Thursday, December 30, 2010

Countdown 2011 di Masjid Taman Temerloh Jaya

Program pada hari Jumaat 31 Disember 2010 bermula dengan Solat Maghrib.

1. Bacaan Al-Qur-an Qari Malaysia 2006 Ustaz Shafie Lebai Hanafiah
2. Cerita-cerita agama oleh Johan Bercerita Negeri Pahang adik Noramanina Hassanuddin
3. Tazkirah khas oleh Pengurus PKZ Temerloh Ustaz Asri Awang
4. Nasyid bermodul (CD) oelh KPP Maahad Tahfiz Hj. Abdullah Ismail
5. Qiyamullail pimpinan Ustaz Abdullah Ibrahim

Semua muslimin di jemput hadir

Tuesday, December 28, 2010

KENYATAAN MEDIA: PERLANTIKAN ISA SAMAD KESILAPAN BESAR

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) sangat dukacita dengan pengumuman pejabat Perdana Menteri mengenai perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru berkuatkuasa 1 Januari 2011.
Alasan kononnya Tan Sri Isa mempunyai kemampuan dan perkhidmatan yang efisien terlalu longgar dan dangkal berasaskan latarbelakang beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Wilayah Persekutuan.

Sabitan rasuah 5 daripada 9 pertuduhan politik wang ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti bulan September 2004 masih diingati rakyat negara ini kerana liputan meluas mengenainya. Beliau yang digantung keahliannya selama 6 tahun adalah bukti jelas pembabitannya dalam amalan rasuah yang sangat menjijikkan.

Bukan itu sahaja; penduduk Negeri Sembilan pun tahu betapa korupnya beliau ketika menjadi Menteri Besar selama 22 tahun. Beliau melepaskan jawatan tersebut dengan isu ternakan babi di Bukit Pelandok yang memaparkan wajah sebenar siapa beliau. Ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan; beliau dilihat gagal berperanan sebaliknya menggunakan hubungan baik dengan tauke tertentu untuk mendapat habuan bagi menyogok perwakilan dalam pemilihan parti. Saya sendiri pernah menghantar memorandum kepada Badan Pencegah Rasuah(nama ketika itu)mengenai penglibatan Isa Samad dalam aktiviti korup beliau.

Adalah pelik bagaimana tokoh kitar semula ini dilantik menerajui Felda, sebuah GLC terpenting milik orang melayu dengan track record yang begitu buruk?
Kenyataan Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini yang mendedahkan kejayaan anak-anak peneroka dalam kerjaya mereka sebagai seorang ahli korporat, profesional dan ahli akademik yang berjaya; nampaknya tidak memberi apa-apa makna. Kenapa tidak dilantik dikalangan mereka; yang sekurang-kurangnya boleh menandingi pencapaian Tan Sri Raja Alias, bekas Pengerusi Felda dulu.

Bayangkan, di zaman Tan Sri Yusof Nor sebagai Pengerusi Felda(1 Julai 2001-31 Dis 2010)pelbagai cerita, skandal dan krisis berlaku. Pendedahan Datuk Ahmad Maslan sendiri di Parlimen yang mengesahkan rezab Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 ke RM1.3 bilion pada tahun 2009 membuktikan Felda sedang bermasalah akibat salah urus, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Adakah dengan perlantikan Isa Samad akan menyempurnakan pakej manusia korup menerajui Felda iaitu Ahmad Maslan, Isa Samad dan Najib Tun Razak?

Tanah seluas 905,000 hektar adalah aset 112,635 orang peneroka dan akan di warisi oleh lebih sejuta generasi kedua dan ketiga Felda. Kenapa mereka ini tidak pernah dirundingkan terlebih dahulu?
Saya penuh yakin tidak akan ada yang menyokong Isa Samad melainkan para pengampu Felda sahaja. Ketika ini pun puluhan sms dan panggilan talipon yang saya terima membantah perlantikan Isa Samad dan mendesak sesuatu dilakukan.

Justeru menjaga kepentingan warga Felda, saya mewakili warga Felda mendesak Perdana Menteri menarik balik perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda. ANAK akan menggerakkan pungutan tandatangan seluruh warga Felda mulai 1 Januari 2011 ini dan akan diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri dalam tempoh sebulan.

Jika ianya gagal melembutkan pendirian Perdana Menteri, suatu Memorandum akan diserah ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong untuk memohon campurtangan baginda. Pelbagai bentuk kempen akan dilakukan bagi mempastikan Isa Samad tidak akan dinobatkan sebagai Pengerusi Felda yang baru. Perdana Menteri telah melakukan kesilapan besar atas perlantikan ini. KATAKAN TIDAK KEPADA ISA SAMAD!


MAZLAN BIN ALIMAN
Presiden ANAK

HP 0197130103

28 Dis 2010

Monday, December 27, 2010

Menteri yang merogol amahnya ialah... ?

Siapakah menteri di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan telah merogol seorang amah warga Indonesianya?

Perkara tersebut telah didedahkan dalam WikiLeaks.

Pihak berkuasa mesti bertindak menyiasat dan mendedahkannya atau dibawa ke mahkamah. Jika tidak, umum (termasuk blog) terus membuat spekulasi sehingga seorang demi seorang menteri dibuatkan andaian.

Teka-teki seperti ini sudah tentu tidak adil kepada menteri-menteri yang ada.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.

Menurut laporan dari sebuah NGO, suami amah itu tahu peristiwa tersebut namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.





Dulu rasuah, kini Pengerusi Felda

Bekas Naib Presiden Umno yamg disingkirkan kerana didapati bersalah melakukan rasuah politik wang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, hari ini dinobatkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baru, menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Mohd Isa, 61, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dilantik oleh Perdana Menteri hari ini berkuat kuasa 1 Januari 2011.

Beliau pada awal tahun ini telah memenangi kerusi Dun Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil dan baru sahaja mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Ketua Puteri Umno Negeri Sembilan.

Bagaimanapun dalam alu-aluannya, beliau berkata, impian beliau ialah memastikan badan itu terus mencapai matlamat yang dihasratkan oleh kerajaan ketika menubuhkannya.
"Saya tidak ada impian peribadi, cuma saya mahu mencapai apa yang dimatlamatkan oleh kerajaan ketika menubuhkan Felda,” katanya mengulas pelantikannya sebagai Pengerusi Felda.
"Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin,” katanya dipetik media.





Friday, December 24, 2010

Saya digantung kerana speaker penyiasat, pendakwa dan hakim – Anwar

BERA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau bersama tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat adalah gara-gara mendedahkan kerajaan Malaysia mendapat khidmat sebuah syarikat Yahudi, Apco.

Ketua Pembangkang di parlimen itu berkata, lebih dikesalkan ialah sikap speaker Dewan Rakyat yang menjadi pengerusi jawatankuasa disiplin parlimen sebagai penyiasat, kemudian bertindak sebagai pendakwa dan akhirnya menjadi hakim.

“Saya digantung kerana mendedahkan tentang kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat milik Yahudi yang berpengkalan di Israel iaitu Apco. Tapi saya ada maklumat tentang semua itu di mana melalui kerjasama Jabatan Perdana Menteri dengan Apco Worlwide sebagai penasihat dan kerajaan membayar sebanyak RM70 juta setahun kepada syarikat Yahudi itu.

“Saya pernah dedahkan di parlimen dulu bahawa slogan Satu Malaysia adalah atas nasihat Apco kerana pentadbiran Ehud Barak pada tahun 1999 yang juga menggunakan khidmat Apco, pernah mengetengah slogan ‘One Israel: Rakyat didahulukan’. Di atas pendedahan inilah saya dirujuk kepada jawatankuasa disiplin kerana mereka menafikan ada perjanjian.

“Tapi saya ada perjanjian itu dan saya bawa malam ini di mana dengan terang perjanjian ditandatangani oleh pegawai kanan di Jabatan Perdana Menteri dengan wakil Apco disaksikan oleh Setiausaha Akhbar Datuk Seri Najib,” jelasnya.

Anwar menjelaskan demikian ketika berceramah dalam program Himpunan Perdana Peneroka Saman Felda Peringkat Kebangsaan di Darul Ikhwan, Mengkarak, dekat sini 17 Disember lalu. Turut berceramah ialah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat Hanipa Maidin dan Mazlan Aliman, Ketua PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman serta Adun Triang Leong Ngah Ngah.

Khamis lalu Dewan Rakyat meluluskan usul menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel. Turut digantung Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak).

Anwar berkata, Karpal dan Sivarasa ialah ahli jawatankuasa disiplin parlimen dan membantah penggantungan beliau kerana tidak diberi hak membela diri. Begitu juga Azmin yang cuba membelanya melalui peraturan dewan.

“Malangnya speaker telah bertindak sebagai penyiasat, kemudian pendakwa dan akhirnya menjadi hakim sekali gus sehingga kami berempat menjadi mangsa penggantungan,” katanya dihadapan kira-kira 7,000 yang hadir.

