rugilah bagi PAS, kerana pada asalnya beliau memang mahu menyertai PAS dan menyertai PKR selepas kelewatan PAS Pahang bertindak.

Kini sahabat saya (dia orang besar, saya orang kecil) sudah terbuka hatinya untuk menyeberang meninggalkan Umno. barangkali beliau sudah nampak 'Umno yang busuk hingga ke usus' sebagaimana yang dilihat Dr Mahathir.

Bagus, tahniah dan syabas. Semoga sukses dengan wadah baru ini nanti.

Lantaran itu mudah-mudahan kali ini PAS Pahang tidak terlambat dan kerugian lagi. Segeralah susuli tokoh muda berkenaan dan saya jangka eliau merupakan aset besar kepada PAS pada masa depan.


Thursday, March 22, 2012

PAS lapor SPRM pemimpin Umno, kerajaan khianat Tanah Rizab Melayu

KUANTAN: PAS Kawasan kelmarin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang dekat sini, berhubung satu penyelewengan tanah yang dilakukan oleh pemimpin Umno negeri ini.

Laporan dibuat oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuantan Sulaiman Md Derus bersama Naib Yang DiPertuanya Syed Anis Syed Hussin.

Dalam laporan tersebut, didedahkan satu penyelewengan tanah (No Hak Milik 7793, Lot 468 Seksyen 39) yang dilakukan oleh bekas Pengerusi Perhubungan Umno Pahang yang juga bekas Menteri Besar (MB) Tun Khalil Yaakob dan barisan exconya (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang).

Turut disebut, Khalil selaku MB ketika itu dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (MMK) telah berkerjasama memecah Tanah Simpanan (Rizab) Melayu Tok Sira kepada 14 lot perumahan yang masing-masing mempunyai pajakan 99 tahun dengan menggunakan Pasdec Corporation Sdn Bhd (Pasdec) bagi mengaburi mata rakyat atas tindakan ini.

Laporan menyebut, tanah berstatus Rizab Melayu di Tok Sira itu masih dirujuk atau dikategorikan sebagai Tanah Rizab Melayu sehingga ke hari ini berdasarkan maklumat daripada Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan serta Pejabat Ukur dan Pemetaan.

Sulaiman yang ditemui selepas ditemui selepas soal siasat SPRM berkata, permohonan telah diluluskan oleh MMK pada 2 April 1997 dan ia diberi milik kepada Pasdec pada 25 Oktober 1997.

"Antara yang menandatangani Borang 14A (pindah lot) tersebut pada 31 Disember 2001 ialah bekas Timbalan Menteri Besar Pahang Dato' Hassan Ariffin dengan harga RM76,499.

“Harga itu terlalu rendah jika dibanding dengan harga pasaran ketika itu iaitu RM213,000 seperti dinyatakan dalam surat pejabat duti setem bertarikh 23 Januari 2002)", katanya.

Sulaiman turut mendedahkan, antara MMK yang mendapat lot-lot tanah itu lagi ialah Rahadian Mahmud Mohd Khalil (anak bekas MB) bagi lot PN 7792, Lot 467, Seksyen 39; Datuk Omar Othman (Exco) bagi lot PN7800, Lot 475, Seksyen 39; Datuk Hamdan Jaafar (PKNP) bagi lot PN7803, Lot 478, Seksyen 39; Datuk Ibrahim bagi lot PN7804, Lot 479, Seksyen 39 serta ahli MMK lainnya.

Difahamkan, selepas lot-lot tersebut dipindahmilik kepada Exco terbabit, syarat tanah (Rizab Melayu) tersebut telah dilepaskan oleh MMK dipercayai bagi memudahkan urusan penjualan tanah tersebut kepada bukan Melayu.

Menurut Sulaiman, selepas syarat Rizab Melayu dibuang, tanah tersebut telah dijual kepada bukan Melayu dan ia bercanggah dengan dasar kerajaan sendiri sebenarnya.

"Seorang Exco telah menjual lot tanahnya kepada seorang bukan Melayu berbangsa Cina yang bernama Ti Lian Yeah pada 8 September 2004 dengan harga RM397,683.02 iaitu lebih daripada lima kali ganda daripada harga jualan Pasdec kepada beliau iaitu RM76,499.

