Saturday, April 30, 2011

Reaksi komen: Lucah, seks, porno menguasai pemikiran Umno

Saya percaya, ada penjenguk dari kumpulan Umno (yang mendapat nasihat Apco dan mempunyai agenda porno) yang mencatat dalam komen pada entri ‘4 dalil “lelaki itu” bukan Anwar’ di bawah.

Sesiapa sahaja yang menjenguk ruangan komen tersebut, cuba perhatikan. Sudah barang tentu kini dapat mengenal jati diri, trend pemikiran dan isi kepalahotak orang Umno. Dan oleh kerana mereka (pencatat komen) agak terkehadapan dalam Umno (yang berpenasihatkan Apco) kerana boleh mengakses internet, maka tidak salah kita katakan semua orang Umno berkepalahotak seperti itu. Sebab Umno di bawah lebih bersifat mengiyakan apa saja cakap pemimpin mereka.

Lihat, betapa ghairahnya mereka untuk memberi pendapat tengan adegan seks. Lihat, betapa kecurnya mereka berbicara tentang seks. Lihat, bertapa terujanya mereka mengomel dan merepek tentang seks. Maka, demikianlah manifestasi “kekebuluran” seks dalam jiwa raga pengomen Umno tadi.

Bacalah dan lihatlah betapa lucahnya kepala hotak Umno. Benarlah kata pepatah Cina MCA bahawa “ikan busuk bermula dari kepala”. Dalam erti kata lain, jika kepalahotak pemimpin atasan Umno (yang berpenasihatkan Apco) sudah lucah, gila seks dan sukakan porno, maka begitu jugalah sekelian hamba sahayanya yang di akar umbi.

Lantaran itu, sehari dua ini baik pelayar internet Umno mahupun media rasmi Umno, semuanya membicarakan tentang video seks. Begitu juga di laman facebook, para pencacai Umno begitu sibuk minta dipercai individu yang difitnah mereka, walapun masih i peringkat siasatan.

Apakah negara ini tiada lagi undang-undang? Apakah institusi kehakiman negara ini sudah tidak berfungsi? Apakah institusi agama dan mufti sudah mandul atau menopaus? Entah, akan tetapi sebaran fitnah dan video seks sudah mengatasi intitusi-nstitusi tadi.

Barangkali seks, lucah dan porno sudah menjadi budaya kehidupan dan isi pemikiran mereka. Namun apabila kumpulan yang sama juga sedang menguasai negara, tidakkah ini sedang memunah dan merosakkan budaya dan pemikiran anak bangsa?

Maka dapatlah kita bayangkan, apa lagi yang Umno (yang berpenasihatkan Apco) boleh memikirkan tentang rakyat yang sedang bertarung dengan kehidupan yang semakin mendesak? Apa yang Umno dapat rasakan keperitan rakyat yang terpaksa menghadapi kos kehidupan yang tinggi akibat harga barang yang sentiasa melambung? Apa yang Umno boleh renungkan tentang majoriti orang Melayu yang semakin miskin dan terpinggir dalam ekonomi dan pendidikan?

Apa yang Umno boleh fikirkan penyelesaian tentang gejala sosial seperti buang bayi, seks rambang, merempit, tidak ada kampung yang tidak dilanda dadah, hedonisme di kalangan anak muda, buta agama, rasuah pihak berkusa, jenayah, samun dan bunuh yang semakin menjadi-jadi?Ada yang mahu memikirkan tentang semakin ramai orang Melayu dan Islam menjadi murtad?

Ada yang cuba menyelesaikan permasalahan anakanak muda Melayu yang semakin ramai sesat barat?

Tidak, Umno (yang berpenasihatkan Apco) tidak pernah memikirkan apa penyelesaian kepada masalah itu semua. Melainkan apa yang ada dalam kepalahotak mereka hanyalah video lucah, seks dan porno!


Friday, April 29, 2011

4 dalil “lelaki itu” bukan Anwar

Saya memiliki seorang rakan bloger yang amat analitis pemikirannya serta sungguh rapi pemerhatiannya. Beliau ialah pengendali blog Milosuam (milosuam.blogspot.com) yang popular itu.

Saya pernah menginap sebilik dan berdiskusi dalam satu kumpulan dalam satu seminar di ibu negara dengan Bloger yang “pangkat adik” dengan saya itu.

Beberapa pemerhatian dan hujah dalam blognya amat menarik pemerhatian saya sejak dulu, termasuk isu fitnah video seks daripada ‘gerombolan songkok tinggi’ (meminjam istilahnya) sekarang.

Antara dalil yang ditelitinya yang membuatkan beliau menolak anggapan bahawa lelaki dalam video seks itu ialah perut gendut melampau, rambut dan janggut yang berbeza dengan yang dimiliki Anwar apabila keluar ke mahkamah keesokan harinya. Penemuan terbaru beliau ialah ada lelaki lain yang bertugas mengambil kotak tisu sambil menyaksikan adegan seks dengan pelacur Cina berlangsung.

Saya sebetulnya tidak berminat langsung untuk membicarakan hal-hal seks yang sengaja dimainkan kerana tidak ada sedikit pun faedah untuk anak bangsa. Akan tetapi apabila sudah timbul perkara sumpah menyumpah daripada pihak Umno, rakyat sepatutnya diberi gambaran dengan jelas.

Di bawah ini diperturunkan hujah dalam blog Milosuam.

Gempar! Hantu muncul dalam video seks part 2 !

Jelas sekali pendedahan video aksi seks lelaki mirip Anwar Ibrahim sangat berbeza dengan pendedahan video rakaman seks Presiden MCA, Chua Soi Lek beberapa tahun lalu. Pihak yang bertanggung jawab mendedahkan video rakaman aksi seks Chua Soi Lek, bertindak menyebarkan video tersebut terus ke pengetahuan umum untuk menjatuhkan beliau, kerana yakin bahawa orang di dalam video seks tersebut adalah Presiden MCA itu.

Namun Datuk T tidak berani mendedahkan terus video seks rakaman lelaki mirip Anwar Ibrahim, kerana bimbang kepincangan demi kepincangan video tersebut akan terbongkar apabila ia dikaji oleh orang ramai. Lihat sajalah, bagaimana klip video sedutan pertama sebelum ini menunjukkan kepincangan yang jelas dari segi janggut si pelakon video seks (rujuk gambar).

Sebelum ini juga, MiLo SuaM telah mendedahkan bagaimana video seks bahagian ke dua membongkarkan bahawa gaya rambut pelakon video seks sangat berbeza dengan Anwar Ibrahim yang muncul di mahkamah pada keesokkan harinya, rujuk sini [Video seks Anwar part 2].

