Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Wednesday, October 3, 2018

Penemuan harimau Malaya dan pembalakan

Kemunculan seekor harimau berhampiran Taman Negara Kuala Tahan baru-baru ini yang sempat dirakamkan, membuatkan masyarakat mulai berfikir tentang alam sekitar dan apakah haiwan liar perlindungan itu mulai terasa terancam akan tempat kediamannya.

Ia tidaklah mustahil jika hutan dan rimba diteroka semahu-mahunya tanpa kawalan demi untuk mengeluarkan kayu balak bernilai tinggi.

Friday, September 21, 2018

Rupa-rupanya dah 5 kali PKR paksa kosong kerusi!

Fakta penyandang kerusi Yang Berhormat yang dipaksa meletak jawatan bagi memberi laluan kepada tokoh-tokoh tertentu, rupa-rupanya telah lima kali berlangsung. Terbaharu ialah ‘Langkah Port Dickson’ di mana Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri akan bertanding.

Perkara ini dingat dan diulang kembali oleh seorang penulis maya iaitu Hanisya Abdul Hamid yang dulunya merupakan aktivis PKR.

Thursday, September 13, 2018

Pencemaran buat Lata Meraung kini sepi pengunjung


Pusat perkelahan dan rekreasi terkenal Lata Meraung di Jerantut dahulunya menjadi sebutan ramai kerana keindahan panorama sekitarnya, kejernihan airnya serta keheningan suasananya yang begitu mengasyikkan.

Terjunan airnya  yang menerjah batu batan serta bunyi cengkerik dan unggas liar sebagai melodi alam pula umpama menggamit dan menyambut para pengunjung ke destinasi kurang lebih 16 kilometer dari bandar Jerantut itu untuk berpesta dan mandi manda. Ia menjadi tumpuan pengunjung sejak ia dibuka pada tahun 1991.

Airnya yang dingin pula membuatkan seolah olah mereka yang bertandang dari seluruh negara tidak puas-puas  bertumpu dan bercanda terutama pada setiap hari cuti persekolahan.

Tuesday, August 21, 2018

BAHAGIAN 1: Istimewanya ‘Orang Tua ini’

Saya sering melihat beliau mundar-mandir di bandar Temerloh sejak dahulu. Orangnya amat peramah, suka menyapa sesiapa sahaja dan tidak kedekut membelanja makan minum orang ramai. Itu peribadinya.

Saya tidak pedulikan beliau sangat pada mula-mula dahulu, sehinggalah ada orang memberitahu beliau mahir membicarakan sejarah, iaitu subjek yang saya amat minati.

Wednesday, August 15, 2018

LGBT satu kesalahan jenayah, bukan pengiktirafan

Sejak pertemuan Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof dengan pejuang LGBT (lesbian, gay, bisexual, and transgender) Nisha (sebenarnya seorang lelaki tetapi menyerupakan dirinya sebagai wanita) yang diakhiri dengan berjabat tangan, sudah banyak pendapat dan ulasan yang disuarakan.

Sudah tentulah ada pandangan pro dan kontranya. Ada yang menyokong dan ada yang membantahnya.

Thursday, August 9, 2018

NDI, IRI semakin subur, IKSIM, JAKIM bakal terkubur

Seorang penulis Alang Ibnu Shukrimun meramalkan dua agensi hal ehwal Islam Kerajaan Persekutuan iaitu Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan terkubur. Ini berikutan serangan demi serangan telah dihalakan kepada agensi tersebut termasuk oleh pihak kerajaan kerajaan sendiri.

Ini menandakan sesuatu akan berlaku sekurang-kurangnya akan distruktur semula.

Tuesday, July 24, 2018

Isu khutbah Adun Jengka: Sengaja cari populariti?



Saya lebih cenderung mengatakan kumpulan yang membuat laporan polis berkaitan isu khutbah Adun Jengka Ustaz Shahril Azman kononnya memfitnah yang tiba-tiba diviralkan, hanyalah untuk mencari populariti.

Manalah tahu, setelah berjuang sekian lama dan bertanding dalam PRU kemudiannya sentiasa kalah, tiba-tiba kumpulannya menang memerintah, apakah tidak ‘giler’ jadinya? Maka daripada diam sehingga terus dilupakan orang, baiklah berkokok sekali-sekala untuk tarik perhatian. Kononnya masih berbisa.

Apakah hanya mendengar daripada status yang dimuatnaik daripada facebook, tanpa hadir sendiri mendengar khutbah berkenaan maka baginya bukti kesalahan itu menjadi terlalu besar dalam sejarah?

Monday, July 9, 2018

Tanah terbiar di Chenor sebagai solusi tambah pendapatan

Sekitar Chenor terutama di sebelah seberangnya dikenali antara kawasan pedalaman paling miskin  yang memiliki penduduk daif dan kesempitan hidup.

Sesetengah mereka tidak mempunyai tanah atau rumah, bagi yang bertanah pula kebanyakan mereka bergantung hidup dengan menoreh getah. Kini apabila harga getah telah bertahun-tahun berada di paras rendah terlampau,  membuatkan sesetengah anak watan makin miskin dan terus melarat.

Dari segi politik, kawasan ini telah dimenangi Umno/BN sejak bermulanya pilihan raya dan merdeka malah dikatakan ‘kubu Umno’. Wakil rakyat silih berganti dan generasi demi generasi di kawasan disebutkan tadi terus terpinggir melainkan mereka yang berhijrah keluar mencari rezeki.

Wednesday, June 13, 2018

Malaysia Baharu: Kronism selepas Kleptokrasi?

Selepas 30 hari rejim baru pimpinan Tun Dr Dr Mahathir Mohamed menggantikan yang lama, ‘report card’ beliau belum mencatatkan yang memberangsangkan. Ada saja tindakan-tindakan daripada kerajaan baru ini dikritik kerana jauh daripada yang diharapkan sebagaimana dijanjikan.

Terbaru, satu tulisan mengaitkan Tun M dengan tabiat penyakit lama zamannya iaitu kronisme.

Umum masih mengingati, pada Perhimpunan Agung Umno terakhir sebelum dipecat, Anwar semasa merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti pernah mengungkit tentang korupsi, kronisme, nepotisme (KKN) yang secara sinikalnya dituju kepada Dr Mahathir. Dr Mahathir pula dalam ucapan balasnya menganggap sindiran itu ditujukan kepadanya dan berkata cubaan membandingkan beliau dengan pentadbiran Soeharto di Indonesia yang dijatuhkan hasil gelombang reformasi rakyat ketika itu. 

Berikut disiarkan satu tulisan yang mengaitkan Tun M dengan kronisme


Kronism adik kembar Kleptokrasi yang tiada penghujungnya

Ada masanya Allah uji kita diberi kuasa dan berada di atas. Kini apabila tayar bergolek dan kita berada di bawah, tiada lagi kuasa dan pengaruh maka yang bersama-sama kita ketika senang dahulu semakin hari semakin meninggalkan kita.

Saturday, June 2, 2018

Alangkah baiknya jika politik Terengganu dijadikan model

Kerajaan Terengganu bertukar tangan pada PRU 14 daripada BN kepada PAS kira-kira tiga minggu yang lalu. Alangkah bijaknya rakyat Terengganu memilih kepimpinan untuk masa depan mereka. Alangkah pandainya mereka menilai dan memilih demi untuk kebaikan dan kesinambungan mereka dan generasi akan datang.

Namun tidak seperti negeri-negeri lain atau di peringkat pusat sendiri, peralihan kerajaan begitu tenang sekali dan tiada langsung sebarang kekusutan. Rakyat Terengganu seolah-oleh begitu matang setelah membuat satu perubahan besar dalam sejarah.

Terdapat satu tulisan di media sosial yang amat menarik dan membuka minda yang menghimbau senario yang terjadi di negeri ulek mayang itu. Admin ambilnya untuk dimuatkan di sini sebagai satu bacaan. Berikut disiarkan:

POLITIK ANEH DI TERENGGANU

Sama ada tuan tuan suka atau tidak, sepanjang tiga minggu pertama pemerintahan kerajaan-kerajaan baru di Malaysia, kita cukup susah mendengar perkara perkara selain positif tentang apa yang berlaku di Terengganu.

Iklim politik negeri saya ini cukup sejuk dan menenangkan. Terengganu adalah negeri terawal membentuk kerajaan dengan MB dan barisan exco mengangkat sumpah dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman kemenangan rasmi. Tiada ayam laga yang bertarung dan pergelutan kuasa juga tidak berlaku. Berbeza dengan kerajaan Pusat. Aneh

Beberapa hari selepas tu, bekas Menteri Besar DS Ahmad Razif pula melakukan serah tugas rasmi kepada Dr Samsuri. Serah tugas perjawatan ini sangat susah dilihat bila melibatkan parti yang berlainan. Ia kemudian menjadi contoh ikutan menteri menteri di peringkat Pusat. Aneh

Faktor penenang seterusnya berlaku apabila Dr Samsuri menyantuni lawatan Pengerusi PH negeri iaitu YM Raja Bahrin. Membawa bersama komitmen bagi membantu memulihkan projek projek gajah putih di negeri ini. Raja Bahrin ialah antara arkitek terawal di negeri Terengganu, ketika arkitek masih dikenali sebagai 'Master Builder". Aneh.

Kebiasaannya dahulu, pertukaran MB walaupun melibatkan parti yang sama akan menyebabkan pertukaran pegawai pegawai tinggi kerajaan. Sebahagiannya di "sejuk bekukan". Hal ini tidak berlaku kali ini. Pentadbiran berjalan seperti biasa dengan suasana politik kasih sayang yang diterapkan oleh kerajaan baru. Malahan kerajaan negeri tidak langsung mencurigai kesetiaan pegawai2 kerajaan walaupun berbeza pendirian politik. Berbeza dengan kerajaan Pusat apabila PM sendiri mengeluarkan kenyataan sidang media menuntut kesetiaan pegawai kerajaan. Seolah olah ramai pegawai kerajaan ini adalah pengkhianat negara. Aneh.

Lantikan lantikan politik oleh kerajaan lama tidak dipecat seperti yang berlaku di Pusat. Tugas berjalan seperti biasa dengan sebahagiannya mengalami perubahan skop tugasan. Aneh.

Pentadbiran baru langsung tidak menghentam kerajaan lama. Kesalahan kerajaan lama bukan sedikit dan ia menjadi rahsia umum rakyat. Hutang kerajaan negeri melebihi RM 500 juta atau yang ketiga tertinggi selepas Pahang dan Kedah. Tetapi pentadbiran baru langsung tidak bercakap mengenai hutang tinggalan BN. Malahan meneruskan pelaksanaan manifesto manifesto dalam keadaan kekangan kewangan yang tidak berada pada tahap sepatutnya. Setakat 3 minggu pertama, sekurang kurangnya 4 daripada 20 manifesto telah dilaksanakan dengan komitmen pelaksanaan 1 manifesto setiap minggu. Kerajaan negeri langsung tidak menggunakan alasan kewangan yang tenat atau "menambah nambah" jumlah hutang semata mata untuk mengelak melaksanakan janji pilihanraya. Aneh.