"Yang aneh, lot tersebut masih dirujuk atau dikategorikan sebagai Tanah Rizab Melayu sehingga ke hari ini tetapi bagaimana ia boleh dipindahmilik kepada bukan Melayu?,” soal Sulaiman.

Malah, difahamkan Ti Lin Yeah telah menyerahkan semula pajakan lot tersebut untuk tujuan menukar pajakan 99 tahun kepada geran kekal (freehold).

"Saya rasa dalam isu ini, ia jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Umno telah menyalahgunakan kuasa untuk merampas Tanah Rizab Melayu untuk dijual kepada bukan Melayu.

“Perniagaan itu menguntungkan individu terbabit tetapi jelas sekali mereka telah khianat kepada orang Melayu itu sendiri", tegas Sulaiman.

Sulaiman menambah, pendedahan tersebut hanya satu kes dan dan beliau akan membuat pendedahan bersiri berkaitan penyelewengan tanah oleh Umno negeri apabila tiba waktunya.

Turut mengiringi Sulaiman ialah NGO Pengerak Anti Rasuah Dan Salahguna Kuasa (PEDAS) Ram Ponnusamy dan Pang Jon Kong di

Sementara itu Syed Anis berkata, PAS Kuantan terpaksa mendedahkan siri penyelewengan Umno terhadap tanah-tanah di negeri ini bagi menampakkan wajah mereka yang sebenar.

“Di depan rakyat mereka kononnya menjuarai hak orang Melayu tetapi bila dibelakang mereka dulu yang sapu. Sikap dan perangai ini tidak habis disitu, bahkan tanah, hutan dan balak dijual kepada bukan Melayu.

“Malah bekas Setiausaha Umno Pahang satu ketika dulu mendedahkan ladang sawit dan tanah milik Umno Pahang serta ladang-ladang milik beberapa buah anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang sudah terjual kepada bukan Melayu,” ujarnya.

Syed Anis menambah, PAS Kuantan dalam sedikit masa lagi akan mendedahkan bagaimana tanah Rizab Melayu Transit Kuaters di di tengah bandar Kuantan dijual kepada bukan Melayu.


GAMBAR
Sulaiman (kiri) sedang menjelaskan laporan kepada pegawai penyiasat SPRM. Di sebelah beliau ialah Pang Jon Kong, Syed Anis dan Ram Ponnusamy.

OKU sekolah agama dapat 6 A SPM

Sinar Harian TEMERLOH: Bagi sesetengah orang, mendapat keputusan 6 A dalam peperiksaan SPM mungkin perkara biasa sahaja. Namun oleh kerana yang mendapat keputusan tersebut seorang pelajar kelainan upaya (OKU), maka sudah tentu ia diterima dengan penuh bangga terutama keluarganya.

Keputusan 6 A SPM 2011 inilah yang diterima oleh Muhammad Badiuzzaman Khairil penuntut Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah di sini hari ini.

Badiuzzaman yang kini menuntut dalam Tingkatan 6 Bukhari Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sekolah tersebut merupakan penghidap penyakit kecacatan otot atau lebih tepatnya Congenital Fiber Type Disproportion Myopathy.

Akibatnya, anak sulung kepada lima beradik ini terpaksa ke sekolah dan belajar di atas kerusi rodanya sejak daripada Tingkatan 1 lagi. Pada masa ini beliau masih menerima rawatan lanjut iaitu sekali dalam masa tiga ke enam bulan di Hospital Kuala Lumpur.

Dalam keputusan SPM yang diumumkan seluruh negara hari ini, Badiuzzaman mendapat enam A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (A +), Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Ekonomi dan Pendidikan Al-Quran.

Ibunya, Rafeah Rasu yang turut ditemui bersama, berkata beliau sekeluarga menyambut dengan gembira keputusan peperiksaan yang diterima Badiuzzaman.

“Kami sekeluarga bersyukur dan sangat bangga dengan keputusan yang diperolehi Along (nama panggilan Badiuzzaman) apatah lagi dia tidak mengikuti mana-mana kelas tuisyen.

