Wednesday, January 30, 2013

Perkara yang perlu peneroka tahu

WASIAT TUN RAZAK: PENEROKA itu TUAN, FELDA itu HAMBA

Oleh: Wan Rohimi Bin Wan Daud, @29012013

Almarhum Tun Razak memberitahu saya sejak 27/4/1960, bahawa Kerajaan berhasrat memberikan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah (giving land to the landless). Menginsafi kemelaratan dan kemiskinan hidup rakyat 3 tahun selepas merdeka, Tun Razak memberitahu saya bahawa tanah-tanah tersebut akan diberikan secara sistem “hire-purchase”. Dengan kata lain secara sewa-milik. Pada akhirnya, mengikut wasiat Tun Razak, selepas membayar keseluruhan hutang dalam sistem sewa-milik, maka tanah-tanah itu hendaklah dimiliki sepenuhnya oleh peneroka. Dimiliki secara mutlak oleh peneroka. Sebab itu Seksyen 47 Akta GSA dimasukkan dalam Akta itu. S. 47 GSA terang dan jelas, untuk membebaskan tanah itu dari kongkongan Akta GSA. Tanah yang diberi Geran Hakmilik tidak lagi tertakluk kepada Akta GSA. Tanah itu sama dengan tanah-tanah lain diluar kawasan Rancangan Felda, yang dikawalselia oleh Kanun Tanah Negara 1965. Segala sekatan kepentingan (restriction in interest) ke atas tanah itu juga hendaklah dianggap sekatan kepentingan di bawah Kanun Tanah Negara 1965. Dalam keadaan sedemikian, kuasa eksekutif ke atas tanah-tanah yang telah diberi hakmilik adalah terletakhak kepada Kerajaan Negeri. Ya. Kerajaan Negeri, melalui Pejabat Tanah. Bukan Felda. Itulah wasiat Tun Razak, yang dimaklumkan kepada saya pada 27/4/1960 – melalui Penyata Rasmi (Hansard) Dewan Rakyat.

Seksyen 47 (d) Akta GSA menyatakan:-

(a) Express condition and restrictions in interest endorsed on the document of title shall continue to run with the land until amended or rescinded pursuant to subsection (4) and shall be deemed to be expressed conditions and restrictions in interest imposed under the National Land Code.

Ini selaras dengan penegasan Tun Razak di Dewan Rakyat pada 27/4/1960:-

“Once title has been granted, the land ceases to be State Land.................”

Setiap peneroka yang menyertai Rancangan Felda akan menandatangani 2 set perjanjian – Surat Perjanjian Peneroka dan Perjanjian Tambahan. Adalah diperhatikan bahawa kedua-dua perjanjian tersebut merujuk kepada hal keadaan penyertaan awal peneroka “sebagai seorang penduduk yang kelak akan dikurniakan surat Hakmilik”. Surat Perjanjian Peneroka, adalah perjanjian asas untuk diterima sebagai peneroka. Peneroka akan hanya didaftarkan sebagai “seorang penduduk yang kelak akan dikurniakan Surat Hakmilik”, selepas satu Perjanjian Tambahan ditandatangani oleh peneroka. Ini selaras dengan Fasal 15 Perjanjian Peneroka yang memperuntukkan seperti berikut:-

“15. Apabila Perjanjian Tambahan ditandatangani, Lembaga akan mendaftarkan Peneroka sebagai seorang penduduk yang kelak akan dikurniakan Surat Hakmilik bagi satu kawasan yang tidak dibelah bahagi seluas lebih kurang 14 ekar daripada Kawasan Rancangan yang ditanam dengan sawit dan lebih kurang ¼ ekar daripada Kawasan Rancangan untuk Lot Rumah”.

Selanjutnya, Frasa “sebagai seorang penduduk yang kelak akan dikurniakan surat Hakmilik” ada terkandung pada 12 tempat dalam Perjanjian Tambahan iaitu pada baris 6, Fasal 1, 2, 3, 5, 6, 9, 11, 17, 21, 22 dan 23.

Berdasarkan Perjanjian Tambahan, adalah jelas diperuntukkan seperti berikut:-

2. Tertakluk kepada pertimbangan cara-cara dan syarat-syarat yang ternyata dalam Perjanjian Tambahan, FELDA akan mendaftarkan Peneroka sebagai seorang penduduk yang kelak akan dikurniakan Surat Hakmilik mengikut Seksyen 12(1) dalam Akta mengenai Tanah itu;

4. Perjanjian Tambahan hendaklah disifatkan sebagai dipinda seperti berikut:-

[c] Perkataan “Seksyen 35(4)” dibaris 3 dalam Fasal 1 hendaklah disifatkan sebagai telah dipotong dan digantikan dengan perkataan “Seksyen 12(1)”.

Oleh itu, jelas sekali keseluruhan 2 set perjanjian antara Peneroka dan Felda adalah HANYA berkaitan dengan penyertaan awal sebagai peneroka, sebelum Surat Hakmilik dikeluarkan.

Perjanjian-perjanjian tersebut dengan jelas merujuk kepada perjanjian di bawa Seksyen 12(1) Akta GSA yang merujuk kepada “Occupation In Expectation Of Title”, iaitu kependudukan sebelum mendapat hakmilik dan dalam jangkaan untuk mendapatkan hakmilik.

Oleh itu, selepas Surat Hakmilik dikeluarkan kepada Peneroka, maka perjanjian-perjanjian tersebut telah terhenti berkuatkuasa atau discharged by performance atas alasan-alasan berikut:-

1. Asas kepada kedua-dua perjanjian tersebut adalah sebagai instrumen mengawal selia kemasukan peneroka “sebagai seorang penduduk yang kelak akan dikurniakan surat Hakmilik”;

2. Perjanjian-perjanjian tersebut dibuat/sandarkan kepada Seksyen 12(1) Akta GSA iaitu “Occupation In Expectation Of Title”, - pendudukan sebelum mendapat hakmilik dan dalam jangkaan untuk mendapatkan hakmilik;

3. Selepas Surat Hakmilik dikeluarkan, dengan sendiri substance atau pati kepada perjanjian tersebut telah dipenuhi dan oleh itu perjanjian tersebut telah berakhir/dan tidak lagi berkuatkuasa – discharged by performance;

4. Selepas maksud kepada S.12(1) Akta GSA dipenuhi dengan pemberian Surat Hakmilik, maka S. 12(1) sudah tidak lagi terpakai dan menjadi akademik;

5. Seksyen 47 Akta GSA dengan jelas memperuntukkan bahawa tanah-tanah tersebut adalah milik individu Plaintif-Plaintif yang dikawal selia oleh Kanun Tanah Negara 1965;

6. Seksyen 47 juga memperuntukkan bahawa apa-apa sekatan kepentingan atas Surat Hakmilik hendaklah dianggap sebagai sekatan kepentingan di bawah Kanun Tanah Negara 1965;

Analogi Mudah – bagi sesuatu Perjanjian Sewa Milik (Hire Purchase), contohnya membeli kereta, maka selepas selesai keseluruhan urusan dibawah perjanjian tersebut – selepas pembayaran penuh harga beli termasuk faedah bank, maka dengan sendirinya sesuatu Perjanjian Sewa Milik tersebut akan berakhir/terhenti berkuatkuasa – discharged by performance. Ini adalah kerana objektifnya telah dicapai dan tanggungjawab pihak-pihak kepada perjanjian telah dipenuhi.

Hal yang sama berlaku dalam konteks perjanjian peneroka dan Felda. Jelas sekali perjanjian dibuat di bawah Seksyen 12(1) Akta GSA iaitu pemilikan sebelum mendapat hakmilik. Selepas hakmilik diberikan, sudah tentu Seksyen 12(1) tidak lagi terpakai. Keseluruhan terma-terma perjanjian juga (yang banyak menekankan kepada “penduduk yang kelak dikurniakan hakmilik”) telah tidak lagi terpakai. Maka dengan sendirinya perjanjian tersebut berakhir dan tidak lagi berkuatkuasa.