Bagaimanapun, menurut Anwar, beliau tidak merasa terkesan atau merencatkan perjuangannya hanya kerana penggantungan itu kerana sebelum inipun pernah dipenjara enam tahun.

“Penggantungan enam bulan itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya pernah dipenjara selama enam tahun. Bila kelaur tetap sihat dan boleh meneruskan perjuangan.”

Mengenai isu maklumat daripada laman WikiLeaks yang sering dimainkan media bagi menyerang dirinya, beliau berkata akhirnya menjadi ‘senjata makan tuan’ apabila laporan tersebut turut mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan wanita Monggolia Antantuya Shaariibuu.

“Selama seminggu media Umno menggunakan laporan WikiLeaks untuk menyerang saya dalam isu fitnah liwat. Tapi rupa-rupanya bukan setakat itu, dalam laman yang sama juga WikiLeaks dedahkan bahawa Najib seorang yang oportunis dan masa depannya dihantui oleh skandal pembunuhan Altantuya. Jadi inilah sebabnya Najib bermati-matian mahu mempertahankan Putrajaya.

“Memang media Umno tutup isu-isu yang melibatkan Najib, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah yang terkandung dalam laporan laman tersebut tetapi orang mulai nak tahu isu kandungannya. Jadi sekarang ini isu WikiLeaks dah jadi senjata makan tuan,” ujarnya.





PRK Tenang: Mengundi 30 Januari, 22 Januari penamaan calon

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan.

Manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 22 Jan, (Sabtu) kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

Thursday, December 23, 2010

Pakatan Rakyat Pahang buat aduan SPRM

Bayangkan, papan tanda tandas dalam projek pengubahsuaian Rumah Rehat Bentong yang harganya di pasaran RM65, dituntut dengan jumlah RM871. Set sofa yang pada nilaian pasaran cuma berharga RM990 dituntut RM3,530. Set lampu di pasaran cuma RM9,200 RM38,700. Dan banyak lagi item lain. Ini terkandung dalam laporan Ketua Au...dit Negara bagi Negeri Pahang yang terbaru. Kalau macam ini, mana Pahang tak bankrap?

Ketua Audit Negara juga membuat teguran keras bagaimana kerajaan negeri membuat syarat perjanjian pinjaman yang tidak menjamin kepentingan kerajaan melalui terma perjanjian dengan syarikat-syarikat kerajaan negeri seperti Amanah Saham Pahang (Aspa) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Bayangkan tidak ada syarat yang melindungi kepentingan kerajaan negeri sedangkan itu am...anah rakyat. Ini boleh terdedah kepada penyelewengan dan menjerumuskan negeri Pahang kepada kebankrapan.

Serentak dengan itu, Pakatan Rakyat Negeri Pahang diketuai Roslan Zainal, Ahmad Nizam Hamid, Hashim Abdullah, Abdul Kadir Manap serta 30 orang penyokong mengiringi.



Wednesday, December 22, 2010

Mazlan Aliman calon PAS Tenang?

‘Angin’ bertiup mengatakan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman merupakan salah seorang tercalon mewakili PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang awal bulan depan.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat itu dikatakan dipilih berdasarkan kemampuannya membangkitkan gelombang baru politik orang Melayu khususnya di kalangan peneroka Felda yang dikatakan sebelum ini sebagai "fixed deposit" Umno.

Mazlan yang juga Ketua Penerangan PAS Johor dikatakan layak dan berwibawa untuk bertanding berdasarkan komitmennya membawa pembaharuan dan diterima oleh semua kaum, bertepatan dengan perkembangan semasa di Johor pada masa ini terutama cita rasa anak muda.

Pada PRU 2008 Mazlan telah bertanding di Parlimen Bera, Pahang.

Di Tenang, terdapat tiga buah tanah rancangan iaitu Felda Cempelak, Felda Cempelak Barat dan Felda Tenang.


Tiga kawasan Felda tersebut mempunyai 4,000 pengundi daripada 14,511 yang berdaftar.








Monday, December 20, 2010

Karpal sokong Islam: Berita buruk untuk Umno

Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa partinya terbuka kepada rundingan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat mengenai isu Malaysia sebagai negara Islam. Karpal berkata beliau tidak lagi mahu Umno-Barisan Nasional memutarbelitkan isu negara Islam untuk melaga-lagakan pemimpin PR, khususnya DAP dan PAS.

Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan Perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya. "Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit Negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.

"Kita boleh bincang dengan baik. Saya sedia berbincang dengan Tuan Guru Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) dan Tuan Guru (Abdul) Hadi (Awang). Ia perlu dibincang dengan segera," katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 2,000 perwakilan yang hadir.
Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

Pada 1990 Karpal yang juga Ahli Parlimen Gelugor pernah memberi amaran kepada PAS supaya langkah mayatnya dahulu jika ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

Bagaimanapun menurut Karpal, kini beliau sedar bahawa kenyataannya 20 tahun lalu sudah tidak releven, lapor mStar Online.

"Perkara ini (isu negara Islam) boleh dibincangkan dengan baik, saya tak mahu Barisan Nasional (BN) mengeksploitasi isu ini lagi.


"Kenyataan Karpal sebelum ini yang dilihat menentang keras negara Islam mungkin disebabkan dari pengamatan beliau selama ini yang melihat Islam ala Umno yang jelas mendisriminasikan rakyat, menzalimi rakyat serta penuh dengan amalan rasuah dan penyelewengan," ujar Kintan Man, Setiausaha Dewan Muslimat PAS negeri Melaka.

Terbukti usaha PAS selama ini menerangkan tentang negara Islam mula difahami oleh semua orang termasuk DAP, cuma Umno sahaja yang terus membutakan mata dan memekakkan telinga.

"Tidak mustahil suatu hari (nanti) mereka akan menerima konsep negara Islam yang terbukti adil dan telus kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan ideologi," kata Imran Abdul Rahman ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Penegasan Karpal Singh bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam, dilihat membuka satu episod baru, muafakat dalam Pakatan Rakyat.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pendirian terbaru Karpal itu ujarnya adalah satu kejayaan baru Pakatan Rakyat sekaligus meletakkan keakraban ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP kini pada tahap terbaik.

"Kita sangat alu-alukan kenyataan positif sebegini. Kesediaan untuk berbincang isu negara Islam ini adalah satu anjakan pemikiran besar oleh tokoh DAP itu," katanya.

Beliau juga yakin, kenyataan Karpal itu akan menutup mulut Umno BN dari terus memanipulasi isu yang sejak dahulu membelengu PAS dan DAP itu, khususnya berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

"Dalam isu negara Islam ini, kita sebenarnya dikelirukan oleh permainan musuh-musuh kita.

"Namun keterbukaan Karpal menerima Islam sebagai agama rasmi, memperlihatkan satu komitmen bersungguh-sungguh DAP mempertahan Islam dan perlembagaan negara," katanya lagi.




Moh, kita menangkan PAS di Tenang!

Konvensyen Pakatan Rakyat 2 di Kepala Batas semalam memutuskan calon PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Labis, Johor bagi mewakili Pakatan Rakyat. Keputusan ini diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan seiring dengan konvensyen itu.

Pada perkiraan ramai, PAS boleh memenangi kerusi tersebut walaupun kalah lebih 2,000 undi pada PRU 2008. PRU sebelum itu PAS kalah 5,000. Ertinya ada lonjakan 50%. Tapi PRK kali ini boleh melonjak lagi berdasarkan faktor undi Cina yang ramai. Terdapat tiga kawasan Felda yang tinggi jumlah pengundi Melayu. Jika para peneroka juga membuat 'swing' berdasarkan mood dan isu terkini, undi apara peneroka boleh meningkat kepada PAS.

Untuk menang, PAS cuma perlukan peningkatan 1,500 undi.

Berikut ialah maklumat mengenai N.05 Tenang
PENGUNDI BERDAFTAR :
- 14,511- 49.66 % Pengundi Melayu
- 38.13 % Pengundi Cina
- 12.11 % Pengundi India
- 0.10 % Lain-lain

Sementara itu, bagi yang mempunyai laman sosial Facebook boleh melawat: http://www.facebook.com/prk05tenang



Saturday, December 18, 2010

Konvensyen Pakatan 2 akan perkukuh deklarasi Shah Alam

TEMERLOH: Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Ahad ini akan memperteguhkan kembali komitmen yang dipersetujui bersama antara tiga parti pada konvensyen pertama di Shah Alam tahun lalu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pada konvensyen kali ini juga dijangka akan membongkar semua krisis yang sedang dihadapi negara pada masa ini dan pada masa yang sama Pakatan akan memberi tawaran penyelesaiannya kepada rakyat.

“Konvensyen Pakatan kali ini akan memperteguhkan dasar yang kita sepakati bersama pada konvensyen dulu iaitu komited mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan melindungi kebebasan beragama untuk masyarakat bukan Islam, memperkasakan hak keistimewaan orang Melayu menurut perlembagaan, martabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta mempertahankan hak raja-raja Melayu.