Kebiasaannya dahulu apabila berlaku pertukaran MB walaupun daripada parti yang sama, projek MB sebelumnya akan rosak dan terabai. Tuan tuan boleh lihat apabila DS Ahmad Said menjadi MB pada 2008, Projek Taman Ilmu yang menjadi pet project DS Idris Jusoh terabai dan menjadi gajah putih. Apabila DS Razif menjadi MB pada 2014, maka pet project DS Ahmad pula terbengkalai seperti Zoo Kemaman dan Pulau Bebas Cukai Kenyir. Sekarang, walaupun parti pemerintah telah bertukar, pentadbiran baru berusaha menyelamatkan semua projek projek ini tanpa langsung mengeluarkan kenyataan menyalahkan pentadbiran lama. Lawatan2 rasmi ke projek projek sakit dan menyakitkan hati ini berlaku dan perancangan membetulkannya dibuat tanpa menjajanya kepada umum. Tiada usaha mengambil political mileage  dari isu ini. Aneh.

Di saat logo logo 1 Malaysia yang menjadi prinsip kerajaan Ds Najib ditanggalkan dengan tergesa gesa di pejabat kerajaan persekutuan, perkara sebaliknya berlaku di Terengganu. Logo TTB (Transformasi Terengganu Baharu) cetusan politik kerajaan lama masih lagi tersergam di sebahagian besar pejabat agensi kerajaan negeri. Pentadbiran lama tidak mengupah kontraktor atau kren bagi membuang logo logo ini ke tong sampah. Aneh.

Di saat kerajaan pusat membatalkan projek projek mega yang telah dirancang oleh kerajaan BN sehingga ke tahap sanggup membayar pampasan ratusan juta ringgit, hal sebaliknya berlaku di Terengganu. Saya bagi satu contoh. Saya terlibat dalam perancangan satu projek mega di negeri ini. Apabila kerajaan negeri bertukar, kami merasakan ia adalah satu penamat memandangkan projek tersebut adalah salah satu modal pilihanraya BN Terengganu. Peliknya apabila perjumpaan dengan MB baru berlaku, beliau sangat berminat untuk meneruskan projek ini dan prosedur untuk menjayakan projek ini lebih mudah dengan kerajaan baru berbanding birokrasi kerajaan lama. Aneh.

Kebiasaannya ahli politik akan banyak bercakap dari bekerja. Tuan tuan boleh lihat bagaimana kerajaan persekutuan mengadakan sidang media hampir setiap hari. Sebahagiannya macam tak ada faedah melainkan buat modal "bergaduh mulut" dengan parti pembangkang (BN).Berbeza pentadbiran negeri Terengganu, lawatan MB pun kadang kadang disenyapkan supaya gambaran masalah sebenar diperoleh. Bila dah tahu punca, senyap senyap pula balik ke pejabat selesaikan masalah tanpa membuat kenyataan media menyalahkan si A atau si B. Aneh

Politik yang menenangkan sememangnya aneh di negara ini.

Friday, June 1, 2018

Mencari Lailatul Qadar

Menjelang ke 10 malam terakhir Ramadhan ini, tiada yang dinanti-nantikan oleh umat Islam semua melainkan Lailatul Qadr ataupun malam alQadr.

ALLAH سبحانه وتعالى  berfirman,

إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ ﴿٥
“Sesungguhnya KAMI telah turunkan pada malam kemuliaan. Dan, tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan; Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr: Ayat 1-5).

Saturday, May 12, 2018

Benteng Umno di Felda mulai runtuh

FELDA yang pernah menjadi benteng ampuh Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, mulai rebah apabila satu persatu kawasan itu dikuasai Pakatan Harapan.

Buat pertama kalinya menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sebanyak 27 daripada 52 kawasan penempatan FELDA yang pernah menjadi kubu kuat UMNO bertukar tangan kepada PAS dan PKR.

BN pastinya paling tersentak dengan keputusan itu, apabila bukan saja gagal menunjukkan taring tetapi turut memberi gambaran legasinya sudah berakhir.

Thursday, November 2, 2017

Ibrahim Yaakob tokoh pejuang negara

Bahagian 2

DITANGKAP BRITISH


Sewaktu Perang Dunia II semakin menghampiri Tanah Melayu, pemuda-pemuda KMM telah menyemarakan semangat anti-British. Pada 1941, Konsul Jeneral Jepun di Singapura telah membantu KMM membeli akhbar Melayu di Singapura yang dipanggil Warta Malaya dengan memberikan kemudahan kewangan. Pada tahun 1941, pihak British telah mula mengesan pengaruh Jepun di dalam KMM. British telah memerhati KMM dengan dekat dan pada akhir tahun 1941, pucuk kepimpinan KMM termasuk Ibrahim Yaacob dipenjarakan. Ketika Perang Pasifik meletus pada 7 Disember 1941, Ibrahim Yaakob telah ditangkap oleh pihak British Perjuangan KMM menjadi lemah apabila ramai pemimpin mereka ditangkap. Kelemahan mereka semakin ketara apabila Jepun mula menduduki Tanah Melayu.


Bagi meredakan kebimbangan tersebut, pada akhir tahun 1941 pihak British telah menahan Ibrahim Haji Yaakob dan beberapa orang pemimpin KMM seperti Ishak Haji Muhammad, Hassan Haji Manan,Idris Hakim,Ahmad Boestamam, Mohd Isa Mahmud dan Sutan Djenain berserta 150 orang anggota KMM ditangkap oleh Cawangan Khas Polis British. Walaupun pada mulanya mereka akan di hantar ke India, namun rancangan tersebut terpaksa dibatalkan setelah kedatangan Jepun ke Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin KMM telah di bebaskan oleh Jepun dan KMM telah meneruskan kegiatan mereka dalam bidang politik. [41]
Kongress sepatutnya diadakan di Ipoh pada tahun 1941. Akan tetapi, kehendak itu terhalang apabila Perang Dunia II meletus dan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

KMM Pada Era Pendudukan Jepun

Pada tahap ini, kelihatan satu kegiatan nasionalisme yang lebih matang dari kegiatan sebelumnya. Peranan golongan radikal Melayu lebih menonjol sekali seperti Ibrahim Haji Yaakob, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad merupakan tokoh-tokoh yang telah menggunakan pendudukan Jepun sebagai satu peluang untuk mendapat tempat dalam kegiatan nasionalisme itu. Sebagai perisik Jepun ketika itu, mereka telah mendapat kedudukan yang baik dalam pentadbiran Jepun yang berjalan selama tiga tahun setengah itu. Mereka membantu Jepun dengan harapan Jepun akan memberi lebih banyak kebebasan politik kepada orang Melayu, jika tidak merdeka sepenuhnya. Mereka berpendapat bahawa penjajahan British di Tanah Melayu perlu dihapuskan. Manakala bagi Jepun pula,mereka mengharapkan ahli-ahli KMM dapat mempengaruhi orang Melayu supaya berkerjasama dengan tentera Jepun semasa mereka menyerang British. Bantuan KMM ini banyak membantu tentera Jepun untuk menakluki Tanah Melayu dengan lebih mudah.

Namun, setelah kumpulan ini berkerjasama dengan Jepun dan membiarkan Jepun menekan kegiatan mereka, sifat radikal mereka telah musnah. Tindakan Jepun mengharamkan KMM pada bulan Jun 1942 iaitu enam bulan selepas penguatkuasaan pemerintahannya tidak dapat dibantah oleh Ibrahim Haji Yaakob dan kawan-kawannya. Jepun mengharamkan KMM kerana tindakan sekumpulan pemimpin KMM seperti Mustapha Hussein menuntut kemerdekaan dari Jepun sebaik sahaja Jepun menduduki Tanah Melayu. Selepas Ibrahim Haji Yaakob melihat insiden salah seorang ahli KMM iaitu Mustapha Hussein ditempeleng dan diterajang, beliau terpaksa mengunci mulut dan tunduk terhadap Jepun. Beliau sedar bahawa, kemenangan Jepun di Tanah Melayu bukanlah kemenangan bagi golongan radikal.

Begitu juga dengan Dr.Burhanuddin yang telah dilantik sebagai Penasihat hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu di Taiping, Perak. Beliau cuba mengadakan persidangan masyarakat Islam Sumatera dan Semenanjung bagi kali kedua telah ditahan oleh pihak Jepun. Hal ini kerana pihak Jepun bimbang Islam akan menjadi jambatan kebebasan politik di antara kedua-dua buah daerah menentang Jepun. Ishak Haji Mohammad juga terpaksa membiarkan Jepun menyerahkan semula Kelantan dan Terengganu kepada Thailand. Beliau dan kawan-kawannya juga terpaksa mmbiarkan pentadbiran negeri-negeri utara Tanah Melayu disatukan dengan Sumatera dan Singapura diasingkan dari Semenanjung. Beliau seperti juga rakan-rakannya, tidak dapat menyaingi penjajah baru ini.

Pembubaran KMM

Pada bulan Jun 1942, KMM telah dibubarkan oleh Jepun kerana telah mendapati bahawa KMM mula mengecam kedudukan mereka. Kemudian tentera Jepun telah meminta Ibrahim Haji Yaakob supaya menubuhkan ‘Badan Penasihat Bumiputera pada Pemerintahan Tentera Jepun bagi Tanah Melayu dan Sumatera. Lantaran daripada pembubaran tersebut, ini juga bermakna bahawa perjuangan golongan nasionalis kiri yang bergerak atas nama KMM sebagai sebuah pertubuhan politik di Tanah Melayu turut berakhir.

Walaupun KMM dibubarkan, kebanyakan pimpinan dan angotanyanya (tanpa Ibrahim Yaakob), kemudian menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), juga dikenali Parti Nasionalis Melayu (PNM - Malay Nationalist Party) telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh. Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pimpinan PKMM diambil alih oleh pemimpinan KMM seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ahmad Bustamam dan Ishak Haji Mohamad. Jadi, PKMM ini dianggap sebagai kesinambungan KMM.

Walaupun KMM berusaha untuk memperluaskan pengaruh namun pertubuhan ini tidak berjaya menarik lebih ramai pengikut, terutamanya di kalangan rakyat bawahan dan golongan pentadbir Melayu yang berpendidikan Inggeris. Hal ini kerana mereka masih mengharapkan kepimpinan raja-raja dan golongan bangsawan Melayu yang dianggap sebagai pelindung orang Melayu. Kemunculan KMM di tengah-tengah orang Melayu yang sebahagian besarnya terdiri daripada masyarakat tani yang masih setia terhadap hubungan sosial bersifat tradisional terutamanya dengan raja-raja Melayu dan para pembesar Melayu sebenarnya tidak banyak membantu KMM meluaskan pengaruhnya. Terdapat golongan yang juga tidak menyokong KMM iaitu golongan Birokrasi kerana KMM bersikap anti birokrasi.