“Mudah-mudahan keputusan itu dapat mendorong adik-adiknya untuk mencapai keputusan yang lebih baik,” katanya yang merupakan seorang guru.

Badiuzzaman mempunyai seorang lagi adik lelaki yang menghidap penyakit sepertinya.

Bagi Badiuzzaman pula, beliau sendiri tidak menjangka mendapat keputusan seperti itu kerana katanya soalan peperiksaan SPM yang lepas memang susah dan menganggapnya anugerah Allah.

“Saya tidak ada cara-cara khusus atau strategi untuk belajar melainkan memberi tumpuan pada ketika cikgu mengajar dalam kelas dan selebihnya berserah kepada Allah,” katanya.

Bercakap tentang masa depan dan kerjaya pula, Badiuzzaman bertekad untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang ICT dan Multimedia kerana minat yang mendalam dengan bidang tersebut.

Sementara itu, peratus kelulusan pelajar dalam peperiksaan SPM bagi Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah telah meningkat hampir 30 peratus tahun ini.

Tuesday, March 20, 2012

Memalukan, bagaimana kerajaan tempatan boleh disita?

Semalam tercipta satu sejarah yang tidak pernah terjadi dimana Majlis Daerah Jerantut (MDJ) nyaris disita kerana gagal membayar saman yang diputuskan mahkamah apabila kes dibawa ke Mahkamah Sesyen Temerloh oleh seorang kontraktor.

Perkara seperti ini tidak pernah belaku sebelum ini, melainkan biasanya majlis daerahlah menyita premis orang lain.

Pelik. MDJ merupakan PBT di bawah Kerajaan Pahang yang dipimpin oleh Umno BN. Ahli Majlisnya dipenuhi oleh orang-orang Umno yang sibuk berebut projek majlis.

Ini satu lagi membuktikan kerajaan Umno-BN bukannya pandai sangat memerintah, tetapi mereka mempunyai kuasa, itu saja. Kalau dibiarkan lagi puak-puak ini mentadbir, alamat jahanamlah!

Boikot PSC tepat - PAS Indera Mahkota

KUANTAN: PAS Kawasan Indera Mahkota menganggap tindakan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat memboikot dan tidak menyertai Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) Loji Pemprosesan Nadir Bumi Lynas adalah tepat kerana tidak mempunyai apa-apa kuasa.

Yang Dipertuanya Nasrun Amir Abdullah berkata, lagipun badan tersebut hanya bersifat pelapor dan ditubuhkan sebagai gimik bagi mengambil hati rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

“Perdana Menteri sendiri sudah menjelaskan PSC tidak boleh mengubah atau membatalkan projek jadi apa guna kita sertai sedangkan rakyat mahukan projek Lynas dibatalkan kerana malapetaka mungkin boleh berlaku akibat kelemahan undang-undang alam sekitar, selain kemungkinan wujudnya amalan rasuah.

“PSC dilihat seperti ‘rubber stamp’ saja jadi boleh dianggap satu gimik untuk mengheret isu itu sehingga selesai pilihan raya,” katanya.

Nasrun yang juga ahli jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0 turut mempersoalkan kenapa baru sekarang jawatankuasa itu ditubuhkan, sedangkan semua fakta dikemukakan dengan jelas sebelum ini manakala rakyat pula sudah membuat keputusan untuk menolak projek tersebut.

Kelmarin Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan penubuhan PSC mengenai Lynas. Jawatankuasa tersebut bakal disertai empat wakil BN, tiga wakil PR dan satu wakil Bebas.

PSC tidak akan membuat keputusan mengenai nasib operasi Lynas sama ada ditutup atau diteruskan, sebaliknya satu proses pembabitan bersama orang ramai untuk kajian dan memahamkan mereka.

Sebelum ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengugumumkan parti itu tidak akan menyertai PSC kerana berpendapat penubuhan seperti diumumkan itu adalah tidak perlu.

Hari ini pula ahli-ahli parlimen Pakatan bertindak keluar dewan membantah PSC Lynas.

Nasrun berkata, pendirian PAS Indera Mahkota adalah jelas iaitu tetap bersama rakyat dan lokasi kilang Lynas di Gebeng adalah dalam Parlimen Indera Mahkota.