“Pada kita perbahasan ini penting kerana mutakhir ini pemimpin Umno acap kali mempermainkan istilah ketuanan Melayu, walhal hanya mementingkan kemewahan kepada sekelompok elit dalam Umno. Realitinya orang Melayu makin terhimpit dan Tanah Rizab Melayu yang dijamin oleh Artikel 67 dalam Perlembagaan Malaysia sudah tergadai hampir separuh di tangan Umno.

“Rakyat yang selama ini hanya disuapkan cerita-cerita propaganda melalui media arus perdana perlu didedahkan dengan hakikat sebenar ini ,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Tuan Ibrahim berkata, konvensyen Pakatan juga akan membongkar segala penyelewengan dan krisis yang berlaku dalam negara dari dulu hingga sekarang serta punca-punca gejala tersebut.

“Ini juga penting didedahkan kerana rakyat bawahan berada pada paras kritikal sekarang akibat melambungnya kos kehidupan yang terhasil daripada penyelewengan, kebocoran, rasuah dan sistem pentadbiran yang tidak cekap.

“Di sana nanti kita akan mempersiapkan tawaran kita kepada rakyat kerana kita menganggap konvensyen kali ini adalah konvensyen bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13,” ujarnya.

Mengenai ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Puterajaya Ahad lalu bahawa Felda tidak bankrap sebagaimana didakwa sesetengah pihak malah berkata aset Felda benilai RM4.3 bilion, Tuan Ibrahim berkata rakyat bukan mahu tengok angka tetapi realiti kehidupan.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, apa gunanya Najib menunjukkan angka duit yang besar sedangkan kehidupan rakyat semakin susah dengan kenaikan harga barang dan masalah peneroka-peneroka Felda berlambak belum diselesaikan.

“Kita boleh dengar keluhan peneroka di mana-mana bahawa mereka ditipu gred sawit ketika menjual hasil ke kilang Felda. Felda belum mengembalikan sepenuhnya wang tanam semula kepada peneroka tanam sendiri dan banyak lagi masalah kegagalan Felda menyediakan tempat mencari makan generasi kedua.

“Jadi apa gunanya Najib mengisytiharkan wang Felda sedang pada hakikatnya peneroka terus menerus tertindas?,” soal Tuan Ibrahim.




Thursday, December 16, 2010

Gara-gara cinta Pemuda Umno dan Puteri Umno...


Semenjak dua tahun yang lepas sehingga ke hari ini Ketua Puteri Umno nama ...... umur 30an tidak henti-henti menggangu rumah tangga saya sekeluarga di alamat ........ Beliau hampir setiap malam menalipon suami saya nama ................... Ketua Pemuda cawangan ...... mengajak keluar katanya hendak berurusan hal perniagaan. Disebabkan ...... Puteri Umno ....... saya dan keluarga saya tidak lagi mendapat apa-apa perlindungan dari segi pakaian, kemudahan pembelajaran anak-anak dan suami saya hampir 5 bulan tidak balik ke rumah. ..... juga dengan mengatakan duit kutipan dari suami saya untuk dimasukkan ke dalam tabung Puteri Umno. Saya juga pernah beberapa kali berjumpa dengan Ketua Puteri dan menasihati beliau supaya jangan menggangu hidup saya dan anak-anak tetapi beliau menafikannya. Saya juga pernah terserempak dengan beliau bersama suami saya pada jam 9.00 malam pada tarikh 11/11/2010 di Taman ........ dan berlaku pertengkaran antara saya dan ..... dan kami datang ke Balai polis ..... untuk berbincang dan dalam perbincangan tersebut alasan yang diberikan adalah urusan bisnes. Suami saya juga memberitahu kepada semua anggota pejabat Umno antara mereka berdua sudah mempunyai ikatan perkahwinan sedangkan ......... masih mempunyai suami dan anak. ........ingin memperalatakan suami saya untuk sumber kewangan untuk kepentingannya. Atas kejadian ini saya sekarang di tanggung oleh ibubapa saya serta cawangan PAS membantu memberi sedikit bekalan makanan. Saya juga telah beberapa kali merujuk perkara ini kepada Ketua Bahagian Umno, Bahagian Parlimen dan pejabat JASA ...... tetapi tiada apa-apa tindakan. Saya tidak puas hati dengan tindakan beliau dan datang ke Balai buat laporan. Tujuan saya buat laporan untuk membuat rujukan kepada pihak yang berkenaan. Sekian laporan saya.

*Nama dan tempat disembunyikan.


BN dapat kembali 2/3 di parlimen melalui speaker?

Jika speaker tidak dilihat terlalu memihak kepada pihak kerajaan sementara pembangkang dianggapnya sebagai lawan, maka institusi parlimen sendiri akhirnya tidak akan dihormati.

Pada ketika dan waktu ini Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang berusaha keras menggantung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) serta Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang) selama enam bulan. Usul tersebut dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Jika usul ini diluluskan, ia akan menjadi catatan sejarah kerana buat pertama kalinya BN akan memperoleh 2/3 majoriti parlimen melalui kuasa speaker. Pada PRU lepas BN kehilangan 2/3 majoriti kepada Pakatan Rakyat selain kalah di lima negeri.

Dengan kuasa majoriti 2/3, parlimen dijangka dengan mudah boleh meluluskan Rang Undang-Undang Persempadanan Semula Pilihan Raya oleh SPR pada sesi depan, jika ia dibentangkan.

Hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen sesi ini dan 11 rang undang-undang yang sepatutnya dibahaskan telah tunda pada sidang baru yang dijadualkan pada Mac depan.

Usul penggantungan ketiga-tiga ahli parlimen tersebut berkaitan dengan tindakan mereka yang mempertikaikan tindakan speaker yang mahu menggantung Anwar Ibrahim yang dihadapkan ke jawatankuasa disiplin selepas mendakwa kempen 1Malaysia mempunyai persamaan dengan 'One Israel' melalui syarikat perundingnya, Apco Worldwide.

Sementara itu ramai polis dikerahkan berkawal di luar parlimen bagi menghalang demonstrasi yang akan diadakan oleh AMK PKR.

Barangkali parlimen Malaysia kini sudah setaraf dengan parlimen Taiwan dan India.



Wednesday, December 15, 2010

Pengkhianatan atas nama Ketuanan Melayu

Gambar (di sebelah) diambil ketika membuat liputan di Kampung Chubadak, Sentul pada tahun Disember 2006. Peneroka bandar (atau penduduk setinggan dari kaca mata arus perdana) diarahkan untuk mengeluarkan apa-apa yang berharga sebelum rumah kayunya diranapkan jentolak. Tiada lagi ruang untuk harapan agar jangka rundingan dilanjutkan. Pembangkang, NGO dan media hanya menunggu masa perobohan berlaku.

Pada saat-saat akhir budak Melayu ini sempat terserempak dengan sebilah keris kayu dalam rumahnya. Maka dengan gembira dia mengeluarkannya dan menunjuk-tunjuk kepada kawan. Malah, budak-budak ini meniru gerak-geri pemimpin politik - berlagak menjulang keris kayu-nya di depan jentolak untuk "mempertahankan rumahnya" daripada dirobohkan. Orang dewasa yang terpinga-pinga dengan nasib masa depan mereka di situ, hanya tersenyum pahit dengan gelagat mereka...

Dua minggu sebelum budak ini menjulang keris kayu-nya, laungan "Ketuanan Melayu" melantun-lantun dalam bangunan PWTC. Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Hishammuddin Hussein menghunus dan menjulang keris Panca Warisan untuk mempertahankan "Ketuanan Melayu". Bahangnya bertambah hangat, apabila sesetengah perwakilan mencurah minyak dengan ikrarnya "sanggup bermandi darah untuk mempertahankan Ketuanan Melayu"...

Untuk menamatkan kisah di Kampung Chubadak, keris kayu si budak gagal menghalang kemaraan jentolak berbadan besi. Malah tiada seorang pun perwakilan UMNO yang turun ke situ, bermandi darah untuk mempertahankan Kampung Chubadak. Saya tidak tahu ke mana budak dan keluarganya pergi selepas rumah mereka dirobohkan. Cuma saya agak pasti bahawa Kampung Chubadak warisan Minangkabao yang bersejarah ini akan hilang sebahagiannya, kalau bukan semua dari peta Kuala Lumpur.

Siapa TUAN di Kampung Berembang?


Pengalaman membuat liputan di tempat kejadian perobohan "setinggan" membuatkan saya agak geli ketika mendengar istilah "Ketuanan Melayu". Saya saksikan dengan mata sendiri bagaimana wanita Melayu berdiri di bawah pencakar jentolak untuk menghalang perobohan; bagaimana pelajar yang menduduki peperiksaan SPM terpaksa membuat persiapan terakhir di dalam khemah ketika hujan selepas Kampung Berembang diranapkan.

