‘Angin’ bertiup mengatakan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman merupakan salah seorang tercalon mewakili PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang awal bulan depan.
Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat itu dikatakan dipilih berdasarkan kemampuannya membangkitkan gelombang baru politik orang Melayu khususnya di kalangan peneroka Felda yang dikatakan sebelum ini sebagai "fixed deposit" Umno.
Mazlan yang juga Ketua Penerangan PAS Johor dikatakan layak dan berwibawa untuk bertanding berdasarkan komitmennya membawa pembaharuan dan diterima oleh semua kaum, bertepatan dengan perkembangan semasa di Johor pada masa ini terutama cita rasa anak muda.
Pada PRU 2008 Mazlan telah bertanding di Parlimen Bera, Pahang.
Di Tenang, terdapat tiga buah tanah rancangan iaitu Felda Cempelak, Felda Cempelak Barat dan Felda Tenang.
Tiga kawasan Felda tersebut mempunyai 4,000 pengundi daripada 14,511 yang berdaftar.
tak setuju. Mazlan harus dikekalkan sebagai calon Parlimen Bera. Gerak kerja di sini sudah banyak & mazlan sudah begitu dekat di hati orang kampung & peneroka. Itulah pengamatan saya yang jahil ini.
ReplyDeleteOk, cam ni lah Bro.
ReplyDeleteDun tanding kat Tenang, parlimen kekal tanding d Bera.
Win-win situation Johor - Pahang.
Amacam, ok tak? heheh...