“Jadi jika rakyat tidak mahukan projek yang boleh membahayakan mereka, sepatutnya inilah masa yang sesuai Datuk Seri Najib Tun Razak berpegang kepada moto ‘rakyat didahulukan’ seperti yang diciptanya.

“Apa guna PSC, hanya satu perkara rakyat mahu Perdana Menteri lakukan iaitu tampil membuat kenyataan bahawa Lynas perlu keluar dari negara ini,” tegasnya.

Tambahnya, berapa lama lagi kerajaan mahu melihat rakyat terus dibelenggu kebimbangan berhubung isu itu dan apa lagi yang rakyat perlu lakukan bagi membantah projek tersebut.

Mengenai kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kuantan, Muhamad Suffian Awang yang tidak mahu penubuhan PSC dipolitikkan parti pembangkang, Nasrun berkata jawatankuasa itu sendiri merupakan tindakan politik berikutan bantahan terhadap Lynas seluruh negara.


Monday, March 12, 2012

Maki wartawan: Tok Nan gali kubur sendiri

KUANTAN: “Mana-mana pemimpin yang memaki hamun wartawan bermakna sedang menggali kubur sendiri,” kata Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad.

Beliau mengulas insiden Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang secara terang-terang menjerit mengatakan “wartawan bodoh”, “akhbar bodoh” dan mengulanginya beberapa kali ketika sidang medianya selepas perasmian Karnival Buku Pahang 2012 di sebuah hotel di sini kelmarin.

Beliau juga dikatakan turut mengusir wartawan-wartawan daripada akhbar Cina dan disaksikan oleh orang ramai.

Adnan bertindak demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan laporan akhbar-akhbar Cina yang yang menurutnya menyiarkan kenyataan beliau berkaitan sisa proses kilang Lynas akan dilupuskan di lombong tinggal di Sungai Lembing.

Suhaimi berkata, sepatutnya jika kenyataan tersebut bohong beliau memanggil sidang akhbar dan menafikannya bukan bertindak secara emosi.

“Wartawan adalah pelapor kepada rakyat apa yang kerajaan yang mereka pilih, ingin lakukan dan mereka bekerja secara profesional. Takkan itupun Menteri Besar tak tahu.

“Jadi mengusir wartawan samalah seperti mengusir rakyat. Sebab itu saya kata beliau mahu menggali kubur politiknya,” katanya.

Tambah Suhaimi, jika Adnan bertindak lebih matang beliau boleh mengarahkan pengawal hotel terbabit menghalang terus wartawan akhbar Cina masuk ke dalam hotel itu daripada menjerit dan menghalau wartawan berkenaan.

Sementara itu Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) turut mengutuk keras kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kerana menggelar petugas media sebagai "bodoh".

Presiden NUJ Chin Sung Chew berkata, pihaknya amat terkejut dengan reaksi Adnan itu dan menganggapnya sebagai menghina maruah wartawan, biadap dan turut mencampuri kebebasan media.

Menurut saksi, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar dan mencabar aksi itu disiarkan. Tiga wartawan akhirnya meninggalkan sidang akhbar tersebut.

Sebelum ini Adnan juga pernah dikaitkan dengan “samseng” kerana pernah menunjukkan isyarat lucah ketika hari pencalonan Pilihanraya Kecil Sanggang, Temerloh.

Adnan juga pernah naik angin dalam dewan undangan apabila dicelah oleh ketua pembangkang daripada PAS ketika itu Ustaz Idris Omar.

~ Harakahdaily

Kerajaan BN bacul - Mazlan Aliman

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Tanah PAS Pusat Mazlan Aliman menganggap penahanannya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu malam tadi mencabul hak asasinya sebagai warganegara Malaysia.

Dalam kenyataan medianya beliau menjelaskan tindakan Kerajaan BN Sabah yang di dalangi Ketua Menteri, Dato' Seri Musa Aman menghalang beliau masuk ke Sabah sebagai angkuh, bongkak dan bacul.

Tambahnya, Notis Penolakan Masuk di bawah Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 yang ditandatangani oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sabah, Addy Rizal bin Jamlidi yang diterimanya jelas digunakan secara salah.