Idea KMM untuk menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia melalui gagasan Melayu Raya tidak berkesan untuk menarik perhatian majoriti orang Melayu. Sebelum Perang Dunia kedua berlaku, KMM lebih banyak bergiat secara sulit dan bergantung kepada hubungan ahli-ahli jawatankuasa pusat dengan rakan-rakan di beberapa buah negeri di Tanah Melayu, khususnya di kalangan bekas pelajar SITC untuk mendapatkan ahli-ahli baru. Jelaslah bahawa KMM gagal mewujudkan satu gerakan massa ataupun suatu pertubuhan politik secara besar-besaran yang berupaya melibatkan penyertaan golongan rakyat bawahan dalam usaha menentang penjajah British di Tanah Melayu.

Namun, sejak awal penubuhannya, pihak British sentiasa mengawasi kegiatan KMM. British mendapat maklumat mengenai rancangan para pemimpin KMM umtuk melancarkan gerakan bersenjata bagi menghalau penjajah itu keluar dari Tanah Melayu. Kebimbangan British semakin jelas apabila menyedari tentang wujudnya hubungan rapat di antara KMM dengan para pemimpin Indonesia, terutamanya Parti Komunis Indonesia (PKI) berikutan dengan kehadiran Sutan Djenain yang merupakan seorang pelarian politik PKI yang menetap di Tanah Melayu

Analisis dan Kesimpulan

Melalui analisis Mohamed Salleh Lamry (2006) dalam bukunya Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan mengatakan di Malaya KMM adalah sebuah organisasi politik yang terawal muncul dan penubuhannya banyak dipengaruhi oleh perkembangan politik di Indonesia dan berlandaskan fahaman nasionalisme Melayu yang luas tetapi hanya wujud sehingga zaman Jepun dan selepas Perang Dunia Kedua perjuangan KMM diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Karya Firdaus Haji Abdullah (1985), Radical Malay Politics mengatakan KMM adalah gerakan politik radikal Melayu yang terawal. Selain daripada itu beberapa tulisan oleh Rustam A. Sani (1976,1983) dan Ahmat Adam (1983, 1996) juga mengkelaskan KMM merupakan gerakan nasionalis kiri Melayu dan Rustam A. Sani (1975) telah menghuraikan asal usul sosial gerakan nasionalis kiri Melayu, khasnya KMM.

Kemunculan gerakan nasionalisme kiri di kalangan orang Melayu pula, sama ada secara langsung atau tidak, banyak dipengaruhi dan didorong oleh perkembangan politik dan gerakan nasionalisme di Indonesia. Bahan-bahan dari Indonesia, sama ada buku, majalah dan surat khabar telah sampai ke tangan anak-anak muda Melayu yang belajar di Maktab Perguruan Sultan Idris. Tujuan bahan bacaan itu dibawa masuk ke Tanah Melayu terutamanya adalah untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan itu mereka dapat mengikuti perkembangan di Indonesia, seperti Boedi Otomo, Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia, Parti Nasional Indonesia serta peranan Soekarno. Dengan itu, kemasukan bahan bacaan itu telah mendatangkan kesan yang tidak diduga pada mulanya, iaitu sedikit sebanyak telah mendorong timbulnya kesedaran politik anti kolonial di kalangan mereka (Abdul Samad 1982, 310).

Menurut Ibrahim (1957) yang menulis berdasarkan pengalamannya sebagai pemimpin politik utama gerakan nasionalisme Melayu kiri itu, tekanan politik dan ekonomi penjajah dalam waktu singkat telah memberikan kesedaran baru kepada orang Melayu. Dengan itu, timbullah bibit-bibit kesedaran nasional di kalangan masyarakat Melayu. Namun, Ibrahim (1957,20) mengakui adanya pengaruh dari Indonesia itu dengan kata-kata seperti berikut :
“Selanjutnya kesadaran ini bertambah besar sesudah terjadi Pemberontakan melawan Belanda di Jawa dan Sumatera tahun 1926. Berita-berita pemberontakan di Indonesia itu dengan diam-diam disambut oleh orang Melayu di Malaya yang satu keturunan darahnya itu dengan sangat gembira, terutama oleh mereka yang mempunyai hubungan darah langsung dengan suku-suku Bugis, Banjar, Sumatera, Jawa, Sunda, Boyan dan lain-lainya, bahkan beberapa orang pemimpin pemberontakan dari Indonesia itu yang lari ke Malaya diberikan perlindungan saudara kandung oleh orang-orang Melayu, dari orang-orang pelarian ini ada pula yang bergerak di Malaya memberikan kesadaran nasional melawan penjajah di antaranya ialah Djamaluddin Tamin, Tan Malaka, Budiman, Sutan Jenain, Alimin, Mohd Arif dan lain-lainnya.”

Kenyataan Ibrahim itu telah diperkuat oleh Abdul Samad (1982, 311) yang turut berjuang dalam politik sejak awal munculnya gerakan nasionalisme Melayu dengan merujuk kepada apa yang berlaku di kalangan pelajar Sultan Idris Tranning College (SITC):
Ringkasnya pada tahun 1928 itu tumbuhlah kesedaran nasional di kalangan orang Melayu penduduk Malaya. Dengan demikian pada tahun 1929 Ibrahim telah menubuhkan sebuah gerakan pelajar secara haram yang diberikan nama Ikatan Pemuda Pelajar. Kemudian 1930 beliau menubuhkan Ikatan Semenanjung Borneo (Abdul Samad Idris 1982, 312) atau Belia Malaya mengikut catatan Roff (1974, 225), yang merupakan pertubuhan haram juga. Gerakan ini dianggotai oleh kira-kira 35 orang pelajar SITC . Antara mereka yang menjadi pemimpinnya ialah Ibrahim Haji Yaacob, Muhammad Isa Mahmud, Hassan Haji Manan, Yaacob Muhammad Amin dan Abdul Karim Rashid (Abdul Samad 1982, 312). Merekalah yang disebut oleh Ibrahim Yaacob turut menjadi ahli PNI yang dipimpin oleh Soekarno dan melanggan akhbar parti tersebut Fikiran Rakyat (Roff 1974, 225). Penubuhan gerakan sulit Ikatan Semenanjung Borneo atau Pemuda Malaya ini jelas mengikut model gerakan pemuda yang wujud lebih dahulu di Indonesia, seperti Jong Jawa dan Jong Sumatera, yang merupakan gerakan pemuda Jawa dan pemuda Sumatera.

Gerakan sulit nasionalisme Melayu di SITC itu mulai malap selepas 1932, setelah pihak Inggeris dapat mencium gerak-geri para pemimpinnya. Pihak Inggeris telah mengambil langkah untuk menghancurkan gerakan nasionalisme yang bergerak secara sulit yang berpusat di SITC itu. Antaranya ialah memisahkan Ibrahim Yaacob dari rakan-rakannya setelah menamatkan pengajian pada tahun 1931. Ibrahim Yaacob dihantar mengajar ke Bentong, Pahang, sementara rakan-rakannya dihantar mengajar ke merata tempat di Semenanjung Tanah Melayu, sehingga mereka berjauhan.

Di samping itu, tenaga pengajar yang menanamkan semangat nasionalisme juga telah dipecah-pecahkan supaya mereka sukar berhubung antara satu dengan lain. Mereka dihantar sampai ke Borneo dengan alasan kenaikan pangkat. Antaranya Cikgu Abdul Hadi Haji Hassan dijadikan Pemeriksa Sekolah-Sekolah Borneo, dan Cikgu Harun Muhammad Amin (Harun Aminurashid) dijadikan Penguasa Pelajaran di Brunei.

Bagaimanapun, langkah Inggeris menyekat gerakan nasionalisme di SITC itu tidak mematahkan cita-cita dan perjuangan Ibrahim Yaacob. Dengan perpindahannya ke Bentong, Ibrahim memindahkan markas Ikatan Semenanjung Borneo ke Bentong pula. Di Bentong, Ibrahim mendapat sokongan daripada Ishak Haji Muhammad yang ketika itu menjadi Timbalan Penolong Pegawai Daerah Bentong. Aktiviti politik Ibrahim dan Ishak dapat dihidu oleh penjajah Inggeris dan sekali lagi mereka bertindak menyekat kegiatan politik di kalangan anak muda Melayu itu, Ishak telah ditukarkan ke Pejabat Daerah Rembau, sementara Ibrahim pula ditukarkan mengajar ke Sekolah Latihan Polis di Kuala Lumpur.

Setelah berada di Kuala Lumpur pada akhir tahun 1934 dan awal tahun 1935, Ibrahim Yaacob dapat berhubung semula dengan beberapa orang kawan lama di SITC dan bertemu dengan kawan baru yang sama-sama mempunyai kesedaran nasionalisme dan semangat antikolonial. Antara mereka terutamanya ialah Hassan Manan, Abdul Karim Rasid dan Isa Mohd. Mahmud semuanya dari SITC; Mustapha Hussin, guru Sekolah Pertanian Serdang, dekat Kuala Lumpur serta Ishak Hj Muhamad, anak muda dari Pahang yang baharu berhenti dari Perkhidmatan Tadbir Melayu (MAS) (Roff 1974, 226).

Mengikut Roff (1974, 222) dalam buku Mohamed Salleh Lamry penubuhan KMM adalah mengikut model Jong Jawa dan Jong Sumatera yang wujud lebih awal di Indonesia walaupun dalam Mustapha (1999, 195, 198) dalam memoirnya menyatakan bahawa pemuda-pemuda nasionalis dalam KMM seperti beliau mahu mencontohi gerakan Muda Turki (Young Turks) dan tidak mengakui KMM dipengaruhi oleh parti-parti politik dari Indonesia. Dalam hal ini, kenyataan Ibrahim mungkin lebih tepat, kerana pada masa itu, pengaruh dari Indonesia, sama ada dari segi bahan bacaan dan hubungan secara langsung dengan pejuang politik dari Indonesia, memang lebih ketara.

Dengan itu, kita dapat membuat penilaian sendiri mengenai hubungan ini iaitu satu perkara yang menarik yang mana dalam Majlis Penubuhan KMM turut dihadiri oleh Sutan Jenain, seorang kader komunis dan pelarian politik dari Indonesia yang mana juga sebagai ahli PKM. Pendapat saya ini saya sokong dengan petikan dari Mustapha (1999,197) yang mana Sutan Jenain sering menasihati beliau dan kawan-kawannya supaya menubuhkan badan politik Melayu yang bertujuan untuk mencapai kemerdekaan. Mengikut Roff (1974, 231-232) pula mengatakan Sutan Jenain memainkan peranan penting sebagai penghubung (liaison) antara PKM dengan KMM.

“Tentang dasar dan matlamat perjuangan KMM mengikut Mustapha (1999, 198) ialah sebagai sebuah parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu dan berbeza dengan dasar Persatuan Melayu negeri-negeri, ini kerana Persatuan seperti Melayu Perak, Selangor dan Pahang baru ditubuhkan dan persatuan ini bersifat propenjajah dan berfahaman kedaerahan tetapi KMM pula antipenjajah dan memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah British.”

