Friday, April 27, 2012

Permulaan ‘durian runtuh’ untuk peneroka, hutang bank


Ramai peneroka (kecuali tegar Umno) terpinga-pinga apabila mendapati ‘durian runtuh’ awal kepada mereka ialah Felda di bawah Tan Sri Isa Samad mengajak para peneroka berhutang dengan bank untuk bermain saham.

Ramai yang menganggap sebelum ini, terutamanya tegar Umno, apabila tersenarai saja Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia, peneroka akan dapat saham percuma. Lalu jika demikian tiadalah apa-apa risiko di pihak mereka.

Tetapi hari ini Isa Samad mengumumkan Felda melantik tujuh bank komersial untuk menyediakan kemudahan pembiayaan bagi membolehkan peneroka membeli saham.

Ini bermakna tiadalah keistimewaan kepada peneroka kerana saham tersebut kena dibeli. Sesiapa yang ada wang boleh membelinya, termasuk sebuah syarikat Yahudi yang bakal menguasai 20 % saham Felda.

Keduanya, ramai peneroka yang marah kerana purata usia mereka sudah melebihi setengah abad. Jadi jika berhutang, apa cagarannya? Berapa lama tempoh yang mereka kena bayar? Apa pengalaman yang dimiliki untuk main saham?

Bagi peneroka yang berusia lanjut dan hanya mahu menghabiskan sisa-sisa usia tua dengan ibadat, sangat marah kerana Felda masih mahu memerangkap mereka dengan hutang bank dan riba’.

Di Pahang, ada peneroka yang lebih marah lagi kerana mereka ‘dipaksa’ untuk tandatangan borang tertentu dalam bahasa Inggeris. Borang pula tidak boleh dibawa pulang untuk diteliti, kena diisi depan pegawai Felda.

Kita faham ada pihak atasan yang mahu sangat Felda masuk bursa saham kerana sedang mencongak kekayaan dan durian runtuh.

Tetapi kenapa diheret peneroka.

Kenapa tipu peneroka kata warga tanah rancangan itu akan senang lenang dengan berhutang membeli saham. Sedangkan jika benar-benar sayangkan mereka, bayar saja harga KPG dengan kadar segera. Bayar wang Tabung Tanam Semula yang dipegang Felda. Ada lagi yang belum dijelaskan seperti wang MPOB dan SES atau harga kayu getah atau bantuan Risda.

Kembalikanlah wang tersebut kepada pemilik-pemiliknya biar mereka senang, tak payah diajak mereka berhutang bank dengan janji kononnya untuk senang lenang.

Bantu peneroka memiliki kediaman yang sempurna dan selesa. Bantu anak-anak mereka yang berminat di bidang keusahawanan. Yang penting jangan suka ugut peneroka dan takutkan mereka dengan perkara yang bukan-bukan.

Seperti yang selalu ditegaskan, komuniti peneroka telah banyak berjasa kepada negara. Merekalah yang membanting tulang menebang-nebas hutan belantara membuka tanah dengan keringat, darah dan air mata.

Semua orang tahu tidak ada yang percuma kepada warga peneroka melainkan semuanya berbayar melalui potongan hasil. Tanah ladang kena bayar, rumah kena bayar, jalan ladang kena bayar, baja dan racun kena bayar, gaji pegawai kakitangan Felda mereka bayar bahkan sarung tangan dan kereta sorong pun dipotong meja.

Namun hasil daripada kerja gigih 112,000 peneroka serta keluarga mereka, akhirnya Felda menjadi estet tersohor di dunia. Isa Samad, Najib dan Ahmad Maslan tidak pernah mengharung belantara. Yang mereka tahu ialah timbunan wang hasil Felda pernah ada berbilion-bilion.

Tetapi di atas kudrat siapa?

Ada peneroka di beberapa tanah rancangan yang menangis tidak berlagu kerana tanah mereka tergadai kepada korporat. Ada yang sejak mulai jadi peneroka, rumah mereka tidak berubah sejak mula. Ada di kalangan keluarga mereka berpecah belah hasil berebut tanah pusaka yang tidak boleh difaraid.

