Monday, December 31, 2018

Peningkatan kes denggi Mukim Beserah membimbangkan

YB Andan  di program gotong royong  29hb Dis di Pelindung Maju
bersama Pejabat  Kesihatan, MPK serta penduduk
ADUN Beserah Andansura Rabu menjelaskan  berlaku peningkatan kes demam denggi di Mukim beserah sejak akhir-akhir ini dengan mencatatkan 44  kes demam denggi sepanjang tahun 2018.

Dalam satu kenyataan, beliau memberitahu, dalam tempoh Oktober sehingga Disember 2018 sahaja terdapat sebanyak 29 kes dilaporkan iaitu di Kampung Rumbia, Kampung Pantai dan Taman Pelindung Maju (wabak aktif).

Wednesday, December 26, 2018

BAHAGIAN 4: Tragedi 13 Mei dari mulut Ahli Mageran sendiri



Pada Bahagian 3 yang lalu ( https://selamatkanpahang.blogspot.com/2018/11/bahagian-3-perangi-komunis-antara-sebab.html ) Tuan Haji Mohd Saludin Omar telah menceritakan pengalamannya bersama Allahyarham Tun Abdul Razak berkaitan penubuhan Felda Lurah Bilut sehingga beliau diarahkan bertukar dari Kuala Lipis ke Bentong dan PRK bagi mengetengah Tan Sri Ghazali Shafie sebagai anggota kabinet.

Sambungan kali ini lebih menarik dengan cerita beliau mengenai cetusan Tragedi 13 Mei 1969 di mana beliau dilantik oleh Tun menganggotai Jawatankuasa Pusat Mageran.

TUN LARANG BERTANDING FRONT SOSIALIS PADA PRU 1964

Ketika bekerja di Bentong, saya telah menganggotai Parti Buruh pimpinan Dr Tan Chee Koon. Pada masa itu pegawai-pegawai kerajaan belum ada kesatuan sekerja (union) untuk pembelaan, yang ada Parti Buruh inilah. Saya juga mengikut arahan Tun Razak supaya menyertai semua parti di Malaysia supaya dapat mendalami dasar parti mereka. Ini bagi memudahkan tugasan saya untuk membuat kerja-kerja risikan.

Kenapa Mujahid bermesra, berkias dengan janda itu?

Tulisan Menteri Agama (Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof kepada bekas Naib Presiden PKR yang juga anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim Nurul Izzah, yang bertajuk ‘WARKAH DARI CORDOVA UNTUK NURUL IZZAH’ yang dituju kepada umum, mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Untuk rekod, Nurul Izzah adalah seorang janda.

Amarah Lokman Adam kepada DAP

Ucapan seorang Cina penyokong DAP dalam satu forum di London berkaitan isu pilihan raya PBT, yang ditularkan melalui video, yang dianggap kasar mendapat perhatian Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam .

Berikut ini diturunkan tulisan asal beliau yang diungkitnya sebagai cubit peha kiri peha kanan pun terasa.

Tindakan tidak bertamadun bangsa DAP yang menyerang Tuan Guru Hj Hadi Awang dengan kata-kata kesat jelas melambangkan keperibadian DAP

Monday, December 24, 2018

ADUN Damak ringan beban masyarakat melalui program "Moh Kembali Ke Sekolah"

Oleh MUHAMMAD ARIF

JERANTUT: Seramai lebih 100 orang pelajar lagi dari keluarga yang tidak berkemampuan telah menerima sumbangan barangan keperluan persekolahan sempena Program Moh Kembali Ke Sekolah (MKKS) anjuran Sekreteriat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak.

Program disempurnakan oleh Yang Berhormat ADUN Damak, Ustaz Zuridan Mohd Daud dan juga Yang DiPertua PAS Kawasan Jerantut, Ustaz Yohanis Ahmad.

Tanpa PAS dan hudud, PH tetap bergaduh juga

Oleh TIMMY SAY 

Sebelum berpecahnya Pakatan Rakyat (PR), Penasihat DAP Lim Kit Siang sudah membayangkan kemungkinan pakatan yang dibarisi oleh DAP, PAS dan PKR akan berpecah dan membawa haluan masing-masing jika PAS berdegil mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Hakikatnya “kedegilan” PAS untuk melaksanakannya tidak pernah padam sejak Allahyarham Nik Abdul Aziz menjadi menteri besar Kelantan pada 1990, malah menjadi matlamat kerajaan negeri itu sehingga hari ini.