Manakala Ibrahim (1957, 25) pula mengatakan KMM adalah pelopor perjuangan nasional di Malaya secara berorganisasi yang pertama menentang penjajah Inggeris dengan dasar non-corporation menuntut Malaya Merdeka, atas dasar kesedaran nasional yang luas bertujuan mahu mempersatukan Malaya kepada satu ikatan Indonesia Raya, agar seluruh suku bangsa orang Melayu (Malay-races) menjadi satu bangsa yang besar di Asia Tenggara.

Dengan Perkataan lain, mengikut versi Ibrahim Yaacob, KMM ditubuhkan sebagai alat untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu yang akan disatukan dengan Indonesia menjadi sebahagian daripada sebuah negara besar, Indonesia Raya. Bagaimanapun pada masa itu KMM tidak boleh menyatakan secara terbuka bahawa perjuangannya adalah untuk menuntut kemerdekaan. Matlamat untuk menuntut kemerdekaan itu terpaksa disembunyikan.

Mengikut Mustapha (1999,199) KMM telah didaftarkan sebagai sebuah badan sosial dengan mengambil peraturan-peraturan Liga Pemuda India Selangor sebagai perlembagaannya. Dalam usianya yang singkat, sejak kelahirannya pada 1938 hingga kedatangan Jepun pada tahun 1941, jelas tidak banyak yang dapat dilakukan oleh KMM dalam perjuangan mencapai kemerdekaan. Ia bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada golongan pembesar, tetapi juga daripada golongan rakyat bawahan yang kebanyakkannya masih takut berpolitik dan lebih mematuhi pemimpin tradisional, seperti penghulu, datuk-datuk lembaga (Negeri Sembilan) dan lain-lain.

Dalam hubungan ini, KMM mengambil sikap bermusuhan dengan pembesar-pembesar tersebut (Abdul Samad 1982, 317).

SEBAB BERSEKONGKOL DENGAN JEPUN

Ada juga yang mempersoalkan kenapa KMM mengambil jalan bersekongkol dengan Jepun. Ibrahim Yaacob dan Ishak Hj Muhammad, mengikut Abdul Samad (1982, 314) telah merancang untuk menubuhkan sebuah parti yang progresif revolusioner pada 1937. Mereka mahu menuntut kemerdekaan dengan apa cara sekalipun. Bagaimanapun, mereka kemudiannya menyedari bahawa bangsa Melayu sangat kekurangan sama ada dari segi kewangan mahupun ketenteraan. Dengan itu, rancangan itu tidak jadi dilaksanakan.

Sementara itu, Ibrahim Yaakob tidak teragak-agak untuk mendapatkan sokongan Jepun dalam usaha membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris kerana dia mempercayai bahawa Jepun yang ketika itu sedang berperang dengan China akan menjadi kuasa yang terkuat di Asia.

Semasa tentera Jepun menyerang Tanah Melayu, pemuda-pemuda KMM telah membantu kemaraan tentera-tentera Jepun ke Tanah Melayu sepanjang tahun 1941-1942 sebagai penunjuk jalan dan juru bahasa. Ibrahim dilatih selama enam bulan dan sebelum Jun 1944 dia dilantik sebagai Komandan Giyugun (tentera sukarela) dengan pangkat Leftenan Kolonel. Dengan bantuan tentera Jepun pasukan Giyuugun telah ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera.

PERTEMUAN DENGAN SOEKARNO, HATTA DAN GAGASAN INDONESIA RAYA

Ibrahim Yaakob telah mengutus tiga wakil KMM ke Jakarta untuk bertemu dengan Sukarno. Di Jakarta, Badan Penyelidikan Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia membicarakan sempadan wilayah negara Indonesia. Wilayah Indonesia Raya terlalu luas iaitu meliputi bekas Hindia Belanda, Malaya, New Guinea, Borneo Utara dan Timor Timur Portugis. Muhammad Yamin (anggota Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia) telah menghadkan Indonesia Raya sekadar bekas Hindia Belanda sahaja. Seramai 39 dari 66 anggota badan menyokong gagasan Indonesia Raya.

Pada tanggal 8 Ogos 1945 Pemimpin gerakan kemerdekaan Indonesia, Soekarno dan Hatta dan Radjinan Wediodiningrat sedang transit dalam perjalanan ke Dalat (sekarang Saigon/Ho Chi Minh City), Vietnam untuk menemui panglima Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan Asia Tenggara dan Pasifik, Gensui Hisaichi Terauchi. Tujuan kedua tokoh Indonesia tersebut menemui Terauchi adalah membicarakan persiapan kemerdekaan Indonesia.

Pada saat transit di Lapangan Terbang Paya Lebar, Singapura kedua tokoh pejuang itu disambut oleh massa yg mengibarkan bendera merah putih, yang dipimpin oleh Ibrahim dan Dr. Burhanuddin al-Hilmi, tokoh-tokoh KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung). KRIS ini memang dibentuk untuk menyongsong rencana proklamasi kemerdekaan negara baru bernama Indonesia di tanah Semenanjung Malaya dan Singapore!

Dalam kesempatan pertemuan tersebut, kedua tokoh puak Melayu Malaya tersebut menyampaikan aspirasi rakyat Malaya bahwa tanah Semenanjung bagian tak terpisahkan dari Indonesia Raya dan harus ikut dibicarakan dalam agenda pertemuan dengan penguasa militer Jepang di Dalat.

Sekembali dari Dalat, Soekarno dan Hatta singgah di Taiping, Perak pada 13 Ogos. Di sana ia bertemu kembali Ibrahim dan rakan-rakan seperjuangannya Dr. Burhanuddin al-Hilmi, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad.

Dalam kesempatan itu, Ibrahim kembali menyampaikan bahawa kemerdekaan Malaya tercakup dalam Kemerdekaan Indonesia. Konon, mendengar keinginan Ibrahim Yaacob itu, Soekarno pun berkata, “Mari kita ciptakan satu tanah air bagi seluruh tumpah darah Indonesia.” Ibrahim kemudian menjawab, “Kami orang Melayu akan setia menciptakan ibu negeri dengan menyatukan Malaya dengan Indonesia yang merdeka. Kami orang- orang Melayu bertekad untuk menjadi orang Indonesia.” Perisytiharan kemerdekaan Indonesia dirancang pada 24 Ogos 1945 di Jakarta.

Namun, Indonesia mengisytiharkan kemerdekannya pada 17 Ogos 1945, tanpa melibatkan Semenanjung Malaya. Banyak anggota KMM di Malaya yang kecewa.

Pada 15 Ogos 1945 Jepun menyerah kalah secara tiba-tiba setelah bandar Hiroshima dan Nagasaki diledakkan dengan bom atom. PETA dan Giyuugun diperintah bubar oleh tentera Jepun dn senjata diserahkan.Gagasan Indonesia Raya terbatal dengan sendirinya.

Lantas pada 19 Ogos 1945, Ibrahim Yaakob meminta kapal terbang tentera Jepun untuk membawanya ke Jakarta / Yogyakarta bersama isterinya Mariatun Haji Siraj, iparnya Onan Haji Siraj dan Hassan Manan untuk menemui Soekarno dan para pemimpin republik lainnya, menagih janji Soekarno dan Muhammad Hatta yg mereka temui di Taiping.

Namun kerana situasi belum aman, Soekarno dan Hatta memutuskan untuk menunda pembicaraan penyatuan Malaya tersebut. Ibrahim juga diminta Soekarno untuk tidak kembali ke Malaya untuk sementara waktu, memandangkan situasi di Malaya sedang gawat dan penjajah Inggeris sudah lebih dulu mendarat di sana untuk memulihkan keamanan di tanah jajahannya itu.

Ibrahim kemudian bertukar nama menjadi Iskandar Kamel Agastja, dan segera bergabung dengan MBT TKR (Markas Besar Tentara - Tentara Keamanan Rakyat), diperintahkan membentuk Badan Intelijen SOI Seksi E (Luar Negeri) dengan pangkat Leftenan Kolonel. Tugas utamanya menjadi pengurus Gerakan Kemerdekaan Malaya. Terbit bagi pihak KMM di Jakarta . Pejabatnya terletak di nombor 4 Jalan Kebahagian, Jakarta.

Ibrahim juga ditugaskan membangunkan jaringan inteligen ke Malaya, membantu pergerakan nasionalis di Malaya. Juga mengusahakan pengiriman senjata dari Malaya, Rangoon, dan Manila. Selain itu beliau bertindak melakukan combat inteligent di semua daerah pendudukan Belanda di Indonesia serta membentuk dan memimpin GKR (Gerakan Revolusi Rakyat) di Solo menentang PKI (Partai Komunis Indonesia).

Pada Perang Kemerdekaan 2 (Agresi Militer II 19 Desember 1948), Ibrahim berjuang secara gelila di daerah Karanganyar dan Merapi, hingga kembali ke Yogyakarta pada Ogos 1949.

Menjadi anggota Parlimen Indonesia

Ibrahim memutuskan mengundurkan diri dari ketenteraan dan bergabung ke Kementerian Luar Negeri hingga Mac 1951. Saat bertugas di Kementerian Luar Negeri, Ibrahim membentuk KEMAM (Kesatuan Malaya Merdeka) yg berjuang untuk kemerdekaan Malaya dari Indonesia. Di kancah politik, Ibrahim menjadi anggota pimpinan PNI (Partai Nasional Indonesia) cabang Jakarta Raya sampai tahun 1958. Pada masa Demokrasi Terpimpin, Ibrahim sempat menjadi anggota MPRS (Majelis Permusyawaratan Rakyat Sementara) mewakili Riau.

Dalam Kempen Trikora (Tri Komando Rakyat) Ibrahim Menjadi Bendaraha Kongres Rakjat Indonesia Pada Tahun 1958-1960. Tahun 1959, Ibrahim Bergabung dgn Partindo (Partai Indonesia), namun parti itu kemudian dibekukan karena Menolak Asas NASAKOM (Nasionalis, Agama, Komunis) Yang dipaksakan Oleh Presiden Soekarno-komen pada 1963. Pada Kempen Dwikora (Dwi Komando Rakyat), Ibrahim Kembali memimpin KEMAM, ikut mengatur Penghantaran Pasukan Ke Malaya dan Borneo Utara Hingga Tahun 1964 diangkat sebagai Staf Koti diperbantukan kepada Kepala Staf Koti (Komando Operasi Tinggi) Leftenan Jeneral Ahmad Yani.

Sukarno merasa terhutang budi kepada Ibrahim Yaakob di atas semangat juang dan setiakawan orang Indonesia di Tanah Melayu. Lantas Sukarno mengajak Ibrahim Yaakob berjuang sahaja di pulau Jawa kerana mereka seketurunan - Bugis Jawa Indonesia.

Bertemu dengan Tunku di Jakarta

Pada November 1955, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu , Tunku Abdul Rahman bertemu dengan beliau di Jakarta ketika hendak berunding dengan Presiden Sukarno. Ketika itu, Tunku Abdul Rahman baru sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri setelah Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya yang pertama pada tahun 1955. Tunku yang menerima pendidikan Inggeris di London berasa selesa jika Tanah Melayu merdeka dalam Komanwel British. Ini dilihat sebagai neo-kolonialime kerana Ibrahim Yaakob mahu Tanah Melayu bergabung dengan Indonesia dalam Indonesia Raya.