Tun Razak juga memberi pesan bahawa dalam usaha memberikan tanah-tanah itu kepada rakyat yang tiada bertanah, Felda dan Kerajaan boleh berniaga. Felda ditubuhkan pada 1/7/1956, setahun sebelum Merdeka, dan hampir 4 tahun sebelum Akta GSA digubal. Benar. Felda telah berniaga untuk satu pusingan. Bermodalkan dana dari Bank Dunia, Felda dilantik menjadi Pengurus, mendahulukan modal untuk membangunkan tanah-tanah peneroka, dan mengenakan caj perkhidmatan, upah dan kadar faedah yang tinggi. Untuk satu pusingan hutang BK (Bayaran Kembali), peneroka mengambil masa selama 20 – 25 tahun untuk menyelesaikannya.

Kerajaan Negeri juga berniaga. Dengan cara mengenakan bayaran premium ke atas setiap inci tanah yang diberikan kepada peneroka. Selepas diberikan Hakmilik, Kerajaan Negeri mengutip hasil melalui cukai tanah. Itu perniagaan yang jelas. Yang nampak! Tetapi nun di sana sumbangan peneroka lebih besar. Kemasukan berbondong-bondong kumpulan peneroka untuk mendiami hutan belantara, yang sebelum itu didiami oleh binatang buas dan komunis, telah ternyata menjadi teras kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk memajukan sesebuah kawasan hutan belantara dengan pusat ekonomi dan dengan itu akan membiakkan industri hiliran. Maka tumbuhlah pekan-pekan kecil yang menjana ekonomi rakyat sehingga kini.

Pada pemerhatian saya, kumpulan peneroka adalah pejuang asal yang memajukan ekonomi negara ini sejak selepas merdeka. Negara kita tidak punyai hasil lain. Kecuali hasil pertanian. Justeru peneroka sepatutnya dilayan seperti TUAN, dan bukan sebagai HAMBA. Selepas tamat satu pusingan hutang-hutang BK dijelaskan sepenuhnya, dan Hakmilik diberikan, maka peneroka sepatutnya dibebaskan dari rejim GSA. Felda perlu berundur dari kawasan Rancangan. Isytiharkan kawasan Rancangan itu sebagai kawasan perkampungan. Kampung Kemahang. Kampung Aring. Kampung Jengka. Kampung Air Tawar. Kampung Bukit Ramun. Keluarlah Felda, keluarlah dari kawasan Rancangan itu sepenuhnya. Berikan kebebasan kepada peneroka. Setiap inci bumi itu sudah menjadi milik mereka. Mereka Tuan, kepada harta mereka. Usahlah lagi mencari helah untuk terus berlagak sebagai Tuan kepada peneroka sehingga kiamat!

Pelik bukan. Selepas peneroka diberikan geran tanah, mendapat hakmilik mutlak, Felda masih bertenggek di situ. Memaksa peneroka untuk menerimanya mereka sebagai Tokey, sebagai Tuan. Mengaut untung dan menghisap darah peneroka atas hasil ladang mereka. Benar. Dalam mana-mana sistem perniagaan, khidmat orang tengah, broker, peraih, selalunya akan menyedut hasil dan pendapatan petani-petani dengan rakusnya.

Kedudukan Felda dalam kawasan Rancangan tidak lebih daripada orang tengah, peraih dan broker, untuk mengaut hasil sawit peneroka. Peneroka menjual sawit secara paksa. Mereka tidak diberi pilihan, untuk memilih kilang mana yang harganya lebih tinggi. Mereka dipaksa hantarkan buah sawit ke kilang Felda, dan tunggulah bayaran pada hujung bulan. Bila dilihat “paysheet” bulanan, berbelas-belas potongan dibuat oleh Felda.

Cuba bayangkan senario ini. Tiada orang tengah yang mengaut hasil jualan sawit. Peneroka potong buah. Peneroka angkut buah ke kilang. Peneroka jual. Dapat duit, cash lagi. Peneroka boleh pilih kilang mana yang dia suka, yang pastinya lebih mahal. Pulangan hasil lebih lumayan. Peneroka selenggara sendiri ladang mereka, tidak perlu upah kontraktor yang dilantik Felda. Peneroka tanam sendiri ladang mereka (untuk pusing kedua). Pilih sendiri kontraktor, atau pilih untuk tanam sendiri. Beli baja sendiri. Racun tikus sendiri. Bela burung hantu sendiri. Tentunya mereka lebih bermotivasi, kerana kemalasan mereka akan diterjemah dalam bentuk pengusutan hasil bulanan. Paling penting, setiap sen hasil sawit yang dijual, semuanya milik mereka. Sudah tentu mereka akan kaya raya. Bila peneroka kaya raya, kuasa beli meningkat. Ekonomi negara pastinya lebih mansang! Perlu diingat, anak-anak peneroka ini ramai. 7 – 10 orang anak satu keluarga adalah perkara biasa. Maklum sajalah, balik dari ladang, apa lagi kerja mereka. Selain mengoles isteri tercinta!!!

Tapi kini dunia terbalik, yang diperkasakan oleh pembesar negeri ini, ialah Felda. Sedang Felda itu sifatnya hanya broker dan peraih. Orang tengah. Sesudah hutangnya bersama untung dibayar sepenuhnya oleh peneroka, mereka masih bertenggek di situ. Mengaut untung atas angin hasil keringat dan peluh mereka. Pendapatan peneroka hanya RM1,500 – RM2,000-00 sebulan. Anak 10. Akhirnya walau memiliki ladang sawit seluas 10 ekar, peneroka tidak ubah kais pagi makan pagi, kais petang untuk malamnya. Sejak merdeka hinggi kini, peneroka masih miskin tegar.

Sedang Felda itu kaya raya. Pengerusinya dibayar elaun puluhan ribu setiap bulan. Pembesar-pembesarnya lena diulit kerusi empuk di pejabat, dengan elaun bulanan belasan ribu. Duit Felda berbillion-billion (dulu la.....). Ramai Tuan-tuan politik melobi sana sini nak jaga Felda. Nak jadi Menteri yang jaga Felda. Nak jadi lembaga pengarah kepada anak syarikat Felda. Anak syarikat lingkup tidak mengapa, janji pengarah dapat elaun yang lumayan. Kemewahan dan pembaziran merebak ke serata alam. Namun peneroka, kelam dan terus kelam!!!

Kini tiba musim pilihanraya. Maka ramailah tuan-tuan politik yang suka mengungkit. Dipaksa dan diugutnya peneroka untuk ucap terima kasih kepada tuan-tuan politik. Sudah tentu ucapan terima kasih itu membawa maksud sokongan terbuka kepada pemerintah, dan mengundi parti pemerintah. Jelek kita melihatnya. Diungkit ke serata alam kononnya tanpa mereka, siapalah peneroka. Tanpa pembesar itu dan ini, peneroka tak dapat kemewahan seperti hari ini. Mewah ke peneroka??? Padahal peneroka dapat apa yang mereka dapat bukan percuma. Sama macam membeli kereta secara sewa milik, lepas habis hutang, baru jadi pemilik mutlak. Peneroka pun begitu, semua proses pembangunan ladang dan kemudahan infrastruktur dibayar peneroka, termasuk faedah, upah, caj perkhidmatan bahkan ketirisan dan pembaziran yang dilakukan oleh tuan-tuan politik. Semua gaji Pak-pak Menteri Felda dibayar oleh peneroka. Gaji pengerusi dibayar oleh peluh peneroka. Gaji keseluruhan kakitangan Felda dan para pengampu tuan-tuan politik, juga disara oleh peneroka. Apalagi yang perlu diucapkan terima kasih? Siapa yang sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada siapa? Sememangnya ucap terima kasih itu baik! Menghargai pertolongan sesama insan juga baik. Orang berbudi, kita berbahasa!! Tetapi usahlah dipaksa dan diugut, agar semua peneroka berterima kasih kepada Ketua Peraih, yang mengaut keuntungan atas keringat peneroka.

Bertentangan dengan Wasiat Tun Razak, selamanya peneroka dilayan seumpama Hamba!!!