Banyak lagi yang boleh ditulis tetapi perlukan ruang yang panjang. Pendek kata, peneroka sudah menempuh pelbagai pahit maung. Cukuplah, biarkan mereka nikmati ketenangan di penghujung usia mereka ini.

Justeru tidak wajar mereka dipujuk rayu atau ditipu untuk berhutang membeli saham yang banyak risikonya!

14 comments:

  1. KENAPA PENEROKA BODOH SANGAT!!!!

    Ini maklumat dari anak peneroka sendiri.Dari awal memang felda menipu peneroka.Apa jadi setelah sawit ditebang semula????

    1.Felda merayu,memujuk,mendesak supaya peneroka menyerahkan ladang kepada felda untuk urusan tanam semula.Macam macam ugutan!Kononnya peneroka tak akan mampu mengusahakannya sendiri d3engan kos racun dan baja dsb.Akibatnya peneroka menyerahkan ladang untuk diuruskan oleh felda.

    2.Wang caruman sebanyak RM21 ribu diambilnya.Kos menebang,menggali lubang dan anak benih ketika itu baru berapa??Gali lubang baru 50 sen,anak benih RM5.Tiap peneroka ada 10 ekar maknanya jumlah pokok sekitar 500 batang.Kiralah sendiri berapa??

    3.Peneroka diberi sara hidup RM200 sebulan,akibatnya ramai peneroka berhijrah kebandar menjadi jaga untuk menyara hidup keluarga.Dari mana datangnya RM200 itu??Ia sebenarnya berdasarkan pajakan ladang peneroka RM20/ekar/bulan.Ini terbukti kerana peneroka yang keluasan tanahnya tidak cukup 10 ekar dibayar RM199 sebulan!Dari mana felda bayar duit tu?Duit tu sebenarnya duit peneroka sendiri yangmana duit tabung tanam semula yang berjumlah RM21 ribu tu.PENIPU KE TAK PENIPU FELDA NI?BANGANG KE TAK BANGANG PENEROKA?Tak ada modal langsung felda mengusahakan ladang peneroka!Yang sibahalol ni serahkan duit tu pada felda,kemudian felda catu duit mereka sendiri,dibayarnya ladang peneroka cara pajak.Keje sewel ke tak tu??Penyata langsung tak diberi setiap tahun sedangkan ini berurusan dengan kewangan yang segalanya bakal ditanggung oleh peneroka.

    4.Ladang dibiarkan semak supaya peneroka tak mampu untuk pulihkan.Bila dah semak macamana nak membaja?Meracun jauh sekali!Sedangkan peneroka dibebani dengan hutang yang tak ujud kononnya kos menjaga ladang RM100 sebulan.Kos racun,baja dan penjagaan pokok tak tahu berapa jumlah yang dituntut dalam setahun.Memang ada boucer baja dan racun sampai dipejabat tapi takat boucer aje la..barangnya tak sampai.Treler yang membawa barang barang tu dah melencong kelain.Semua tu mereka jual pada cina.KOs dituntut dari peneroka.Elok la tu!Hinggakan salah seorang pengurus tanam semula mampu beli traktor,rumah,tanah,ternak ikan dan macam macam diKampong Jenderak.Sedangkan peneroka kurus kering menanggung hutang!

    ReplyDelete
  2. 5.Bila anak peneroka yang berakal sikit mengetahui kedudukan sebenar ingin mengambil alih ladang dari felda,pehak felda menuntut bayaran tertentu kononnya peneroka masih berhutang dengan felda.Kalau nak ambil semula ladang kena bayar tunai,1 sen pun tak boleh terhutang.Pada hal peneroka yang mengusahakan sendiri untuk tebang semula,mengambil semua wang tabung tanam semula malah mendapat bantuan pekebun kecil.Sial ke tak sial felda yang menipu peneroka ni???

