Tanpa sempat ‘berbulan madu’ selepas dipilih semula
sebagai Adun Beserah, Hj Andansura Rabu tidak menunggu lama untuk turun padang
menangani krisis air di Kuantan yang perlukan tindakan segera.
Semalam beliau turun meninjau aduan penduduk Taman Batu
Hitam, Beserah berikutan gangguan bekalan air yang meruncing dan berlarutan
hampir empat tahun tanpa sebarang tindakan.
Desaknya, pihak Perbadanan Air Pahang Pahang (PAIP)
mestilah mengambil tindakan ekoran masalah air yang begitu kritikal menimpa pengguna,
tambahan lagi menjelang bulan Ramadan ini.
“Pihak PAIP dan kerajaan negeri diminta untuk mengambil
langkah-langkah yang lebih proaktif bagi membantu semua pengguna melalui krisis
tekanan air yang rendah akibat sumber air yg merosot.
“Umat Islam khususnya akan menjalani ibadah puasa
bermula hari Khamis ini, maka semestinya keperluan air sangat mendesak ketika
ini,” ujarnya.
Beliau menyarankan, jika keadaan terus mendesak PAIP sewajarnya
perlu menghantar lori bekalan air bersih ke semua kawasan penduduk yang
terlibat secara berkala.
“Selain daripada itu banyak kes dilaporkan berkaitan
masalah tekanan air rendah yang tidak ada penyelesaian sejak sekian lama, juga
memerlukan perhatian dan tindakan semua pihak untuk diselesaikan segera.”
Air adalah keperluan asas manusia untuk hidup seperti
juga udara dan makanan. Oleh yang demikian sebagai pihak yang bertanggungjawab PAIP
dan kerajaan negeri perlu mencari kaedah terbaik untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan
mereka ini untuk jangka pendek dan panjang.
No comments:
Post a Comment