Monday, January 28, 2013

Bayar balik saham FGVH: Felda tipu peneroka?

TEMERLOH: Surat perjanjian pinjaman Bank yang ditandatangani sebagai jaminan membayar semula pinjaman saham Felda Global Ventures Holding Bhd. (FGVH) sebanyak RM50 sebulan kepada Felda, mula menimbulkan keraguan kepada peneroka.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, terdapat beberapa keraguan dalam perjanjian setebal 27 muka surat itu, sekali gus menimbulkan kebimbangan aset peneroka terpaksa digadaikan jika saham FGVH terus menanggung kerugian.

“Satu surat telah dikeluarkan kepada peneroka meminta mereka membayar semula wang pinjaman sebanyak RM3,812.23. Ini adalah pinjaman pokok yang perlu dibayar untuk 800 unit saham FGVH yang belum diambil kira bunganya lagi.

“Apa yang menimbulkan keraguan ialah perjanjian yang dibuat terlalu tebal, sehingga 27 muka surat, dan mempunyai perkara-perkara yang amat menimbulkan kekeliruan,” katanya.

Mazlan berkata, antara perkara yang meragukan dalam perjanjian tersebut ialah berkaitan dengan ‘kuasa wakil’ dan ‘tanggung rugi’ yang tidak dinyatakan dengan jelas.

Katanya, pernah terjadi sebelum ini di Felda Cahaya Baru, Johor Bahru, di mana warganya hanya menerima pampasan sebanyak RM200,000 berbanding RM1.3 juta kerana melibatkan perjanjian yang mempunyai kuasa wakil.

“Perjanjian hanya melibatkan wang pinjaman saham ini hanya sebanyak RM3,812.23, mengapa perlu dokumen perjanjian setebal ini? Sedangkan sebelum ini segala hutang peneroka memang dipotong melalui pembayaran hasil ladang, tidak perlu dokumen bertandatangan.

“Sekarang kenapa? Adakah kerana mereka mahu menjadikan peneroka atau aset mereka termasuk tanah ladang 10 ekar sebagai galang ganti sekiranya berlaku sebarang kerugian saham FGVH?” soalnya ketika menjadi pengulas kertas kerja 3 dalam Munakasyah Ucapan Dasar Presiden di Darul Amin Sungai Gau Ahad lalu.

Kira-kira 150 peserta dari seluruh negeri hadir dalam program dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu itu. Mohamad turut membentangkan kertas kerja 1 manakala kertas kerja dua dibentangkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan Wan Nik Wan Yusof.

Mazlan dalam pada itu meminta pihak Felda memberi penjelasan terhadap kekeliruan yang timbul kerana terma yang ditetapkan seperti mempunyai perkara tersirat di sebaliknya.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat berkata, sepatutnya jumlah yang perlu dibayar peneroka hanya RM3,560 dan bukannya RM3,812.23.

“Peneroka terpaksa menanggung caj-caj yang mungkin ada kaitan dengan perjanjian ini. Memamng amat menghairankan kerana dalam perjanjian itu tertulis bahawa peneroka akan menanggung segala kos termasuk yang berkaitan dengan bank,” katanya.

Beliau berkata, apa yang membimbangkan pihaknya apabila pembiayaan Felda tidak mencukupi, kemungkinan mereka akan mendapatkan pembiayaan dengan pelbagai cara termasuk menjadikan peneroka sebagai ‘tebusan’.

Katanya lagi, ini sama sekali bercanggah dengan janji-janji pemimpin kerajaan dan Felda sebelum ini bahawa peneroka akan menempa kekayaan apabila menceburi bidang perniagaan saham.

“Dahulu Felda mempunyai tabung untuk membuat pembiayaan tanam semula. Sekiranya saham gagal, Felda mungkin akan mengambil segala aset peneroka, keraguan dan kebimbangan inilah yang telah ditimbulkan oleh peneroka kepada saya” katanya.

Tambah Mazlan, harga saham FGVH yang terus menjunam pada masa ini sehingga berada di bawah harga IPO, menyebabkan pelabur rugi besar dan telah mendorong peneroka mahu menilai semula perjanjian yang ditandatangani mereka.


Mazlan menunjukkan surat perjanjian yang meragukan, semasa Munakasyah Ucapan Dasar.





Tuesday, January 22, 2013

Pertandingan NGO pro kerajaan macam pemilihan Umno

Pertandingan NGO pro kerajaan macam pemilihan Umno

Nampaknya pemilihan dalam persatuan-persatuan yang menyokong kerajaan sudah berjangkit penyakit macam Umno.

Akhbar hari ini melaporkan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim menjelaskan beliau menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) pada saat akhir tidak mahu berlaku krisis kepimpinan.

Beliau mengambil keputusan menarik diri empat jam sebelum pengundian daripada terus bertanding kerana mendakwa menerima ugutan secara peribadi.

Katanya, keputusan itu diambil selepas menyedari hakikat “menang jadi arang, kalah jadi abu” kerana wujudnya undi blok dan pelbagai ketidakadilan berlaku pada saat itu.

“Saya diugut secara peribadi begitu juga dengan penyokong. Malah bantahan dikemukakan pasti membolehkan saya menang tanpa bertanding secara teknikal,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada pemilihan tersebut, penyandang Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee mengekalkan jawatan itu buat penggal 2012-2014 apabila menang tanpa bertanding.

Sebelum ini jika diperhatikan tabiat Umno, terutama pada musim pemilihan, maka akan berebut-rebutlah pemimpin kelompok tertentu untuk menjadi calon ketua. Biasanya akan ada klik-klik dan setiap kumpulan ada habuan masing-masing.

Parahnya pemilihan dalam Umno, menyebabkan kepimpinan parti itu sendiri tidak mahu mengadakan pemilihan sebelum pilihan raya umum kerana dikhuatiri akan membawa pecah belah yang seterusnya akan melemahkan organisasi.

Pada peringkat cawangan saja, kadang-kadang sudah ada ahli Umno yang berbaling kerusi. Pada peringkat Bahagian, biasanya perwakilan akan ‘mewah’ dengan imbuhan-imbuhan.

Pertandingan peringkat Pusat lebih menggerunkan kerana lazimnya setiap calon akan mengeluarkan belanja sehingga jutaan ringgit. Isa Samad yang menjadi Pengerusi Felda sekarang ialah bekas pesalah rasuah ketika menang bertanding Naib Presiden Umno.

Nampaknya penyakit Umno dah berjangkit kepada NGO mereka pulak dah!




Monday, January 21, 2013

Dr Wahab terima gelaran Dato' Kedah

Bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang Dr Abdul Wahab Ismail, Ahad lalu menerima anugerah pingat Darjah Setia DiRaja Kedah sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ke-85 tahun ini, yang telah membawa gelaran Dato'.

Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah mewakili Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim di Istana Anak Bukit.

Dr Wahab yang juga seorang ahli korporat, menerima anugerah tersebut sebagai perhargaan jasa-jasanya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bina Darulaman Berhad.

Semoga Allah memberkati segala usaha beliau untuk semua, dan diharap selepas ini menabur bakti pula di bumi kelahirannya sendiri di Pahang, insyaALlah.



Mail Mutalib, Munawar, Shahaniza, tolong tengok tempat judi

Assalammualaikum w.b.t ,

Saya ingin memohon kpd semua utk mengwar2warkan isu kewujudan hiburan haram dan perjudian di daerah Maran, Pahang Darul Makmur. Saya mendapat maklumat ini di papan kenyataan Masjid As-Syakirin Maran ketika Solat Jumaat minggu lepas 18 Januari 2013. Sewaktu sy membaca memo ini, saya terdengar perbualan dua orang jemaah tentang isu ini yg turut sama membaca memo itu dan mereka sangat tidak berpuas hati dengan apa yg berlaku. Komen mereka perkara seperti inilah yg sebenarnya merosakkan orang Islam dan orang2 Melayu terutama golongan muda. Jika saya tidak salah, tempat pusat judi ini berkemungkinan di kawasan Tong Kiat yg berhampiran dengan kawasan Kuala Sentul. Pengesahan lanjut perlu didapatkan tentang lokasi sebenar pusat kegiatan haram ini.