Sukarno sendiri tidak senang dengan pendirian Tunku yang dilihat sebagai 'boneka' British sahaja. Dengan pelbagai pengaruh lain termasuk Aidid dan Subandrio - komunis, Sukarno melancarkan 'Ganyang Malaysia' pada 1965.

G30S, Tragedi Lubang Buaya mengubah haluan Ibrahim

Peristiwa ini memberi kesan besar kepada Ibrahim Yaakob. Gerakan 30 September atau G 30 S PKI adalah kejadian yang terjadi pada tanggal 30 September 1965 di mana enam pegawai tertinggi tentera Indonesia yang anti komunis berserta beberapa orang lainnya diculik dan dibunuh oleh pengawal-pengawal yang dikatakan paling rapat dengan Sukarno yang paling rapat enam.dalam suatu usaha pemberontakan sebagai usaha rampasan kuasa oleh Partai Komunis Indonesia.

Keenam pegawai yang dibunuh tersebut adalah:
•    Panglima Angkatan Darat Letjen TNI Ahmad Yani,
•    Mayjen TNI R. Suprapto
•    Mayjen TNI M.T. Haryono
•    Mayjen TNI Siswondo Parman
•    Brigjen TNI DI Panjaitan
•    Brigjen TNI Sutoyo Siswomiharjo

Mereka merupakan enam daripada tujuh orang jeneral yang menjadi sasaran, yang tunggal terselamat ialah Jeneral Abdul Harris Nasution.

Sementara yang lain adalah Karel Satsuit Tubun, Brigjen Katamso Darmokusumo dan Kolonel Sugiono. Para korban tersebut kemudian dibuang ke suatu lokasi di Pondok Gede, Jakarta yang dikenal sebagai Lubang Buaya. Mayat mereka ditemukan pada 3 Oktober.

Krisis ini mencetuskan tindakan keras terhadap PKI sehingga setengah juta orang disyaki komunis (kebanyakannya petani) dibunuh dalam panik anti komunis itu. Genggaman kuasa Sukarno diperlemah oleh krisis ini dan akhirnya, Leftenan Jeneral Suharto yang pro-Amerika memaksakan beliau menyerahkan kuasa eksekutifnya pada 11 Mac 1966.

Pada tanggal 1 Oktober 1965 Operasi penumpasan G 30 S/PKI dimulai sejak tanggal 1 Oktober 1965 sore hari. Gedung RRI pusat dan Kantor Pusat Telekomunikasi dapat direbut kembali tanpa pertumpahan darah oleh satuan RPKAD di bawah pimpinan Kolonel Sarwo Edhi Wibowo, pasukan Para Kujang/328 Siliwangi, dan dibantu pasukan kavaleri. Setelah diketahui bahwa basis G 30 S/PKI berada di sekitar Halim Perdana Kusuma, sasaran diarahkan ke sana.

2 Oktober 1965, Halim Perdana Kusuma diserang oleh satuan RPKAD di bawah komando Kolonel Sarwo Edhi Wibowo atas perintah Mayjen Soeharto. Pada pikul 12.00 siang, seluruh tempat itu telah berhasil dikuasai oleh TNI – AD.

Pada hari Minggu tanggal 3 Oktober 1965, pasukan RPKAD yang dipimpin oleh Mayor C.I Santoso berhasil menguasai daerah Lubang Buaya. Setelah usaha pencarian perwira TNI – AD dipergiat dan atas petunjuk Kopral Satu Polisi Sukirman yang menjadi tawanan G 30 S/PKI, tetapi berhasil melarikan diri didapat keterangan bahwa para perwira TNI – AD tersebut dibawah ke Lubang Buaya. Karena daerah terebut diselidiki secara intensif, akhirnya pada tanggal 3 Oktober 1965 titemukan tempat para perwira yang diculik dan dibunuh tersebut.. Mayat para perwira itu dimasukkan ke dalam sebuah sumur yang bergaris tengah ¾ meter dengan kedalaman kira – kira 12 meter, yang kemudian dikenal dengan nama Sumur Lubang Buaya.

Jenazah para pimpinan tentera yang terkorban ditemui pada 4 Oktober dari sumur tua tersebut dan daripada jasad mendapati mereka telah disiksa sebelumnya dengan sebegitu rupa.

Selepas peristiwa tersebut, Ibrahim yang rapat dengan Sukarno mulai menyebelahi Major Jenderal Soeharto karena sikapnya yang memang sangat anti komunis. Selepas peristiwa berdarah itu, Ibrahim ditugaskan sebagai anggota KOTI-KOGAM (Komando Ganyang Malaysia) di bawah Soeharto pada 1966 sehingga 1967. Pada jabatan itu, Ibrahim ditugaskan mengambil alih tampuk kepemimpinan Partindo dan membersihkannya dari unsur-unsur komunis. Setelah menonaktifkan Partindo, Ibrahim bergabung dan menjadi Ketua III Partai Murba pada tahun 1967.

Kembali ke Malaysia, undur dari politik dan menyertai perbankan

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 1970 menggantikan Tunku Abdul Rahman, barulah Ibrahim berpeluang kembali ke Malaysia pada 1973.

Sebagai seorang guru, Ibrahim Yaakob ada menulis buku bertajuk 'Nusa dan Bangsa Melayu' pada 1951. Beliau menafikan perjuangan KMM tidak berhaluan kiri mahupun radikal . Sebaliknya usaha menerapkan kesedaran cintakan agama, bangsa dan negara.KMM adalah anti British dan anti feudal.
Dalam pemilihan umum (Pemilu) 1971, Ibrahim mencalonkan diri sebagai anggota DPR (Dewan Perwakilan Rakyat) dari daerah pemilihan Jawa Barat melalui Partai Murba. Gagal menduduki kerusi parlimen, pada tahun 1976 Ibrahim menjadi anggota Majlis Pertimbangan Partai (MPP) di Partai Demokrasi Indonesia (PDI), partai hasil fusi partai-partai berhaluan nasionalis dan non-Islam usai Pemilu 1971.

Setelah itu Ibrahim mengundurkan diri dari politik dan terjun ke dunia perniagaan nis sebagai pengasas dan pengarah Bank Pertiwi. Hingga akhir hayatnya Ibrahim bermukim di Jakarta.

Tokoh besar Semenanjung Tanah Melayu ini yang menabur bakti di Indonesia, meninggal dunia pada 8 Mac 1978. Menghargai jasanya membebaskan bumi Indonesia, jenazah pejuang itu disemadikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta tanda bukti beliau seorang patriot.. Pada batu nesannya, tercatat nama Leftenan Kolonel Iskandar Kamel Agastya.


Mengenali Ibrahim Yaakob


Bahagian 1

PENDAHULUAN


Bertepatan dengan usaha-usaha kerajaan untuk menerap dan menekankan subjek sejarah sebagai satu cara memperkasakan jati diri rakyat Malaysia terutama generasi muda, maka mengenali atau memperkenalkan semula tokoh-tokoh pejuang terdahulu amatlah relevan.

Salah seorang daripadanya ialah pejuang kemerdekaan tanah air yang bertaraf negarawan, Ibrahim Hj Yaakob, yang berasal dari Temerloh, Pahang. Meskipun namanya seolah-olah digelapkan, namun jasanya tidak boleh disembunyikan.

Penulis-penulis sejarah meletakkan: Ibrahim adalah orang yang mula mempelopori gerakankemerdekaan tanah air dan gerakan tersebut berpusat di Maktab Perguruan Sultan Idris, TanjungMalim.

Meskipun sesetengah pendapat melabelkan Ibrahim sebagai golongan radikal yang berhaluan kiri namun jasa dan cetusan idea politik Ibrahim Haji Yaakub telah membuka ruang kepada kegiatan nasiolisme Melayu.

Beliau adalah kelompok pertama yang melaungkan kalimah ‘merdeka’, sebelum dituruti oleh kelompok-kelompok lain.

Justeru usaha Persatuan Sejarah Pahang untuk menggali dan membongkar semula tokoh besar ini tepat pada masanya.

Ideanya terlalu ke hadapan, beliaulah pengasas idialisme ‘Melayu Raya’ iaitu memerdekakan bangsa rumpun Melayu senusantara.

Penulis prolifik siang malam menulis untuk menyedarkan bangsanya sehingga digeruni dan dicurigai pihak penjajah British melalui akhbar Majlis, Warta Malaya dan Utusan Melayu.

Ini membuktikan Ibrahim sangat mengambil berat tentang nasib bangsanya. Beliau ingin menyatukan Malaya Indonesia melalui gagasan Melayu Raya kerana setelah melihat orang-orang Melayu amat jauh ketinggalan dari segi ekonomi berbanding dengan banga pendatang yang dibawa Britissh terutamanya Cina. Begitu juga dalam sudut politik dan pendidikan akibat dasar pecah dan perintah oleh British.

Ibrahim bolehlah dianggap antara pemimpin gelombang kedua yang berjuang membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajahan selepas dimulakan oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Datuk Sagor dan Datuk Maharajalela di Perak dan Tok Janggut di Kelantan yang telah dipatahkan oleh Inggeris.

Ibrahim adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh politik Melayu pertama yang menentang kerajaan penjajah British. Matlamat KMM adalah untuk mencapai kemerdekaan bagi Malaya melalui penyatuan bersama Indonesia di bawah konsep Melayu Raya/Indonesia Raya.

Sebagai pengasas Kesatuan Melayu Muda, dia menyambut baik dan bekerjasama dengan pihak Jepun kerana dia percaya Jepun akan memberikan kemerdekaan pada Malaya. Justeru secara aktif membantu Jepun melalui aktiviti dan gerakan. Inilah yang disalahfahamkan oleh sesetengah pentafsir sejarah tanpa melihat suasana dan keperluan dalam negara ketika itu.

Meskipun nama Ibrahim tidak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan di negara ini, namun pahlawan Tanah Melayu yang dimakamkan di Tanah Jawa dengan nama Drs Iskandar Kamel Agastya tercatat sebagai pejuang kemerdekaan Indonesia!

KELAHIRAN TEMERLOH KETURUNAN BUGIS

Ibrahim Hj Yaakob dilahirkan pada 27 November 1910 di Tanjung Kertau, Chenor, Temerloh, Pahang. Dari segi keluarga, berasal dari keturunan Bugis, di Sulawesi Selatan. Ibu bapanya merantau ke Riau dan seterusnya ke Temerloh. Ayahnya Haji Yaakob merupakan guru agama dan tokoh yang dihormati. Ibunya bernama Hawa binti Hussein. Ketika berusia 2 tahun, ibu bapanya bercerai. Beliau dipelihara oleh ibunya dengan hidup sederhana.

Ibrahim mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Tanjung Kertau pada tahun 1918. Pada tahun 1928, beliau telah dipilih menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim, Perak di mana di situlah beliau mula didedahkan dengan perjuangan nasionalisme.

Kisah hidup semasa kecil dan remaja Ibrahim sukar ditemui dan diperkatakan.