    6.Selama kira kira 30 tahun peneroka menghantar hasil sawit kw kilang.Berapa juta ringgit duit isi rong sawit yang dibaham oleh felda?Itu hak peneroka.Sebagai contoh,jika kilang sawit felda kurang bahan untuk diproses mengikut sasaran,pehak kilang akan membeli sawit dari estet estet.Tetapi pehak estet memberi syarat,kilang felda mengambil perahan minyak sawit saja manakala isi rongnya mesti dikembalikan kepada estet.Nampak!?

    7.Dalam isu FGVH begitu juga!Felda masih lagi menipu.Anak peneroka yang berpotensi menyanggah penipuan felda akan diketepikan.Setelah peneroka meninggal,anak lelaki sulung akan mewarisi harta aruah ayahnya.Disini felda menipu lagi.Pehak felda tahu bicara kuasa telah dijalankan dan hak pentadbiran harta aruah ayahnya difelda 1/1 bahagian kepadanya manakala ibunya pentadbir bersama.Dalam isu FGVH,felda tidak mengiktiraf bicara kuasa yang telah diputuskan oleh Pejabat Tanah yangmana nama aruah peneroka masih dikekalkan dan tidak menukarkannya kepada anak peneroka sepertimana yang diputuskan oleh Pejabat Tanah.Ini satu isu baik untuk menghentam felda.Setelah durian runtuh dibayar kepada ibunya,saya nasihatkan anak yang juga pewaris peneroka itu menyaman felda.Ini adalah kerana anak peneroka itu tak mahu menyerahkan geran asal dan kad pengenalan photostat berwarna kepada felda untuk FGVH.Perkara ini terbukti apabila durian runtuh kononnya RM10,000 hanya dibayar RM5,000 yang baki RM5,000 lagi untuk dilaburkan kepada FGVH.Mana dia unit saham percuma yang diwar warkan itu??Memang tepat lapuran blog ni,peneroka 'diberhutangkan'.PENIPU BESAR ISA SAMAD.Sebelum wakil peneroka bersetuju,ISA duduk diam saja..Bila dah bersetuju,baru terbongkar!KPF tak terlibat langsung.
    WAHAI PENEROKA..WAHAI AYAHANDA AYAHANDA DAN BONDA BONDA KU...SEDARLAH AKAN PENIPUAN INI..TAK BANYAK MANA RM10,000 TU..10 TAN SAWIT PUAN DAH DAPAT LEBIH RM7000..APA NAK DIREBUT rm1000 TU...ESOK YANG DIKEJAR TAK DAPAT,YANG DIKENDONG BERCICIRAN...
    JANGANLAH TERGODA DENGAN KACA YANG BERSINAR SEDANGKAN DIPERAN RUMAH TERSEMBUNYI BERLIAN AMAT BERNILAI...
    TANYALAH ORANG ORANG YANG TAHU TENTANG POLITIK,REKOD KES APA MENGENAI ISA SAMAD MENGENAI DUIT RINGGIT NI...
    JANGANLAH TERGODA DENGAN OMONGAN PENGURUS DAN PEGAWAI FELDA YANG MAKAN GAJI SEMATA MATA SANGGUP MEMUTAR BELITKAN FAKTA UNTUK KEPENTINGAN JAWATAN DAN BOSS MEREKA..
    INGATLAH..BILA MEREKA BERTUKAR ATAU PENCEN,DAN BILA SAMPAI WAKTUNYA,ANAK ANAK PENEROKA INILAH YANG AKAN MENGURUS JENAZAH DAN MENGUSUNG AYAHANDA AYAHANDA DAN BONDA BONDA SEKELIAN KEPERKUBURAN...

    ReplyDelete
  3. APABILA TERBUKTI SEMUA INI,
    AYUH AYAHANDA AYAHANDA DAN BONDA BONDA SEKELIAN
    DALAM PU 13 NI,PENEROKA DAN ANAK ANAK FELDA
    MENGHUKUM PENIPU NI DIMEJA UNDI.