Kali ini Tun M kenakan DAP

DAP sila keluar dari kerajaan: Cabaran terbuka buat Lim KIt Siang


Oleh : DR RIDUAN MOHAMAD NOR 

Ugutan Lim Kit Siang untuk menarik DAP keluar dari gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika objektif Malaysia Baru tidak tercapai dilihat sebagai suara terdesak parti untuk untuk mendominasi PH. Masyarakat melihat ancaman itu agar parti beliau menjadi ketua, suara mereka didengari, hak mereka dipenuhi dan tuntutan mereka diikuti. Namun mungkin juga ia dilihat DAP sudah mula disanggah, diketepikan dan mungkin dibuang dari politik massa era Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Friday, December 21, 2018

Beranikah Kit Siang bawa DAP keluar PH?

Betulkah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, serius untum membawa DAP keluar daripada kerajaan PH sekarang sekiranya amaran beliau tidak dipedulikan?

Seperti yang dipetik daripada blognya, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, DAP tidak akan teragak-agak meninggalkan kerajaan campuran sekarang andainya usaha mencapai tujuan Malaysia Baharu diketepikan.

Ini menurutnya, pemimpin DAP yang ada tidak akan menjadikan diri mereka sebagai MCA 2 atau seperti pemimpin MCA yang hanya mewakili kaum Cina di Malaysia.

Wednesday, December 19, 2018

Kematian Adib dan undang-undang

*PERTAHANKAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG ATAU ADIB PERGI SIA-SIA*

Roslan SMS

Mana mungkin kami lupakan.

Dalam kekacauan dan kekecohan ini Allahyarham yang tidak bersenjata dan datang sebagai anggota bomba diseret, dibelasah, diterajang dan dipijak-pijak tanpa langsung peri kemanusiaan. Beliau diperlakukan hingga patah-patah tulang rusuknya yang menusuk dan membocorkan paru-parunya. Sebahagian organnya yang lain turut rosak.

Tuesday, December 18, 2018

Pembunuh Adib mesti diburu!

MEWAKILI seluruh Pemuda PAS, kami yang turut merasa sedih dengan ini merakam takziah atas pemergian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Kami mendoakan semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham yang telah membuktikan khidmat bakti setianya kepada negara dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada yang diangkat darjat sisi-Nya.

Kami juga berharap agar seluruh ahli keluarga serta sahabat seperjuangannya redha dan tabah menerima ketetapan qada' dan qadar Yang Maha Esa ini. Sebagai penghormatan, diharap pihak kerajaan dapat memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga ditinggalkan serta perjalanan akhir arwah disempurnakan selancarnya.

“Islam Memimpin”
“Terus Mara”

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda

Monday, December 17, 2018

Kerajaan Terengganu sudah mulakan

*DENDA, PENJARA JIKA TAK SOLAT FARDHU*

RUBIAH OMAR
15 DISEMBER 2018

KUALA TERENGGANU - Individu Islam yang dikesan sengaja meninggalkan solat fardu di negeri ini boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, mereka yang tiada alasan munasabah meninggalkan solat fardu boleh didakwa di bawah Seksyen 18, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana kesalahan tidak menunaikan sembahyang fardu.

Generasi tuntut kerajaan lunas hasil sawit

Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) yang memperjuangkan isu Felda bertegas meminta kerajaan melunaskan bayaran tertunggak hasil sawit segera kepada peneroka di seluruh negara sejak bulan lalu.

Malah pertubuhan itu turut mendesak kerajaan menetapkan harga lantai bagi setiap tan sawit pada kadar RM350 berikutan kejatuhan harga sawit yang sangat kritikal.

Akhirnya Khalid Samad minta maaf


Akhirnya Menteri Wilayah Persekutuan  yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Abdul Samad memohon maaf di atas keterlanjurannya yang menyandarkan kelemahan kerajaan PH menunaikan janji dengan Nabi Muhammad SAW juga pernah tidak menunaikan janji.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam sebelum itu dilaporkan berkata demikian dalam konvensyen partinya Amanah di sebuah hotel di Ipoh.

Friday, December 14, 2018

YB Luit rasmi 'kedai makan Melayu di pekan Cina'

Sofian bersama Izhar suami isteri



Adun Luit Sofian Abdul Jalil pagi ini merasmikan sebuah restauran yang baharu dibuka di pekan Sri Jaya, Maran.

Kedai makan yang terletak di bangunan baharu pinggir jalan lama Kuantan-Temerloh itu diusahakan oleh Mohd Izhar Abu Bakar bersama isterinya Norizha 
Abd Rashid dari Felda New Zealand, Maran.