Kali ini satu lagi kepincangan jelas terbongkar dalam sedutan video klip seks kedua lelaki mirip Anwar Ibrahim yang disebarkan di YouTube sejak semalam, apabila kehadiran seorang lagi individu dikesan saat aksi seks sedang berlangsung (rujuk gambar-gambar).

Pelakon video seks dilihat mengambil kotak tisu untuk diserahkan kepada seseorang yang tidak kelihatan di dalam video, manakala pelacur yang berbogel menuju ke bilik air

Pelakon video seks menyerahkan kotak tisu, manakala pelacur terus masuk ke bilik air dan kemudian dilihat menutup pintu.

Selepas tisu selesai digunakan, kelihatan jelas di dalam video, seseorang melontar tisu itu mungkin ke dalam tong sampah yang terletak di bawah meja, pelacur pada masa ini berada di dalam bilik air.

Jelas sekali memang ada seseorang yang sedang menyaksikan adegan seks berlangsung.

Saksikan pada sela masa 0:28 sehingga 0:31 di dalam video seks sedutan kedua yang disebarkan sejak semalam, lelaki mirip Anwar Ibrahim menyerahkan kotak tisu kepada seseorang, kemudian pada sela masa antara 0:45 hingga 0:47 tisu itu dilontarkan ke dalam tong sampah.

Jika benar lelaki di dalam video seks adalah Anwar Ibrahim, logikkah Anwar membiarkan orang lain melihatnya berbogel saat sedang memakai seluar? Malah membiarkan aksinya seksnya ditonton oleh orang lain di dalam sebuah bilik yang sama.

Barangkali pencacai gerombolan songkok tinggi akan mengatakan ada seekor makhluk halus (hantu) yang melontarkan tisu di dalam video tersebut. Maka Datuk T harus membuktikan ada seekor hantu muncul di dalam video seks ini dan melontarkan tisu itu, jika benar Anwar Ibrahim terlibat melakukan adengan seks kah kah kah.


ReJaM© "Kantoi, kantoi, kantoi dan kantoi..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/gempar-hantu-muncul-dalam-video-seks.html#ixzz1KsHqMtRm



Thursday, April 28, 2011

“Temerloh tidak lagi bandar selamat”

Kejadian pemandu peribadi Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said, yang dikenali ramai sebagai “Mat” ditetak di kepala dan dibelasah dengan besi paip kelmarin, benar-benar menggerunkan penduduk Temerloh.

Malah seorang pimpinan Pintas (Pertubuhan Kebajikan Warisan Kuala Semantan) yang enggan disebutkan namanya, menganggap bandar ini tidak lagi selamat kerana kes yang melibatkan “Mat” merupakan kes ketiga tetak lari dan pihak polis masih gagal menjejak penjenayahnya.

“Ini sudah kes ketiga dan modus operandinya hampir sama iaitu penunggang motosikal menghampiri lalu menetak mangsa dan lari. Seingat saya, dua kes hampir serupa sebelum ini, mula-mula Nasir lepas itu Hazim, juga belum ditemukan penjenayahnya.

“Apabila kes sebegini berlaku, sudah pasti orang ramai menjadi gerun dan merasa ancaman seolah-olah berada di mana-mana. Itu belum lagi kita tengok jenayah lain seperti curi, samun, penipuan serta gejala sosial yang lain. Jadi tak salah jika saya katakan Temerloh sudah menjadi seperti bandar koboi,” katanya kepada penulis agar disiarkan rintihannya dalam blog ini.

Tambah beliau, penduduk Temerloh kini fobia.

Pintas ialah sebuah pertubuhan yang mengumpulkan keahliannya daripada warga Melayu daerah ini yang lahir di Kuala Semantan. Pertubuhan yang agak berpengaruh ini memiliki ribuan anggota dan aktif dengan pelbagai aktiviti.

Dalam kes semalam, “Mat” cedera parah di kepala ditetak dengan sebilah parang dan besi paip oleh dua lelaki tidak dikenali ketika sedang minum di sebuah restoran (India) berhampiran pasaraya Teluk Ria, Jalan Bahagia di sini jam 12.30 tengah hari.

Ketika kejadian mangsa dipercayai sedang menunggu anak Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said pulang dari Sekolah Rendah Jalan Bahagia, berhampiran tempat kejadian.

Akhbar Sinar Harian yang memetik kenyataan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Deputi Superintendan R.Sundra-lingam berkata, kejadian berlaku begitu pantas.

Menurutnya, ketika sedang minum di meja bahagian luar restoran tersebut mangsa didatangi dua lelaki yang memakai topi keledar tutup muka lalu melibas parang dan menghayun batang besi paip ke arah badan mangsa.

“Akibat serangan bertubi-tubi itu mangsa mengalami cedera teruk di kepala dan kesan luka akibat tetakan sepanjang lapan sentimeter.

“Mangsa yang parah kemudian dihantar dengan ambulans ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) dan menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Sundralingam berkata, motif kejadian dipercayai ada kaitan dengan kerja sampingan mangsa sebagai penarik kereta.

Beliau berkata, polis menolak kejadian bermotifkan politik dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Minggu lalu pula, dua orang kena tahan (OKT) terlepas daripada kawalan polis pagi tadi, ketika turun daripada trak polis untuk dibicarakan atau direman di mahkamah Temerloh.

OKT tanpa bergari itu secara tiba-tiba melarikan diri melalui pintu pagar kecil menghala ke taman tasik Temerloh yang berhampiran, dengan masih berseragam lokap polis kira-kira jam 8.30 pagi sebelum dibawa untuk pendakwaan.

Dua OKT yang difahamkan dibawa dari lokap polis Triang itu, dipercayai mengambil kesempatan ketika pengawal masih dalam keadaan tidak begitu bersedia iaitu antara menuruni trak ke pintu masuk tingkat bawah, bahagian belakang mahkamah.

OKT berkenaan dilaporkan berjaya merampas sebuah kereta sepasang suami isteri yang dikatakan baru selesai berjogging di taman rekreasi berkenaan.

Tiada laporan kedua OKT ditangkap kembali.


Wednesday, April 27, 2011

Kenangan PRK Kerdau, MB buat kawat cam?

Kenangan PRK Kerdau, buat kawat cam?
Gambar di atas dikirimkan oleh jurufoto bernama Bazli dan sudah diperkatakan di laman facebook. Gambar ini termuat dalam album pilihan raya kecil Kerdau oleh pemilik. Ia berkaitan satu peristiwa di hari penamaan calon, di luar dewan.

Barangkali apa yang dipaparkan ialah MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakub sewaktu diwawancara oleh wartawan RTM di khalayak ramai sehingga sempat dirakamkan jurufoto. Bagaimanapun keseriusan raut wajah MB menjadi tajuk perbualan dalam facebook.