Ibrahim berkahwin dengan Maria Kamel bin H Siraj yang lahir 15 Disember 1920 dan meninggal dunia pada 20 November 2002. Namun sejarawan Cheah Boon Keng mencatat nama isteri Ibrahim Yaacob sebagai Mariatun.

SUASANA DAN PENGARUH NASIONALISME DI MPSI

Pada awal abad ke-20,sekolah Melayu di Tanah Melayu mula berkembang. namun, kekurangan dalam jumlah tanaga pengajar.kerana itu, pihak British telah menubuhkan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922.  Dengan itu MPSI menjadi tempat perkumpulan dan pertemuan golongan intelektual Melayu.

Di institusi itu institusi ini antara menularnya semangat nasionalisme Melayu. Antara lain disebabkan tenaga pengajar di situ merupakan pejuang nasionalsime seperti Zainal Abidin Ahmad (Zaaba), Abdul Hadi Hassan, Nurdin Haji Haron, Harun Mohd Amin (Harun Aminurrashid), Buyong Adil dan Abdul Rahman Muhyidin. Harun Mohd Amin telah menulis tentang kehebatan pemuda Melayu Panglima Awang yang mengelilingi dunia bersama Ferdinand Magellan.

Pensyarah-pensyarah di MPSI telah menyemarakkan semangat dan keazaman ini. mereka terdiri daripada guru-guru melayu yang memainkan peranan sebagai pemimpin masyarakat dan berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama demi menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Selain daripada itu, banyak bahan-bahan bacaan dari luar mencurah masuk ke MPSI sehingga bakal-bakal guru ini dapat mengetahui bagaimana gigihnya orang-orang Indonesia menentang penjajah dengan serba kekurangan. Pemberontakan di Jawa dan Pemberontakan di Sumatera telah menjadi inspirasi kepada mereka. Antara bahan bacaan yang masuk seperti akhbar Pewarta Deli, Pertja Selatan, Pedoman Masyarakat, Fikiran Rakyat, Soeloeh Rakyat Indonesia, Semangat Islam, Seruan Azhar, Bintang Timur dan Bintang Hindia.

Kemudian, sebahagian daripada pelarian politik dari Indonesia itu telah datang ke SITC untuk melanjutkan perjuangan mereka. Dengan itu bakal-bakal guru yang telah sedia bersemangat itu bertambah semarak lagi semangat mereka setelah mendengar kekejaman pihak penjajah ke atas bangsa Indonesia. Mengikut Ibrahim dalam Mohammed Salleh Lamry (2006). Ini menambah pengaruh dari Indonesia dalam penyemaian semangat menuntut kemerdekaan.

Luapan semangat menuntut kemerdekaan di MPSI telah membentuk jaringan idea kemerdekaan bertaburan ke seluruh tanahair hingga ke Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak. Ibrahim antara yang aktif menanamkan api kemerdekaan dalam kesatuan pelajar di Maktab.


Dari sini, pelajar Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak yang tamat pengajian mereka, membawa balik idea dan perjuangan kemerdekaan ini. Di sinilah mula bibit kemerdekaan tercetus. Fakta ini dinafikan oleh Umno yang cuba meletakkan Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan.

DIHANTAR MENGAJAR DI BENTONG

Gerakan sulit nasionalisme Melayu di SITC itu mulai malap selepas 1932, setelah pihak Inggeris dapat mencium gerak-geri para pemimpinnya. Pihak Inggeris telah mengambil langkah untuk menghancurkan gerakan nasionalisme yang bergerak secara sulit yang berpusat di MPSI. Antaranya ialah memisahkan Ibrahim Yaakob dari rakan-rakannya setelah menamatkan pengajian pada tahun 1931. Ibrahim dihantar mengajar ke Bentong, Pahang, sementara rakan-rakannya dihantar mengajar ke merata tempat di Semenanjung Tanah Melayu, sehingga mereka berjauhan. Di samping itu, tenaga pengajar yang menanamkan semangat nasionalisme juga telah dipecah-pecahkan supaya mereka sukar berhubung antara satu dengan lain. Mereka dihantar sampai ke Borneo dengan alasan kenaikan pangkat. Antaranya Cikgu Abdul Hadi Haji Hassan dijadikan Pemeriksa Sekolah-Sekolah Borneo, dan Cikgu Harun Muhammad Amin (Harun Aminurashid) dijadikan Penguasa Pelajaran di Brunei.

Bagaimanapun, langkah Inggeris menyekat gerakan nasionalisme di MPSI itu tidak mematahkan cita-cita dan perjuangan Ibrahim Yaacob. Dengan perpindahannya ke Bentong, Ibrahim memindahkan markas Ikatan Semenanjung Borneo ke Bentong pula. Di Bentong, Ibrahim mendapat sokongan daripada Ishak Haji Muhammad yang ketika itu menjadi Timbalan Penolong Pegawai Daerah Bentong. Aktiviti politik Ibrahim dan Ishak dapat dihidu oleh penjajah Inggeris dan sekali lagi mereka bertindak menyekat kegiatan politik di kalangan anak muda Melayu itu, Ishak telah ditukarkan ke Pejabat Daerah Rembau, sementara Ibrahim pula ditukarkan mengajar ke Sekolah Latihan Polis di Kuala Lumpur.
Setelah berada di Kuala Lumpur pada akhir tahun 1934 dan awal tahun 1935, Ibrahim dapat berhubung semula dengan beberapa orang kawan lama di MPSI dan bertemu dengan kawan baru yang sama-sama mempunyai kesedaran nasionalisme dan semangat antikolonial. Antara mereka terutamanya ialah Hassan Manan, Abdul Karim Rasid dan Isa Mohd. Mahmud semuanya dari SITC; Mustapha Hussin, guru Sekolah Pertanian Serdang, dekat Kuala Lumpur serta Ishak Hj Muhamad, anak muda dari Pahang yang baharu berhenti dari Perkhidmatan Tadbir Melayu (MAS) (Roff 1974, 226).

AKTIF BERPERSATUAN

Orang Melayu mulai sedar tentang kepentingan bepersatuan bagi menyalurkan idea perjuangan. Banyak persatuan-persatuan Melayu telah muncul pada akhir tahun 1930-an, antaranya termasuklah Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Muda dan sebagainya.

Sebelum tertubuhnya KMM, Ibrahim dan rakan-rakannya telah mewujudkan satu persatuan sulit yang “berhaluan sosialis” iaitu Ikatan Semenanjung Malaya/Borneo pada tahun 1929 yang memperjuangkan gagasan “Malaya Raya”. Pada 1928 atau 1929, Ibrahim Haji Yaakob dan beberapa pelajar lain dikatakan telah menjadi ahli Parti Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Ir. Sukarno. Mereka juga dikatakan melanggan akhbar parti itu, Fikiran Rakyat.

Ibrahim juga terlibat aktif dalam Kelab Melayu Bentung pada tahun 1931-1934, Persatuan Melayu Selangor pada tahun 1938, Persatuan Belia Melayu dan beberapa persatuan yang menjadi medan Ibeliau BHY memperjuang dan memperkembangkan ideologinya.

Namun beliau mula meninggalkan Persatuan Melayu Selangor (PMS) setelah kepimpinan seluruhnya diisi oleh golongan bangsawan Melayu. Ternyata sekali Ibrahim haji Yaakob ialah seorang yang konservatif dalam pendekatan politiknya pada tahun 1932, iaitu semasa beliau masih lagi menjadi guru sekolah di Bentong. Beliau menerima kepimpinan raja Melayu, malah sangat akur dengan peraturan penjajah British. Tetapi keadaan ini berubah selepas awal tahun kemudian, setelah beliau mendapat pengalaman tentang kegiatan politik Melayu dalam PMS. Kepimpinan golongan itu ditolaknya atas alasan untuk kepentingan bangsa Melayu. Dengan itu Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan sebagai tindak balas terhadap penguasaan golongan aristokrat Melayu dalam kepimpinan politik masyarakat Melayu. Beliau mahu kepimpinan politik masyarakat Melayu dikongsi bersama-sama golongan rakyat bawahan, seperti beliau. Minat yang tebal ditanam dalam sanubarinya sejak 1932 telah cuba dijelmakan pada tahun 1938 melalui penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM).

TIUPAN SEMANGAT MELALUI PENULISAN

Sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an terdapat 80 buah akhbar dan majalah yang diterbitkan di Tanah Melayu. Antara akhbar dan majalah yang diterbitkan ialah Majlis, Warta Malaya, Idaran Zaman, al-Imam, Lembaga Malaya, Utusan Melayu, Majalah Guru dan Warta Negara.
Antara golongan wartawan yang memainkan peranan penting dalam gerakan kesedaran ini ialah Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam.
iii. Golongan wartawan bukan hanya menyiarkan berita dan laporan sahaja, tetapi berperanan menyalurkan pandangan, menambahkan ilmu pengetahuan dan menyampaikan mesej kepada orang Melayu untuk mencapai kemajuan dalam bidang kehidupan.
Pada tahun 1931, akhbar Majlis telah diterbitkan di Kuala Lumpur oleh Mohamad Amin bin Hj Mohd Yusof pemilik Selangor Press. Ia merupakan akhbar kebangsaan pertama. Abdul Rahim Kajai telah dilantik menjadi Ketua Pengarang Majlis yang pertama. Beliau adalah seorang peminat politik dan rencana yang disiarkan banyak berkisar kepada isu-isu politik. Pada masa ini Majlis lebih menjurus kepada isu-isu berkaitan dengan sosial dan politik. Akhbar Majlis merupakan akhbar Melayu yang pertama menyediakan ruangan membicarakan politik secara meluas dan membincangkan hak-hak orang Melayu.

Ibrahim Yaakob menyertai Majlis pada tahun 1935. Tulisan beliau dalam surat khabar Majlis,Warta Malaya dan Utusan Melayu menyentuh tentang nasib orang Melayu dari segi ekonomi, pelajaran, cara hidup orang Melayu dan kaitannya dengan bangsa Cina dan Eropah serta dasar British di Tanah Melayu.

Nama Ibrahim lebih sinonim dengan akhbar Warta Malaya yang menjadi perjuangan kemerdekaan yang dipeloporinya. Beliau memilih akhbar Warta Malaya kerana akhbar tersebut merupakan sebuah akhbar yang sangat berpengaruh di Selatan Tanah Melayu dan akhbar yang lebih tua yang telah diterbitkan sejak tahun 1930. Pada tahun 1930, akhbar Warta Malaya telah diterbitkan di Singapura. Pada mulanya dicetak oleh Anglo Asiatic Press yang dimilki oleh Syed Hussein Ali al Sagoff bersama abangnya Syed Abdullah dan sepupunya Sharifah Shaikah. Akhbar ini merupakan akhbar harian Melayu terbesar setanding dengan akhbar-akhbar bangsa asing di Tanah Melayu.