Thursday, December 13, 2018

100 terima sumbangan dalam siri 1 back to school


Seratus pelajar dari ketiga-tiga Dun dalam Parlimen Kuala Krau menerima barangan peralatan sekolah dalam siri 1 program Bantuan Back to school di dewan Masjid Lama Bandar Jengka petang tadi.

Program dianjurkan bersama Sekretariat Dun Jengka, Lajnah Kebajikan Parlimen Kuala Krau dan Muslim Care.

Sumbangan disampaikan oleh Adun Jengka yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Krau Ustaz Shahril Azman Abdul Halim.

Wednesday, December 12, 2018

TH: Tubuh RCI dulu, jangan politik

Isu kerugian Tabung Haji (TH) dilihat satu lagi muslihat untuk menghukum kerajaan lama melalui mahkamah media, sedangkan ia belumpun lagi dibicarakan.

Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad dengan tegas meminta ditubuh segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi disiasat segera selanjutnya diambil tindakan kepada yang bersalah untuk menyelamat Institusi kewangan umat Islam yang terbesar itu.

Katanya, pada masa ini, menteri hanya berbicara di mahkamah media. Lagipun kuasa sudah ada lalu janganlah masih berlagak seperti pembangkang. Tidak perlu cakap banyak, ambil sahaja tindakan terhadap mereka yang terlibat kerana kebajikan pendeposit mesti diutamakan. 

Sunday, December 9, 2018

PAS tidak selamanya pembangkang: PJ

Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, parti itu dalam keadaan sangat hampir untuk mencapai kemenangan di negeri ini, asal sahaja seluruh 
ahli bersiap sedia mengikuti Pelan Tindakan
Strategik yang disusun.

"Saya faham ahli PAS tidak mahu selamanya berada sebagai pembangkang, oleh kerana itu semua lapisan dan peringkat perlulah fokus kepada pelan tindakan yang ditetapkan oleh negeri untuk menuju ke arah itu," katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Munakasyah Ucapan Dasar Presiden di Kompleks Almakmur, Kerdau, Temerloh.

Friday, December 7, 2018

5,000 hadiri Himpunan Perpaduan Kesatuan Ummah 612 Temerloh Bergema

Peserta himpunan dari pandangan jauh 
Kira-kira 5,000 orang hadir di Himpunan Perpaduan Kesatuan Ummah 612 Temerloh Bergema malam tadi yang berlangsung  di Dataran Temerloh malam tadi dengan penuh aman.

Program yang dianggap bersejarah kerana mengumpulkan dua kumpulan terbesar Melayu itu dimulakan dengan solat maghrib dan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas negeri Ustaz Mokhtar Senik diikuti solat hajat dan Isyak.

Thursday, December 6, 2018

1 tan dadah bernilai 35 j dirampas

Kampar, 6 Disember 2018: Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket memproses dan mengedar pelbagai jenis dadah bernilai RM35 juta dalam dua serbuan di sebuah kilang dan pangsapuri masing-masing di Gopeng dan Kampar kelmarin. 

Serbuan yang bermula pada pukul 7.45 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu turut berjaya menahan empat lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 39 tahun. 

Isu Lynas: MESTECC disaran cermati rumusan penilaian lamp



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa pihak Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meneliti dengan cermat rumusan Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advanced Material Plant (LAMP) 2018 yang telah diterbitkan supaya keputusan yang diambil oleh kerajaan berobjektif dan adil untuk semua pihak.

Himpunan 8 Dis solidariti keutuhan negara, kontrak sosial

HIMPUNAN ANTI ICERD 8 DISEMBER ADALAH SOLIDARITI TERHADAP KEUTUHAN NEGARA DAN KONTRAK SOSIAL

Oleh : DR RIDUAN MOHAMAD NOR 

Riuh geger pemimpin politik kerajaan dan para Menteri mengulas himpunan ummah yang bakal melakar sejarah negara semenjak enam dekad kemerdekaan. Ironiknya pak Menteri separa dungu ini memberikan pelbagai cadangan supaya ummat Islam tidak menghadirkan diri ke program himpunan yang dirancang, walhal mereka politikus jalanan yang mencipta nama melalui siri -siri bantahan awam sebelum ini.

