Menjelang ke 10 malam terakhir Ramadhan ini, tiada yang
dinanti-nantikan oleh umat Islam semua melainkan Lailatul Qadr ataupun malam
alQadr.
ALLAH سبحانه وتعالى berfirman,
إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ ﴿٥
“Sesungguhnya KAMI telah turunkan pada malam kemuliaan.
Dan, tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik
daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril
dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan; Malam itu (penuh)
kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr: Ayat 1-5).
Jika malam tersebut lebih baik daripada 1,000 bulan
atau 80 tahun dari segi gandaan pahalanya sudah semestinya mencarinya memang
sukar namun Hujjatul Islam Imam alGhazali mempunya petua dan cara untuk
mendapatkannya.
Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam
Lailatul-Qadar boleh ditemui berpandukan kepada tarikh permulaan puasa atau
awal Ramadhan, seperti kaedah berikut:
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu:
Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-29.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin: Lailatul
Qadarnya pada malam yang ke-21.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau
Jumaat: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-27.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis:
Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-25.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu: Lailatul
Qadarnya pada malam yang ke-23.
Maka, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Lailatul
Qadar ini?
Jika satu hari bulan iaitu Awal Ramadhan jatuh pada
hari Ahad atau hari Rabu, maka malam Lailatul-Qadar dijngka berlaku pada malam
yang ke dua puluh embilan. Dan begitulah seterusnya seperti jadual berikut :
Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili bahawa semenjak dia mula
baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat
mengikut petua di atas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini
sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Seseorang yang melakukan ibadat pada malam
Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama 83 tahun. Orang yang
menghidupkan malam Lailatul-Qadar juga turut diampunkan dosa-dosanya yang telah
lalu.
Daripada Aishah r.a telah berkata : “Bahawa Rasulullah ﷺ
apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (Qiam dan
membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya
dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan
kebaikan).” (Muttafaqun alaih)
Martabat yang tertinggi dalam menghidupkan malam
Lailatul-Qadar adalah dengan pelbagai ibadat sepanjang malam, seperti memohon
ampun kepada ALLAH سبحانه وتعالى,
melakukan solat-solat sunat, membaca Al-Quran dan berdoa.
Dengan tegas Rasulullah ﷺ bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
(رواه البخاري
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi ﷺ
sabdanya: “Sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat
(dan pelbagai jenis ibadat yang lain), sedang ia beriman dan mengharapkan
rahmat Allah سبحانه وتعالى ,
nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadith Riwayat Bukhari
r.a.).
TANDA MALAM AL-QADAR
Di antara tanda malam Al-Qadar adalah :
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu Malaikat Jibril akan menyalami orang
yang beribadat pada malam itu dan sebagai tandanya ialah kita tiba-tiba rasa
sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa
yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan.
Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan
(tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
No comments:
Post a Comment