    TOLAK BN DALAM PU 13!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Ulasan yg menarik daripada mangsa kerakusan Felda sendiri!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempadan daerah beraApril 28, 2012 at 7:33 PM

      Betul tu...
      Malah felda bertindak zalim menuduh anak yang juga waris peneroka mencuri sawit diladang sendiri.Puncanya apabila sianak yang telah dididik dengan sempurna dengan keringat orang tua mereka menyedari orang tua mereka ditipu.Repot polis dibuat tapi polis bersikap tutup mata.Polis langsung tak boleh diharap!
      Dalam kes itu juga Polis turut MENIPU.Bertindak dengan membelakangkan undang undang dan hak asasi manusia.
      Banyak kepincangan dalam kes itu kerana sebelum kes itu berlaku,anak peneroka itu telah beberapa kali membuat repot polis termasuk kakaknya yang menyedari ibunya yang terlalu taksub dengan felda ditipu dan membatalkan kuasa sementara yang kononnya dipegang oleh ibunya setelah kematian ayahnya.
      Bukan setakat dibalai polis saja polis menipu dengan menyuruh pehak felda menambah buah sawit kedalam lori barang kes didalam kawasan balai(repot dibuat oleh rakan mangsa yang melihat kejadian ketika mangsa disumbat kelokap kerana mencuri hak sendiri).Malah dalam repot yang dibuat oleh pehak felda juga diubah.DPP mungkin buta huruf yangmana menerima kes itu untuk dibicarakan selepas setahun sedangkan wang hasil jualan sawit(barang kes) tidak dikemukakan dimahkamah.Semua barang bukti TIADA yang sepatutnya peralatan untuk memetik sawit(sabit)kereta sorong dan lain lain.Mejistret juga menganggap dirinya mempunyai KUASA RAJA.Sudah terang dan nyata tuduhan cuma 30 tandan sawit sedangkan gambar yang ditunjukan dimahkamah lori yang sarat berisi sawit.Siapa nak percaya dengan undang undang sekarang?Undang undang yang digubal diParlimen seolah olah digubal oleh BAPAK MEREKA SENDIRI DIBAWAH POKOK NANGKA!Tak ke pukimak namanya tu??
      Akibat terlalu marah dengan felda,polis dan mahkamah akhirnya anak penerooka itu menyewa jcb dan meruntuhkan sepenuhnya rumah yang dibina dengan loan bank untuk memberi keselesaan hidup kepada kedua ibu bapanya.Khabarnya perkara ini dilakukan setelah ibunya tidak lagi tinggal ditanah rancangan itu kerana berhijrah mengikut anaknya yang tinggal dibandar.
      Inilah transfomasi!!!Felda,polis dan mahkamah menjadi punca perpecahan dalam keluarga peneroka!!!Dalam perbicaraan peguam mangsa mengemukakan bukti yang kukuh untuk mempertahankan anak guamnya.Sehingga mejistret memberi masa 45 minit untuk bersidang semula meminta mangsa mengaku salah dan menjanjikan tiada hukuman dikenakan.GILA!!!Takkan nak mengaku mencuri hak sendiri!!Akibatnya mangsa didenda RM2000.00.NASIB BAIK TAK DIPENJARAKAN..KALAU TAK LAGI NAYA..MEMANG PUKIMAK MEJISTRET TU..PATUTNYA LAYAK KERJA DIRUMAH URUT AJA...
      Saya mengetahui perkara ini kerana felda tersebut bersebelahan dengan felda tempat kesiaman saya yang jaraknya hanya kira kira 4km.Dan saya sendiri telah melawat tapak rumah tersebut.Itulah sebabnya saya berani menyiarkan perkara itu dalam blog ini demi kebenaran!
      Begitu juga dengan FGVH.Oleh kerana dia dikhianati,mangsa enggan menyerahkan geran asal(setelah bicara kuasa) yang diminta oleh pehak felda berserta salinan kad pengenalan berwarna.Malah pehak felda juga ingin pengesahan status tuan punya geran samada disenarai hitamkan oleh bank atau pun tidak.Akibatnya,felda secara terdesak menggunakan geran asal milik simati(ayahnya)dan melantik ibunya yang telah ditindik hidung sebagai pewaris..
      Timbul lagi satu cerita,wang durian runtuh sebanyak RM10,000 hanya dibayar separuh.Yang separuh lagi digunakan untuk pilihan raya atau modal oleh FGVH untuk membeli saham..PANTAT MAK DIA BETUL........
      yANG MENJADI TANDA TANYA,APAKAH GERAN GERAN PENEROKA ITU DIJADIKAN SANDARAN SEBAGAI PENJAMIN??