“Berkali-kali saya persoalkan kenapa saya di tahan dan tidak di benarkan masuk ke Sabah, apa kesalahan saya, apa jenayah yang saya lakukan? Mereka mengatakan tiada alasan dan sebab melainkan arahan Pihak Berkuasa Negeri.

“Jadi ini membuktikan hak asasi saya telah dicabul.

“Saya di kawal ketat, dalam keadaan lapar. Bukan sahaja tidak diberi makan, segelas air pun tiada,” jelasnya.

Mazlan berkata beliau telah membuat laporan Polis di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan kemudiannya di hantar balik melalui penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur sekitar jam 11 malam tadi.

Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) menjelaskan, dua tahun yang lalu rejim Taib Mahmood juga telah memperalatkan Imigresen untuk menghalang beliau masuk ke Sarawak.

Justeru beliau berkeyakinan ini semua berpunca dari kebimbangan dan ketakutan regim Musa Aman dan Taib Mahmod dari kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman Kerajaan BN.

“Isu rampasan tanah Adat atau NCR berleluasa dan sangat kritikal. Kuasa Ketua Menteri sangat besar; sewenang-wenangnya tanah yang di duduki dan di usahakan penduduk puluhan tahun di rampas. Kononnya penduduk menceroboh kawasan hutan simpan dan tadahan air.

“Ada rumah penduduk yang dibakar, kebun di sodok oleh jentolak, tanaman musnah dicincang lumat oleh anggota penguatkuasa kerajaan negeri seperti Jabatan Hutan dll. Peliknya kawasan yang dirampas di beri pula kepada syarikat-syarikat kroni atas nama pembangunan”.

Tambahnya, rakyat menderita dan hilang pergantungan hatta menuntut hak di Mahkamah pun di tangkap, dipukul dan di penjarakan seperti yang berlaku di Pensiangan.

“Saya mengetuai Lajnah(Biro) Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat bersama rakan-rakan berulang alik ke Sabah Sarawak secara konsisten bertahun lamanya. Turun ke kawasan Pedalaman dan menyaksikan penderitaan rakyat.

“Kemiskinan tegar, kemunduran melampau, sangat kurangnya kemudahan asas dan tersiksanya rakyat akibat cengkaman regim BN yang menindas rakyat. 20 tahun ke belakang jika dibandingkan Semenanjung. Bahkan jika di ukur dengan negeri Kelantan pun seperti langit dengan bumi. Kelantan jauh lebih maju dan membangun daripada Sabah dan Sarawak.

“Saya bawa wakil penduduk ke Parlimen bertemu menteri dan pimpinan BN dan Pakatan Rakyat. Kita iringi mereka membuat aduan di Suhakam. Suhakam mengakui isu tanah Sabah dan Sarawak begitu kritikal dan political will pimpinan BN untuk menyelesaikannya sangat menyedihkan. Laporan Polis, serahan memorandum, bawa kes ke Mahkamah dan apa ruang telah kami lakukan, jelasnya” .

Mazlan menambah, pagi ini Himpunan 123 BANGKIT di adakan di perkarangan Pejabat Ketua Menteri. Ratusan rakyat yang datang dari Tawau, Keningau, Pensiangan, Kudat, Lahad Datu, Sandakan dan Sepanggar dengan bas sewa khas serta pengangkutan awam di layan begitu buruk oleh Musa Aman.

Harapan tinggi rakyat yang sengsara kerana tanah mereka di dirampas untuk mengiringi pimpinan Ngo dan pimpinan etnik kaum menyerah memorandum di anggap remeh Kerajaan BN.

“Adakah wajar pegawai rendah di tugaskan menerima memorandum hanya di 'tepi jalan' Wisma Negeri?
Mana pergi Musa Aman atau sekurang-kurangnya Menteri Kanan Sabah?

“Hina sungguh rakyat jelata diperlaku Kerajaan BN. Apa salahnya di bawa masuk wakil-wakil NGO dan penduduk sekurang-kurangnya di ruang tamu Wisma Negeri?