Jika dapat dilhat kepada senarai memo tersebut dihantar, ianya dihantar kepada

- Menteri Keselataman Dalam Negeri
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
- Menteri Besar Pahang
- Ketua Polis Pahang

dan ianya juga telah dihantar kepada pihak berautoriti yang berada di daerah Maran seperti

- Ahli Parlimen Maran, YB Dato' Hj. Ismail
- ADUN Kawasan Luit, YB Dato' Hj. Ahmad Munawar
- ADUN Kawasan Kuala Sentul, YB Dato' Shahaniza
- ADUN Kawasan Jengka, YB Wan Salman
- YH Dato' Pegawai Daerah Maran
- Ketua Polis Daerah Maran.

Pengumuman telah dibuat oleh pihak masjid sebelum Solat Jumaat bagi memohon jemaah sama2 mengerjakan Solat Hajat selepas Solat Jumaat. Saya tidak mendapat maklumat bilakah memorandum bantahan tersebut dihantar dan ditandatangani. Diharap maklumat ini dapat disebarkan dan dikongsikan agar dapat membuka mata pihak2 berwajib untuk mengambil tindakan sepatutnyer. Dengan gejala sosial dan keruntuhan akhlak yg membarah sekarang ni, adalah amat wajar perkara2 seperti ini diperangi habis-habisan.

Yang Benar,
Anak Maran


Saturday, January 19, 2013

22 bubar, 16 pencalonan 30 Mengundi?

Seorang sahabat iaitu Ketua Pemuda Umno sebuah cawangan memberitahu, tarikh-tarikh penting ialah 22 Februari ini bubar parlimen, 16 Mac hari penamaan calon dan 30 Mac pula ialah hari mengundi.

Konon ceritanya, beliau diberitahu oleh orang penting partinya, tarikh-tarikh tersebut telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno Pahang di Kuantan minggu lalu.

Ada juga yang berkata, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak juga dikatakan malu untuk membiarkan parlimen Malaysia terbubar dengan sendiri oleh SPR. Dengan itu demi maruahnya, beliau akan bubar (sebelum terbubar dengan sendiri) untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

Pilihan raya Umum (PRU) 12 ialah 8 Mac 2008, iaitu lima tahun yang lalu.

Bagaimanapun, ada satu sumber menyebut tarikh bubar mungkin 25 Februari (Isnin). Jika diambil tarikh pembubaran parlimen 22 Februari itu, ia jatuh pada hari Jumaat iaitu 11 hari selepas sambutan Tahun Baru Cina. Memang sudah dijangka, Najib selaku Presiden Umno tidak akan berani membubar sebelum Tahun Baru Cina kerana khuatir dengan protes kaum Tionghua itu.

Manakala bagi pihak Umno, tarikh itu dianggap sesuai kerana pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) kali kedua akan mula diagihkan Februari ini. Manakala bantuan persekolahan M100 telah bermula minggu ini.

Kedua-dua bantuan dan lain bantuan dari bajet 2013 telah diuar-uarkan berulang-ulang kali dalam media elektronik sebagai satu kempen ‘kerajaan pemurah, rakyat kena balas budi dengan undi BN’.

Tarikh 16 Mac sebagai hari penamaan calon itu jatuh pada hari Sabtu, seminggu sebelum cuti penggal pertama persekolahan.

Jika benar hari mengundi ditetapkan pada 30 Mac (Sabtu), bermakna tempoh berkempen ialah selama dua minggu. Hari tersebut berada di akhir cuti persekolahan penggal pertama di Malaysia. Faktor ini penting kerana kebanyakan pusat mengundi ialah di sekolah.

Sebelum ini, akhbar The Star telah membuat spekulasi Najib akan mendapatkan persetujuan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Mu'adzam Shah Halim untuk pembubaran pada bila-bila masa antara 20 Feb ke 20 Mac.

Ini disebabkan tarikh 21 Mac adalah hari tempoh Dewan Undangan Negeri Johor tamat selepas tempoh lima tahun.

"Dewan Undangan Negeri Johor mengangkat sumpah mereka pada 21 Mac. Oleh itu tamat pada tarikh yang sama tahun ini. Kami menjangkakan Perdana Menteri akan bubar parlimen sebelum itu," kata sumber The Star.

Sumber mengatakan bahawa Najib tidak mahu membenarkan perhimpunan Johor tamat kerana sehingga tidak sah kerana akan membawa implikasi undang-undang.

Selain Raya Cina Februari ini, Najib dijangka ke luar negara atas urusan penting dalam bulan Februari ini. Pertubuhan sidang kemuncak Kerjasama Islam yang dijadualkan pada 6-7 Februari dan pemimpin Malaysia jarang terlepas mesyuarat ini. Ia difahami bahawa Najib telah dijadualkan satu lagi lawatan ke luar negara tidak lama selepas Tahun Baru Cina (10 Februari).

Najib juga dikatakan telah menerima isyarat daripada think-tanknya supaya tidak terlalu awal membubarkan parlimen kerana lazimnya sambutan dan kegembiraan perayaan Tahun Baru Lunar disambut selama 15 hari.

Berdasarkan semua faktor-faktor ini, menurut sumber dalaman Umno, 22 atau 25 Februari bubar, 16 Mac penamaan calon dan 30 hari mengundi untuk PRU 13.

Sudah bersediakah kita semua?



Friday, January 18, 2013

Kalaulah Ustaz Hadi, Anwar, Lim Guan Eng yang kata begini...

Tetapi kenyataan ini diucapkan oleh bapak segala Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, orang bukan Melayu (Cina, India dan lain-lain) juga boleh menjadi Perdana Menteri negara ini kerana tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menyekat perkara itu daripada menjadi kenyataan.

Dr Mahathir berkata, sekatan itu tidak dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana beliau yakin pengasas negara ini berpendapat bahawa orang Melayu tetap kekal akan menjadi majoriti dan tidak mustahil bagi orang Melayu tidak menjadi lagi menjadi Perdana Menteri.

“Oleh kerana tidak ada sekatan, besar kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri bukan Melayu. Mereka sudah tentu akan berkata, mereka akan bertimbang rasa dan melakukan keadilan kepada semua kaum.”

Bayangkan kenyataan kontroversi itu diucapkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atau Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng. Walaupun ayatnya sama dengan Dr M, kita percaya, akan berlaku demonstrasi besar-besaran oleh Perkasa, Jati, Umno dan Pekida bangkit membantah.

Saya fikir mereka tidak perlu membaca apa isi berita berkenaan. Cukup dengan taju seperti ini sahaja, mereka akan terus bertindak.

Jangan lupa, inilah realiti baru politik penyokong-penyokong Umno di negara ini!



Wednesday, January 16, 2013

Peguam gesa PAS dapatkan perintah mahkamah

Seorang peguam, mencadangkan supaya parti-parti pembangkang terutamanya PAS, supaya pergi ke mahkamah dan meminta satu perisytiharan daripada mahkamah tinggi.

Ia berkaitan dengan satu trend baru, terdapat kecenderungan menyekat kebebasan bersuara dan beraktiviti yang dibenarkan demokrasi di tanah-tanah rancangan Felda mutakhir ini.

Pengerusi Angkatan Pembela Hak Rakyat (Hak), Mohd Harris Abdullah, berkata, semua halangan tidak sah kerana bertentangan dengan Fasal 9 Perlembagaan Persekutuan. Melalui perisytiharan itulah yang boleh digunakan untuk didakwa kerana menghina ke mahkamah.

Menyekat orang lain bermakna mengatasi masalah pencabulan undang-undang secara nyata ini.

Baru-baru ini, PAS Cawangan Jengka 12 telah menerima surat amaran melarang sebarang program ceramah parti itu oleh Penguruh tanah rancangan berkenaan.

Akhbar sebelum ini, memaparkan beberapa pertubuhan dalam Felda di Lipis menyerahkan resolusi bantahan bagi menghalang parti politik daripada Pakatan Rakyat daripada masuk ke kawasan mereka.