Pada tahun 1935, Warta Malaya membuka cawangannya di Kuala Lumpur dan mengeluarkan akhbar mingguannnya iaitu Warta Ahad, diikuti oleh Warta Jenaka yang merupakan sebuah majalah mingguan yang diterbitkan setiap hari Isnin. Pengarang pertamanya ialah Dato Onn bin Jaafar. Warta Malaya banyak menyiarkan rencana pengarangnya yang menyentuh keadaan sosioekonomi orang Melayu, soal pelajaran tinggi orang Melayu, dasar pemusatan kuasa British dan tindak tanduk golongan imigran terutama tuntutan mereka untuk mendapat hak yang lebih. Selepas Dato Onn meninggalkan Warta Malaya, ia digantikan oleh Sayid Alwi dan beliau meneruskan perjuangan Dato Onn.

Cawangannya mula didirikan di Tanah Melayu selepas penubuhan KMM di Kuala Lumpur. Dalam penubuhan cawangan KMM, pelajar lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris yang menjadi guru di sekolah-sekolah melayu memainkan peranan utama. Selain itu, guru-guru dan para pelajar sekolah agama turut menjadi ahli dan menubuhkan cawangan KMM seperti di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang dan Maahad ll Ihya dalam KMM setelah mendapat galakan daripada tenaga pengajar ll Ihya,terutamanya Ustaz Abu Bakar al-Bakir yang secara tidak langsung mempunyai hubungan rapat dengan ketua-ketua KMM tempatan.

Menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

Jasa Ibrahim yang paling diingati ialah menubuhkan KMM iaitu parti politik pertama di Malaya ditubuhkan antara April dan Ogos 1938 ketika Ibrahim menjadi wartawan akhbar Majlis di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan SITCnya.

Pertama kali dalam sejarah orang Melayu mengenal  parti politik sebagai wadah perjuangan bangsa. Ditubuhkan oleh  kalangan anak-anak rakyat . Timbul suara berani bangkit melawan penjajah British yang diterima baik oleh golongan bangsawan Melayu. KMM mencabar persatuan kenegerian yang dimonopoli oleh bangsawan – feudal Melayu keluaran MCKK.

MM merupakan pertubuhan politik bersifat radikal pertama di Tanah Melayu – menganuti Fahaman aliran kiri dan enggan bekerjasama dengan kerajaan British. Tujuan penubuhan KMM; mengabungkan semua orang Melayu tanpa mengira negeri asal untuk mempertahankan, melindungi dan memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu, Menghindarkan orang Melayu dari ditindas oleh kaum lain dan Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, seterusnya bergabung dengan Indonesia untuk mewujudkan Indonesia Raya.

Menurut satu kajian oleh Ruslan Zainuddin (2003), KMM ditubuhkan bertujuan untuk menggabungkan semua orang Melayu, tanpa mengira negeri bersama-sama mempertahan, melindungi dan memperjuangkan hak serta kepentingan bangsa Melayu.

KMM bermatlamat untuk menghindarkan orang Melayu daripada diperas oleh bangsa-bangsa lain dan ingin melahirkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. KMM melihat persatuan-persatuan Melayu yang berasaskan kenegerian tidak banyak menguntungkan orang Melayu. Oleh itu, KMM meletakkan matlamat memperjuangkan kemerdekaan dan membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan.

Ini disusuli pula dengan usaha menggabungkan bekas-bekas tanah jajahan British dan Belanda untuk mewujudkan satu gagasan politik yang dikenali sebagai 'Indonesia Raya' yang akan menjadi satu bangsa terbesar di Asia Tenggara.

Walaupun KMM mahu menjalin hubungan dengan Indonesia, tetapi pertubuhan itu tidak berminat kepada fahaman komunis, sungguhpun sesetengah dasarnya sama dengan beberapa buah parti di Indonesia. Malah, KMM mendakwa tidak sedikitpun dipengaruhi oleh parti-parti dari Indonesia.

Selain itu, matlamat KMM juga ingin menggabungkan semua negeri Melayu, memperjuangkan kepentingan hak orang Melayu, menggulingkan Inggeris, memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan memperjuangkan penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah konsep Melayu Raya.

Manakala Ibrahim sendiri dalam penulisannya (1957, 25) pula mengatakan KMM adalah pelopor perjuangan nasional di Malaya secara berorganisasi yang pertama menentang penjajah Inggeris dengan dasar non-corporation menuntut Malaya Merdeka, atas dasar kesedaran nasional yang luas bertujuan mahu mempersatukan Malaya kepada satu ikatan Indonesia Raya, agar seluruh suku bangsa orang Melayu (Malay-races) menjadi satu bangsa yang besar di Asia Tenggara.

Dengan Perkataan lain, mengikut versi Ibrahim Yaacob, KMM ditubuhkan sebagai alat untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu yang akan disatukan dengan Indonesia menjadi sebahagian daripada sebuah negara besar, Indonesia Raya.

Bagaimanapun pada masa itu KMM tidak boleh menyatakan secara terbuka bahawa perjuangannya adalah untuk menuntut kemerdekaan. Matlamat untuk menuntut kemerdekaan itu terpaksa disembunyikan.

Mengikut Mustapha (1999,199) KMM telah didaftarkan sebagai sebuah badan sosial dengan mengambil peraturan-peraturan Liga Pemuda India Selangor sebagai perlembagaannya.

Jawatankuasa pusat KMM yang awal terdiri daripada Ibrahim Hj. Yaacob (Presiden), Mustapha Hussein (Timbalan Presiden), Hasan Manan (Setiausaha Agung), Othman Mohd. Noor (Setiausaha), Idris Hakim (Bendahari), dan ahli jawatankuasa Pusatnya ialah Idris Hakim, Ishak Hj. Mohammad, Onan Haji Siraj, Abdul Karim Rashid, Bahar Abik, Sulung Chik, Abdullah Kamil, Abdul Samad Ahmad, Mohd. Salehuddin dan Ahmad Boestamam.

Semasa penubuhannya, turut hadir ialah Sutan Djenain, pemimpin Serekat Islam Merah dari Minangkabau, Sumatera (dalam catatan sisebut sebagai seorang pelarian politik Parti Komunis Indonesia). Beliau merupakan orang di belakang penubuhan KMM, dan nama KMM dikatakan diilhamkan oleh beliau dan beliau sendiri bertindak sebagai penaung KMM.

Tokoh-tokoh lain seperti Dr Burhanuddin Helmi menyertai KMM pada 1939. Dato Onn Jaafar yang akan mengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu menyertai KMM pada April 1942.

Peringkat awal pertubuhan, KMM agak kurang mendapat sambutan kerana rakyat teramai ketika itu masih lebih menaruh kepercayaan kepada ketua-ketua tradisional. Dalam usianya yang singkat,sejak kelahirannya pada 1938 hingga kedatangan Jepun pada tahun 1941, jelas tidak banyak yang dapat dilakukan oleh KMM dalam perjuangan mencapai kemerdekaan.

Ia bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada golongan pembesar tetapi juga daripada golongan rakyat bawahan yang kebanyakannya masih takut untuk berpolitik dan lebih mematuhi pemimpin tradisional seperti penghulu, datuk-datuk lembaga (di Negeri Sembilan) dan sebagainya. Dalam hubungan ini, KMM dilihat seolah-olah ada pertembungan kepentingan dengan pembesar-pembesar tersebut.

Ibrahim Yaakob membeli Warta Malaya

Tahun 1930-an dianggap sebagai zaman kegemilangan akhbar Melayu dan kewartawanan Melayu di Singapora. Dalam tahun-tahun awal 19-an dan ke-20, etnik India Muslim, Arab dan Cina sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk penerbitan akhbar. Hanya pada tahun 1930-an bahawa orang Melayu mula memainkan peranan yang lebih aktif dalam industri akhbar.

Disokong oleh penduduk Melayu semakin celik dan penonton yang semakin meningkat bagi bahan bacaan berpatutan, ahli perniagaan Melayu mula menganggap penerbitan majalah berkala sebagai perniagaan berpotensi dan menguntungkan. Pada masa yang sama, orang Melayu muda dengan aspirasi sastera telah mula mengambil kewartawanan sama ada sebagai sepenuh masa atau kerjaya sambilan. Hasilnya, terdapat 81 majalah baru yang disiarkan di seluruh Semenanjung Melayu pada dekad ini.

Warta Malaya diterbitkan pada 1 Januari 1930, oleh Warta Malaya Press Ltd, anak syarikat firma percetakan Anglo-Asiatic Press, yang ditubuhkan pada tahun 1929 oleh tiga orang Arab -. Syed Hussain Ali Alsagoff, abangnya Syed Abdullah dan sepupu mereka Sharifah Shaikhak. Ditulis dalam tulisan Jawi, Warta Malaya bertujuan untuk membuatkan orang Melayu "sedar apa yang sedang berlaku" di dunia dengan menyediakan pembaca dengan berita tempatan dan luar negara terkini, termasuk berita mengenai isu-isu sosial dan agama. Ia juga didakwa sebagai akhbar Melayu pertama yang telah melanggan kepada agensi-agensi berita dunia.

Akhbar itu bermula sebagai kertas 12-halaman, tetapi berkembang kepada 16 muka surat dalam masa kurang dari sebulan. Ia pada mulanya berharga 10 sen salinan, tetapi ini telah dikurangkan kepada enam sen oleh 1 Januari 1934 disebabkan oleh kenaikan jualan dan pendapatan daripada iklan. Kejayaan akhbar itu membawa kepada penerbitan dua sahabat mingguan - Warta Ahad ( "Sunday Times") dan Warta Jenaka ( "Pelawak") -. Pada tahun 1935 dan 1936 masing-masing.

Editor pertama Warta Malaya adalah Onn bin Ja'afar. Akhbar itu juga melahirkan ramai wartawan Melayu prolifik seperti Abdul Rahim Kajai, yang digelar bapa kewartawanan Melayu dan Yusof bin Ishak, yang kemudiannya menjadi Yang di-Pertuan Negara Singapura pertama Malayan kelahiran (Ketua Negara) dan kemudiannya presiden apabila Singapura mencapai kemerdekaan pada 9 Ogos 1965. Sebagai juara kepentingan Melayu, editorial akhbar itu membincangkan pelbagai isu yang melibatkan hak-hak orang Melayu, seperti pendidikan tinggi untuk orang Melayu, pembangunan ekonomi Melayu, hak politik Melayu, dan risiko yang berkaitan dengan hak-hak yang lebih besar untuk orang bukan Melayu.

Pada bulan April 1941, Ibrahim Yaakob dikatakan telah dihubungi oleh Jepun yang menawarkan wang untuk membeli akhbar harian Melayu Warta Malaya. Ibrahim menerima tawaran itu dan tanpa diketahui oleh pemimpin KMM yang lain telah menjanjikan sokongan KMM kepada Jepun apabila Jepun menyerang Malaya.

Warta Malaya menjadi medium propaganda KMM yang secara terbuka menyokong idea kesatuan politik antara Tanah Melayu dan Indonesia.