“Apa salahnya Kerajaan Negeri mendengar dulu isi hati dan derita rakyat?

“Ada penduduk menempuh perjalanan selama 12 jam hanya mampu makan nasi bungkus sepanjang perjalanan, tayar kereta pancit di tengah jalan dan macam-macam kesukaran yang di alami untuk sampai ke Pejabat Ketua Menteri. Begini kesudahan layanan Musa Aman. Mana slogan ' Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan?,” soalnya.

Tambah Mazlan, perjuangan rakyat akan di teruskan. Seperti slogan penduduk Sabah; 'Tanah adalah nyawa kami, tanah adalah kehidupan kami.'

Kami tidak akan putus harapan dan patah semangat. Regim Musa Aman wajib di tumbangkan!


Saturday, March 10, 2012

Bacaan penting untuk Tok Nan dan penyokong Lynas

Kenapa Malaysia Memerlukan Kilang Memproses Nadir Bumi Lynas @NajibRazak ?

Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Aku tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh.

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.

TETAPI

Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:

Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.

Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.

Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?

Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.

Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.



Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):
Kenapa saya kata Toshiba Protege Z830 boleh menandingi Macbook Air

Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.

Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.

Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.

Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:

Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Aku berpendapat, projek Lynas ini sangatlah tidak sesuai dan berisiko tinggi. Projek ini boleh dijalankan sekiranya lokasi kilang tersebut diletakkan dalam kawasan kawalan 35 km minimum seperti yang digariskan oleh kerajaan Australia dan boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada negara sekiranya cukai dikenakan terhadap syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Kalau dua yang aku sebutkan ini tak berlaku, maka sebagai rakyat tentanglah projek ini habis-habisan. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

Tugas aku melalui blog ini adalah untuk menyampaikan maklumat. Kepada blogger lain yang mempunyai rasa tanggungjawab, sampaikan maklumat ini melalui blog anda. Copy paste dibenarkan macam biasa. Tweetkan kepada Najib Razak. Harap usaha kecil sebegini dapat mengubah sesuatu.


~ http://ariffshah.com/malaysia-kilang-lynas-najib-razak/


Friday, March 9, 2012

Bertuah punya anak, ditinggalnya ibu lumpuh

Ceramah Mohd Sabu bersama Ariff Sabri, Aspan di Pekan 14 Mac

TEMERLOH: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu akan berceramah dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz pada 14 Mac ini di Pekan.

Pembantu Mohammad, Abdul Aziz Ahmad, memberitahu demikian bagi membetulkan berita Harakahdaily dan Harakah cetak sebelum ini yang menyiarkan ceramah tersebut akan diadakan 15 Mac.

“Terdapat kekeliruan. Sebenarnya ceramah mereka di Batu 9 Sungai Miang, Pekan ialah pada 14 Mac dan 15 Mac itu mereka akan berceramah di Raub.

“Turut bersama mereka berceramah ialah Aspan Alias iaitu seorang bekas bloger Umno dari Negeri Sembilan yang menyertai DAP baru-baru ini,” katanya.

Harakahdaily pada 1 Mac lalu menyiarkan berita Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan akan mendedahkan dalam ceramahnya tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Menurutnya, beliau turut akan mendedahkan tentang kelemahan Najib yang menguasai parlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada 1976.

Difahamkan, inilah pertama kali Mohd Ariff yang dikenali sebagai bloger Sak Mongkol berceramah di pentas PAS sejak mengisytiharkan keluar Umno dan menyertai DAP awal tahun ini.


Wednesday, March 7, 2012

Takkan PAS nak biarkan saja kenyataan ustazah yang 'halalkan pelacuran' ni?

Timbalan Menteri (Agama) Dr Mashitah ibrahim, yang satu ketika dulu pernah menghalalkan pelacuran (jika tujuan cari makan kerana terpaksa), dalam kolumnya di akhbar Sinar Harian (yang penuh dengan cerita tuduhan seks kepada pemimpin PR) baru-baru ini sungguh biadab sekali melepaskan fitnahnya tanpa sedikitpun rasa bersalah.