      Delete
  5. wooiiitt...
    knp tk wat report pulis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Repot...????
      Dah berlambak repot dibuatnya!!!
      Kalau melibatkan felda,Polis tak amek tindakan..Polis pun tak sedar diri!Tak ke gaji dia orang dibayar hasil dari cukai pendapatan negara dan hasil mahsul negara?Yang paling banyak menyumbang adalah hasil eksport minyak sawit.Bukan dari keringat peneroka???
      Itu yang dia orang marah sangat!!
      Jangan salahkan rakyat berhimpun menentang ketidakaldilan.Cermin muka dulu!!
      Dengan artikel ini harap Dato' Najib,Dato' Hishamuddin,Ketua Polis Negara,MB Pahang buka mata.Amek tindakan tegas melucutkan jawatan semua polis polis yang terlibat termasuk Pengarah Bahagian Jenayah yang cungkil gigi KEKENYANGAN diBukit Aman!
      Macamana orang nak hormat polis,sedangkan perangai macam LAHABAU???
      Jangan membazirkan wang rakyat membina balai balai serta kediaman polis berjuta juta ringgit.Biar balai kecik tapi OTAK POLIS BESAR.JANGAN BALAI JE BESAR TAPI OTAK POLIS KOSONG!!!
      Begitu juga mejistret yang tidak bersikap adil.Kalau setakat baru lepasan U dan masih merangkak membaca alif,ba ta dalam undang undang suruh buat kerja cuci tandas mahkamah dulu..
      MACAMANA RAKYAT TAK MEMBERONTAK KALAU DILAYAN MACAM ANJING???

      Delete
    2. sempadan daerah beraApril 29, 2012 at 4:44 AM

      Setuju sangat la....
      Kebelakangan ini nampaknya Ketua Polis Negara sendiri turun padang minta rakyat bekerjasama dengan polis.
      JANGAN DOK MIMPI LA!!!!
      Keje kau,kau buat la!Kalau dah macam ni sikap dan layanan polis terhadap anak peneroka,kau buat la keje kau sendiri.Kau dibayar gaji.Nak suruh masyarakat bekerjasama KEJADAH APA!?sedangkan polis duduk goyang kaki,lepak lepak minum arak,berjudi selagi jarum jam tak berenti.
      Khabarnya anak peneroka tu bukan la cikai sangat..pernah dicalunkan untuk memasuki Sekolah Sains Pahang.Isteri dia pun seorang graduan U bertugas sebagai eksuketif.Tinggal pun dirumah keluarganya yang hanya 2km dari KLCC.Dah tu lebih 10 tahun lalu sudah menjejakan kaki diTanah Suci.Jadi kita boleh menilai cara hidup dia jauh lebih baik dari sajan yang mengkhianati dia yang juga kaki mabuk dan kaki judi tegar tu.
      Takkan la balik kefelda semata mata nak mencuri sawit...BAHALOL BETUL POLIS TU!!!
      Menurut beberapa orang tua difelda aruah ayahnya itu,mangsa ini la yang bertanggung jawab menyara kehidupan kedua ibu bapanya difelda termasuk membina rumah untuk orang tuanya sekitar awal tahun 90an dulu(sekarang telah dirobohkan).Malah hingga sekarang mangsa ni masih menetap diKuala Lumpur.
      Jadi,satu peringatan kepada pegawai pegawai felda dan polis semua.Jangan ingat anak peneroka ni bodoh bodoh belaka..Mungkin dia jauh lebih hebat dari kau orang semua!
      Memang sakit hati aku bila dapat tahu kes ini kerana aku juga anak peneroka.Anak peneroka yang dihidup dan dibesarkan oleh peneroka yang hanya diberi gaji RM69 sebulan dan makan makanan 'wellfood'.Kesenangan yang sepatutnya kami kecapi sekarang adalah diatas perit jerih.Tapi kemana kesenangan yang diimpikan itu?SEMUANYA DITIPU BELIT OLEH FELDA...GAMPANG!!!!!!!!