Dalam usaha untuk memajukan kepentingan KMM dan Melayu kemerdekaan, Ibrahim sejajar dirinya dengan Jepun dan mencadangkan kepada mereka yang mempunyai akhbar sendiri akan memberikan kepadanya perlindungan yang terbaik untuk menyembunyikan aktiviti mereka sebagai ejen Jepun. Dengan wang yang diberikan oleh Jepun, Ibrahim membeli Warta Malaya untuk digunakan dalam propaganda anti-British.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu membawa kepada keruntuhan seluruh rangkaian akhbar Tanah Melayu. Beberapa hari selepas kejatuhan Singapura, Ibrahim bertemu dengan pihak berkuasa tentera Jepun untuk meminta KMM yang dibenarkan untuk menyambung semula penerbitan Warta Malaya. Walaupun Jepun bersetuju, akhbar itu hanya dibenarkan untuk membuka semula beberapa bulan kemudian di bawah pengurusan seorang pegawai Jepun. Akhbar itu akhirnya dihentikan penerbitannya pada 14 Ogos 1942.

Tuesday, July 18, 2017

Felda: Tak betul apa yang Mahathir kata

TEMERLOH: Bekas pegawai khas kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, Mohd Saludin Omar, 84, menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa Tun Razak tersilap memberikan peneroka hanya 10 ekar tanah Felda sehingga gagal menjadi jutawan.

Mohd Saludin yang juga bekas Adun Kerdau pada tahun 1974 hingga 1982 itu berkata, dasar penempatan yang dirancang oleh Allahyarham Tun Razak yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar pada tahun 1956 itu ialah untuk membasmi kemiskinan di samping menghalang pergerakan komunis.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang turut menafikan dakwaan Tun Mahathir seperti yang disiarkan akhbar Sinar Harian semalam.

Tun Mahathir yang kini merupakan Pengerusi Pakatan Harapan, pada satu majlis di Kota Tinggi, Johor kelmarin mendakwa Tun Abdul Razak melakukan kesilapan dalam merencana Felda kerana hanya memberikan 10 ekar (4 hektar) tanah kepada peneroka menyebabkan peneroka tidak menjadi jutawan

“Memang tak betul kata Tun Mahathir itu bahawa Tun Razak silap memberikan peneroka hanya 10 ekar tanah Felda sehingga tidak menjadi jutawan kerana dasarnya bukan begitu.

“Saya tahu betul sebab saya pegawai khas Tun Razak pada masa itu.

“Tun Mahathir sepatutnya melihat dasar Felda yang diasaskan Tun Razak pada tahun 1956 iaitu membasmi kemiskinan khususnya orang Melayu yang berada di kampung dan pedalaman sebagai satu pembangunan nasional untuk membetulkan ketidakseimbangan kaum,” katanya.

Sehubungan dengan itu, tanah rancangan pertama yang dibuka ialah Lurah Bilut yang ditanam dengan getah iaitu pada tahun 1958 manakala seramai 30 orang peneroka bersama keluarga dibawa masuk pada 2 Ogos 1959 dengan mengusahakan sendiri ladang dan penanamannya.

“Ketika itu belantara di Lurah Bilut itu dihuni oleh anggota komunis termasuk pemimpin tertinggi Chin Peng, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan lain-lain yang berundur selepas bertempur dengan pasukan keselamatan,” katanya.

Mohd Saludin berkata, pada masa itu beliau merupakan Pegawai Penerangan Daerah Bentong dan pada tahun 1962 mendapat arahan daripada Tun Razak berulang-alik ke Lurah Bilut untuk membuat kajian dan laporan secara bulanan.

“Pada tahun 1963 semasa menghantar laporan saya bertemu Tun di rumahnya di Kuala Lumpur saya cadangkan supaya kerja-kerja membakar, buat rumah dan tanam pokok yang sebelum itu dibuat oleh peneroka (seperti peringkat awal di Lurah Bilut) diambil alih oleh Felda.

“Maknanya peneroka masuk ke tanah rancangan hanya mengusahakan tanaman komoditi itu sahaja. Dan idea saya Tun pakai setelah Felda mendapat pinjaman daripada bank luar negara dan kos pembangunan tersebut dibayar balik oleh peneroka,” ujarnya.

Katanya lagi, beliau hairan bagaimana legasi Felda yang ditinggalkan Allahyarham Tun Abdul Razak yang banyak berjasa kepada orang Melayu itu hanya dianggap kesilapan oleh Tun Dr Mahathir.

Sementara itu Mohd Saludin memberitahu, beliau dilantik menjadi anggota panel pemilihan kemasukan peneroka Felda dari tahun 1974 hingga 1982.









Tuesday, May 30, 2017

Benarkah ini komposisi asal penduduk Pahang?

ORANG ASLI
Orang Asli iaitu penduduk asal yang mendiami negeri ini sejak lama dahulu, mereka mendiami kawasan pinggiran Sungai Pahang dan dikatakan dalam pantun-pantan lama;
“Asal Pahang empat saudara”
Yakni yang menguasai Negeri Pahang di zaman dahulu itu terdiri dari empat Raja Orang Asli iaitu Batin Saridun,Batin Kalun,BatinSukun & Batin Besar,Kawasan jajahan mereka meliputi Pelak,Cenor, Bera dan Mengkarak. Tasik Cini dan Tasik Bera merupakan kawasan yang didominasi oleh mereka sebagai kawasan penempatan.Catitan sejarah Cina yang ditulis oleh pengikut Laksamana Cheng Ho boleh dijadikan bukti kewujudan mereka pada masa itu. Golongan ini dikatakan oleh pedagang Cina sebagai satu kumpulan yang berbahaya selalu menganggu perjalanan pedagang Cina apabila mereka melalui kawasan pantai Pahang. Orang Melayu yang datang ke sini dari Sumatera dan Jawa ramai yang berkahwin dengan Orang Asli dan mengislamkan mereka. Maka tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian dari keturunan kita adalah dari Orang Asli;hampir 80% Orang Melayu yang ada di Pahang merupakan keturunan Orang Asli yang sudah memelok Islam sejak tahun 1700 lagi.

ORANG MELAYU MELAKA
Mereka ini golongan yang datang berpindah dari Melaka ke Pahang selepas berjaya menguasai kekuasaan politik di Pahang. Mereka ini terdiri dari anak cucu Parameswara dan Tun Perak yang ramai menguasai pemerintahan Melaka pada masa itu,Sebahagiannya adalah Orang Laut yang ramai mendiami Selat Melaka pada masa itu. Orang Laut menguasai bidang pertahanan dan perdagangan. Setelah kerajaan Melaka menguasai Pahang,maka mereka telah membuka beberapa kawasan penempatan baru seperti di Pekan yang asal namanya Indera pura, di Kuala Krau terutama di Lubuk Pelang ,Pulau Tawar dan Tembeling. Di dalam kitab Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang jelas menceritakan peranan meraka di dalam membangunkan Negeri Pahang.Tuk Shahibudin menyatakan bahawa datuknya berasal dari golongan ini yang beliau sebut sebagai Dato Perkasa. Seorang pembesar yang pernah menguasai Daerah Cenor sekitar akhir kurun ke 1500M.

ORANG ARAB
Mereka terdiri dari tiga golongan yang utama iaitu :
1)Golongan yang datang awal sebelum Melaka menakluki Pahang,mereka merupakan pedagang Arab yang datang ke Nusantara untuk berdakwah dan berniaga,mereka ini tidak dapat dikenal lagi kerana sudah menjadi Orang Melayu.Batu Nesan Pulau Tambun di Pekan merupakan indentiti kehadiran mereka ke Pahang.

2) Golongan Sheikh yakni golongan yang datang setelah Melaka menguasai Pahang terutama di Pekan,Perkampungan yang dibuka oleh mereka banyak terdapat di Kuala Pahang seperti Kampung Maulana, Kampung Serandu .Golongan ini hanya datang untuk mencari kekayaan sahaja mereka kurang berperanan di dalam bidang agama dan masyarakat.

3) Golongan Syed yang datang ke Pahang di kurun ke 17 & 18,mereka ini datang dengan penuh penghormatan kerana mereka adalah keturunan Rasullulah,kebanyakannya dari Yaman. Golongan ini kebanyakan terdiri dari guru-guru agama dari Negeri Yaman seperti dari Hadramaut. Kedatangan mereka di sambut dengan mesra oleh Penduduk Pahang dan mereka diberikan penempatan dan kuasa pemerintahan,dilantik menjadi orang besar raja seperti Tuk Kaya Jenderak.

ORANG MINANGKABAU
Menurut W Linehan seorang penulis sejarah Pahang dari bangsa Inggeris, Orang Minangkabau masuk ke Pahang secara besar besaran melalui Negeri Sembilan yakni selepas penduduk Negeri Sembilan melantik Yamtuan Besar mereka yang pertama menjadi raja di sana. Kedudukan Orang Minangkabau semakin kukuh bila Raja Kechil Besar Berjaya menguasai takhta kerajaan Pahang kerana ibu beliau adalah Orang Minangkabau, Raja Siak yang berketurunan Minangkabau ramai menghantar pahlawannya ke Pahang bagi menguasai Negeri Pahang pada masa itu. Ini berlaku pada pertengahan kurun ke 17 dan awal kurun ke 18.Raja Kecil akhirnya kalah kepada Daeng Perani dari keturunan Bugis yang mempunyai tentera yang lebih kuat dan tersusun.Orang Minangkabau ramai tinggal di kawasan Cenor,Bera,Mengkarak,Temerloh dan Kuala Lipis.

ORANG BUGIS
Orang Bugis masuk ke Pahang awal tahun 1700. Apabila Sultan Abd Jalil mangkat dibunuh oleh panglima Raja Kechil maka anaknya telah memohon pertolongan dari Raja Bugis Lima Bersaudara, Maka dengan pertolongan Daeng Perani maka tentera Raja Kecil dapat dikalahkan.Beberapa orang anak Daeng Perani duduk di Pahang seperti Kadi Ismail yang tinggal di Kampung Bangau Tanjung, begitu juga beberapa orang lagi yang tinggal di Pedah di Jerantut. Lama sebelum iaitu sebenarnya seorang yang digelar Tuk Mengkasar telah membuka sebuah perkampungan di Pekan iaitu Kampung Mengkasar,Beliau ini keturunan Bugis yang datang ke Pahang pada masa Sultan Abdul Jalil 1 dan dipercayai beliau merupakan seorang mufti.Keturunan Tuk Mengkasar di Pekan telah bercampur dengan keturunan Tuk Uban @Tuk Tuan,sehingga keturunan Bugis di Pekan hampir tidak kelihatan lagi.Keturunan Bugis yang terdapat di Temerloh hari ini adalah datang dari Selangor iaitu Tuk Bangau Sumbing.

ORANG RAWA
Kehadiran mereka ke Pahang sekitar awal tahun 1800,mereka datang kerana berdagang dan membuka tanah baru.Kebanyakan Orang Rao adalah datang terus dari Sumatera, Golongan ini ramai terdapat di Raub dan kawasan sekitarnya.Orang Rao kuat beragama dengan mengamalkan ajaran Martabat Tujuh Hamzah Fansuri dan juga mereka suka mengamalkan pelbagai Tarekat, Di antara yang terdapat di sini ialah Tarekat Naqsabandi.

Sumber : CariGold