Thursday, May 31, 2018

Ijtimak Badar Al Kubra di Kompleks Al Makmur esok

PAS Pahang akan mengadakan program Ijtimak Badar Al Kubra dengan tema Pengukuhan perjuangan Islam di Malaysia esok (Jumaat) sempena 16 Ramadan.

Ijtimak pertama PAS Pahang selepas PRU 14 itu akan diadakan di Kompleks Al Makmur, Kerdau, Temerloh bermula jam lima petang.

Antara pengisiannya ialah bacaan Ma'thurat yang akan dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Kuala Krau Ustaz Aireroshairi Roslan diikuti kuliah tadabbur al Qur'an oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik.


Kemudian dikuti berbuka puasa, Solat Maghrib, Solat Isyak dan Tarawih 8 rakaat.

Acara kemuncak ialah pidato umum oleh semua 8 Adun PAS yang baru sahaja memenangi PRU 14 iaitu Adun Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar, Adun Beserah Andansura Rabu, Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Al Hafiz, Adun Panching Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya, Adun Damak Ustaz Zuridan Daud, Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badardin, Adun Chenor Ustaz Mujiburahman Ishak dan Adun Luit Sufian Abdul Jalil.

Sementara itu semua Adun akan merakamkan ucapan eidulfitri bersama dikendalikan oleh Tvmakmur.

No comments:

Post a Comment