Himpunan kesyukuran terhadap penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadual 8 Disember ini akan tetap diteruskan, walaupun tidak disenangi dan dicemburui  oleh sesetengah pihak. Bahkan ada kelompok agamawan  yang berusaha melarang himpunan ini dengan alasan kerajaan sudah tidak lagi meratifikasi ICERD dan mengelakkan ketegangan kaum berikutan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya minggu lepas. Tentera cyber upahan regim cuba melontarkan pelbagai saraf di alam maya supaya himpunan anti ICERD menemui kegagalan.

Wednesday, December 5, 2018

Bantah ICERD: Julung kali PAS, Umno sepentas di Temerloh hari ini

Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar menyeru seluruh masyarakat berdekatan untuk hadir ke Himpunan Kesatuan Ummah Negeri Pahang atau 612 Temerloh bergema hari ini, bersamaan 6 Disember.

Katanya, himpunan tersebut sebagai satu semangat dan lonjakan sebelum ke himpunan yang lebih besar membantah ratifikasi ICERD di Dataran Merdeka, pada 8 Disember 2018.

Sementara itu untuk himpunan di Dataran Temerloh hari ini, akan bermula dengan Solat Maghrib berjamaah dan Solat Hajat yang akan diimamkan oleh tokoh ulamak Tuan Guru Haji Mohd Baqi.

Walau sedang sakit guru tegar mengajar di hospital

Kesakitan yang dialaminya tidak menghalang Cikgu Zakuan daripada
terus menyampaikan pelajarannya.
Oleh RAMLI AWANG ABDUL RAHMAN

Pengorbanan seorang guru ini memang luar biasa. Kita biasa membaca kisah pelajar mengambil peperiksaan di hospital, tetapi jarang-jarang terdengar guru terpaksa mengajar di Hospital.

Namun inilah kisah Pengorbanan Cikgu Mohd Zakuan Yusof, 49 tahun, yang mengajar subjek Ekonomi  dan Perniagaan di Sekolah Menengah Agama Chenor.

Tuesday, December 4, 2018

Penganjur himpunan ummah 8 hb sedia khidmat guaman

Para peserta ke Himpunan Membantah Rektifikasi ICERD 8 Disember nanti tidak perlu gusar sekiranya terjadi sebarang kemungkinan kerana Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS akan menyediakan Pasukan Peguam bagi membantu penganjur  dan peserta  .

Meskipun penganjuran telah mendapat lampu hijau daripada pihak polis dan DBKL, pasukan Peguam ini akan berada di ketiga-tiga ‘ Check Points’ dan Dataran Merdeka semasa himpunan berlangsung .

Monday, December 3, 2018

Baju-T ‘uncle deyy’ pula popular

Kelibat seorang lelaki India yang ditularkan dalam sebuah video berdurasi sembilan saat dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Petaling Jaya minggu lalu, akhirnya diambil kesempatan oleh peniaga.

Terkenal dengan jolokan ‘uncle deyy’ oleh netizen, gambar aksi seorang ahli perniagaan, S Kanagarajah akhirnya diabadikan pada cetakan baju-T yang dikatakan begitu laris jualannya pada masa ini.

Friday, November 30, 2018

PRK Cameron Highlands: BN masih perlukan PAS

Dengan komposisi pengundi Melayu 34%, Cina 30, India 15 Orang Asli 21, sudah tentu BN sekali lagi akan perlukan sokongan padu daripada PAS khususnya bagi mendapatkan undi Melayu.

Pada PRU 14 yang lalu BN melalui calonnya dari MIC Datuk C. Sivarraajh, menang dengan majoriti 597 undi apabila mendapat 10,307 undi.

Manakala saingan terdekatnya Manogaran dari PKR (PH) M. Marimuthu mendapat undi. PAS pula yang buat julung-julung kalinya bertanding di situ diwakili bekas guru Wan Mahadir Wan Mahmud, memperoleh 3,587 undi.

Thursday, November 29, 2018

PAS Jengka kehilangan dua ahli serentak hari ini

 
Ustaz Shahril (3, kiri) membantu mengangkat
jenazah seusai solat jenazah pagi tadi
Oleh : SHAHRULRUDDIN MUSA

PAS Jengka kehilangan dua ahlinya serentak hari ini Allahyarham Hj. Arshad Baharom, 78, dari  Jengka 15 dan Allahyarham Mohd Zulhusni Mohamad Zin, 31 tahun, dari Jengka 14 meninggal dunia dan dikebumikan hari ini.

Difahamkan Hj Arshad meninggal akibat mengalami sakit jantung manakala Zulhusni pula meninggal akibat cedera parah selepas kemalangan motosikal.

Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Jengka hadir mengimamkan solat Hj Arshad pada jam 9.45 pagi tadi kemudian mengimamkan solat jenazah Zulhusni kira-kira sejam selepas itu.

Wang rakyat dan kuil haram

The Star versi online semalam melaporkan, Kerajaan Selangor berkemungkinan akan membelanjakan wang bagi membeli tanah lokasi tapak kuil Sri Maha Mariamman yang menimbulkan keributan pada masa ini, bagi menyelamatkan kuil haram itu daripada dipindahkan.

Jika ini benar, ia adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kerana wang bagi membeli tanah itu datangnya daripada hasil negeri.

Wednesday, November 28, 2018

Terengganu tenteram tanpa perkauman

Kenyataan Media 
Menteri Besar Terengganu Darul Iman

TERENGGANU KEKALKAN KETENTERAMAN ANTARA KAUM

Kerajaan Negeri Terengganu menyokong penuh kenyataan rasmi Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertajuk ‘Keharmonian dan Ketenteraman Awam Diutamakan’ berikutan insiden Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, USJ Subang Jaya baru-baru ini. 

Walaupun kejadian ini berlaku di luar Terengganu, namun ia memberi kesan emosi dan psikologi kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Tuesday, November 27, 2018

Jumlah kuil lebih banyak dari masjid?

*RIDHUAN TEE: KUIL HINDU LEBIH BANYAK DARI MASJID*
Berikut adalah kenyataan penuh Dr. Ridhuan Tee Abdullah mengenai kuil Hindu yang lebih banyak daripada masjid umat Islam sendiri di negara ini yang disiarkan di Ismaweb pada 17 Oktober lepas.

Ia disiarkan kerana memandangkan isu terkini mengenai Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya semakin hangat namun kita mengharapkan semuanya akan diselesaikan tanpa pertelingkahan termasuk jangan ada pihak seperti ADUN DAP, Ganabatirau a/l Veraman yang mengambil kesempatan memburuk-burukkan orang Islam di negara ini.

Tujuan berkhatan memelihara kebersihan

Ustaz Shahril, tengah, bersama Naib YDP PAS Kawasan, Pak Sheikh Nazri, di majlis berkenaan
Oleh  SHAHRULRUDDIN MUSA

Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim berkata, tujuan amalan berkhatan di kalangan kanak-kanak lelaki Islam adalah untuk menjaga kebersihan.

“Berkhatan adalah bertujuan untuk kebersihan diri dan merupakan amalan yang dituntut dalam Islam yang amat memelihara kebersihan," katanya ketika merasmikan program Berkhatan dan Pemeriksaan Kesihatan yang di adakan di Masjid Lama Rantau Perintis kelmarin.

Doakan anggota bomba yang parah diserang perusuh di Kuil Seafield

Satu status dari Jabatan Bomba dan penyelamat hari ini memohon agar rakyat Malaysia mendoakan pemulihan segera seorang anggota mereka yang tercedera teruk ketika menghadiri operasi kebakaran semasa berlaku rusuhan di kuil Seafield, Subang Jaya awal pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun,  patah tulang rusuk dan mengalami paru-paru pecah yang berkemungkinan dihentak atau dipijak selepas diserang perusuh di tempat ibadat agama Hindu berkenaan.

Isu gaduh di kuil: Exco DAP keterlaluan!

Isu pertempuran dan pergaduhan antara kumpulan di Kuil Sri Mariammam, USJ 25, Putra Heights yang diulas begitu agak rasis oleh oleh seorang Exco berbangsa India dari DAP, dibantah oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor.

Exco Kerajaan Selangor, Ganabatirau sebelum itu memuat naik dalam facebooknya berkenaan pertelingkahan berkenaan, cuba menyemarakan sentimen perkauman melampau dengan melempar tuduhan bahawa kumpulan muslim telah menyerang kuil. Sedangkan polis mengklafikasikannya sebagai melibatkan "dua kumpulan bangsa India" atau kumpulan pemaju dan penganut kuil, tanpa menyebut bangsa terlibat.

Friday, November 23, 2018

Hak istimewa Melayu menurut pakar sejarah

*"..HAK ISTIMEWA KAUM MELAYU & BUMIPUTRA TIDAK BOLEH DIPERSOALKAN.."* - Prof. Dr Khoo Kay Kim 

_*Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang MEMPERSOAL atau MEMPERTIKAIKAN Perkara 153 dalam PERLEMBAGAAN NEGARA yang mengiktiraf kedudukan dan HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA adalah BUTA SEJARAH dan tidak memahami Perlembagaan,*_ kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

Thursday, November 22, 2018

Tiada Lagi lesen premis judi baharu di Pahang

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menjelaskan tiada lagi kelulusan bagi premis perjudiaan yang baharu di negeri ini, malah ia dikurangkan jumlahnya berbanding lesen sedia ada.

