Tuesday, March 20, 2012

Memalukan, bagaimana kerajaan tempatan boleh disita?

Semalam tercipta satu sejarah yang tidak pernah terjadi dimana Majlis Daerah Jerantut (MDJ) nyaris disita kerana gagal membayar saman yang diputuskan mahkamah apabila kes dibawa ke Mahkamah Sesyen Temerloh oleh seorang kontraktor.

Perkara seperti ini tidak pernah belaku sebelum ini, melainkan biasanya majlis daerahlah menyita premis orang lain.

Pelik. MDJ merupakan PBT di bawah Kerajaan Pahang yang dipimpin oleh Umno BN. Ahli Majlisnya dipenuhi oleh orang-orang Umno yang sibuk berebut projek majlis.

Ini satu lagi membuktikan kerajaan Umno-BN bukannya pandai sangat memerintah, tetapi mereka mempunyai kuasa, itu saja. Kalau dibiarkan lagi puak-puak ini mentadbir, alamat jahanamlah!

2 comments:

  1. Itu PBT...macamana pulak dengan Pejabat Tanah yang membuat tuntutan palsu kononnya cukai tertunggak beribu ringgit yangmana cukai hanya RM200 setahun?
    Setelah berbagai masalah timbul akibat tuntutan palsu itu bila disemak semula dapati cukai terlebih bayar beribu ringgit..alasannya senang saja...10 tahun tak payah bayar cukai.
    Nak saman ni...tolong tunjukan macamana caranya???Menyusahkan orang!!!!

    ReplyDelete
  2. aku cadangkan ko saman jer pej tanah tu, sebab menipu dan kakitangannya buat kejer tak senonoh. Diorang ni kalau dapat jer tanah tersepit, puak2 dioranglah yg akan beragih sesama mereka!

    Tapi jgn jumpa loyar Umno... 2 x 5 jer!

    ReplyDelete