Sesetengahnya mengatakan MB sedang membuat kawat cam!


Tuesday, April 26, 2011

Sayuti kata, Nik Aziz mahu Tuan Ibrahim tanding Timbalan Presiden?

Semua orang tahu, bahawa Mohd Sayuti Omar (MSO) iaitu tauke akhbar Siasah mempunyai agenda dalam setiap penulisannya. Sebagai penulis buku dan artikel politik antara tersohor di tanah air, bukan MSO namanya jika beliau tidak menulis tanpa nawaitunya politik.

Saya kenal MSO iaitu ahli kelab Blogger Revolusi 2013 itu. Saya sering mengikuti tulisannya yang tajam itu dan kadang-kadang ramalan dan bacaannya menjadi kenyataan. Selain penulisan, saya amat menghormati pengalaman dan pergaulannya.

Dalam posting terbaru blog penulis prolofik itu (http://msomelayu.blogspot.com), MSO ‘memancing’ dengan mengatakan Naib Presiden kanan PAS yang juga Ahli Majlis Syura Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sepatutnya menggantikan Timbalan Presiden sekarang berbanding Hj Mohd Sabu.

Mohd Sabu adalah satu-satunya calon yang mengisytiharkan untuk bertanding menentang pemegang jawatan Ustaz Nasharuddin Mohd Isa sementara Tuan Ibrahim sudah siang-siang menolak pencalonan Timbalan.

Di bawah ini saya perturunkan sepenuhnya tulisan beliau untuk nilaian tanpa sebarang prasangka.

MALAM tadi ketika makan bersama dua kawan, tokoh politik kami membicarakan siapa yang layak untuk jadi timbalan presiden. Tanpa mengenepikan timbalan sekarang, Nasharudin Mat Isa, sesiapa yang hendak menentang beliau mestilah mereka yang lebih berilmu, bersyaksiyah berbanding dengan Nasharudin, begitu kata saya.

Kata saya Nasharudin mempunyai beberapa keistimewaan tetapi sayang ia tidak diguna sepenuhnya dan kesempatan untuk belaiu pamirkan kebolehan itu semacam tersekat inilah menyebabkan beliau seakan tidak berketrampilan.

Bila kawan itu tanya saya tentang hasrat Mohamad Sabu saya tidak memberi apa-
apa komen. Saya hanya menjelaskan apa isyarat yang saya perolehi di Kuching dua migngu lepas. Kalau isyarat ini boleh diyakin dan ianya jelas, maka penama inilah yang layak untuk dicalonkan bagi merebut jawatan berkenaan. Isyarat itu juga menunjukkan Mohammad Sabu tidak berapa disenangi.

Saya juga mengira kalau orang ini dicalonkan ia menyebabkan Nasharudin berada dalam keadaan serba salah. Satu keputusan yang amat berat untuk dilakukan oleh ahli Parlimen Bachok itu.

Hari ini isyarat yang saya perolehi itu sudah pun jelas. Ia bukan menjadi rahsia lagi. Khabarnya Tok Guru Nik Aziz telah menyatakan cadangan agarnya Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden. Apabila cadangan itu dizahirkan maka isyarat dua minggu lepas jelas dan nyata.

Apabila isyarat itu sudah jelas saya percaya selepas ini senario dalam perebutan jawatan timbalan presiden akan berubah. Sekaligus ia akan merancakkan mutktamar Pas kali ini pertandingan mungkin bukan dua penjuru tetapi tiga, atau mungkin akan yang menarik diri.

Walaupun sebelum ini Tuan Ibrahim mengatakan dia akan menolak pencalonan tetapi dengan terluahnya isyarat itu beliau akan memikirkan kembali. Saya percaya.

Ulasan lanjut akan menyusul. [ttdi. 1:22 T/HARI 26/04/11]


Monday, April 25, 2011

Rahim Tamby Chik, video seks dan gadis bawah umur

Apabila Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Rahim Tambi Chik, iaitu antara orang yang bertanggungjawab menayangkan video aksi seks yang sedang sensasi dan kontroversi pada ketika ini, berkata beliau sedia dihukum demi menegakkan kebenaran dan kepentingan negara, ia mengingatkan ramai tentang kes mengaitkan beliau sebelum ini.

Rahim, bekas Ketua Menteri Melaka, dikatakan telah merogol seorang murid sekolah Noryati binti Mohamad Yusop yang ketika itu berumur 14 tahun.

Dalam perbicaraannya, murid itu telah memberi bukti bahawa dia melakukan hubungan seks dengan menteri tersebut. Di bawah undang-undang Malaysia yang berdasarkan undang-undang British, hubungan seks dengan gadis bawah umur dianggapi sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu bersetuju dengan perlakuan atau tidak.

Murid perempuan itu kemudian dihukum tiga tahun jagaan perlindungan di pusat pemulihan. Oleh kerana nenek perempuan tersebut iaitu Pendek binti Ahmad tinggal di Kota Melaka, Ahli Parlimennya Lim Guan Eng yang ketika itu merupakan Setiausaha Agung DAP, telah mengemukakan anomali-anomali.

Pada 28 Februari 1995, Lim didakwa di bawah Akta Hasutan, 1948 kerana menyebabkan "perasaan tidak puas hati akan pelaksanaan keadilan di Malaysia". Pada 17 Mac 1995, satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan kepadanya kerana 'mencetak dengan niat jahat' risalah yang mengandungi 'maklumat palsu', khususnya kerana beliau telah menggunakan perkataan 'mangsa terpenjara' untuk menggambarkan murid sekolah itu.

Dalam perbicaraan pertama pada tahun 1997, Lim telah disabitkan bersalah dalam kedua-dua tuduhan dan didenda sebanyak RM15,000. Kerajaan merayu ke atas hukuman yang dianggapi terlalu ringan dan pada perbicaraan yang berikutan, hukuman dinaikkan kepada penjara tiga tahun.

Disebabkan hukuman ini, Lim dilarang menjadi ahli parliamen secara automatik. Amnesty Antarabangsa telah menerima Lim sebagai "Banduan Hati Nurani". Marina Mahathir, anak perempuan kepada Perdana Menteri ketika itu juga membantah dengan menganggapnya tidak adil.

Kata Marina: “Sebagai seorang wanita, khususnya wanita Muslim, saya berasa marah, meluat dan malu... Sebagai seorang ibu, kini saya mengalami ketakutan yang benar terhadap anak perempuan saya. Apakah perlindungan yang kami dapat berharap bagi anak-anak perempuan kami sekiranya, dalam kepentingan politik, seorang gadis bawah umur boleh dikorbankan dengan amat mudah?"