      Delete
    3. Bukti kezaliman kerajaan BN dengan transfomasi bersama luncai dan labu labunya...

      Polis-macam sial

      Mejistret-macam setan

      Pendakwaraya-macam iblis

      felda-macam jembalang tanah..

      elok la tu..............

      Delete
  6. Assalamualaikum W.B.T

    Sepanjang perjalanan saya menjadi anak peneroka. tidak pernah saya mendengar semua berita yang tidak benar yang disebut diatas.. anda semua salah.. keluarga saya menerima apa yang di janjikan dan keluarga saya menerima elaun bulanan lebih dari gaji seorang yang bergaji RM 5,000.. Alhamdulilah. Itu rezeki yang datang dari Allah S.W.T.

    ReplyDelete
  7. salam...
    sebenarnya saya pun dah lama tau pasal felda yg dok asyik bodoh2kan peneroka ni...dari zaman felda dok potong duit peneroka,kononnya untuk caruman hari raya lagi dah nampak sgt menipunya...bygkan waktu tu...setiap bulan gaji peneroka dipotong 30hengget,cukup setahun nak raya dia akan bayar 360hengget tuk duit raya...x perasan ke,bukan sorang dua peneroka...berapa ribu peneroka??berapa bnyk duit felda leh wat untung dari situ je....saya penah ckp kat mak saya,baik main kutu je..dpt sma jugak...kurang2 felda byr la lebih skt ke tuk rayakan!!pastu skrg dah x de potongan,tp ada gak dia bagi bonus kononnya...peneroka kata bagus felda bg bonus...hehehe..sebenarnya tu suma mmg hak peneroka pun!!
    satu lagi bab buat pinjaman konon nak besarkan rumah felda...abah saya mmg x serik2,bygkan ek,buat pinjaman 20000,syaratnya kena guna kontraktor yg dilantik oleh felda je..hasilnya mmg hampeh!!kononya x benarkan peneroka wat sendiri,atau pilih tukang sendiri,takut duit tu disalahgunakan!!padahal kalo guna tukang sendiri..leh buat elok lagi!!
    ni pasal pendapatan bulanan...abah saya dah tanam semula lebih 10 thn,saya pun x tau dia wat perjanjian camne...ada ke pendapatan dia statik je 1500 sebulan...sedangkan ada je felda lain yg serah pd felda,diorang leh je dapat 5-6 ribu sebulan..x tau dimana salahnya...kini baru saya n adik beradik sedar,n merancang untuk mengambil alih pengurusan ladang dari felda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempadan daerah beraMay 15, 2012 at 4:18 AM