Demikian dinyatakan oleh Adun Jengka Shahril Azman Abdul Halim pada hari ketiga Sidang DUN Pahang hari ini.

Katanya, ketika membahaskan soalan ke 10 yang dikemukakan Adun Chenor Mujibur Rahman Ishak yang menanyakan, apakah pihak kerajaan negeri bersedia untuk mengkaji semula aktiviti perjudian yang mendapat lesen premis perniagaan.

Wednesday, November 21, 2018

Sidang media selepas dewan hari ini

Adun Tanjung Lumpur Ustaz Rosli AbduH Jabar dalam sidang media secara live, mencadangkan supaya hasil balak 30% disumbangkan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri supaya boleh menjana pendapatan yang lebih tinggi untuk negeri ini sekali gus dapat mengurangkan hutang dengan kerajaan persekutuan yang membelenggu selama ini.

Sidang media diadakan di ruang legar hotel Grand Darul Makmur.

Adun Beserah Andansura Rabu, bercakap tentang belanjawan negeri Pahang yang disampaikan oleh Menteri Besar Isnin lalu.

2 Adun Dap bantah sentuh tragedi 13 Mei

Dua Adun Dap dari Triang dan Tras, tidak puas hati dengan kenyataan: "... peristiwa 13 Mei mungkin berulang" oleh Adun BN Peramujaya Sheikh Fuzi yang berbahas isu 
Ratifikasi ICERD. Dengan itu beliau mahu 
Adun berkenaan menarik balik.

"Kita tidak mahu wujud rasa tidak selesa dalam dewan ini," kata Leong Mei Mei.

Namun speaker berpandangan bahawa Adun Peramujaya hanya memetik fakta sejarah dan yang disebutkannya tidak berunsur ugutan maka tidak perlu menarik balik.

Langsung: 2 Adun PAS bahas usul ICERD

Adun Jengka Shahril Azman mewakili Adun-adun PAS berucap menyokong usul bantahan ratifikasi ICERD.
Beliau membangkitkan semula ucapan dalam sejarah Presiden MCA 
Tun Tan Siew Sin pada tahun 1969 yang mengatakan orang Melayu adalah bangsa yang baik kerana menerima malah beri kerakyatan kepada kaum Cina. Jadi hormatilah kaum Melayu sebagaimana mereka menghormati kita.

Bekas Presiden MIC Mendiang Presiden Tun Sambanthan pula berkata, bangsa India tidak diterima di Sri Lanka, di Burma tetapi dan tidak diterima Burma tetapi diterima di Tanah Melayu.

Langsung dari Sidang Dun.... 3

Adun Kuala Sentul Datuk Seri Shahaniza Shamsudin memulakan perbahasannya kira-kira jam 2.40 petang, menolak ratifikasi ICERD. 

Beliau antara lain memetik kenyataan bekas Ketua Hakim Negara jika diluluskan akan memberi kesan kepada perlembagaan persekutuan sendiri termasuk Fasa 153.

Beliau membayangkan kesan kepada pelaksanaan ICERD agama dalam negara ini boleh menyebabkan campur tangan dalam agama sambil memberi contoh beberapa negara dan kenyataan Tun Abdul Hamid sendiri.
Yang dibimbangi, kesan juga kepada raja-raja Melayu

Beliau juga merumuskan ICERD sebagai Malayan Union bentuk baru.

Demi menjaga keharmonian kaum, beliau berharap Dewan menolak.hasrat ratifikasi tersebut.

Turut mengambil bahagian, Adun Jengka, Peramujaya dan Pelangai.

Langsung dari sidang Dun... 2

Usul tergempar menolak ICERD

Dewan Undangan Negeri akan membahaskan penolakan ratifikasi ICERD yang dibangkitkan oleh kerajaan Pusat.

Usul yang disebutkan speaker itu diusulkan oleh Adun Kuala Sentul Datuk Seri Shahaniza Shamsudin.

Usul tersebut kemudiannya disokong oleh Adun Tanjung Lumpur Rosli Abdul Jabar.

Perbahasan akan bermula selepas rehat petang ini.