Berikut disiarkan semula kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak ibunya Pendek binti Ahmad, nenek kepada Noryati binti Mohamad Yusop, mangsa rogol yang terlibat dengan kekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di Hotel Belmount, Melaka pada 3hb November 1999:

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan.

Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995. Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya.

Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen. Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya. Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya.

Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

Ahli Parlimen Kota Melaka waktu itu, Lim Guan Eng dipenjara
kerana mempertahankan gadis Melayu yang dirogol
oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik
“Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB.

Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu.”

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik. Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Lim Guan Eng ditangkap kerana membantu mangsa yang dirogol oleh Rahim Thamby Chik. Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara.

Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan. Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN.

Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami. Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka.

(petikan dari: asriblog.blogspot.com)


Hari ini Rahim berkata beliau rela dihukum kerana tindakannya menayangkan video aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang dengan seorang wanita warga asing adalah untuk menegakkan kebenaran dan kepentingan negara.

“Kalau kita didakwa, kita kenalah reda kerana ia adalah perjuangan menegakkan kebenaran, malah bagi saya kepentingan negara kita lebih besar daripada didakwa di mahkamah,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama (AGM) Koperasi Tani, Ternak dan Industri Melaka Berhad (KTIM) di Taman Bukit Piatu Mutiara, di sini, semalam.

Kata-kata beliau itu mungkin cabaran kerana setakat ini tidak ada pihak lain yang terlibat berkaitan video tersebut. Pihaknya yang menaja, mengarah, menayangnya kepada wartawan kemudian mengedarnya di internet lalu menjadikannya isu politik dan pilihan raya.

Jadi sepatutnya kes ini tidak serumit mana.

Friday, April 22, 2011

Tuan Ibrahim mahu jawatan Presiden, Timbalan ikut syura

TEMERLOH: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS diputuskan mengikut kaedah syura bagi menjamin gabungan kepimpinan terbaik.

Tambahnya, dalam masa yang sama hak ahli untuk memilih pemimpin masing-masing tidak pula dinafikan.

“Saya lebih cenderung jika jawatan nombor satu dan nombor dua dalam parti diputuskan mengikut kaedah syura, tetapi dalam masa yang sama tidak pula menafikan hak ahli untuk memilih kepimpinan.

“Kepada saya kaedah ini lebih baik dan praktikal demi untuk menggabungkan kepimpinan terbaik dan lebih fokus bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) daripada berkempen dan bersaing sesama sendiri,” katanya

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas tindakannya menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS bagi sessi 2011 – 2013 walaupun sudah mula menerima pencalonan daripada PAS kawasan-kawasan yang sedang bermesyuarat agung.

Pada ketika ini, beliau mendapat tidak kurang daripada 10 pencalonan.

Tuan Ibrahim merupakan calon Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Muktamar tahun 2009. Tahun ini beberapa kawasan mencalonkan beliau bertanding Timbalan tetapi beliau telah menolaknya dan hanya berhasrat untuk mempertahankan jawatan Naib.

Pada ketika ini hanya Haji Muhamad Sabu yang mengisytiharkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi mencabar pemegang jawatan Ustaz Nasharuddin Mohd Isa.

“Apa-apapun, saya fikir fokus kepada PRU itu lebih penting kerana kita membawa amanah yang berat daripada rakyat iaitu untuk melakukan perubahan kepada sistem dan pentadbiran negara. Jadi persoalan pencalonan perjawatan itu kita letaklah ke nombor dua walaupun memilih pemimpin juga penting dan di situ ada hak ahli,” tegasnya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menjangkakan PRU ke 13 akan berlaku tahun ini juga dan berharap semua jentera Pakatan Rakyat di segenap peringkat bersedia.

“Walaupun BN hanya menguasai 55 % undi popular dan klah di semua peti undi dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini, kita jangka (PM) Najib tidak akan menunggu lebih lama untuk mengadakan PRU. Apa lagi pemilihan Umno hanya ditangguhkan selama 18 bulan daripada tahun lalu,” katanya.

Bagi keputusan PRN Sarawak, Tuan Ibrahim berpendapat parti-parti yang berasaskan perkauman akan terpinggir pada masa depan dan tidak akan relevan lagi.

“Melihat kepada kekalahan teruk parti SUPP dan SNAP, gambaran jelas pada masa depan ialah parti bercorak perkauman tidak akan relevan lagi,” jelasnya.


Thursday, April 21, 2011

Mesej Nik Aziz kepada Aziz Bari: PAS tak sama dengan Umno

Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004, dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi, berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya.

Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya.

Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi.

Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar?

Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.


Sekian, wassalam.

- YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim.


Anak peneroka mahu borang tanah, tunggu 28 Mei

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan mengagihkan borang permohonan tanah kepada seluruh generasi kedua dan ketiga Felda dalam himpunan besar-besaran melibatkan warga Felda seluruh negara yang akan diadakan pada 28 Mei ini di Jengka, Pahang.

Tegas Mazlan Aliman, langkah tersebut merupakan sebagai persediaan awal Pakatan Rakyat melaksanakan tawaran 100 hari mereka yang terkandung dalam Buku Jingga.

Janji tersebut adalah untuk membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

"Apa yang disebut (Datuk) Ahmad Maslan kononnya janji untuk menghapuskan Felda Plantation ini gimik politik, saya nak ulangi ini bukan gimik politik.

"Ramai yang bertanya apa persediaan Pakatan Rakyat dalam perkara ini. Jadi saya tegaskan, inilah buktinya kita serius meningkatkan taraf sosio ekonomi 1.6 warga Felda," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Mazlan juga berkata, dalam himpunan tersebut akan ditayangkan montaj perancangan untuk mewujudkan Universiti Felda.

Katanya, perkara ini telah banyak kali dibincangkan dengan kerajaan dan Felda bagi menjimatkan peruntukan Felda yang terpaksa membayar geran kepada universiti swasta lain setiap tahun untuk program kerjasama.

"Kalau syarikat lain ada universiti sendiri, kenapa Felda tidak boleh ada universiti?,” soalnya seperti disiarkan Harakahdaily semalam.

Sementara itu, himpunan warga Felda anjuran Sekretariat Felda PAS Pahang itu akan dipenuhi pendedahan kepada peneroka hak-hak yang layak dituntut.

Himpunan juga berhasrat menjana momentum peneroka bersikap berani bagi menuntut hak mereka terhadap Felda di samping memperlihatkan bahawa PAS menjuarai isu-isu kezaliman terhadap peneroka seperti isu KPG, wang TTS dan harta pusaka (faraid) yang membawa perbalahan keluarga di kalangan peneroka Felda.

Untuk itu, satu dialog isu-isu peneroka Felda dan janji Pakatan Rakyat Selain itu, memprogramkan generasi muda supaya berkencederungan kepada PAS.