      Pelik juga orang yang komen yang konon keluarganya menerima elaun lebih dari orang yang bergaji RM5000 ni.
      Semua cerita yang diatas tu benar belaka!Begitu juga dengan komen yang diatas ni.
      Aku,adalah generasi kedua felda Sungai Kemahal.Walaupun aku layak masuk U selepas Tingkatan 6 atas tapi aku lebih minat berniaga dan berusaha sendiri menternak lembu membuat kerja kerja ladang dan aku mampu memiliki 2 buah lori dan sebagainya.
      Tentang cerita anak peneroka yang dianiaya oleh Polis dan pengurus felda tu memang betul.Dia juga dikenali oleh ramai orang orang tua ditempat aku ni.Banyak membantu anak peneroka yang berminat dalam perniagaan.Malah dia selalu berurusan dengan penternak lembu disini kerana dia membekalkan lembu terutama untuk korban dan akikah.Pelanggannya ramai diKuala Lumpur.
      Tentang komen anonymous diatas memang betul.Pinjaman perumahan hanya RM40k tapi tak semena mena JKKR ambil RM2k tak tau apa tujuannya.Maknanya pinjaman hanya RM38k.Tapi bayaran semula kira kira RM76k.Patut tak felda mengenakan faedah terhadappinjaman perumahan itu?Kenapa KPF tak menganjurkan pinjaman untuk membuat rumah kepada ahlinya?
      Tentang ladang yang diuruskan oleh felda,macam macam tuntutan tak menasabah dikenakan terhadap peneroka.Potongan untuk mentenence jalan dalam ladang je RM900 setahun sedangkan peneroka yang usahakan sendiri ladang hanya dikenakan kutipan RM10 sebulan.Tapi jalan macam haram jadah!Begitu juga baja.20 bag yang sepatutnya dihantar kedalam ladang tapi sampainya hanya 7 bag je.Racun jangan harap la...kebun cina dah macam court bola keranjang dapat racun murah dari technoplant.
      Yang dapat bayaran statik RM1500 sebulan tu begini perkiraannya:
      1500/10 ekar=RM150 seekar sebulan.felda bayar cara pajak!Inilah hasil siasatan yang dibuat oleh anak peneroka yang dianiaya oleh pengurus felda dan Polis tu!!!Kalau ikut sistem blok kalau dalam 1 blok hanya 5 orang yang serahkan ladang pada felda maknanya hasil tuaian 5 ladang peneroka itu setelah ditolak kos,bakinya dibahagi sama rata.Tentu berubah ubah pendapatannya malah boleh mencecah RM10k sebulan!Hal ini terbukti apabila pengurus technoplant dipanggil sebagi saksi dalam kes curi sawit sendiri diMahkamah Temerloh tahun lepas.Dia sendiri memberi keterangan sebegini.MASIH KATA KES ANAK PENEROKA TERANIAYA NI SATU PEMBOHONGAN LAGI???
      Maknanya felda membayar secara pajak RM