Malah saya tidak lupa kata-kata penduduk Kampung Berembang, Abdullah bin Ismail, 61, yang menjumpai cenderamata tertera "1968-1998", sebagai penghargaan terhadap sumbangannya selama 30 tahun dalam institusi kerajaan. Beliau berkongsi "kemegahannya" dengan saya yang berada di situ, sambil menoleh dan menuding jarinya ke arah serpihan rumah di belakangnya, "Sumbangan 30 tahun, dan ini dia balasannya." Sambil menahan sebak Abdullah Ismail berkata, "Saya percayalah, kalau komunis pun, dia akan bagi masa, bukan robohkan rumah awak serta-merta."

Sama ada Melayu mahupun bukan Melayu tidak akan merasai "Ketuanan Melayu" di Kampung Berembang pada tahun 2006. Dalam nada yang dibasahi kekecewaan, Ketua Wanita UMNO pertama di Kampung Berembang, Wan Kamariah binti Che Man (gambar kanan) berkata, "Orang India, Cina, Melayu kan sama saja? Tengok, siapa yang robohkan rumah kita sekarang? Bukan orang lain, orang Melayu!"

Siapakah Tuan yang diperlakukan sebegitu? Ketika saya membuat liputan di Kampung Chubadak Tambahan pada tahun 2006, seorang pakcik berumur 69 tahun menceritakan pengalaman dirinya. Mereka menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri Abdul Razak pada tahun 1968, berpindah ke Kuala Lumpur dari kampung untuk meningkatkan nisbah populasi Melayu dalam bandar. Realitinya, semakin pesat ibu kota ini dibangunkan, semakin mahal tanah yang dipijak. Akhirnya, peneroka bandar ini diberi nama baru sebagai penceroboh tanah, oleh pemaju dan kontraktor.

Kuota peluru untuk Aminulrasyid

Seandainya seseorang wartawan jujur dalam kerjanya di Malaysia, maka buku catatannya akan sarat dengan sejarah pengkhianatan demi pengkhianatan atas nama "Ketuanan Melayu". Saya gagal membayangkan betapa seramnya ketika berada dalam mahkamah untuk mendengar dengan telinga sendiri bagaimana puluhan butir peluru ditembak ke arah Aminulrasyid (gambar bawah), sehingga meninggalkan 30 lubang dan lekukan peluru pada kereta Proton Iswara yang dipandunya.

Hanya satu persoalan yang ingin saya ajukan kepada mereka yang menumbuk udara memperjuangkan "Ketuanan Melayu": Apakah ini kuota peluru untuk seorang budak bumiputera berumur 14 tahun?

Atas nama pembangunan, peneroka bandar diusir. Atas nama keselamatan, seorang budak 14 tahun ditembak bertalu-talu. Namun, apabila sardin, timun, tomato dan salad dirampas dari sandwich pelajar sekolah melalui Rancangan Makanan Tambahan, itu atas nama apa? Bukankah ia sesuatu yang meluat apabila orang-orang ini tanpa segan-silu membicarakan Ketuanan Melayu, sedangkan anak kepada Tuan disumbat dengan sandwich kosong?

Demi bangsa, agama dan negara

Untuk beberapa dekad kita dikerah untuk memperjuangkan retorik yang "gah" dengan titik peluh sendiri. Makcik-makcik yang menderma barang kemas untuk perjuangan "kemerdekaan" pada tahun 1950-an semestinya tidak terbayang bahawa "kemerdekaan" selepas 53 tahun bermakna anak cucunya perlu disembur meriam air dan gas pemedih apabila menuntut hak air di jalan raya. Anggota komunis yang bertempur dalam hutan semestinya tidak rela seandainya kemerdekaan yang diperjuangkan dengan titisan darahnya itu digunakan untuk menahan Mat Sah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri selama tujuh tahun tanpa perbicaraan.

Dan kini Melayu digembleng pula untuk mempertahankan "Ketuanan Melayu" - dengan titisan air mata Ummi Halfida di Utusan Malaysia. Saya tidak tertarik untuk membandingkan sama ada air matanya lebih bersinar daripada cincinnya. Saya juga tidak berminat apakah lebih bermakna untuk membincangkan hubungan yang berlegar antara Anwar, Azmin dan Shamsidar Taharin, berbanding dengan kekayaan yang berlegar antara Vincent Tan, Ananda Krishnan, Mirzan Mahathir dan Nazir Razak.

Persoalannya, apakah titisan air mata Ummi Hafilda mampu menjamin keselamatan seorang budak 14 tahun apabila pulang dari warung mamak selepas menonton bola pada lewat malam? Apakah air matanya mampu meredakan kesakitan mereka yang disembur air meriam dan gas pemedih mata, ketika menuntut hak air di jalan raya?

Betul, Ummi Halfida menitiskan air matanya untuk retorik yang gah berbunyi "Ketuanan Melayu". Namun, di sebalik retorik yang "gah" ini - siapa pula yang menitiskan air mata? Demi "ketenteraman awam", isteri dan anak tahanan ISA perlu menitiskan air matanya kerana perpisahan. Di sebalik "keselamatan negara", seorang kartunis bernama Zunar dipindahkan lima balai polis dalam masa sembilan jam - siasatan terhadap bahan ketawa berakhir dengan bahan ketawa sendiri...

Saya enggan bersikap sinis untuk mempersendakan Ketuanan Melayu. Namun, untuk saya, Melayu hanya jadi Tuan, apabila setiap tuduhan terhadapnya dibicarakan secara terbuka di mahkamah; Melayu hanya jadi Tuan, apabila tidak perlu takut untuk berkumpul dan bersuara di jalan raya - tanpa disembuh meriam air dan gas pemedih; Melayu hanya jadi Tuan, apabila bebas ketawa tanpa perlu memohon lesen; Melayu hanya jadi Tuan, apabila ibu bapa tidak perlu gelisah jikalau anaknya pulang dari warung mamak selepas menonton bola; Melayu hanya jadi Tuan, apabila sandwich anaknya dilengkapi sardin, timun, tomato dan salad...

Saya tidak terlupa apabila jiran Aminulrasyid menyifatkan bunyi tembakan pada malam itu bagaikan bunyi mercun. Dan bunyi itu menghantui saya sehingga hari ini, setiap kali letupan bunyi bunga api kedengaran. Saya semakin teragak-agak, apakah itu bunga api untuk meraih Ketuanan Melayu, ataupun seorang lagi Aminulrasyid yang sedang dikejar dalam ketakutan?

~ MerdekaReview

Monday, December 13, 2010

128,318 pengundi lebih 85 tahun, SPR tak pasti

Percayakah anda bahawa di Malaysia ini terdapat seramai 128,318 pengundi berusia 85 tahun ke atas?

Itulah angka yang ada dalam senarai daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia seperti yang disahkan oleh pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dalam satu wawancara dengan media New Straits Times.

Walau bagaimanapun, Aziz sendiri meragui sama ada angka itu tepat atau pun tidak kerana masalah kematian hanya dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tidak SPR. Sementara pihak keluarga juga tidak bekerjasama umpamanya tidak memaklumkannya (up-date) kepada SPR.

Menurut kenyataan Aziz lagi, daripada sejumlah 128,318 pengundin berdaftar itu, 62,522 berumur di antara 85 hingga 89 tahun, 35,173 (90-94 tahun), 16,508 (95-99 tahun) dan 14,115 (100 tahun dan ke atas).

Berdasarkan gender pula, pengundi wanita melebihi iaitu (73,343) berbanding lelaki (54,975) dalam kategori ini.

Dari segi pecahan negeri-negeri pula Sabah yang tertinggi iaitu 16,904, diikuti Perak (15,725), Sarawak (14,685), Johor (14.425), Selangor (10,843), Kelantan (9,904), Kedah (9,494), Pulau Pinang (8,966), Kuala Lumpur (6,411), Negeri Sembilan (5,235), Terengganu (5,129), Pahang (4,912), Melaka (3,976), Perlis (1,448), Labuan (258) dan Putrajaya (3).

Bagaimanapun Aziz berkata, dalam semua 13 pilihan raya kecil yang dilalui semenjak beliau memegang jawatan, beliau tidak pernah pula menemui warga berusia 85 dan ke atas membuang undi. Justeru Aziz menyeru ahli-ahli (parti) politik membantu SPR membersihkan senarai daftar pemilih.

Aziz berkata, tanpa pembersihan dilakukan, isu pengundi hantu tidak akan selesai dan SPR akan “dihentam” lagi.

Kita merasakan senario ini membuktikan SPR jauh ketinggalan daripada realiti sebenar iaitu jumlah pengundi yang tidak tepat, yang mungkin boleh dieksloitasi oleh pihak tertentu yang berkepentingan. Natijahnya, pilihan raya menjadi tidak bersih.

Jika tiada mekanisme untuk mengenali pengundi sebenar, kenapa tidak dipermudahkan pendaftarannya contohnya secara automatik menerusi JPN? Sebab jika sudah ada maklumat peribadi warga negara berusia 21 tahun ke atas di JPN, ada juga maklumat kematian seseorang di JPN. Kerja-kerja ‘up-date’ inilah yang tidak mampu diperbuat oleh SPR!