Antara lain dalam artikelnya menyebut: “Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Apa yang terjadi kepada Mashitah yang tiba-tiba saja menulis cerita seks? Kenapa beliau tiba-tiba dilihat begitu ghairah, genyal dan gelatat membicarakan soal seks? Apa yang terjadi dalam hubungan seksnya? Atau apakah gaji yang diterimanya dalam kementerian melalui wang rakyat untuk dia menyelesaikan isu-isu seks?

Maka demi fitnah tidak sewajarnya dibiarkan berleluasa di muka bumi ini, penyokong-penyokong PAS yang sayangkan presidennya mestilah bertindak. Diam bermakna setuju!

Jika tidak, tuduhan dan fitnah lebih dahsyat akan ditaburkan lagi sesuka hati sebagai sebahagian daripada rempah ratus politik Umno. Dayus dan bacullah jika kita terus biarkan kenyataan yang biadab dan kebinatangan itu berlalu begitu saja.

Penghinaan pemimpin Umno terhadap Islam di sepanjang sejarah

SUDAH LAMA ISLAM DIHINA OLEH MELAYU UMNO YG MENGAKU ISLAM !!!!

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. Dan Terbaru Hukum Hudud Tiada dalam Al-Quran.Hanyalah rekaan Ahli fekah..

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.

8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.

9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.

10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.

11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.

12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.

15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.

16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.

19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.

20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92

Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.

1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.

3. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)

Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.

Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.

Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut.

1. “Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC)

Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat (Kes 'The Zouk', Ampang)

1. "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya". - Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001

2. “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” - Dato’ Rais Yatim, Jun 2001

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras

~ Seligi Alpha

Monday, March 5, 2012

Semua boleh saksikan lidah rasmi Umno bohong





Malang media propaganda Umno ini sering dianggap sebagai "kitab rujukan" kepada penyokong-penyokong Umno walaupun yang disiarkan itu fitnah, provokasi dan gerak saraf.

Media pemfitnah Umno itu pula tidak serik-serik meskipun memegang rekod terbanyak akhbar yang disaman kerana menyiarkan berita-berita bohong.

Kedudukan kebebasan indeks media negara di tangga hampir ke 200 mungkin tidak diambil kisah sangat oleh pendokong-pendokong Umno, cuma yang kita kesalkan pihak mereka sanggup saban hari diperbodoh dan diperdayakan. Yang kena bododh dan kena perdaya itu pula orang Melayu, yang menetap di pinggir bandar.
)
Kesian bangsa Melayu (Umno) !

Najib kelihatan setuju debat dengan Anwar

Rakyat Malaysia dan seluruh dunia mungkin berpeluang untuk menyaksikan perdebatan dua tokoh negara iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan pengakuan Najib sendiri.

Dalam blognya di bawah tajuk "Kebenaran Mengenai Malaysia" Najib Tun Razak mengisytiharkan bahawa beliau sanggup untuk berdebat dengan sesiapa saja (mungkin selepas beliau terdengar desas-desus yang menuduhnya sebagai pengecut apabila tidak berani menyahut cabaran Anwar.

"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, samada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah.

"Walau bagaimanapun, saya rasa ada satu garis di mana perdebatan demokratik berakhir dan digantikan pula dengan penyalahgunaan, penipuan dan penyalahgambaran. Mereka yang serius mengenai masa depan negara kita harus cuba untuk tidak menyeberangi garisan ini."

Semua pihak mengharapkan debat tersebut menjadi realiti, demi kebaikan negara dan seisinya.

Sunday, March 4, 2012

Sisa buang jauh, Tok Nan kata tak bahaya?

Sebelum ini penyokong-penyokong tegar projek loji pemprosesan nadir bumi Lynas mati-mati mengatakan kilang itu tidak bahaya. Bahkan mereka yang rata-rata terdiri daripada penyokong Umno, sanggup bergaduh apabila ada kelompok yang berdemonstrasi membantah Lynas.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob lebih-lebih lagi emosi mengatakan kilang Lynas tak bahaya. Malahan beliau dalam ucapan Bajet 2012 sanggup menggelarkan mereka yang mengatakan Lynas bahaya adalah sama dengan ayat Allah “Khatamallahu ‘ala qulubihim wa ‘ala sam ‘ihim” (dan kemudiannya beliau lupa ayat tersebut untuk diteruskan).