Sebelum ini, 8 orang ketua-ketua peneroka Felda di Johor, telah menghantar memorandum kepada ketua polis daerah meminta larangan terhadap pergerakan parti-parti politik Pakatan Rakyat (PR) di kawasan masing-masing.

Bulan lalu pula, Timbalan Pengurus Wilayah Felda Jengka melarang parti-parti politik mengibarkan bendera di kawasan tersebut. Sebelum itu Kembara Oren Selamatkan Felda telah disekat secara ganas di pintu masuk Jengka 23 dan Jengka 11.

Di Negeri Sembilan pula, konvoi yang sama bukan saja diusir malah telah dicederakan.

Jadi apakah sebenarnya yang sedang berlaku sekarang, di manakah letaknya undang-undang? Adakah sesuatu arahan pada masa ini hanya terletak kepada golongan yang ‘kuat’?

Harris berkata, keadaan ini menggambarkan ada segelintir manusia yang menganggap undang-undang berada di tangannya.

Sedangkan, katanya, tindakan menghalang tersebut sama sekali bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dalam Fasal 9 Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak. Undang-undang itu menyebutkan, Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan.

Kedua, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.

“Jadi di mana ada undang-undang yang melarang warganegara ini memasuki kawasan Felda?,” soalnya ketika berkunjung ke pejabat guamannya di Raub baru-baru ini.

Harris berkata, beliau ada mendengar bahawa tindakan melarang aktiviti PR di Felda adalah bersandarkan kepada Seksyen 34 Akta Group Settlement Area (GSA) yang kononnya memperuntukkan kuasa pengurus rancangan.

Di bawah Seksyen 34. 2 (b) menyebutkan: “that upon such declaration being made, the area shall vest in the development authority” iaitu bahawa apabila perisytiharan dibuat, kawasan itu hendaklah terletak hak pada pihak berkuasa pembangunan.

“Barangkali inilah tafsiran yang dibuat kononnya terdapat kuasa pengurus rancangan.. Cuba kita faham betul-betul perkataan ‘vested’ iaitu letak hak. Kalau kita faham letak hak ini, kita kena faham fungsi Felda. Felda apabila kenal pasti satu kawasan untuk dimajukan, maka agensi itu akan mohon kepada kerajaan negeri sebagai pemilik tanah.

“Seterusnya negeri akan letak hak kepada Felda atau pengurus rancangan untuk mengurus, untuk memilih peneroka, menjaga kebajikan peneroka dan sebagainya kerana tanah itu masih milik negeri.


“Bahkan kalau kita tengok konsep ini, peneroka mempunyai hak yang lebih berbanding Felda. Apabila peneroka membayar CAC (bayaran premium, upah ukur dan batu sempadan) maka dia sudah boleh kaviet, sedangkan Felda tidak ada hak itu,” katanya.

Felda tiada kuasa, bukan pemilik tanah

Jadi apa-apa larangan yang dikeluarkan oleh Felda adalah salah di sisi undang-undang. Sebab Felda bukan pemilik tanah, dia agen pengurusan tanah. Siapa yang keluarkan dokumen hak milik? Bukan Felda tetapi kerajaan negeri, berdasarkan Perkara 20 Perjanjian Peneroka dengan Felda. Felda tidak ada kepentingan benificial dan tidak ada kepentingan legal.

Jelas Harris, kalaupun beliau silap mentafsir kuasa-kuasa pengurus di bawah Seksyen 34 Akta GSA itu, tindakan melarang rakyat Malaysia memasuki Felda itu tetap tidak sah dan terbatal berdasarkan Fasal 4 Perlembagaan.

Fasal 4 di bawah undang-undang utama Persekutuan menyebutkan menyebutkan dengan jelas: (1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

“Perlembagaan Persekutuan digubal pada tahun 1957 sedangkan Akta GSA pada tahun 1960, jadi terbatal. Sebab itu saya tegaskan perbuatan melarang pihak bukan proUmno masuk itu tetap bertentangan dengan Fasal 9 bersandarkan Fasal 4 dengan perlembagaan dan undang-undang negara.

“Jadi saya seru kepada pihak Felda atau Umno atau yang berkaitan dengannya, hentikanlah trend menyekat pembangkang masuk itu kerana ia sangat bahaya.

“Cuba kita bayangkan jika sekiranya Perdana Menteri Malaysia pergi ke negeri-negeri PR kemudian dihalang. Kalau di Kedah, di Kelantan, di Pulau Pinang dan Selangor BN adalah pembangkang. Tiada siapa boleh mengatasi undang-undang. Jadi hormatilah undang-undang,” tegasnya.

Harris berhujah, tindakan menghalang PAS atau Kembara Oren itu lahir daripada kejahilan terhadap undang-undang negara. Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Fasal tersebut menjelaskan (a) Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata; (c) semua warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan.

Parti politik itu ialah persatuan setelah diluluskan Pendaftaran Pertubuhan. Jadi apakah salahnya pemimpin PAS datang untuk bertemu dengan orang-orang PAS, untuk berdialog dengan orang-orang PAS. Begitu juga dengan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) berhak untuk bertemu dengan ahli-ahli persatuan mereka.

Semua persatuan berhak temui ahlinya

“Janganlah jadikan undang-undang itu dijadikan sebagai bahan politik. Biarkanlah pengamal undang-undang yang bercakap tentang undang-undang. Jadi yang jelasnya perlembagaan membenarkan sesiapa saja bergerak ke mana-mana termasuk menemui ahli-ahlinya,” jelas Harris.

Sebab itulah Harris mencadangkan supaya parti-parti pembangkang pergi ke mahkamah dan meminta satu perisytiharan daripada mahkamah tinggi bahawa semua halangan tidak sah kerana bertentangan dengan Fasal 9 Perlembagaan Persekutuan. Melalui perisytiharan itulah yang boleh digunakan untuk didakwa kerana menghina ke mahkamah.

Beliau yakin mahkamah akan keluarkan perisytiharan itu kerana mahkamah tidak akan tergamak melacurkan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai Rela yang dipergunakan untuk menyekat kemasukan PR ke tanah rancangan, Harris berkata ia amat bercanggah dengan tujuan asal penubuhan Rela. Rela itu sendiri merupakan ‘makhluk yang wujud kerana ciptaan akta’.

Rela sebagai penjaga ketenteraman tidak boleh bertindak di luar daripada undang-undang. Setiap warganegara Malaysia sama. Dalam Fasal 8 Pelembagaan Persekutuan dalam bab kesamarataan: Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

“Jadi tidak ada istilah orang BN mendapat layanan istimewa dan orang-orang PR dibiarkan aniaya,” ujar Harris.

Mengenai arahan larangan memasang bendera di dalam Felda, ia juga satu diskriminasi dan salah guna kuasa. Bendera PAS PKR dibuang bendera BN dikekalkan.

“Kita kembali kepada Fasal 8, setiap orang sama di sisi undang-undang. Kenapa tak sama dalam kes ini? Semua itu penting kita tahu. Sebab ini sebenarnya hak kita untuk bergerak, untuk bersuara dan hak untuk hidup.

“Mungkin ada yang kata mereka halang kerana takut orang-orang PR atau Kembara Oren mahu kucar-kacirkan penduduk. Jenayah belum berlaku, tidak apa-apa yang. Andaian tidak boleh dipakai. Takkan saya tak boleh masuk untuk jumpa ahli saya. Kalau saya ganggu, mungkin itu satu kesalahan. Itupun satu kesalahan kecil,” tegasnya.

Apa kesannya kalau perkara ini tidak dibendung, undang-undang itu tidak dipertegaskan. Apa kesannya kepada masyarakat akan datang?

Harris menambah, jika semua orang yang mencabul undang-undang dibiarkan saja, akhirnya undang-undang negara ini tidak akan dihormati lagi dan negara akan jadi huru-hara.

Katanya, amat tidak wajar hanya kerana ada pihak yang mahu menyekat maklumat daripada disampaikan kepada semua orang, maka dihalang masuk Felda. Ini nampak kecil, tetapi kesannya besar terutama melibatkan hak parti-parti politik untuk berkempen nanti menjelang pilihan raya nanti.