Satu lagi, SPR tidak kekurangan kuasa bahkan tugasannya makin fokus. Jika semakin efisyen, sudah tentu SPR kemudiannya akan dihormati!



Read more: Many of 128,000 voters above 85 years old are‘missing’ http://www.nst.com.my/nst/articles/Manyof128_000votersabove85yearsoldare__8216_missing__8217_/Article/#ixzz17xmMMayy


Friday, December 10, 2010

Banyaknya wang hasil judi!

Rupa-rupanya rakyat Malaysia ini, tidak kira yang beragama Islam atau sebaliknya, sudah lama terpalit dan terpaksa ‘menelan’ wang judi yang disuapkan oleh kerajaan Umno BN. Buktinya ialah seperti apa yang didedahkan di parlimen baru-baru ini.

Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff, telah meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan daripada hasil pendapatan lesen judi tersebut mulai tahun 2000 hingga September 2010.

Jumlahnya seperti yang tertera dalam gambarajah. Jawapan bertulisnya pula berbunyi: 1.Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut: (gambarajah).

2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.

Editor: Nampaknya segenap rakyat Malaysia menerima tempias wang hasil judi dalam pebagai bentuk. Apa yang kita musykilkan, satu masa di Pulau Pinang dulu Umno telah berdemonstrasi membantah kononnya kerajaan negeri itu telah mengagihkan wang judi kepada rakyat. Demonstrasi dan provokasi juga disiarkan secara langsung oleh media-media Umno. Sudah tentu bertujuan untuk menanam rasa benci kepada kerajaan negeri.

Kenapa mereka bersikap double standard? Kenapa membutakan mata, memekakkan telinga dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Umno selama lebih setengah abad ini?




Thursday, December 9, 2010

Isteri kedua pengerusi Syabas fail cerai

KUALA LUMPUR: Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Permohonan Justynn Cassandra, 25, difailkan pada bulan lalu dan permohonan tersebut disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malik Awang pada Rabu.

Pada prosiding itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Rozali memohon mahkamah memberikan masa selama tiga bulan untuk membolehkan kedua-dua pihak menyelesaikan perkara itu secara baik.

“Saya dimaklumkan oleh anak guam bahawa mereka masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai permohonan ini,” tambah Fakhrul Azman.

Bagaimanapun, permohonan itu dibantah oleh peguam syarie Amli Embong yang mewakili Justynn.

“Tempoh tiga bulan adalah terlalu lama kerana mereka sudah tidak bersefahaman. Saya mohon diberikan dua minggu untuk mereka berbincang,” katanya.

Ab Malik kemudian membenarkan kes tersebut ditangguhkan sehingga 4 Januari depan untuk Rozali membuat keputusan terhadap permohohan plaintif.

Rozali dan Justynn mendirikan rumah tangga pada 2006 di Perlis dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan setahun.


~mStarOnline


Wednesday, December 8, 2010

Gambaran bagaimana subsidi rakyat ditarik untuk kroni

Kartunis Zunar memiliki idea yang kreatif menggambarkan bagaimana subsidi yang dinikmati rakyat selama ini ditarik bagi kegunaan "memenuhkan karung-karung" pemerintah dan kroni.


Guru pejuang tulisan jawi kembali ke rahmatullah

TEMERLOH: Veteran PAS Cikgu Abu Samah, 78, ayahanda kepada AJK Dewan Pemuda PAS Temerloh Shahrul Abu Samah, kembali ke rahmatullah jam 10 pagi tadi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah setelah dimasukkan kira-kira seminggu lalu akibat komplikasi paru-paru.

Jenazahnya disembahyangkan di rumahnya di Taman Seri Semantan dan semadikan di tanah perkuburan berdekatan sebentar tadi.

Menurut seorang muridnya, Shaari Saad, Allahyarham yang mengajar di sekolah terakhirnya di Sekolah Rendah Jalan Bahagia sebelum bersara, merupakan seorang guru yang tegas tetapi dihormati pelajar-pelajarnya.

Beliau yang dikatakan amat rapat dengan Almarhum Tun Abdul Razak, merupakan seorang pencinta tulisan jawi. Apabila bekas Menteri Pelajaran Tan Sri Khir Johari menghapuskan pembelajaran jawi di sekolah, Cikgu Abu Samah membantah dengan bertindak meninggalkan Umno dan menyertai PAS dan terus bersama hingga ke akhir hayatnya.

Menurut Shaari, ketika menziarah Allahyarham pada hari raya lalu di rumahnya, beliau masih bersemangat dan sempat berpesan meminta Pemuda PAS berjuang memertabatkan semula tulisan jawi kerana bagi beliau buta jawi samalah seperti buta Al-Quran dan As-Sunnah.

Pahang Selamat
merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Atan (Shahru) dan mengharapkan bersabarlah di atas ujian ini. Harapan kita semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dan kebajikan yang dibuatnya. Amin.

Al-Fatihah.


Tuesday, December 7, 2010

Gelombang rakyat bersama PR tumbangkan BN

Parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP tidak akan mampu untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) secara bersendirian, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Justeru, Guan Eng (gambar kiri) berkata, PR perlu mencetus serta mencorakkan gelombang rakyat tanpa mengira kaum untuk bersama-sama pakatan itu bagi menumbangkan BN yang semakin rakus membolot kekayaan negara menjelang pilihanraya umum (PRU) ke-13.

"Selagi media arus perdana, wang dan jentera kerajaan terus dikuasai oleh BN, maka PR berada dalam keadaan yang tidak setara atau setanding untuk bertarung dengan BN, hanya gelombang kuasa rakyat jelata yang mampu untuk menumbangkan BN."

"Itulah semangat atau intipati yang ingin kita tiup dan sampaikan dalam Konvensyen Kebangsaan PR yang akan diadakan pada 19 Disember ini dengan Pulau Pinang sebagai tuan rumah selepas Selangor menganjurkannya buat kali pertama tahun lalu."

"Konvensyen Kebangsaan PR kali ini sangat penting kerana ia mungkin menjadi persidangan utama PR terakhir sebelum pilihanraya umum (PRU) ke-13 yang dijangka pada suku pertama tahun hadapan," katanya dalam kenyataan.

BN semakin rakus dalam membolot kekayaan negara tanpa mengambil kira ekonomi rakyat apabila menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 0.05 sen kepada RM1.90 seliter, diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, harga gas asli cecair (LPG) dinaikkan 0.05 sen kepada RM1.90 manakala harga gula dinaikkan sebanyak 0.20 sen menjadikan harga gula adalah RM2.10 untuk sekilo berkuat kuasa beberapa hari lalu.

Yang peliknya, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP milik antara orang terkaya di Malaysia seperti Syed Mokhtar Al-Bukhary, T. Ananda Krishnan dan keluarga mendiang Lim Goh Tong umpamanya terus menikmati subsidi gas manakala rakyat dipaksa menanggung kenaikan harga petrol RON95.

Konvensyen Kebangsaan PR kali kedua akan diadakan di Dewan Melinnium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 19 Disember ini dijangka menarik kehadiran kira-kira 3,000 perwakilan termasuk pimpinan utama PR seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Guan Eng sendiri di samping beberapa perwakilan asing.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran PR terus menerima asakan dan tohmahan oleh UMNO dan BN, namun pihaknya yakin rakyat akan tetap bersama PR kerana tahu kerajaan negeri PR di negeri sentiasa mengutamakan rakyat dan mentadbir negeri secara cekap, akauntabiliti dan telus.

"Jika rakyat terus menyokong BN, maka mereka harus bersedia untuk menerima lebih banyak kenaikan harga minyak, tepung, susu, gula dan barangan keperluan asas lain seperti mana yang pernah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU)," tambahnya.


*Kenyataan daripada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH: MESEJ DARI SAHABAT

Ya Allah, seketika di kala muncul tahun baru yang ceria ini, Engkau muliakan dan sayangilah penerima ucapan ini. Berkatilah keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya. Jauhkanlah daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa. Makbulkan cita-citanya yang murni.

Amin Ya Robbal 'Alamin.

Saya panjangkan doa daripada sahabat saya ini kepada semua penjenguk laman ini, mudah-mudahan dmakbulkan.

SALAM MAAL HIJRAH 1423 HIJRIAH.

PENIPU!... PENIPU!.... PENIPU!!!...

Keratan akhbar lidah rasmi Umno ini memaparkan janji menteri Tuan Haji Ismail Sabri bahawa harga minyak RON95 akan kekal tahun ini. Belum sempat habis tahun, harga minyak tersebut dinaikkan lagi. Sebelum itu, sudah beberapa kali dinaikkan.

Lebih malang lagi, harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Semua kenaikan berjumlah tiga klai tahun ini.

Tidak cukup dengan itu, harga gula pula naik 20 sen, iaitu kenaikan ketiga tahun ini menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

‎Seorang sahabat mencipta satu slogan baru untuk Umno - BN iaitu: 1 malaysia = rakyat diabaikan, barang naik diutamakan....

