Calon N.31 Lanchang Hasan Omar menggesa
pengundi-pengundi melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) kali ini
berikutan bertimbunnya isu-isu yang tertunggak yang menghantui penduduk.
Antaranya isu air, jalan raya dan tanah Felcra.
Katanya, isu utama ialah masalah bekalan air terputus
yang tidak pernah kunjung selesai. Meskipun berada di kawasan sumber air mentah
yang mewah, namun penduduk terpaksa menghadapi masalah terputus bekalan air
paip yang tidak pernah diselesaikan sejak puluhan tahun.
Inilah yang dihadapi puluhan ribu penduduk pekan Lanchang,
dua buah tanah rancangan Felda serta perkampungan sekitarnya.
“Isu air ini jika diikut kepada penduduk Lanchang
terutama golongan muda, berkata tak p[ernah selesai sejak mereka belum lahir
lagi. Bagi yang berumur, apabila ditanyakan, mereka kata dah menyampah.... dah
bosan... begitulah, hingga sampai ke tahap itu.
“Menurut mereka lagi, anehnya apabila isu ini ditanya
pada wakil rakyat, tiada jawapan. Itulah yang menyebabkan akhirnya penduduk
mengambil keputusan terpaksa merelakan sahaja apa yang berlaku,” katanya ketika
ditemua baru-baru ini.
(Baca masalah berkaitan)
Keduanya ialah
masalah jalan raya di Lanchang yang tidak pada dengan kedudukannya yang
menghubungkan ibu negara dengan Pantai Timur.
“Lanchang ini dipromosikan sebagai titik tengah semenanjung
jadi tagline itu dah mulai menjadi tumpuan pelancong. Tambahan lagi ada Pusat
Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah iaitu di Lanchang ini. Malangnya gambaran
dan kesengsaraan pertama yang dirasai para pelancong ialah masalah jalan raya yang
buruk dan terbiar. Hinggakan di kebanyakan tempat garisan pembahagi jalan pun
tak nampak. Ini sudah tentu amat membahayakan terutamanya kepada penunggang
motosikal apabila waktu pagi ketika keluar mencari rezeki atau menghantar
anak-anak ke sekolah.
“Pihak berkuasa tak ambil cakna. Itu masalahnya,” ujarnya
Hasan turut menyebutkan isu tanah Felcra yang dinafikan
kepada mereka yang orang layak sehingga menjadi rungutan ramai.
Mereka tidak membangkitkan tanah-tanah hak milik yang
dimajukan Felcra tetapi bermaksud tanah kerajaan yang diberi hak milik saham.
“Felcra dah selesai majukan tanah. Namun tanah kerajaan
yang dimajukan Felcra ini bagi mereka tidak diagih-agihkan secara adil. Bagi mereka,
ada yang tidak layak tetapi diberikan hak milik.”
Sementara itu, ada juga penduduk yang ditemui merungut
tanah berhampiran Jerkoh yang sudah dikeluarkan kayu balak, juga tidak
diagihkan kepada penduduk untuk mereka kerjakan sebagai sumber rezeki.
“Masalah-masalah mereka ini nampaknya tidak boleh
diselesaikan oleh wakil rakyat mereka yang bertaraf Exco. Sepatutnya dengan
kedudukan tertinggi seperti itu bolehlah selesaikan dalam masa yang sama sudah
lama berkhidmat, masuk penggal kelima.
“Jika isu yang sekecil ini pun.... sekurang-kurangnya bagilah
jawapan,” tegasnya.
Dun Lanchang mempunyai 23,706 pengundi dengan Melayu
75.55%, Cina (8.42%), India (11.30%), dan lain-lain (4%).
Penyandan Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin (BN) akan
ditentang secara empat penjuru oleh PAS (Hasan Omar), Abas Awang (PKR) dan
Khaidir Ahmad (Bebas).
Sharkar juga bertanding kerusi Parlimen Temerloh, iaitu buat pertama kali dalam sejarah BN di Pahang.
No comments:
Post a Comment