Langsung dari sidang Dun... 1

Yang Dipertuan Dewan tegur Adun Teruntum

Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang menegur Adun Teruntum Sim Hon Siang supaya berucap menghadap kepadanya dan tidak memandang ke arah lain, berdasarkan peraturan dewan.

Adun tersebut ketika itu sedang berucap dalam Rang Undang-undang Perbekalan, menyentuh isu pasar besar Kuantan yang dicemari najis burung dan tikus.

Mengenai balai daerah polis usang, Exco yang juga Adun Benta Datuk Sofi Razak meminta beliau berurusan dengan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, mewakili Kerajaan Persekutuan, supaya perkara tersebut dapat disegerakan.

Monday, November 19, 2018

Idris tempelak Anwar: Kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik

Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad menempelak sekali gus menjawap kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kongres parti tersebut berakhir semalam, yang menuduh PAS (juga Umno) hanya mahu menjadi hero dalam isu Melayu tetapi senyap dalam isu 1MDB.

Kata Ustaz Idris dalam tulisannya, ada tuduhan yang mengatakan PAS hanya lawan ICERD sahaja. Tak lawan 1MDB.

Catatan dari Parlimen hari ini

Apabila Menteri Perpaduan Bertukar Menjadi Menteri Perpecahan

1. Suhu atmosfera politik tanah air luar biasa panas kebelakangan ini walaupun musim tengkujuh sudah mula melanda. Ia berikutan daripada isu ICERD yang ditentang keras oleh masyarakat Melayu-Muslim dan golongan bumiputera.
Umum mengetahui, Kerajaan PH hari ini didominasi oleh kelompok bukan Muslim kerana bilangan Ahli Parlimen Muslim dalam PH hanyalah 58 orang berbanding Ahli Parlimen Bukan Muslim seramai 66 orang.

Bolehkah isu terkini bangkitkan fenomena seperti Natrah, Malayan Union?

Pelbagai isu berkaitan Islam dan Melayu yang mulai dipertikaikan oleh pelbagai pihak yang dikaitkan dengan kerajaan baharu di negara mutakhir ini, mulai mendapat reaksi daripada tokoh tertentu.

Terbaharu, mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bangun mempersoalkan tindakan pihak yang cuba mempertikaikan hal ehwal agama Islam yang sudah lama diamalkan, sejak kebelakangan ini.

Saturday, November 17, 2018

Pawang Nong lawan orang minyak

Pertarungan M@ut Pawang Nong Menentang Orang Minyak


Sebelum itu mari kita kenali siapa Pawang Nong , Pawang Nong atau nama sebenar beliau ialah Haji Nong Taib Bin Santan adalah merupakan Pawang Diraja Negeri Pahang suatu masa dahulu.

Beliau juga adalah sahabat serta dikatakan pernah menuntut ilmu persilatan dan kebatinan dengan pahlawan pahang yang terkenal iaitu Mat Kilau yang berjuang bersama menentang penjajah suatu ketika dahulu di sebelah Kampung Hulu Cheka @ Ulu Cheka, Jerantut, Pahang.

5,000 bantah ICERD di masjid negeri

Kira-kira 5,000 orang hadir menunjukkan sokongan dalam himpunan membantah ratifikasi ICERD di perkarangan masjid negeri selepas solat jumaat semalam.

Program dianjurkan Pemuda PAS Pahang bersama NGO-NGO Islam itu dimulakan dengan ucapan oleh wakil GPMS diikuti Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Hazmi Dibok, Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badardin dan Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Thursday, November 15, 2018

77 mangsa banjir dipindahkan di Temerloh

Banjir di Batu Kapor, Mentakab
Hujan berterusan sejak beberapa hari menjadikan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Temerloh sejak semalam, meningkat kepada 77 orang setakat tengahari tadi.

Mereka adalah daripada Kampung Batu Kapor dan Kampung Sungai Buloh selepas rumah mereka dinaiki air ekoran limpahan Sungai Semantan.

PAS Pahang sahut seruan Presiden

Kenyataan media:

PAS PAHANG MENYAHUT SERUAN DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG BERKAITAN ISU ICERD

Segala puji bagi Allah swt, Rabb bagi sekelian alam, selawat dan salam keatas junjungan Nabi SAW serta ke atas kaum keluarganya.

PAS Pahang juga mengambil perhatian terhadap isu ICERD dan melihat bahawa isu ini adalah isu yang boleh merombak kestabilan keharmonian kehidupan pelbagai bangsa, kaum dan agama yang telahpun sedia terjalin di Malaysia termasuk di negeri Pahang.