Kita pasti, menteri dan kerajaan Umno BN akan berjanji lagi dan terus berjanji. Dan rakyat pula akan terus alpa dan terhibur dengan janji-janji manis yang akhirnya mencekik urat merih rakyat!

Sunday, December 5, 2010

Istana Kelantan lucut dua pingat Ku Li, termasuk DK

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Sultan Kelantan Sultan Muhammad V telah melucutkan dua pingat yang dikurniakan kepada pemimpin politik veteran negara Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini, tetapi alasan keputusan itu masih belum diketahui.

Sumber-sumber rapat dengan putera Kelantan itu, yang mesra dikenali sebagai “Ku Li” malam tadi mengesahkan tulisan beberapa blog dan khabar angin bahawa Istana Kelantan telah memutuskan untuk menarik balik dua pingat dengan salah satunya Darjah Kerabat (D.K.), yang dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskan kepada keluarga diraja.

“Ya, ia (khabar angin itu) benar. dua pingat… D.K. (Darjah Yang Utama Kerabat Diraja) dan satu lagi, saya tidak pasti. Saya juga tidak tahu sebabnya,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias juga telah dimaklumkan mengenai keputusan itu, tetapi belum mengeluarkan kenyataan rasmi sebagaimana lazimnya dilakukan sebelum ini.

Satu lagi sumber memaklumkan kemungkinan Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dan Ketua Umno bahagian itu akan mengadakan sidang media di ibu negara esok, dipercayai berkaitan dengan isu tersebut.

“Kalau nak tanya Tengku (Razaleigh) boleh tanya, mungkin Tengku Razaleigh akan menemui wartawan, ada sidang akhbar, ada perkara umum nak dikatakan, jika mahu tanya boleh tanya beliau pada sidang media itu mengenai isu ini,” kata sumber itu lagi.

Tengku Razaleigh telah digugurkan daripada keanggotaan Majlis Perajaan Negeri (MPN) baru-baru ini.

Laman web mengenai darjah kebesaran menyebut D.K. dizahirkan pada 1916 dan dianugerahkan kepada Kerabat Diraja serta kepada orang-orang yang bertaraf tinggi dan ternama yang telah membuat jasa kebaktian yang cemerlang kepada Kelantan.

Keanggotaan darjah kebesaran ini adalah juga dianugerahkan kepada Raja-raja dan Kerabat Diraja dari luar negara.

Darjah kebesaran ini mempunyai satu peringkat sahaja.

Awal Oktober lalu, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menarik balik anugerah dan darjah kebesaran daripada empat individu termasuk gelaran “Datuk” kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Wan Hashim Wan Daud.

Dua lagi individu adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.

Ketika mengumumkan perkara itu Setiausaha Kerajaan Negeri juga tidak menjelaskan sebab penarikan balik itu dibuat.

“Penarikan balik ini adalah hak Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Kelima Al Sultan Kelantan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara,” kata Mohd Aiseri ketika itu.

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

Tengku Razaleigh, bekas Menteri Kewangan dan pengasas Petronas, kini merupakan antara Ahli Parlimen paling lama berkhidmat di negara ini.

Beliau merupakan bekas timbalan pengerusi MPN, dan dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat yang diadakan untuk mengesahkan pemasyhuran pemerintah baru negeri itu September lalu. Difahamkan turut tidak hadir adinda baginda Tengku Amalin A’ishah Putri.


~ Malaysian Insider


Saturday, December 4, 2010

Kerajaan Umno/BN tipu rakyat!

Ketika menaikkan harga minyak pada 15 Julai lalu, seorang menteri mewakili kerajaan Umno/BN berkata bahawa “... tiada lagi kenaikan minyak tahun ini.”

Namun belum sempat pun menghabiskan sisa-sisa tahun ini, harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai hari ini. Alasannya tentulah banyak, antaranya keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter. Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. Bagi gula, ini merupakan kenaikan kali ketiga untuk tahun ini sahaja. pasa 1 Januari gula dinaikkan 20 sen dan dinaikkan 20 sen lagi kemudiannya pada 15 Julai. Ini bermakna, pada tahun ini harga gula melonjak sebanyak 60 sen.

Lebih malang lagi, tiada jaminan barangan asas keperluan pengguna ini tidak dinaikkan lagi pada bila-bila masa kerana dasar kerajaan ialah memotong subsidi rakyat, bukan subsidi kroni.

Apa yang digagal dilihat oleh pihak kerajaan Umno/BN ialah kenaikan barangan tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja melainkan selepas ini semua barangan akan melambung tingg kerana barangan yang naik adalah kos asas kepada semua barangan. Dan perkara ini sudah berulang-kali terjadi iaitu setiap kali apabila berlaku kenaikan harga minyak.

Maka tinggallah rakyat dalam keadaan terus menerus kesusahan menanggung beban kehidupan yang tinggi, hasil daripada dasar yang dikenakan oleh pemerintah sendiri.

Umum melihat, kerajaan Umno/BN lebih berminat menjalankan urusan harian rakyat dengan khidmat nasihar PEMANDU, daripada merujuk dan berbincang terlebih dahulu dengan rakyat. Ini memperlihatkan betapa rakyat tidak punyai nilai apa-apa di sisi pemimpin Umno.

Akhirnya, dapat dilihat sesiapapun layak memerintah jika sebarang kesukaran dihadapi kerajaan seperti ini, rakyat terlebih dahulu akan ‘dokorbankan’. Kenapa tidak ada sebarang pertimbangan lain selain daripada menyusahkan rakyat?

Kepada rakyat jelata, jika kenaikan ini tidak menjadikan mereka bangun memberontak dalam erti kata memprotes, maka ertinya anda semua terus merasa nikmat dan redha dalam kebodohan kerana membiarkan urat merih masing-masing terus dicekik!




Friday, December 3, 2010

Setiausaha Majlis Agama Islam Pahang ditangkap kalwat?

Petang ini saya menerima satu SMS yang sungguh memeranjatkan. Berbunyi: Berita yang menggemparkan. Setiausaha Majlis Agama Islam Pahang ditangkap berkalwat di bilik 416, Grand Continental Hotel Kuantan pada 25 November lalu.

Pasangannya ialah seorang kerani yang bertugas di Maip. Nama kedua-duanya turut dinyatakan.

Apa yang memeranjatkan, menurut SMS tersebut, ada pihak yang berusaha untuk menutup kes tersebut.

Selamatkan Pahang sedaya upaya sedang mencuba untuk mendapatkan kesahihan dan perkembangan lanjut kes berkenaan melalui sumber-sumber tertentu.


Gambar hiasan

Thursday, December 2, 2010

Umno pengkhianat Melayu!

Oleh IDRIS AHMAD

Umno sebagai tonggak BN akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihanraya. Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di di dunia, iaitu hilang kuasa. Pemimpin umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada dihujung senja. Puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun kena di batang hidung mereka. Pedekatan matlamat menghalalkan cara.

Isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan umno pula tidak larat. Mereka menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno. Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar.

Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, Insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno. Generasi ini tidak akan biarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat.

Apabila Harakah mendedahkan pengakuan yang dibuat oleh ADUN Umno Pulau Pinang ketika forum 'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lalu berpunca daripada pemimpin Umno.

Maka 22 November 2010 Utusan Malaysia yang menjadi proksi Umno terus membuat satu laporan khas mengenai tanah Pulau Pinang untuk mengatakan putih walaupun satu dunia mengatakan hitam. Begitullah juga taktik Utusan Malaysia yang cuba hendak menyalahkan DAP yang tidak sampai tiga tahun memerintah menyebabkan tanah melayu Pulau Pinang papa kedana? Laporan tu juga membela Umno tidak boleh disalahkan sehingga tanah orang melayu tinggal 1.16%. Laporan yang layak dilaporkan di zaman batu, bukan zaman maklumat yang boleh diketahui berbatu-batu.

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu:
Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja. 22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung. 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway. 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM. 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang. 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno.
Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia dapat pulau tenggelam timbul. Inilah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur. Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura.

Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO. Tidak nampak muka pemimpin Umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing. 217 hektar tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat.

Menghalau 290 buah rumah penduduk Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin PAS, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.
Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.


Wednesday, December 1, 2010

Bajet Pahang defisit 13 tahun berturut-turut.

KUANTAN: Bajet Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob terus mengalami defisit untuk tahun ke 13 berturut-turut. Bagi tahun 2011 defisit dijangka berjumlah RM68.2 juta, sebagaimana dibentangkan oleh beliau pada 22 Nov lepas.

Bagaimanapun, defisit kali ini lebih baik sedikit daripada defisit 2010 iaitu sebanyak RM92,481,950.

Adnan ketika menggulung perbahasan Bajet 2011 di Dewan Undangan Negeri Pahang Selasa lalu, mengakui kerajaan negeri Pahang kini mempunyai hasil yang terhad walaupun merupakan sebuah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia.

