PRESIDEN PAS 6-0 EDITOR SARAWAK REPORT
❄❄❄❄❄❄❄
LIVERPOOL 5-2 AS ROMA
Perkembangan terbaru saman Presiden PAS terhadap Editor
Sarawak Report semakin menunjukkan kedudukan yang sangat positif. Walaupun kes
tersebut telah berlangsung hampir dua tahun, tetapi kebenaran tetap tidak boleh
disekat.
STRATEGI MELENGAHKAN MASA MERUGIKAN PIHAK LAWAN
Antara faktor kes saman ini berlanjutan begitu lama
adalah kerana taktik yang digunakan pihak Sarawak Report, Clare Rewcastle
Brown. Sejak awal surat tuntutan guaman dihantar kepada beliau, dalih
melambatkan prosedur telah digunakan. Beliau mendakwa surat tidak sampai,
menyebabkan firma guaman presiden PAS, Carter Ruck terpaksa mengulang beberapa
prosedur sama.
Mahkamah yang sepatutnya mendengar keterangan pembelaan
dari Clare pada Jun 2017, terpaksa ditangguh apabila beliau membuat permohonan
jaminan kos. Akhirnya mahkamah memutuskan Ogos 2017 pula sebagai tarikh
perdengaran permohonan tersebut.
Ogos 2017, permohonan tersebut ditolak dan mahkamah
mengumumkan kemenangan TGHH pada pusingan tersebut. Clare diperintah menanggung
2/3 kos guaman semasa TGHH.
Berang dengan kekalahan tersebut, Clare bertindak
memecat peguamnya dan menggantikan dengan yang lebih 'mahal'. Beliau dengan itu
memohon penangguhan lagi supaya peguam baharu diberi masa untuk meneliti fakta
kes.
Beberapa kali selepas itu, Clare membuat beberapa
pindaan terhadap keterangan pembelaan yang membuatkan mahkamah terpaksan
menangguhkan lagi kes. Selain itu, mereka turut menghantar orang tengah memujuk
PAS menarik balik saman dan diselesaikan di luar mahkamah.
Ini semua faktor yang membawa mahkamah terheret ke tarikh 30 April. Kuasa tuhan,
tarikh ini memberi keputusan baik untuk PAS dalam menghadapi hangat PRU14
sekarang.
6-0, PRESIDEN PAS SELESA DI 'TEMPAT LAWAN'
Sebelum ini, PAS telah menang dalam tuntutan jaminan
kos oleh Clare. Pada prosiding 30 April pula, PAS menang terhadap 5 lagi
permohonan beliau. Menjadikan keputusan setakat ini enam berbalas kosong.
Enam perkara tersebut adalah:
1. Tuntutan jaminan kos.
2. Permohonan mengenepikan saman.
3. Permohonan perbicaraan berasingan bagi menjelaskan
maksud laporan SR.
4. Permohonan penangguhan atas alasan PAS mengganggu
Ambiga.
5. Permohonan meminda keterangan pembelaan.
6. Penolakan mahkamah terhadap pembelaan kebenaran.
(Ini paling penting)
Secara mudahnya, semua hujah SR bagi membuktikan
kenyataan beliau adalah benar telah ditolak oleh mahkamah. Peluang yang tinggal
untuk beliau cuma untuk membuktikan laporan tersebut dilindungi di bawah
peruntukan Public Interest dan Fair Comment sahaja. Kalau nak kata SR pemfitnah
pun sudah tidak ada salahnya berdasarkan keputusan semasa.
IBRAH ROMA-LIVERPOOL
Ada yang mempertikaikan sorakan kegembiraan penyokong
PAS dengan enam jaringan tersebut. Bagi mereka, kes belum tamat. Tetapi
sebenarnya penyokong SR yang patut malu. 6-0 masih berangan mahu bangkit
lagikah? Kalau digambarkan situasi ini sepeeti sebuah perlawanan bola sepak,
sudah lebih separuh penyokong SR meninggalkan stadium.
Semua peminat bolasepak mengakui sukarnya Roma untuk
bangkit ke atas Liverpool. Padahal mereka tewas cuma 2-5, bukan lagi 6-0.
Dengan kedudukan tersebut rata-rata pengulas sudah membayangkan pertembungan
akhir adalah antara Liverpool dan Real Madrid. Kalau Liverpool kalah 0-2
sekalipun tetap akan mara. Maka kenapa perlu sentap bila penyokong TGHH
bersorak gembira bila keputusan semasa mendahului Clare 6-0?
Sekurang-kurang Roma punya kelebihan dua jaringan di
tempat lawan. Mereka juga punya rekod cemerlang menewaskan Barca selepas
ketinggalan 1-4 di suku akhir. Apa pula rekod Clare? Kalau Presiden PAS dan
tetuan Carter Ruck adalah juga rekod menang ke atas Daily Mirror 2008 dahulu.
Bukan nak cakap besar, tapi bak kata pepatah arab,
"التكبر على المتكبر صدقة"
"Takabbur di hadapan orang takabbur adalah satu
sedekah!"
*maafkan saya kalau ada ketaksiran pada istilah-istilah
perundangan. Saya bukan ahlinya. Cuma ingin memudahkan orang awam faham.
**tulisan terdahulu membidas Zaid Ibrahim dalam isu
saman SR:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1444901425591257&id=833314706749935
***tulisan dahulu mengulas perjalanan mahkamah Ogos
2017:
https://m.facebook.com/alangshukrimun/photos/a.838587872889285.1073741829.833314706749935/1228313753916693/?type=3
16 Syaaban 1439
2 Mei 2018
(Alang Ibn Shukrimun)
No comments:
Post a Comment