Kesakitan yang dialaminya tidak menghalang Cikgu Zakuan daripada terus menyampaikan pelajarannya. |
Oleh RAMLI AWANG ABDUL RAHMAN
Pengorbanan seorang guru ini memang luar biasa. Kita
biasa membaca kisah pelajar mengambil peperiksaan di hospital, tetapi jarang-jarang
terdengar guru terpaksa mengajar di Hospital.
Namun inilah kisah Pengorbanan Cikgu Mohd Zakuan Yusof,
49 tahun, yang mengajar subjek Ekonomi
dan Perniagaan di Sekolah Menengah Agama Chenor.
Beliau baru-baru ini jatuh sakit, disyaki bahagian saraf tunjangnya menghadapi masalah
dan kini sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.
Bayangkan disaat pelajar-pelajarnya sedang menghadapi
peperiksaan SPM dan perlukan bimbingan, tentu tidak mudah untuknya membiarkannya.
Pengorbanan dan kesungguhannya memang patut dipuji. Dalam
keadaan sakit terbaring beliau tetap menyampaikan kuliah subjek diajarnya kepada
para pelajar. Pelajar-pelajarnya daripada dua kelasnya datang secara bergilir-gilir
ke Hoshas dan tekun mengambil nota.
Sementara itu, Adun Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak,
turut meluangkan masa menziarahi Cikgu Zakuan sambil mendoakan kesegeraan
pemulihan pendidik bangsa itu.
Semoga Allah mencatatkan pengorbanannya sebagai ilmu-ilmu
yang memberi manfaat kepadanya dan diberikan kejayaan kepada
pelajar-pelajarnya.
No comments:
Post a Comment