Wednesday, April 18, 2012

Mengadap Agong, titah Umno henti jadi batu api

Bagi mengelakkan institusi raja-raja Melayu terus dilaga-lagakan dengan rakyat sendiri, kita fikirkan adalah lebih elok sekiranya pemimpin Pakatan Rakyat berserta NGO yang bencikan perangai batu api lidah rasmi Umno menghadap Yang Dipertuan Agong memohon ditegur sikap keterlaluan yang dimainkan itu.

Kita tahu, isu kononnya pemimpin pembangkang bertindak mempersenda dan mengejek pemimpin kerajaan serta raja-raja Melayu pada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong tempoh hari, hanya dimainkan oleh lidah rasmi Umno Utuseks Malaysia berdasarkan hanya tulisan blog Dr Rahman Kadir.

Susulan daripada itu akhbar tempat berhimpunnya think-tank Menteri Wanita yang baru Dato Seri Najib Tun Razak spin isu yang sengaja dicipta itu dengan mengambil dan menyiarkan pendapat di kalangan pemimpin Umno.

Seperti biasa dan streotaip, juak-juak Umno akan bergelandangan membuat laporan polis, berdemonstrasi dan masuk akhbar. Itu sajalah kerjanya setakat ini kerana mereka tidak berfikir lebih daripada itu!

Semua orang tahu bahawa ini bukan kali pertama lidah rasmi Umno berkenaan memainkan isu rekaan bagi mengalih pandangan rakyat sekali gus cuba memaksa pimpinan PR melayan dan menjawab mainan isu rekaan tersebut.

Tidak payahlah kita sebutkan di sini satu persatu kerana iajelas bak pepatah sudah tenga lagi bersuluh.

Tentulah sebagai agen propaganda dan gerak saraf Umno, Utuseks cuba sedaya mungkin supaya pemikiaran rakyat akan tertumpu kepada isu mainannya sekali gus sebagai ikhtiar menutup pelbagai ‘pekung dan kudis yang diperkatan rakyat.

Akan tetapi isu yang satu ini dikira bahaya kerana lidah rasmi Umno tergamak menjadi batu api dengan memilih isu yang melibatkan pertembungan rakyat dengan istana.

Ini bahaya!

Ketika Umno Terengganu terang-terang memaki hamun bekas Yand Dipertuan Agong dulu dengan istilah “natang” dalam isu memilih Menteri Besar, rakyat belum tergamak mencadangkan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas.

Perbuatan seperti itu sudah tentu sama sekali tidak boleh dimaafkan kerana Kesultanan Melayu dimuliakan dalam Perlembagaan.

Itu baru satu peristiwa. Jika dibuka perangai Umno ketika krisis Perlembagaan dulu, lebih teruk lagi biadabnya.

Tetapi apakah yang Umno buat? Pernah meminta maaf?

Kali ini Umno berpura-pura lagi dengan menjadi batu api melaga-lagakan raja-raja dengan rakyat guna untuk menutup isu-isu yang boleh menumbangkan BN.

Maknanya, Umno sanggup lakukan apa saja untuk tujuan politik termasuk melaga-lagakan rakyat dengan raja-raja.

Sebab itulah kita fikir pemimpin PR dan rakyat bencikan hipokrit agar memohon menghadap Agong agar baginda menitahkan Umno jangan lagi menjadi batu api untuk kepentingan politik kerana hanya memalukan umah Melayu!



No comments:

Post a Comment