Bagi generasi muda, disediakan klinik permotoran dan demonstrasi pemanduan selamat oleh Yasir Saad selain santai bersama Bob Lokman.

Pada sebelah awal malam akan diadakan kenduri rakyat dan acara kemuncaknya ialah pidato umum semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.


Wednesday, April 20, 2011

Orang munafik memang suka bersumpah

Jika dilihat trend orang Umno sekarang, terutama dalam hal menuduh pemmimpin pembangkang ialah dengan memainkan isu sumpah. Kononnya, yang menuduh berani bersumpah demi untuk membenarkan dakwaan mereka.

Pendek kata, cabaran bersumpah sudah menjadi senjata kepada puak ini untuk mencabar lawan mereka, kononnya untuk mencari kebenaran. Oleh yang demikian, sekarang ini tidak hairan lagi jika terdengar laungan sumpa di sana sini, sebab mereka tahu kefahaman orang Melayu yang tidak berilmu tentang sumpah, amat menakutkan.

Terbaru, lidah rasmi Umno Utusan telah menyiarkan bahawa Trio Datuk T sanggup bersumpah demi menguatkan dakwaan atau fitnah mereka berkaitan video lucah yang mereka arahkan, terbitkan, tayangkan dan diedarkan pula lalu disokong oleh Umno.

Dalam kenyataan yang dapat liputan meluas akhbar rasmi Umno itu, mereka sanggup bersumpah walaupun di depan kaabah. Mereka juga mencabar para ulamak tertentu membuat sumpah laknat, kononnya untuk membenarkan fitnah yang mereka cipta.

Sebelum ini, di facebook ramai 'pejuang-pejuang maya' Umno yang mencabar supaya Anwar bersumpah itu dan ini. Mereka berhujah beralaskan sumpah itu dalam keadaan mereka jahil. Kononnya, kalau benar kenapa tak berani bersumpah?

Sebenarnya jika menurut seorang pendakwah, Ustazah Fatimah Az-Zahra, kerja bersumpah ini sebenarnya kerja orang munafik. Sebab oleh kerana mereka tahu mereka bohong, demi untuk meyakinkan orang ramai supaya pembohongan mereka diterima, maka mereka pun beriya-iya mahu bersumpah.

Kononnya supaya orang takut dengan sumpah, tetapi hakikatnya kepercayaan dan kefahaman penyumpah-penyumpah ini adalah sama seperti kefahaman Hindu dan animisme. Tetapi apa boleh buat, itulah kejahilan!

2 OKT terlepas lari di mahkamah Temerloh

Dua orang kena tahan (OKT) terlepas daripada kawalan polis pagi tadi, ketika turun daripada trak polis untuk dibicarakan atau direman di mahkamah Temerloh.

OKT tanpa bergari itu secara tiba-tiba melarikan diri melalui pintu pagar kecil menghala ke taman tasik Temerloh yang berhampiran, dengan masih berseragam lokap polis kira-kira jam 8.30 pagi sebelum dibawa untuk pendakwaan.

Dua OKT yang difahamkan dibawa dari lokap polis Triang itu, dipercayai mengambil kesempatan ketika pengawal masih dalam keadaan tidak begitu bersedia iaitu antara menuruni trak ke pintu masuk tingkat bawah, bahagian belakang mahkamah.

Ketika ini, pasukan polis sedang menjejak dan memburu OKT berkenaan dan belum terdengar mereka sudah ditangkap semula.

Sementara itu, OKT berkenaan dilaporkan berjaya merampas sebuah kereta sepasang suami isteri yang dikatakan baru selesai berjogging di taman rekreasi berkenaan. Menurut laporan, terdapat wang tunai berjumlah RM300 bersama dokumen diri dalam wallet yang ada dalam kereta berkenaan.


Tuesday, April 19, 2011

MB mesti serius tangani isu air paip tanpa tempoh

Cara Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang seakan-akan ‘mengugut’ supaya semua Adun diberi tempoh dua minggu untuk senaraikan kawasan bermasalah air paip atau tidak dipulihkan, dirasakan tidak sesuai.

Sebab seluruh daerah di negeri Pahang ini, sebagaimana sering dilapor di media-media saban hari, semuanya mengalami masalah bekalan air paip. Semua pihak merasakan, laporan masalah air di tempat masing-masing itu sepatutnya sudah sampai ke pengetahuan Mneteri Besar.

Akhbar melaporkan, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri semalam, Adnan meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri ini seupaya menyenaraikan kawasan-kawasan kritikal bekalan air dalam tempoh dua minggu untuk diambil tindakan segera.

Adnan berkata, Kerajaan Pusat sudahpun meluluskan peruntukan kepada Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah yang selama ini membelenggu kehidupan rakyat di negeri ini.

“Kerajaan Pusat sudah pun meluluskan peruntukan untuk membantu Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah bekalan air dan saya mahu dalam tempoh dua minggu semua Adun menyenaraikan kawasan-kawasan yang benar-benar kritikal.

“Mana-mana Adun yang tidak menyenaraikan kawasan itu dianggap tidak berminat atau tiada masalah tersebut di kawasan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan tambahan Norolazali Sulaiman (BN – Guai) pada Persidangan :Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-12, di Wisma Sri Pahang, semalam.

Sebenarnya masalah bekalan air ini sudah menghantui penduduk negeri ini sejak beberapa dekad. Masalah tersebut sudah tentu disebabkan kelemahan pengurusan. Kita katakan kelemahan pengurusan kerana Pahang mempunyai sumber air yang banyak.

Pahang memiliki sungai terpanjang di Semenanjung. Bahkan jika dicampur dengan kesemua anak sungai, dikatakan jarak panjangnya mencecah 11,000 kilometer. Bukan itu saja, negeri ini juga mempunyai taburan hujan yang kerap dan sering berlaku banjir. Ini bermakna daripada segi sumber, Pahang memiliki kekayaan air.

Bahkan air menjadi satu sumber pendapatan kepada negeri ini dan boleh dieksport pula ke negeri Selangor.

Namun kenapa sering penduduk di negeri ini berlaku keputusan bekalan air paip? Tidakkah itu bermakna kelemahan pengurusan?

Jadi, berlakunya gangguan bekalan kepada pengguna seluruh Pahang bukanlah bererti negeri ini kekurangan sumber bahan itu seperti sesetengah negeri lain. Malah apa yang berlaku ialah disebabkan kelemahan pengurusan mengagihkan bahan itu melalui agensi terbabit.

Antara sebab kelemahan sistem penyelenggaraan bekalan dan pengagihan sumber bahan mentah itu tidak dapat dilakukan secara sempurna ialah sistem paip lama yang banyak menimbulkan masalah tapi belum diganti.