Monday, January 14, 2013

Isu Najib-Altantuya meletup di Australia

KUALA LUMPUR 14 Jan: Akhbar Australia, The Age meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjejaskan peluang Umno BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang ‘panas’ dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan Umno,” tulis portal akhbar itu semalam.

Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006.

Akhbar itu turut mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

The Age turut mengaitkan hubungan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya namun dibebaskan mahkamah pada 2009.

“Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya.

“Terdapat perbalahan dalam Umno yang berkuasa dalam negara selama lebih 50 tahun, kaji selidik terbaru menunjukkan populariti Najib menurun pada paras paling rendah dalam 16 bulan.

“Sebahagian penganalisis berkata, PRU kali ini akan menjadi cabaran terbesar kepada pemerintahan Umno. Najib sendiri mengatakan ia sebagai ‘titik penentu nasib rakyat dan negara’,” akhbar itu dipetik.

Friday, January 11, 2013

Bersedia juga hadapi tembakan gas, air kimia

Flip-Flop: SAMM Tetap Menuju Stadium Merdeka Sambut Hari Kebangkitan Rakyat!

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tidak akan berganjak dengan apa jua cadangan dari pihak polis yang mengesyorkan selain Stadium Merdeka sebagai venue Hari Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013. SAMM dengan kekuatan seluruh negara akan tetap menuju ke Stadium Merdeka dan menyeru orang ramai tidak mempedulikan saranan pihak polis yang bertujuan mengelirukan lokasi sebenar perhimpunan.

Difahamkan, alasan pihak polis untuk mengalihkan lokasi sasaran dari Stadium Merdeka ke stadium lain kerana ruang yang terhad di mana stadium tersebut hanya mampu menampung sejumlah 30 ribu hadirin sedangkan jangkaan kehadiran mencecah 1 juta rakyat. SAMM melihat walau apa pun alasan yang diberi bagi tujuan menimbulkan polemik, sikap dolak dalik pihak polis ini tidak perlu dilayan sama sekali. Apa yang lebih penting ialah lampu hijau telah diberi.

Bagi SAMM, jika Stadium Merdeka hanya boleh dimuatkan seramai 30 ribu sahaja, maka bakinya 970 ribu rakyat sedia untuk memenuhi segenap ruang di perkarangan Stadium Merdeka. Jika keselesaan menjadi persoalan, maka SAMM ingin menegaskan bahawasanya tanpa kekacauan dan provokasi dari pihak polis sudah cukup menerbitkan keselesaan terhadap orang ramai.

Jelas terbukti dalam perhimpunan aman sebelum ini, hanya selepas kekacauan dari pihak polis berlaku maka perhimpunan aman bertukar menjadi huru-hara. Imbas kembali perhimpunan Oren di Jalan Duta, himpunan Lynas di Kuantan dan di Kuala Lumpur baru-baru ini dan himpunan Janji Bersih yang berlangsung hebat pada malam hari kemerdekaan, semua himpunan ini berjalan dengan baik kerana tidak diganggu oleh pihak polis.

SAMM kali ini memberi amaran kepada pihak polis agar tidak bertindak di luar batas kemanusiaan sepertimana yang berlaku pada 28 April 2012. Kali ini, hanya anggota polis beruniform yang menayangkan nama dan 'nombor anggota' sahaja layak diiktiraf sebagai polis. Selebihnya jika anggota beruniform gagal menayang 'nombor anggota', itu adalah penjenayah yang menyamar sebagai anggota polis dan tindakkan awam harus diambil sebelum anggota penyamar ini merosakkan keamanan.

Untuk makluman, Hari Kebangkitan Rakyat akan disambut dengan cara paling istimewa apabila ia dimulakan sehari lebih awal iaitu pada malam 11 Januari (Jumaat) di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru bermula jam 8 malam. Festival Rapat Kemuncak mengira detik (Countdown) akan menampilkan pementasan luar biasa dan lebih penting ia menjadi pentas pengarahan/amanat terakhir akan disampaikan oleh pengerusi jawatankuasa Induk HKR sendiri, Tn Hj Mat Sabu. Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang dijangka sampai awal.

SAMM akan bergerak dari Kelab Sultan Sulaiman di Kg Baru bermula jam 10 pagi dengan laluan yang telah disusun rapi sebelum dijangka tiba di Stadium Merdeka sekitar jam 1.30 tghari. SAMM menjemput semua anak muda NGO mahupun NGI, kepartian atau tidak kepartian, untuk bersama SAMM menempuh segala kemungkinan halangan yang berlaku untuk tiba di Stadium Merdeka. SAMM mengalukan semua warna yang ingin berarak bersama namun menetapkan kepada semua anggota SAMM agar berpakaian t-shirt berwarna hitam.

SAMM juga ingin memberi nasihat kepada semua agar bersiap kelengkapan secukupnya sebagai persediaan. Sediakan garam, air mineral dan kain basah juga penting. Jangan bawa sebarang objek yang menyerupai senjata, kita mahu himpunan aman. Jangan lari sekiranya gas pemedih dilepaskan, sebaliknya duduklah dengan tenang kerana samada anda lari ataupun duduk tenang, anda semua tetap menghidu gas tersebut malah lari akan membuatkan lebih banyak gas 'jahat' ini akan masuk kerongkong.

Akhir sekali, SAMM meletakkan keyakinan betapa angka satu juta rakyat berhimpun bukanlah suatu yang mustahil untuk dicapai kerana rakyat hari ini sudah berani memberikan sokongan terhadap tuntutan-tuntutan yang tidak diendah oleh pemerintah. Ayuh semua kita menuju ke Stadium Merdeka dan kali ini kita pasti berjaya, rakyat bersatu pasti menang! Sebagai anak muda pencetus sejarah, SAMM akan mara menuju ke Stadium Merdeka tanpa berundur walau setapak, dan tidak lari kerana kita bukan penjenayah.

Sekian,

Edy Noor Reduan

Pengarah Propaganda SAM

Umno edar risalah di masjid hari ini

Seperti dijangkakan, Umno terus mahu menjuarai isu agama untuk kepentingan politik sempit mereka.

Di beberapa buah masjid di sekitar Temerloh hari ini, terdapat upahan Umno meletakkan risalah di hadapan pintu masjid, mengambil kesempatan daripada umat Islam bersolat Jumaat.

Risalah tersebut cuba memancing sentimen para jamaah, dengan isu kalimah Allah yang sedang dipersendakan oleh media-media Umno sekarang.

Anehnya, upahan Umno itu sendiri cepat-cepat lari entah ke mana dan tidak turut bersembahyang setelah meletakkan risalah tersebut!

Kononnya, begitulah bersemangat mempertahankan kalimah Allah tetapi suruhan Allah ditolak ke belakang. Kononnya begitulah prihatin tidak mahu bukan Islam sebut perkataan Allah, tetapi Umnolah selama ini yang menghalang pelaksanaan hum Allah di bumi Malaysia ini!

Barangkali gerak saraf Umno sudah begitu panik, setelah beberapa isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan didedahkan oleh ramai orang termasuk Deepak, Musa Hasan, Rafizi, Mazlan Aliman dan ramai lagi.



Wednesday, January 9, 2013

Adun BN akui projek yang pernah PAS dedah

Akhirnya Adun Guai, Norul Azali Sulaiman mengaku kelemahan kerajaan Umno BN, apabila turun meninjau kawasan jalan di seberang sungai dalam Dunnya melibatkan beberapa buah kampung yang menghadapi ketiadaan jalan sehingga menyusahkan penduduk.

Laporan beliau turun ke situ tersiar dalam akhbar Sinar harian hari ini.

(gambar atas)


Pernah dikeluarkan tender berjumlah sekitar RM40 juta bagi projek jalan pinggir sungai seberang Temerloh, bagi menghubung Kampung Tanjung Batu hingga ke Kampung Lubuk Paku, Maran.

