Friday, March 9, 2012

Ceramah Mohd Sabu bersama Ariff Sabri, Aspan di Pekan 14 Mac

TEMERLOH: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu akan berceramah dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz pada 14 Mac ini di Pekan.

Pembantu Mohammad, Abdul Aziz Ahmad, memberitahu demikian bagi membetulkan berita Harakahdaily dan Harakah cetak sebelum ini yang menyiarkan ceramah tersebut akan diadakan 15 Mac.

“Terdapat kekeliruan. Sebenarnya ceramah mereka di Batu 9 Sungai Miang, Pekan ialah pada 14 Mac dan 15 Mac itu mereka akan berceramah di Raub.

“Turut bersama mereka berceramah ialah Aspan Alias iaitu seorang bekas bloger Umno dari Negeri Sembilan yang menyertai DAP baru-baru ini,” katanya.

Harakahdaily pada 1 Mac lalu menyiarkan berita Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan akan mendedahkan dalam ceramahnya tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Menurutnya, beliau turut akan mendedahkan tentang kelemahan Najib yang menguasai parlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada 1976.

Difahamkan, inilah pertama kali Mohd Ariff yang dikenali sebagai bloger Sak Mongkol berceramah di pentas PAS sejak mengisytiharkan keluar Umno dan menyertai DAP awal tahun ini.


No comments:

Post a Comment