Menurut sumber kerajaan, di Pahang terdapat 12,000 kilometer saluran paip bawah tanah dan 7,000 kilometer daripadanya merupakan paip lama yang perlu diselenggara dan diganti baru.

Berbalik kepada ‘cabaran’ Adnan untuk Adun siapkan dalam tempoh dua minggu itu, kita kena kena ingat bahawa menyelesaikan masalah rakyat tidak boleh dianggap sebagai cabutan bertuah mengikut tempoh masa atau peraduan ‘siapa cepat dia dapat’ saja. Berkhidmatlah dengan jujur dan ikhlas.

Kerana, kita semua makan gaji atas amanah perjawatan kita. Kita akan disoal kelak iaitu berkaitan amanah tersebut apabila dibicarakan di akhirat nanti!


Monday, April 18, 2011

Pejabat PAS Pahang diceroboh, dicuri

Ekoran bangunan pejabat Perhubungan PAS Pahang di Jalan Dato’ Bahaman, Temerloh yang diceroboh masuk kelmarin sehingga menyebabkan kehilangan barang-barang strategik, Seiausaha Perhubungan PAS Pahang mengingatkan agar semua pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta Ahli Parlimen Pakatan Rakyat seluruh Pahang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan kawalan termasuk ke atas pimpinan parti di peringkat negeri dan kawasan.

Sabtu lalu, pejabat PAS Pahang telah diceroboh masuk oleh mereka yang berkepentingan. Dalam kemalangan itu, sebuah komputer riba, tiga LCD, sebuah external hard disk dan wang tunai telah hilang. Empat keping atap genting dan sekeping siling berukuran 4 x 4 kaki ditingkat tiga, musnah.

Pencerobohan hanya disedari oleh staf pada sebelah pagi hari Ahad.

Penceroboh dipercayai terdiri daripada beberapa orang dan dipercayai memecah masuk ketika ketiadaan kakitangan di pejabat dan menggeledah di tempat-tempat yang seolah-olah diketahui strategik. Satu laporan polis telah dibuat.


Pelajar terbaik SMA Khairiah maut kemalangan

Pelajar Tingkatan 5 yang merupakan calon terbaik PMR tahun 2009 dan SMA 2010 dari Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh, meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan sekitar pukul 7 pagi tadi ketika dalam perjalanan ke sekolahnya dari rumahnya di Kerdau.

Mohd Faiz Jamaluddin, dari Tingkatan 5 Sains Ibnu Sina, bersama adiknya (Tingkatan 2 di sekolah yang sama) yang membonceng motosikal dipandunya, dikatakan terlanggar sebuah kereta Myvy milik seorang jururawat yang tiba-tiba membuat 'u-turn' berhampiran tadika Orang Asli tidak jauh daripada Sekolah Menengah Vokasional Sanggang.

Faiz meninggal dunia di tempat kejadian sementara adiknya dikatakan parah dan koma, kini masih ditempatkan di wad ICU Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.

Bapa Faiz ialah salah seorang pensyarah di UiTM Bandar Jengka.Ibunya Guru Penolong Kanan yang baru dinaikkan pangkat di sebuah sekolah menengah di Lanchang. Sebelum ini, Faiz dua beradik menumpang ibunya ke sekolah semasa ibunya masih mengajar di SMKT.

Pada pertandingan MASISUPA baru-baru ini, Faiz yang juga seorang pengawas sekolah, menjuarai pidato bahasa Arab.

Selamatkan Pahang mengucapkan salam takziah kepada keluarga Faiz. Doa kami semoga roh Faiz ditempatkan di kalangan para solihin.


Friday, April 15, 2011

Adnan 'ugut' tutup semua kilang jika tidak benar Lynas beroperasi

Harakahdaily

KUANTAN: Kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakub untuk menutup semua kilang di Gebeng jika Lynas Corporation yang memproses ‘rare earth’ tidak dibenarkan beroperasi disifatkan sebagai ugutan.

Pengerusi Majlis Bertindak Rakyat Negeri Pahang, Syed Ali Badaruddin Syed Othman, menganggap kenyataab bersifat ugutan tersebut dibuat setelah Kerajaan Negeri Pahang terdesak dengan bantahan rakyat dan tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Syed Ali memberi reaksi demikian kepada Harakahdaily, bagi mengulas kenyataan Adnan semalam ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ke 12, yang berkata kilang-kilang lain juga perlu ditutup sekali kerana mereka turut mengeluarkan bahan radioaktif.

“Jika kerajaan mengambil tindakan menghentikan projek Lynas, maka kilang-kilang lain juga perlu ditutup sekali karana mereka turut mengeluarkan bahan radioaktif.

“Kita lihat nanti reaksi keluarga serta 20,000 pekerja Gebeng sekiranya kerajaan negeri terpaksa mengambil tindakan menutup seluruh kawasan perindustrian tersebut,” kata Adnan semasa mencelah perbahasan berkaitan kilang Lynas.

Lynas Corporation Ltd (Lynas) merupakan syarikat milik penuh Australia yang memproses ‘rare earth’ bagi tujuan industri. Bahan tersebut dipunggah dari Australia manakala sisa pemprosesan iaitu bahan buangan thorium yang dikatakan mengandungi bahan radioaktif yang berbahaya kepada manusia dan alam itu, dilupuskan di Kuantan.

Mengikut kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang, syarikat berkenaan mula beroperasi September ini.

Syed Ali berkata, walaupun kilang Lynas merupakan pelaburan kepada negeri ini tetapi sangat berisiko yang akan ditanggung rakyat dan mempunyai kesan dalam jangka panjang yang tidak terfikir pada masa akan datang.

“Jadi pelaburan ini secara tidak langsung boleh ‘menghalau’ pelabur yang lain kerana kesan jangka panjangnya iatu dari segi fizikal atau mekanikal, apabila berlaku bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya tidak menjamin keselamatan pelupusan radioaktif.

“Kalau kita tengok, di Jepun semuanya pakar-pakar hebat tetapi bila berlaku Tsunami semunya hancur. Ini pula negeri ini yang tidak ada kepakaran seperti negara-negara maju, satu masa kalau berlaku bencana siapa akan bertanggungjawab,” soalnya.

Syed Ali berkata, kenapa kerajaan negeri perlu memilih pelaburan berisiko sedangkan negeri ini pilihannya banyak kerana kaya dengan hasil hutan tropika, pelbagai sumber galian, hasil tanah dan produk pelancongan yang kaya.

“Jadi pada saya MB hanya mengugut apabila berkata seluruh kilang di kawasan Gebeng patut ditutup jika kilang Lynas tidak dibenarkan beroperasi kerana bantahan rakyat,” katanya.