Projek tersebut terhenti apabila Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka ditutup pada tahun 2004. Projek yang terbengkalai itu menyusahkan lebih 15,000 penduduk melibatkan beberapa buah kampung tradisional di pinggir Sungai Pahang.
PAS Pahang tahun lalu telah menganjurkan konvoi cakna rakyat di sekitar kawasan Bera bagi mendedahkan kepincangan projek kerajaan ‘janji dicapati’.

Kawasan jalan yang tidak siap itu turut menjadi destinasi konvoi tersebut yang diketuai Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tawaran Pakatan Rakyat pula, ialah menyempurnakan jalan yang boleh membawa kepada kemudahan penduduk itu, jika berkuasa kelak.


Monday, January 7, 2013

Penduduk Kuantan, Pekan, Rompin: Awas Sonamu!

Penduduk yang tinggal berhampiran pantai menghadap Laut China Selatan di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan diminta mengawasi sebarang perkembangan terkini berhubung dengan Ribut Tropika SONAMU serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora.

Walaupun sekadar satu ramalan dan dijangka ribut tropika SONAMU tidak akan menjejaki tanah air kita, namun ia tetap akan membawa hujan lebat.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan lebat akan berlaku di antara 7 hingga 9 Januari 2013 di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang ekoran daripada angin kencang dan laut bergelora yang sedang berlaku di Laut China Selatan.

Satu sumber menyebut, ribut Sonamu dijangkakan akan berlaku pada besok, 8 Januari dengan kelajuan kira-kira 65km sejam.

Data yang dibekalkan bersama oleh Pusat Amaran Ribut Angkatan Laut dan Udara Amerika Syarikat yang mencadangkan Sonamu akan mendarat di kedudukan 6.3 N,103.3 E.

Keadaan hujan lebat dijangka akan berlaku yang mana boleh menyebabkan risiko berlakunya episod banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. Keadaan laut juga dijangka bergelora dan situasi ini akan menyebabkan keadaan bahaya di laut dan persisiran pantai.

Kuantan dan Rompin telahpun mengalami banjir baru-baru ini berikutan hujan lebat dan fenomena air laut pasang. Kali ini dua daerah berkenaan dan Pekan, diramalkan menghadapi banjir pusingan kedua.

Sementara itu, laporan kemaskini berkaitan Ribut Tropika itu adalah seperti berikut:

* As at 5:00 PM 7 Januari 2013 : Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.3 U dan Longitud 108.3 T Kira-kira 567 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

* As at 03:00PM 07 Januari 2013 : Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.4 Utara; Longitud 108.3 Timur, Kira-kira 571 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

* As at 11:00AM 07 Januari 2013 : Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.5 Utara; Longitud 108.3 Timur, Kira-kira 574 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

* As at 09:05AM 07 Januari 2013 : Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.7 Utara; Longitud 108.4 Timur, 592 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu

* As at 5:00 pagi 7 Januari 2013 : Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.8 U dan Longitud 108.5 T, kira-kira 606 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak ke arah Barat-Barat Daya dengan anggaran kelajuan 10 kmsj.

* As at 8:00 malam 6 Januari 2013 : Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 7.5 Utara dan Longitud 109.3 Timur, kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu


Kemaskini berkaitan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora ( Kategori Ketiga)

* Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

* Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Kemaskini berkaitan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora ( Kategori Kedua)

* Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.



Friday, January 4, 2013

Kematian Azrul: Sebuah Noktah Déjà vu

Oleh Edy Noor Reduan

Peristiwa kematian seorang remaja Mohd Azrul Zulkifli yang maut selepas motosikal yang dipandunya didakwa ditendang seorang anggota polis merupakan satu lagi detik hitam yang mencerminkan keganasan penguasa di dalam negara ini. Pihak polis tidak akan mengaku bersalah di atas motto 'polis sentiasa betul' yang diamalkan sejak sekian lama. Apa lagi yang boleh diharapkan, Mohd Azrul Zulkifli telah pun meninggal dunia dan polis yang bertanggungjawab akan akhirnya dilepaskan dari kandang pesalah. Ini hakikat dari pengalaman rakyat.

Kejadian yang berlaku ini adalah episod sekual dari insiden malang yang menimpa arwah Aminulrasyid suatu ketika tidak lama dulu. Hanya yang berbeza ialah tiada sebarang tembakkan dilepaskan oleh pihak polis berbanding 21 das tembakkan yang dilepaskan ke arah kereta yang dipandu Aminulrasyid, namun fundementalnya - kasualiti nyawa tetap berlaku. Ia melambangkan kegagalan demi kegagalan pihak polis dalam menjaga keselamatan awam, dan ia menjadi lebih gagal apabila pihak polis langsung tidak mengakui kesilapan apatah lagi untuk pihak polis secara rasminya mengungkapkan permaafan.

Dari sudut moraliti pula, kejahatan pihak polis lebih terserlah apabila berlaku cubaan untuk 'melepaskan diri' dengan menuduh si mati sebagai penjenayah sedangkan siasatan belum lagi dijalankan. Sudahlah mangsa mati dibunuh, dituduh pula penjenayah pra-perbicaraan. Kebiadapan tahap apa lagi yang boleh ditakrif untuk diterima akal? Apakah polis sendiri tidak faham polisi perundangan?

Mengimbau kembali peristiwa yang berlaku di Shah Alam tidak lama dulu, sebilah parang secara tiba-tiba ditemui dalam kenderaan yang dinaiki oleh arwah Aminulrasyid dan sahabatnya sedangkan parang tersebut sengaja diada-adakan atau dalam erti kata lain - suatu fabrikasi. Juga dilaporkan kononnya kenderaan yang dipandu arwah Aminulrasyid dipandu secara 'gostan' setelah terbabas maka tembakkan dilepaskan oleh anggota polis, tetapi kiraan logik tidak mampu disangkal - bagaimana kenderaan itu mahu di'gostan' jika ketika itu pemandunya hanya tinggal jasad tidak lagi bernyawa?

Dalam masa yang sama, media perdana juga turut bersekongkol menjual persepsi kepada umum apabila saban minggu berita kenakalan remaja yang ekstrem dilagukan dalam berita pada 'musim' insiden Aminulrasyid. Pelik tetapi tidak benar, minggu yang sama banyak berita kejadian pecah gudang, pecah rumah dan rompakkan cybercafe dikenalpasti dilakukan oleh remaja bawah umur. Semuanya disusun rapi demi menafikan kebenaran.


Setelah perbicaraan Aminulrasyid berlangsung, anggota polis yang melepaskan 21 das tembakkan itu didapati bersalah dalam menjalankan tugas dan telah dijatuhi hukuman hanya 5 tahun penjara oleh mahkamah seksyen Shah Alam. Walaupun dirasakan tidak setimpal mengambil kira dari kehilangan sebuah nyawa namun cukuplah untuk memberi pedoman kepada anggota polis yang lain agar lebih berhati-hati, tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawab melindungi orang awam.

Namun demikian, panas yang diharap sampai ke petang, hujan pula di tengahari. Setelah melalui pelbagai proses perundangan termasuklah rayuan di peringkat mahkamah tinggi akhirnya Hakim Abdul Rahman Sebli membatalkan hukuman lima tahun penjara terhadap anggota polis tersebut lantas memintas keputusan Mahkamah Seksyen Shah Alam September lalu. Maka analisis mudah di sini ialah - Pihak polis telah menjalankan tugas dengan baik melindungi orang awam dengan tembakkan 21 das dan Aminulrasyid tetap bersalah walaupun dibunuh hanya kerana tidak mempunyai lesen memandu ketika memandu.

Apakah dengan keputusan mahkamah tinggi ini memberi kebenaran untuk lebih ramai pihak polis mengundang kecelakaan ke atas orang awam? Apakah telah hadir kurnia 'a licence to kill' atau 'fire at will' ?

Selepas keputusan mahkamah tinggi membebaskan anggota polis yang membunuh Aminulrasyid, ia menjadi sebuah menifestasi kepada anggota polis lain untuk bertindak sesuka hati seperti menendang penunggang motorsikal yang sedang meluncur laju hingga menyebabkan kematian. Ia umpama memberi 'lesen' kepada anggota polis untuk membunuh dengan jaminan kelak akan dilepaskan tanpa bersalah.

