Friday, April 20, 2012

Pemuda Pahang kecam Umno politikkan bantuan SAR Kafa

TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS (DPP) Pahang mengecam tindakan mempolitikkan penyampaikan cek bantuan (Sekolah Agama Rakyat) SAR Kafa yang diagihkan melalui Umno Bahagian di negeri ini sehingga memberi ruang parti itu berkempen.

Ketuanya Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata, program seumpama itu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan demi kepentingan Umno kerana merupakan dana awam untuk kepentingan anak bangsa.

Beliau yang mendakwa menerima banyak aduan dan rungutan daripada guru-guru SAR Kafa, program penyampaian cek itu wajar dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah atau Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) bukannya dianjurkan Umno.

“Ada di sesetengah tempat penyampaian cek diadakan di pejabat Umno dan disampaikan oleh Ketua Umno Bahagian sendiri, kenapa ini berlaku sedangkan banyak lagi lokasi sesuai kenapa perlu disampaikan di pejabat Umno Bahagian.

“Tambahan pula, peruntukan itu bukan dikeluarkan melalui dana Umno atau BN jadi tidak sewajarnya dieksploitasi demi kepentingan politik Umno terutama menjelang pilihan raya ini,” ujarnya.

Shahril berkata demikian mengulas keresahan kebanyakan guru-guru SAR Kafa yang terpaksa menadah telinga mendengar kempen politik pemimpin Umno sebelum diagihkan cek bernilai RM21 ribu sebagai sumbangan tahunan untuk pembangunan institusi pendidikan tersebut.

Difahamkan, cek-cek tersebut mula diagihkan awal bulan ini di seluruh Pahang tetapi seperti juga penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan baucar buku yang diagihkan melalui ketua-ketua Umno Bahagian.

Shahril menambah, mempolitikkan pemberian bantuan ini tidak wajar dibiarkan kerana bukan semua wakil-wakil SAR Kafa terdiri daripada orang Umno dan ini boleh dianggap penyalahgunaan agensi awam untuk kepentingan politik.

“Kami kesal kerana PPD dan Paid yang lazimnya mengendalikan pengagihan dana itu, membiarkan urusan penyerahan bantuan dikendalikan Umno dan diadakan di tempat tidak sesuai.

“Bayangkan ada guru-guru yang terpaksa menadah telinga mendengar propaganda Umno termasuk diselang-seli dengan maki hamun terhadap parti-parti lain demi kepentingan politik.

“Sebab itu kami kecam dan perkara seperti ini tidak wajar dibiarkan berlanjutan,” tegasnya.

Shahril menjelaskan SAR Kafa selama ini telah banyak mendidik anak bangsa sejak zaman berzaman supaya menjadi insan dan warganegara berguna sebagaimana yang diterapkan dalam pelajaran dan kurikulum tersebut tidak terdapat dalam kelas persekolahan biasa.

Tambahnya lagi, guru-guru SAR pernah berada dalam keperitan mempertahankan institusi tersebut daripada tutup apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menyekat bantuan per kapita kepada SAR pada tahun 2002.

Bukan itu saja, SAR pernah pada satu masa dilabelkan sebagai sarang pengganas oleh pemimpin Umno.

“Tetapi hari ini pemimpin Umno berlagak sebagai hero ketika menyampaikan wang untuk SAR yang datangnya daripada wang cukai rakyat, asnaf zakat dan sumbangan orang ramai,” katanya.



2 comments:

  1. knp tuan punye blog ni fitnah pengetua kami!!!!! pengetua kami sgt baik dan bejasa kepada sk,sy takkan maafkan sbb tuan fitnah kami sbgai pelajar,kononnye benci kpada pengetua kami sndri!!!sk kami ada lebih kurang 1000 orang pelajar,hah tanggung lah dosa sbb fitnah pelajar yg ramai nih,hah kenapa padam post tu?? post lah lagi fitnah byk2!!!

    ReplyDelete
  2. haah betul betul betul...fitnah kat pengetua,ibubapa,pelajar...pergi la tengok sendiri,pagar sk ni cat ke tak...fitnah lebih teruk daripada membunuh..nanti jawab lah depan Allah..macam ni ke perjuangkan islam kalau buat fitnah sesame islam...malu aku..bertaubatlah cepat.......lain kali kalau nak post cerita,selidik dulu betul ke tak,jangan dengar cakap orang je.............

    ReplyDelete