Wednesday, November 14, 2018

Seruan Turun ke Himpunan Aman Bantah ICERD!

Umat Islam yang berhampiran dengan Kuantan dan sekitarnya, dijemput untuk hadir ke perhimpunan aman anjuran pertubuhan-pertubuhan Islam bagi membantah ICERD di perkarangan Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan pada Jumaat (16 November) ini.

Menurut Pengarah Himpunan Aman Bantah ICERD, Dr. Firdaus Ismail, program berkenaan akan diadakan pada jam 1.30 petang iaitu seusai solat Jumaat di Masjid Negeri itu.

Dalam sebaran medianya, Dr Firdaus yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang berkata, kerajaan Pakatan Harapan sedang merangka untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Zaibo meninggal dunia

Selepas enam bulan menyedari hidupnya menderita akibat kanser esofagos pelakon Zaibo akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.30 petang Rabu.

Berita sedih itu disahkan kepada mStar Online oleh isterinya Siti Hawa Sawal.

“Abang Zaibo dah tiada… minta doakan dia ya,” katanya ringkas sambil menahan sebak di dada tanpa mampu bercakap panjang.

Siti Hawa, 52, berkata, jenazah akan dikebumikan pada hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, tidak menyedari dia menghidap kanser tahap empat sehinggalah pada Ramadan lalu dia tidak boleh menelan makanan.

Mengenali Mat Lela pahlawan Pahang

GAMBAR HIASAN
BESI BERAT DIKUIS DENGAN KAKI

“Kalau awak nak, awak alihlah sendiri! Awak buat susahkan saya saja!” Tercalar dengan kata-kata biadap kontraktor itu, Hj. Mat Lela lantas menguis besi penghentak itu dengan kaki kanannya, ”Boooom!!!burrrrr……” besi penghentak itu terus terjunam ke dalam sungai.

Dalam lipatan sejarah, Mat Lela memainkan peranan yang amat besar dalam menentang campurtangan Inggeris di negeri Pahang. Mat Lela adalah anak kepada Datuk Bahaman Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Mat Lela turut berjuang bersama Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Awang Nong, Teh Ibrahim, Mamat Kelubi, Panglima Hitam Hj Othman @ Radin Damabulan dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain dari tahun 1891 hingga 1895. Nama beliau turut terpahat dalam Sejarah Pahang sebagai pahlawan Melayu terbilang.

Tuesday, November 13, 2018

9 penumpang bas cedera di Temerloh

GAMBAR HIASAN 
Hujan dan jalan licin pada ketika ini boleh menyebabkan kemalangan terutama di lebuh raya.

UTUSAN ONLINE melaporkan awal pagi ini 13 November, berlaku kemalangan melibatkan pertembungan bas dan lori di Kilometer 97 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) berhampiran Lanchang.

Dalam kejadian tersebut, seramai sembilan penumpang sebuah bas ekspres cedera selepas kenderan itu merempuh sebuah lori dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu sehingga menyebabkan pemandu bas dan pemandu lori serta kelindan lori mengalami kecederaan.

Monday, November 12, 2018

BAHAGIAN 3: Perangi komunis antara sebab tubuh Felda

Pada siri yang lepas Tuan Haji Mohd Saludin Omar telah menceritakan kisah beliau membantu Allahyarham Tun Razak memenangi PRU pertama di Temerloh menentang calon PAS Allahyarham Mohd Yasin Salleh (
https://selamatkanpahang.blogspot.com/2018/10/bah-2-bantu-tun-razak-menang-di-pru.html   )

Selepas berakhir pilihan raya perhubungan beliau dengan dengan Tun terus akrab dan saling berhubung juga sering berkunjung ke rumah Tun di Kuala Lumpur khususnya apabila dipanggil. Tun telah berpindah bertanding di Parlimen Pekan pada PRU kedua 1959. Namun Tun telah mengarahkan beliau dalam tugasan-tugasan yang lain pula.

MEMERANGI KOMUNIS

Pada Jun tahun 1958 saya ditukarkan semula ke Lipis. Sebagai Menteri Pertahanan, pada tahun itu juga Tun Razak telah melantik saya menganggotai kumpulan Psycological Warfare juga jawatankuasa perang saraf negeri khas untuk memerangi komunis yang mula masuk ke negeri Pahang. Pada masa itu ia dinamakan Gerakan Apollo (1954) dan kemudiannya ditukarkan nama Gerakan Setia.