Ini bermakna, kerajaan negeri gagal menjana kemewahan sumber asli ada di samping tidak inovatif dan proaktif mencipta peluang-peluang ekonomi yang baru. Di samping itu, ramai yang berpendapat pembaziran dan penyelewengan tetap antara punca yang menyebabkan pendapatan ekonomi Pahang tidak berkembang.

Adnan juga sempat menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan negeri Pahang akan bankrap jika berterusan membentangkan bajet defisit.

Minggu lalu Adnan membentangkan Bajet 2011 dengan peruntukan sebanyak RM871,117,390 untuk negeri Pahang. Sejumlah RM600,424,140 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan RM270,693,250 lagi untuk peruntukan pembangunan.

Ini bermakna, peruntukan bagi pembangunan rakyat semakin mengecil berbanding bajet-bajet yang lepas.





Ustaz Shahril kemalangan

JENGKA: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ust Shahril Azman Abdul Halim ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu memandu dalam perjalanan untuk menyampaikan kuliah maghrib di Masjid At-Taqwa Kampung Awah, petang semalam (Selasa).

Menurut AJK Pemuda PAS Negeri, Ustaz Aris Fezul Ismail, kemalangan berlaku di jalan besar Jengka 17 tatkala sebuah kereta dari arah Kampung Awah tidak lepas memotong lalu melanggar kereta Naza milik Ustaz Shahril yang datang dari arah Bandar Jengka.

Bagaimanapun dalam kejadian berkenaan, Ustaz Shahril hanya mengalami cedera ringan di kaki tetapi keretanya remuk teruk di bahagian hadapan. Manakala isteri pemandu kereta yang melanggar itu dimasukkan ke wad di Hospital Temerloh.

Difahamkan, pemandu kereta berkenaan merupakan peneroka dari Felda Tementi.

Menurut Ustaz Aris, telah acap kali berlaku kemalangan di tempat yang sama, termasuk kemalangan maut kerana jalan di situ sempit sedangkan kenderaan yang lalu lalang sibuk.


Monday, November 29, 2010

Fitnah keluar parti: CMK akan saman Utusan

TEMERLOH: Blogger Cucu Mat Kilau (CMK) akan bertindak menyaman akhbar rasmi Umno Utusan Malaysia yang didakwa memfitnahnya keluar parti sedangkan beliau tidak pernah dihubungi oleh wakil berkenaan.

Lebih malang lagi, CMK atau nama sebenarnya Mohd Shukri Ramli, difitnah pernah mencium Ketua Umum PKR, sedangkan beliau tidak pernah berbuat demikian.

“Ada tiga perkara pembohongan Utusan, pertama saya tidak pernah pun dihubungi. Memang saya ada menyebut dalam facebook dan blog saya sedang mempertimbangkan untuk keluar PKR tapi saya belumpun buat sidang media lagi dan keputusan belum dibuat. Jadi cerita dibuat berdasarkan andaian.

“Kedua, penulis itu buat fitnah kata saya pernah mencium Anwar. Itu karut, saya tak pernah mencium Anwar dan mungkin penulis mengambil gambar dari blog Anwaribrahimdotcom.blogspot.com yang dikendalikan oleh blogger Umno.

“Ketiga, ayat yang digunakan penulis menggambarkan seolah-olah saya belot kepada perjuangan Pakatan sedangkan saya masih kekal menyokong perjuangan,” katanya ketika ditemui di sini petang semalam.

Bekas calon PKR Dun Kemayan pada PRU 2008 itu turut mempertikaikan, bagaimana penulis sebuah akhbar arus perdana sanggup mengenepikan nilai-nilai kewartawanan tulen sehingga mereka-reka cerita tanpa merujuk kepada sumber sebenar.

CMK yang juga merupakan salah seorang editor laman popular Pahangdaily yang kini tidak boleh diakses kerana diserang, mengakui beliau memang pernah menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan kepimpinan PKR baru-baru ini.



Serentak dengan itu beliau pernah membayangkan mahu keluar PKR dan menubuhkan NGO bagi menumpukan perjuangan membela hak rakyat sebagaimana yang dilakukannya terhadap pencerobohan tanah rizak surau di Inderamahkota sebelum ini.

“Cerita yang tersiar dalam akhbar Utusan milik Umno itu menggambarkan seolah-olah saya telah ‘dibeli’ sehingga sanggup belot daripada membela keadilan sehinggakan ramai rakan yang menghubungi bertanya berapa saya ‘dapat’”, tegasnya kesal.
Inilah gambar yang diputarbelit oleh akhbar Utusan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

GAMBAR:

1. Keratan akhbar Utusan.

2. Gambar inilah yang dieksploitasi oleh Utusan mendakwa gambar CMK, sedangkan itu gambar individu lain.




Saturday, November 27, 2010

PDO diserang lagi

Blog paling popular di Pahang, Pahangdaily Online diserang lagi sejak dua hari lalu menyebabkan laman tersebut tidak boleh diakses.

Menurut SMS daripada pengandali blog politik kesukaan ramai itu kepada Pahang Selamat, beliau mengsyaki blog berkenaan telah diserang oleh kumpulan yang marah kepada blog berkenaan yang membongkar kononnya berlaku penipuan dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Tulisnya lagi, pihak PDO pada masa ini sedang bertungkus-lumus memperbetulkan keadaan dan bagi mereka yang mahu terus membaca tulisan editornya bolehlah buat sementara waktu akses ke laman www.mypahang.net.

PDO blog pro Pakatan Rakyat yang kini sudah melangkaui lebih 2 juta hits telah acap kali diserang dan ini merupakan antara yang paling serius.

Thursday, November 25, 2010

Satu ahli satu undi tidak semestinya terbaik?

Hak seseorang ahli dalam sesebuah pertubuhan terjamin bagi memilih seorang pemimpin yang diidamkannya. Dengan lain-lain perkataan, seorang ahli berhak memilih pemimpin yang beliau suka melalui pemilihan.

Namun begitu, apakah mekanisme yang membolehkan seseorang itu betul-betul secara mutlak boleh menentukan pemimpin pilihannya? Seandainya sesebuah pertubuhan itu memiliki sejuta ahli, bagaimanakah cara atau kaedahnya tiap-tiap kepala ahli yang sejuta itu boleh mengundi pemimpin pilihan mereka?

Saya mempunyai seorang rakan akrab dari Pahang, yang melihat jauh kehadapan dalam demokrasi, termasuk dalam PAS sendiri berkaitan urusan memilih kepimpinan. Dalam Muktamar Agung PAS ke 56 yang lalu beliau berucap bagi melaksanakan ideanya, iaitu membahaskan usul memperkasakan parti yang dibawa oleh Dewan Ulamak.

Namun ucapannya telah menimbulkan kontroversi.

Antara lain beliau mahukan sejuta ahli diberi peluang untuk memilih presiden. Sedangkan pada masa ini kepimpinan dipilih melalui undi perwakilan daripada kawasan-kawasan dalam Muktamar Agung. Perwakilan ini pula merupakan sebahagian AJK Kawasan yang dipilih oleh perwakilan Cawangan dalam Mesyuarat Agung Kawasan.

“Kita mahu merakyatkan PAS... jadi kita rasakan ahli-ahli lebih berkuasa daripada presiden, jadi mestilah ahli-ahli diberi peluang memilih pemimpin-pemimpin mereka di segenap peringkat, bukannya ditentukan oleh perwakilan semata-mata,” katanya.

Saya fikir idea rakan saya itu baik, namun ia tidak demestinya praktikal.

Berdasarkan pemilihan kepimpinan melalui akar umbi yang baru dijalankan oleh Parti Keadilan Rakyat, tidak semestinya cara seorang ahli satu undi itu yang terbaik, Sekurang-kurangnya buat masa ini.

Pertama, berlakunya kekecohan yang tidak sedikit kerana sistem yang baru dijalankan itu (satu ahli satu undi) belum benar-benar dihadamkan oleh ahli di samping menimbulkan kekeliruan. Sepatutnya persediaan rapi dan percubaan demi percubaan mestilah dilaksanakan kerana itu mekanisme baru yang banyak mengelirukan ahli.

Kedua, peratusan mengundi yang sangat kecil. Ada yang menganggarkan peratusan keluar mengundi di sekitar bawah 10%. Ini menggambarkan kesedaran demokrasi di kalangan ahli masih sangat rendah dan yang terpilih tidak melambangkan pilihan majoriti.

Dengan kata lain, hasrat bagi melihat 400,000 ahli PKR masing-masing mengundi pemimpin tidak tercapai dan jauh daripada sasaran. Ertinya bukanlah senang merealisasikan sesuatu pembaharuan apa lagi persediaan rapi tidak dibuat.

Jadi kesimpulannya saya fikir teori seorang ahli diberikan satu undi secara langsung itu tidak semestinya yang terbaik pada masa ini. Meskipun saya dengar Umno juga akan melaksanakan pemilihan seperti itu.

Seperti kata seorang sahabat, jika Umno melaksanakan pemilihan sebegitu rasuah undi akan lebih berleluasa, hilang kawalan dan yang sangat berkuasa pada ketika itu ialah Ketua Umno Cawangan.