Thursday, April 14, 2011

Altantuya: Najib patut ‘bersih’ di mahkamah

Media pro-Umno hari ini, secara besar-besaran, telah memaparkan di muka hadapan masing-masing pengakuan pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin kini ‘menyebelahi’ Najib dalam kes pembunuhan Aminah @ Altantuya Shaariibuu.

Jika semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu Tv 3 menyiarkan Najib bersumpah dalam isu yang sama, kini Raja Petra pula tidak membenarkan akuan sumpahnya sendiri.

Dalam temu bual eksklusif dengan media lidah rasmi Umno TV3 di Perth, Australia, mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia yang datang untuk menuntut komisyen itu, adalah tidak benar.

Ertinya, beliau selama ini bersumpah palsu dan hanya menabur fitnah.

Katanya, beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut. Walaupun yang difahami umum, dalam blognya rakyat Malaysia dan seluruh dunia tahu tentang isu tersebut.

Raja Petra berkata, dalam Akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

Kita percaya, dengan pengakuan tepat sebelum pilihan raya Sarawak ini Raja Putra Kamarudin yang kini berada di luar negara kerana melarikan akan dapat pulang ke tanah air dengan selamat (mungkinkah itu syarat untuk beliau boleh pulang?).

Kita tidak tahu sebenarnya apa yang berlaku di sebalik pengakuan RPK pada saat yang dikatakan BN ‘genting’ di Sarawak ini

Namun begitu, saya fikir, rakyat tidak mudah untuk mempercayainya kerana ia dimainkan oleh media Umno sahaja. Yang terbaik untuk penyelesaiannya ialah melalui mahkamah kerana persoalan-persoalan dalam perbicaraan sebelum keputusan yang dijatuhkan kepada dua anggota polis di mahkamah dulu, masih banyak diselubungi misteri.

Lagi pun, kes ini sudah diperkatakan di peringkat antarabangsa.


Pandangan Adnan tentang Lynas ‘kebudak-budakan’

Cara ucapan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai Lynas Corporation, iaitu loji pemprosesan ‘rare earth’ terbesar di dunia yang mana sisa buangannya mengandungi bahan radiasi, dilihat emosional dan kebudak-budakan.

Semalam pada Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-12 yang sedang berlangsung,Adnan menyebut (seolah-olah mengugut) bahawa beliau akan turun padang bagi memberi penerangan tentang Lynas. Dan jika Lynas dibatalkan, beliau mahu kilang-kilang lain di Gebeng harus ditutup kerana katanya, ia juga menghasilkan radiasi.

Ucapan Adnan itu terbit ketika menempelak Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) yang mencadangkan supaya pakar dari China dipanggil bagi mengesahkan projek itu tidak memudaratkan rakyat ketika mencelah perbahasan Chong Siew Onn (DAP-Tras).

Adnan juga mendakwa, isu ini telah dipolitikkan pembangkang.

Persoalannya kenapa perlu berhujah sehingga begitu sebagai sebagai seorang Menteri Besar.

Di Laman Sosial Facebook, tindakan Adnan itu telah diulas dan diperkatakan dengan meluas. Di bawah ini dimuat turun perbincangan tersebut: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=212332788792345&set=a.114400355252256.15918.100000468768277&type=1&theater

Cucumatkilau Cmk's Photos - Wall Photos


Dlm sidang DUN smlm, MB Pahang kata.. DIA AKAN TURUN PADANG BG PENERANGAN dan jika Lynas dibatalkan maka KILANG2 LAIN DI GEBENG harus ditutp sbb ia juga hasilkan RADIASI.. Pelik betul mentaliti MB ni.. Isunyer LYNAS.. Sbb "RARE EARTH". Kilang lain x bawak bahan mentah RADIOAKTIF utk diproses kat sini. So apa masalahnyer. MB Pahang smakin pening dgin isu ini ... hehehe
Added 4 hours ago • LikeUnlike •

• 6 people like this.

o

Nurul Mubin Siraj dia merajuk..biasalah pe'el orang merajuk. silap2 macam marah nyamuk seekor bakar selambu.
4 hours ago • LikeUnlike
o

Norman Chorley Biarkan laa ...dia pun dah tak lama memimpin Pahang ...org lain akan ambik alih dan akan mempunya fikiran yg lebih prograsive utk memajukan negeri pahang ...انشـــــاء الله

4 hours ago • LikeUnlike
o

Wea Putera MB Pahang dah mula bengong !
4 hours ago • LikeUnlike
o

Irman Ibrahim bila pahang ni nak berubah lak... negeri lain dah mula berubah..ubah
4 hours ago • LikeUnlike
o

Khairul Junior Kesian rakyat pahang...akal MB nye tersangat bodoh....
3 hours ago • LikeUnlike
o
Khairil Abdul Rahim Allah mentakdirkan rakyat negeri Pahang dpt MB mcm 'Pak Pandir'. maka tugas rakyat Pahang kini utk menukar Pak Pandir berkenaan
3 hours ago • LikeUnlike
o

Cucumatkilau Cmk Anak bekas Exco Pahang terlibat Miss Malaysia Pahang 2011... fail dah lengkap.. tunggu pendedahannyer .. heheh
3 hours ago • LikeUnlike • 2 peopleLoading...
o
Khairil Abdul Rahim berilah kat koi nak tahu jugak... heheh
3 hours ago • LikeUnlike
o

Irman Ibrahim keh pun untuk PRU13 nnti mentok aok semua tukor jelaaa, pak pandir ni.. moh le... kita kemepn setiap daeroh.. Lepeh 4 change!!!
3 hours ago • LikeUnlike
o

Syamsul Rizal Sabri Johari Loji Penapisan Najis (IWK) Pun Tak Mampu Nak Jaga.........Inikan Pula Loji Nuklear........Sekadar Pandangan.......Kita Boleh Nilai Sendiri......
3 hours ago • LikeUnlike
o
Khairil Abdul Rahim kahkahakah!!!
3 hours ago • LikeUnlike
o
Khairil Abdul Rahim ande ker pulok pak pande tu ghoyat, tutplah seme kilang kilang lain juga sebab kilang lain pun kilang nuklear.... alamak .. mampus keh sakik peghot dgn hujah pak pande nihhh
3 hours ago • LikeUnlike
o

Khairul Junior jangan kita mtk pak pandir pahang je tukar...the big bos pak pandir pn kne kasi tukar gak....
3 hours ago • LikeUnlike
o
Khairil Abdul Rahim setuju!
3 hours ago • LikeUnlike
o

Daniel Ali elok la tok nan letak jawatan.........nmpak sgt IQ lemah.............
3 hours ago • UnlikeLike • 2 peopleLoading...
o