      Delete
  8. sempadan daerah beraMay 15, 2012 at 4:54 AM

    Jadi kepada anak peneroka yang ayahnya dibayar secara statik RM1500 sebulan tu,segera buat lapuran Polis.Anak peneroka yang aku sebutkan diatas tadi juga telah buat repot Polis.Polis nak siasat atau pun tidak,dia nak dakwa atau pun tidak dia punya pasal.Tau je la..Polis ni kalau tak dirasuah,hak sendiri pun dia boleh tuduh curi...mana taknya?Duit gaji mana nak cukup kalau hari hari berjudi mesen slot dan minum minum arak..
    Lepas ni lagi hangat ceritanya.Baru baru ni sawit anak peneroka yang dianiaya tu kena curi.Orang yang mencuri dikenal pasti.Repot dibuat.Tapi anggota Polis dibalai M... mengatakan kes ni dikawasan balai polis K...sedangkan masa pengurus menuduh dia mencuri sawit dulu repot dan tindakan dibuat oleh balai polis M..Ini dah terbukti tindakan polis itu salah.Dah tu yang dituduh 30 tandan je sedangkan dalam lori dekat 100 tandan?Sape punya?Polis boleh tambah buah sawit dalam lori barang kes yang kononnya anak peneroka itu sememangnya pencuri.Sedangkan hasil jualan lembu je mampu bayar gaji seorang sajan.Polis pun buat repot palsu kononnya anak peneroka tu curi buah sawit milik technoplant.Bukti langsung tak dikemukakan diMahkamah.Duit barang kes lesap mungkin dah dimasukan kedalam mesen slot.Juru foto polis yang tak terlibat langsung dalam kes tu bulat bulat menipu dalam Mahkamah kononnya dia yang tangkap gambar,sedangkan gambar ditangkap oleh sajan tu sendiri.Mahkamah pun dah macam Mahkamah Anak Bapak dalam cereita P Ramlee.Barang kes tak ada pun kes masih dibicarakan dah tu didenda RM2k.Kerajaan Pahang ni dah sengkek sangat ke?Kalau nak pun duit dari anak peneroka tu tak payah la nak ugut ugut dan tuduh macam macam.Mintak aja la!!Pejabat tanah pun sama.Mengugut dengan menghantar surat amaran cukai kononnya tertunggak beribu ribu.Bila disemak balik tengok tengok cukai terlebih bayar beribu ribu. Kalau Tompel hidup lagi tentu dia pecah perut gelak tengok kerenah Mejistret yang bicarakan kes anak peneroka tu.Apa taknya?Kes baru saja bermula,bicara kuasa harta bapaknya itu dah selesai.Sah sah budak tu mempunyai kuasa mentadbir 1/1 bahagian.Tapi kes tetap diteruskan.Dihukum pulak tu!!!!Dalam perbicaraan nama pun tak betul..
    Kalau macam tu aku pun nak buat Mahkamah sendiri la kat Sg Kemahal ni.Aku sendiri jadi Mejistret,driver lori aku jadi pegawai pendakwa dan budak Indon yang loding buah, jadi peguam cara.Meh sini aku bicarakan pulak pengurus felda dengan polis polis tu!Kalau dia orang nak ambil loyer kena loyer dari PR je,kalau amek loyer yang pro UMNO dan BN secara automatiknya KALAH!
    Nak macam tu......?????

    ReplyDelete
  9. sempadan daerah beraMay 15, 2012 at 5:17 AM

    Cerita terbaru mengenai anak poeneroka tu...
    Ibunya tak dapat ambil duit duiran runtuh RM5k kerana felda masih mengekalkan nama aruah bapanya yang telah meninggal dunia kira kira 7 tahun lalu.Ini cerita dari rakan rakan aruah ayahnya sendiri ketika aku menghantar buah sawit kekilang semalam.
    Anak peneroka tu tak menghantar hasil sawitnya atas namanya sendiri tetapi menjualkannya kepada seorang rakan setiap kali sawit dituai sejak kira kira 2 tahun lalu.
    Inilah akibatnya apabila hati orang yang dilukai.Kena dengan kaki keras kepala macam ni baru dikatakan buku bartemu ruas!Kita kena tabik spring dia kerana mempunyai pendirian.Memertabatkan maruah.Terbukti wang bukan segalanya.Dan harga diri tak boleh dibayar beli dengan wang ringgit
    Kalau dalam berita blog ni, orang yang seangkatan dengan Yap Ah Loy menjadi pengundi,didalam felda secara mayanya felda masih berurusan dengan simati kerana meminta salinan kad pengenalan simati dari balu peneroka untuk membayar durian runtuh.Itu baru RM5k.Budak tu yang mewarisi 1/1 bahagian aruah ayahnya macamana pula?Dan macamana pula pembahagian kepada anak anak peneroka nanti?
    Dari segi perundangan bagaimana pula IC yang telah dimusnahkan oleh JPN masih diguna pakai?Kalau bayaran memalui cek atas nama simati,siapa yang berhak menebusnya dibank?
    Nampaknya pengurus felda bukan tak pandai,tapi tak bijak.Bukan tak cerdik tapi baghal!!!
    Kita tengok apa perkembangan durian runtuh yang bakal jadi tempoyak, baru dapat dijamah oleh balu dan anak anak aruah peneroka...

    ReplyDelete