Media Temerloh gunakan bahasa tradisi tempatan




Wednesday, November 24, 2010

Kerajaan mahu jimat? Guru kena cetak sendiri slip gaji!

Apakah kantung kerajaan benar-benar kekeringan sekarang? Apakah kerajaan mahu menjimatkan perbelanjaan bagi kegunaan pilihan raya akan datang sehingga kakitangan awam sekarang tidak dapat lagi menerima slip gaji?

Imej yang dipaparkan di atas ialah slip gaji terakhir seorang guru yang mana menyatakan tidak akan ada lagi penyata yang akan dicetak oleh Akauntan Negara mulai November. Justeru jika guru-guru perlukan slip masing-masing mereka terpaksa mencetaknya sendiri di laman jabatan tersebut.

Tindakan ini menimbulkan tanda tanya dan kekeliruan kepada guru-guru kerana slip gaji tersebut memang diperlukan bagi meneliti pendapatan masing-masing setiap bulan dan juga untuk kegunaan lain. Sebelum ini slip gaji dipos ke sekolah-sekolah sedangkan selepas ini mereka terpaksa pula mencetaknya sendiri. Jadi ini sudah tentu agak menyukarkan mereka.

Rungut guru-guru, sebelum ini peruntukan untuk urusan kementerian mereka sudah banyak dipotong dan dibekukan sehingga merencatkan pengajaran, pembelajaran, ko-kurikulum, hal ehwal murid, kursus dan sebagainya. Kini slip gaji mereka pula yang dikorbankan. Sedangkan mereka tidak pernah dimaklumkan sebelum ini, melainkan hanya catatan pada slip gaji.

Pada masa ini dianggarkan terdapat kira-kira 400,000 guru di seluruh negara. Jika diandaikan kos setiap slip gaji dan pengeposan bernilai RM1, ini bermakna kerajaan BN dapat menjimatkan RM400,000 sebulan atau RM4.8 juta setahun!





Gaji Najib RM22,826.65 sebulan

Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005, mulai 1 Januari 2004. Sementara itu Timbalan Perdana Menteri pula dibayar sebanyak RM18,168.15 sebulan.

Manakala bagi Jemaah Menteri, mereka menerima gaji sebanyak RM14,907.20. Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika menjawap pertanyaan N. Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) di parlimen.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004," katanya dalam jawapan bertulis.

Gobalakrishnan meminta penjelasan mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 pada Sidang Dewan Rakyat pada hari Selasa semalam.

Jumlah tersebut sudah tentu tidak termasuk elaun, pelbagai kemudahan serta tuntutan yang tidak ada had yang berkaitan dengan tugas mereka. Mereka juga memperolehi peruntukan ahli parlimen BN yang bernilai hampir RM1,000,000.00 setahun. Apa lagi jika ditotal dengan tajaan syarikat-syarikat peniagaan tertentu yang berkepentingan atau memiliki hubung kait.

Dalam pada itu menurut Mohamed Nazri lagi, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun 2009 ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Bagi 2007, gaji tahunan yang telah dibayar ialah sebanyak RM5,858,529.60 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

Apa yang mahu digambarkan ialah, banyak wang rakyat telah dihabiskan yang sepatutnya digunakan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. Namun hasil dan kesannya boleh kita lihat sendiri apakah ianya berbaloi atau tidak.

Siapa kata di negara ini sudah tidak ada lagi orang miskin dan papa kedana? Tahukah anda bahawa kehidupan rakyat pada hari ini semakin hari semakin tersepit akibat melambungnya harga barangan keperluan dan kos kehidupan?

Sebab itu rakyat “wajib” sedar bahawa betapa perlunya pembangkang dalam sesebuah negara bagu tujuan check and balance agar setiap sen wang rakyat yang dibelanjakan mendapat pulangan yang maksima. Apa lagi seperti Malaysia ini yang pemerintahannya seolah-olah tidak pernah dicabar sejak setengah abad yang lalu. Tetapi kadang-kadang rakyat tidak nampak keperluan ini akibat asyik dibuai dengan propaganda dan gerak saraf media Umno.

Itu belum lagi dilihat kepada rasuah yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan atau mengaut kekayaan daripada kemewahan hasil bumi seperti balak, pasir, bijih dan sebagainya di negara ini.

Semua ini perlukan kesedaran dan seeloknya menjelang PRU ke 13 ini demi survival kita dan kelangsungan generasi akan datang.




Tuesday, November 23, 2010

Bapak muncul nak lawan Anak

Tiba-tiba Sekretariat Felda PAS Pahang dihujani pelbagai pertanyaan dan dihubungi tentang penubuhan Bapak (Biro Aduan Peneroka Kebangsaan), iaitu saluran disediakan Umno kepada warga Felda untuk menyuarakan aduan dan pandangan berkaitan permasalahan dihadapi.

Bapak diumumkan penubuhannya oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam keadaan yang disifatkan amat tergesa-gesa dan terpaksa.

Bagi Ahmad Maslan, Bapak adalah pelengkap kepada saluran aduan sedia ada untuk mengemukakan aduan dan permohonan tertentu yang diperlukan warga Felda yang akan diselesaikan dalam tempoh seminggu hingga dua minggu waktu bekerja.

Beliau berkata, Bapak adalah inisiatif Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail yang turut menanggung segala perbelanjaan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

“Penubuhan ini adalah relevan untuk warga peneroka dalam menangani masalah lain seperti pendidikan dan kebajikan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikannya semalam.

Kita cuma agak terperanjat kenapa setelah 30 tahun di mana lebih 200,000 peneroka di 317 tanah rancangan Felda dibelit dan dihempab pelbagai masalah dan isu baru sekarang Umno sedar? Tidakkah mereka perasan bahawa peneroka-peneroka inilah yang selama ini memenangkan Umno/BN pada setiap kali pilihan raya umum (PRU)?

Jawapnya, mereka sedar. Malah amat menyedarinya namun sengaja didiamkan kerana tidak ada sebarang cabaran. Hembap dan belitlah dengan sebesar mana masalah di kepala peneroka Felda, selamanya Umno tidak akan terusik atau rugi apa-apa. Kerana majoriti peneroka adalah teman setia Umno.

Sehinggalah apabila akhir-akhir ini para peneroka bangkit memperjuangkan keadilan dan hak mereka, termasuk di mahkamah. Dan sebahagian yang menyaman Felda itu pula merupakan penyokong tegar Umno!

Siapakah yang memberi semangat dan harapan supaya nasib peneroka boleh dibela? Tidak lain dan tidak bukan perjuangan yang digerakkan oleh Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah yang juga Exco PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Beliaulah selama ini bergegas ke hulu ke hilir ke merata ceruk Felda yang ada kalanya ditanggap dan dan pasung oleh polis, demi memperjuangkan nasib peneroka. Selama 15 tahun beliau merayau dan merayap menangani, menghalusi dan menyantuni pelbagai masalah peneroka yang kebanyakannya sudah terbengkalai sejak sekian lama.

Dari kes pecah belah keluarga akibat tanah rancangan tidak boleh difaraid dan pusaka kerana Akta GSA, isu kadar perahan gred (KPG) sawit, wang tabung tanam semula (TTS) yang belum diselesaikan atau diputarbelitkan, isu ladang diusahakan Felda Techno Plant yang penuh dengan babi hutan, penyelewengan baja hinggalah kepada isu generasi kedua yang tidak mendapat sebarang hak atau pengiktirafan.

Semenjak berakar umbinya kes ini, tidak pernah muncul pun atau kedengaran ada pembelaan terhadap peneroka oleh muka-muka menteri seperti Ahmad Maslan. Yang kedengaran memperjuangkan nasib peneroka ialah NGO Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Anak.

Sementara itu saya turut merasa terpanggil mengapa GWGF pimpinanTan Sri Rozali iaitu CEO Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas) yang diberi peranan besar. Tentulah ‘ada udang di sebalik mi’.

Setelah bertemu dengan seorang sahabat yang tahu benar tentang isu-isu dalaman Felda, rupa-rupanya Syabas pada masa ini menghadapi masalah kewangan yang teruk. Rupa-rupanya Syabas pada masa ini tersangkut dengan bon (wang jaminan) antara Rm8 ke RM9 bilion dengan CIMB, Hong Leong Bank dan sebuah bank lagi yang khabarnya matang tidak lama lagi.

Sedangkan Syabas tidak boleh menaikkan harga air di Selangor. Jadi inilah yang menyebabkan mereka dalam keadaan yang sukar yang mungkin kehilangan syarikat.

Justeru, apa kaitannya tauke Syabas ini, melalui GWGF tiba-tiba mahu menabur bakti kepada warga Felda?

“Ada kemungkinan mereka kini sedang mengintai peluang-peluang yang ada dalam Felda, setelah perniagaan berasaskan perkhidmatan mereka kini hanya menunggu masa untuk gulung tikar,” jelas sahabat saya tadi!