Ketika isu Lynas hangat diperkatakan dan terdapat tanda-tanda ketakutan penduduk sekitar Gebeng sehingga ada yang mulai berpindah dan nilai tanah dikatakan menjadi murah, Adnan dengan bangganya mengumumkan beliau sanggup membeli rumah-rumah berhampiran Lynas (kerana begitu yakin Lynas tidak bahaya termasuk sisa pemprosesannya).

Namun akhbar Umno semalam memetik kenyataan Najib “Sisa Lynas dipindah lokasi jauh, selamat”. Maknanya jauh dari penempatan manusia.

Ada dua persoalan. Kalau benar-benar selamat kenapa perlu dibuang jauh. Saya cadangkan kambuskan saja di kawasan yang yakin sisa Lynas tidak bahaya termasuk di kampung halaman MB di Bentong kerana beliau yakin sisa buangan radioaktif itu selamat tidak seperti di Bukit Merah.

Seorang pimpinan PAS Pahang berpendapat, hantar saja sisa tersebut ke Sri Perdana dan Sri Satria iaitu kediaman PM dan TPM di Putrajaya. Mereka mesti berani buktikan tidak bahaya, bukan hanya setakat menghentam menggelarkan agenda pembangkang.

Kedua, kenapa tidak syaratkan negara Australia sendiri iaitu tempat asal Lynas, menjadi lokasi dihantar semula sisa buangan tersebut.

Kerana penduduk tempatan khuatir, mungkin orang Australia tidak takut dengan sisa itu, maka suruh saudagar Lynas itu bawa balik. Jika kerajaan sendiri tidak mahu menghormati pendapat rakyat sendiri siapa lagi?

Adapun juak-juak Umno itu tak boleh pakai. Jika pemimpin mereka dah kata “itu” maka “itu”lah juga akan menjadi pegangan kuat mereka kerana mereka sudah diajar “iyakan saja membuta tuli” begitu!



Thursday, March 1, 2012

Ahli PAS Pahang dijemput ke Munajat Menuju Kemenangan

TEMERLOH: Semua ahli PAS Pahang terutamanya jawatankuasa di peringkat Cawangan, Unit Peti Undi dan kepimpinan di semua peringkat dijemput hadir ke program Munajat Menuju Kemenangan di Darul Amin Sungai Gau Ahad ini (4 Mac).

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal dalam kenyataan medianya hari ini, berkata program tersebut akan disertai Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Tuan Guru Presiden akan menyampaikan amanat khas kepada jentera pilihan raya bermula jam enam petang manakala jamuan rakyat disediakan seawal jam 5.30 petang lagi.

“Tahlil perdana akan turut diadakan sebelum Solat Maghrib dan akan dipimpin oleh seorang tokoh ulamak diikuti Solat Hajat, zikir taubat dan munajat sehingga Solat Isya’.

“Jamaah dikehendaki membawa sejadah masing-masing kerana Solat dilakukan di lapangan terbuka,” katanya.

Tambah Roslan, amanat dan munajat ini amat penting sebagai bekalan demi memantapkan tekad dan mendekatkan hati setulusnya kepada Allah dalam melayakkan jemaah mendapat kurniaan, pertolongan dan kemenangan juga sebagai persediaan akhir turun ke medan pilihan raya umum (PRU) 13.

Katanya lagi, kita mahu ahli PAS sentiasa sedar bahawa Allah merupakan tempat mengadu kita yang terakhir dan berkuasa di atas segalanya.

“Pada malam tersebut akan diadakan ceramah perdana sempena pelancaran dana PRU PAS Pahang.

“Selain Presiden yang akan berceramah ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Shamsul Iskandar Mat Akin (AMK) dan Leong Ngah Ngah (DAP),” ujarnya.

Roslan berkata, PAS menjemput hadir semua dermawan yang ingin menyampaikan terus sumbangan kepada YB Presiden di pentas ceramah pada malam tersebut.

Katanya, munajat, amanat dan pelancaran dana ini amat penting kerana merupakan yang terakhir sebelum PRU 13 yang dijangkakan boleh menjadi kejutan.