Inilah yang berlaku terhadap arwah Mohd Azrul Zulkifli, seorang lagi anak bangsa yang mati ditangan pihak berkuasa. Seperti juga arwah Aminulrasyid yang tidak mendapat pembelaan dan keadilan sewajarnya, apalah yang boleh diharapkan lagi? Apakah keluarga Mohd Azrul akan bertempur turun-naik mahkamah dan akhirnya Mohd Azrul juga akan senasib Aminulrasyid tidak mendapat pembelaan dan keadilan? Sedarlah, apa yang berlaku terhadap arwah Mohd Azrul sangat malang apabila ia membabitkan institusi polis dan ingatlah juga bahawa mana-mana rakyat juga tidak terlepas dari kemungkinan berhadapan dengan situasi genting sebegini.

Setakuk demi setakuk, rakyat mula faham erti kata sebenar menuntut keadilan dalam sebuah negara polis. Sesudah mendiang Kugan yang mati di lokap, seterusnya mendiang Teoh Beng Hock dan arwah Sarbini yang mati dalam custody SPRM, seterusnya arwah Baharuddin Ahmad yang terkorban dalam Bersih 2.0, seterusnya arwah Aminulrasyid yang ditembak mati bagaikan pengganas, dan pasti bukan yang terakhir ialah arwah Mohd Azrul Zulkifli yang mati di kaki polis. Takuk-takuk ini adalah takuk kesedaran betapa tidak relevan lagi untuk terus membazir dan membuang masa untuk mengiringi bait-bait perbicaraan.

Justeru itu, adalah disarankan agar keluarga Mohd Azrul tidak membuang masa, tidak membazir uwang dan kuderat untuk menuntut keadilan di pentas milik 'mereka'. Janganlah lagi diharapkan keadilan itu hadir bergolek-golek ke depan mata. Masanya kini bukan lagi untuk menanti kekecewaan, kita tidak kecewa kerana ini memang hakikatnya. Masanya kini untuk bangkit dan melawan, ini zaman melawan dan rakyat akan bersama dengan anda dalam pertembungan ini, yang juga diiktiraf sebagai perlawanan rakyat menentang penguasa zalim!

Usah toleh ke belakang, teruslah mara ke depan untuk melawan! Rakyat yang berjuta ini ramai yang kian memahami betapa mereka juga bakal senasib dengan anda kerna saban hari kesedaran itu sudah melekat di jiwa dan menanti masa untuk diekspresikan.

Usah lagi membuang masa, ayuh kita menyusun massa. Yakin dan percayalah, rakyat akan bersatu melawan kezaliman ini! Tanggal 12 Januari 2013 menjadi medan paling ideal, KL112 menjadi kod terpenting dalam sejarah penyatuan rakyat. 12 Januari 2013 Hari Kebangkitan 1 juta Rakyat akan turun membanjiri Kuala Lumpur.

Demi semua nama arwah dan mendiang yang disebut di atas, juga demi pemilik nasib malang yang tidak direkodkan, kematian kamu semua tidak akan menjadi sia-sia. Rakyat akan bersatu menggembeling kekuatan demi mengembalikan maruah dan keadilan. Ayuh semua kita noktahkan Déjà vu ini.

Kepada anggota polis dan pihak berkuasa, kepada SPR dan SPRM, kepada semua aparat pemerintah, kepada semua baharua regim, kami tidak kecewa kerana kami yakin tiada lagi yang boleh diharapkan dari kalian. noktah!


Thursday, January 3, 2013

Di sebalik kecoh isu Amanat Hadi...

Umno cuba menutup isu Deepak dengan isu Amanat Haji Hadi yang sedang diperbesarkan dan disensasikan, supaya orang Melayu lebih tertumpu pada isu yang sudah 31 tahun berlalu itu mengenai Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada dakwaan Deepak.

“Isu Amanat Hadi ini sengaja dibesarkan – tapi apabila Haji Hadi minta jawab secara live semua kalut, tak tahu nak respon – jawapan berterabur. Tapi mereka akan terus main sehingga Deepak dapat disenyapkan,”.

Ditanya apakah Umno percaya isu Amanat Hadi ini akan membawa undi pada mereka, sumber itu ketawa..

“Ini untuk tutup isu Deepak sahaja, yang lain mereka tak pernah fikir pun.”

“Sekarang kami berharap Tan Sri Muhyiddin akan mengorak langkah, diharap beliau mendapat sokongan daripada bekas PM Tun Dr Mahathir. Kalau tak, Umno dalam bahaya. Tak berbaloi jika Umno jatuh kerana satu wanita yang…. “ kata sumber itu.

Ditanya apakah sambungan pada ayat tersebut, sumber itu berselorah, “Lu fikirlah sendiri.”

“Ahli-ahli Umno sekarang berharap Muhyiddin yang menerajui Umno ke PRU13. Masa ada 6 bulan sahaja lagi. Sempat jika Muhyiddin bergerak sekarang, beliau akan dapat sokongan padu jika beliau berani bersuara. Rasanya Tun Dr Mahathir pun dah terima siapa liabiliti sebenar buat Umno-BN masa kini,” tambah sumber itu lagi.

Ditanya apakah strategi Umno menjelang PRU13, sumber itu berkata, “Apa lagi? Serang PAS habis-habisan sehingga PAS keluar Pakatan Rakyat. Kemenangan mutlak Pakatan bergantung sepenuhnya pada PAS. Jika PAS gagal tawan undi Melayu, Umno kekal menjadi kerajaan. DAP dan PKR bukan lawan Umno sebenar. Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri kalau PAS tewas. PKR, DAP boleh menang lawan MCA dan MIC tapi Umno mesti tidak boleh kalah pada PAS. Jika tewas, BN akan jadi pembangkang.”

Apakah nasihat yang beliau ada untuk PAS. “Bertahan dan jangan masuk perangkap seperti isu kalimah Allah. Penjelasan (Ketua Penerangan PAS) Tuan Ibrahim matikan satu senjata Umno terhadap PAS. Kini isu Amanat Hadi, Haji Hadi bertahan bagus untuk PAS, kerana dah nampak semua peringkat ahli dan pemimpin PAS kini rally (bersatu) di belakang presiden mereka untuk melawan Umno.

Umno selama ini harapkan PAS berpecah dengan menggunakan si Jati dan kawan si Jati yang masih dalam PAS, tapi disebabkan nak tutup isu Deepak, kini mereka terpaksa guna isu amanat Haji Hadi, yang sebaliknya, telah menyatukan PAS semula,” katanya.

Ditanya samada beliau mengharapkan Umno akan tewas di PRU13, “Untuk negara, naluri saya kata ya. Demi diri sendiri, tidak. Sini tempat cari makan saya,” katanya sebelum beredar.

Wednesday, January 2, 2013

Biskut telinga cap Adnan laris!

Bungkusan biskut berbentuk telinga dihiasi gambar Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Adnan Yaakob yang diedarkan secara percuma oleh kumpulan anti-Lynas yang berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Kuantan Isnin lalu, mendapat sambutan hangat dan laris.

Mereka berhenti di beberapa lokasi seperti Bukit Tinggi, Bentong, Karak dan Mentakab untuk mengedarkannya kepada orang ramai.

Anggota rombongan Lee Chean Cheung berkata, biasanya di beberapa tempat mereka berhenti dan mengedarkan biskut, ia mendapat permintaan melebihi stok yang sehingga terpaksa dijimatkan.

Biskut telinga ialah satu bentuk respons kepada cabaran Adnan yang berkata sanggup dipotong telinganya dan terjun Sungai Pahang, jika DAP menang di Bentong.

Isu Adnan sanggup dipotong telinga hangat diperkatakan apabila beliau menyebut ‘tawaran’ itu kepada pemberita semasa Perhimpunan Umno di PWTC.

Adnan ialah Ketua Umno Bahagian Bentong. Beliau merupakan Adun Pelangai.