Rosli Ismail lain isu pulak.....iq bebudak betul....
3 hours ago • LikeUnlike
o

Indera Segara MB blh blah!
3 hours ago • LikeUnlike
o

Chu'amzahman Cahaya tuu la asyik mkn duit x halal..otak pon dh bioLLLLLLLLL
3 hours ago • LikeUnlike
o

Mat Sokri Khalib kalu tau dah ada rediasi..bakper bodo g tambah rediasi..bodo mb ni
3 hours ago • LikeUnlike
o

Indera Segara Kalo dia tau kilang2 lain tu ade radiasi, rupenye selame ni dah lme dia belot dgn rakyat..menganiaya rakyat..dia dah biarkan kilang2 tu beroperasi..desak MB letak jawatan!
3 hours ago • LikeUnlike
o

Mat Sokri Khalib sokong...IS
2 hours ago • LikeUnlike
o

Rohaifi Azri PENGGAL TERAKHIR SEBAGAI MB?
2 hours ago • LikeUnlike
o

Daniel Ali tolak BN...........undi PR.........selamatkan malaysia
2 hours ago • LikeUnlike
o

Indera Segara Sangat berharap..sama2 kita doakan dan tolak BN masa PRU13 nanti.
2 hours ago • LikeUnlike
o

Tukul Besi mb Pahang dah kena radioaktif..
2 hours ago • UnlikeLike • 1 personLoading...
o

Che Wan Rosdan dia dulu bukan cikgu fizik @ kimia...mane la tau....
2 hours ago • LikeUnlike
o

Che Wan Rosdan mana ada org buat produk, sisa radioaktif gi proses kat negara org...tu pun taklae pikir ker...
2 hours ago • LikeUnlike
o

Juraini Jrt x pe biar je mb tu nk ckp ape3 pun penggal ni je..........lain penggal dia dok di kws dia lah di bentong tu......hehehe
about an hour ago • LikeUnlike
o

Roslan Ahmad percakap MB itu menujukkan beliau ada kepentingan di situ. nada cakapnya ada bentuk ancaman, apa salahnya disiasat dulu dan bersedia tutup jika jelas membahayakan
54 minutes ago • LikeUnlike
o

Kharul Hamizi sbgi ank jti phg ape nk jd ngan MB phg nie...
14 minutes ago • Like




Wednesday, April 13, 2011

Apa kesudahan cerita Umno jual tanah kepada syarikat Cina?

Pada satu ketika dulu, Ketua Umno Bahagian Paya Besar yang merupakan bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pahang Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, telah mendedahkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah terlibat dalam penjualan tanah milik parti itu kepada syarikat bukan bumiputera.

Tajuddin juga mengancam akan membuat laporan polis dan Badan pencegah Rasuah (sekarang SPRM) terhadap Adnan berkaitan tanah milik Umno Pahang di lot PT 3171 (636 ekar) dan PT 3172 (404 ekar) masing-masing di mukim Luit, Maran.

Dalam bukti sijil yang ditunjukkan kepada media, mencatatkan kedua-dua tanah berstatus pertanian itu mula dimiliki oleh Umno Pahang pada 3 Jun 1980 kemudian bertukar tangan kepada dua syarikat iaitu Accent Palms Sdn Bhd dan Promvest Sdn Bhd yang kedua-duanya menggunakan alamat yang sama di Petaling Jaya, Selangor.

Tajuddin juga menghantar surat kepada Perdana Menteri ketika itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi) mendedahkan satu lagi skandal penjualan tanah milik Umno kepada syarikat bukan bumiputera. Tanah PT 2310 berkeluasan 7,000 ekar yang terletak di mukim Endau, Rompin. Iaitu milik syarikat Umno Pahang, Rangkaian Delima Sdn. Bhd. dan telah dijual kepada sebuah syarikat bukan bumiputera Ria Gemilang Sdn. Bhd.

Turut disebutkan Tajuddin dalam kenyataan medianya ketika itu ialah kemungkinan Adnan berbohong dengan menyatakan tanah milik parti itu dijual kepada Yayasan Pahang sedangkan berdasarkan Sijil Carian Rasmi Pejabat Tanah Kuantan menunjukkan tanah itu telah dijual kepada syarikat bukan Melayu.

Surat yang dibuat selepas pertemuan pemimpin Umno Bahagian Paya Besar dengan Adnan itu turut menyertakan sijil carian rasmi.
Berdasarkan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat Ria Gemilang juga mengesahkan ahli lembaga pengarah syarikat yang beralamat di Selangor itu semuanya bukan Melayu.

Semua itu episod ketika berlaku ‘perang dingin’ antara Tajuddin (yang tidak dipilih mempertahan kerusinya di Dun Lepar) dengan Adnan. Adnan dalam jawapan balasnya, menuduh itu semua fitnah, tetapi Tajuddin mencabar Adnan melaporkannya kepada polis.

Malangnya, cerita hangat yang berlaku pada 2008 itu, terus senyap tanpa diketahui siapa benar siapa salah.

Sepatutnya, rakyat negeri ini diberi penjelasan terbuka berkaitan isu berkenaan kerana ia merupakan dakwaan serius dan tidak sepatutnya ada kompromi. Mendiamkan terus isu berkenaan bermakna menutup isu sebenar daripada pengetahuan rakyat dan ini tidak wajar kerana setiap inci bumi Inderapura bertuah ini adalah milik rakyat negeri ini.

Jadinya, eloklah dibuka semula kes itu!



Gagal yakinkan rakyat, kerajaan batal taklimat Lynas

Setelah dua siri penerangan berkaitan operasi pembinaan kilang Lynas Corporation yang memproses "rare earth" (nadir bumi) di Gebeng, baki enam lagi sesi penerangan dibatalkan bermula malam tadi dipercayai atas arahan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sebelum ini, dua siri daripada 8 siri penerangan berkaitan isu kontroversi itu telah diadakan di Kompleks Dagangan Indera Mahkota dan di Duta Village Hotel, Sungai Karang minggu lalu anjuran kerajaan negeri.

Umum melihat, pembatalan program yang sepatutnya berlangsung malam tadi dan malam ini tanpa diketahui sebabnya, berkemungkinan kerana gagal meyakinkan warga Kuantan tentang jaminan keselamatan oelh menteri besar sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam dua siri penerangan anjuran kerajaan negeri itu, tidak dihadiri menteri besar atau Exco dan wakil Lynas. Yang ada hanya wakil daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Nuklear Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.

Akibatnya banyak soalan yang diutarakan tidak dapat dijawap dan diberi alasan bukan bidang kuasa mereka, ini menyebabkan ramai penduduk Kuantan yang menyertai dialog berkenaan kecewa dan menimbulkan tidak puas hati sehingga timbul sedikit ketegangan.

Tetapi apabila MB sendiri terus membatalkan terus enam lagi sessi taklimat yang dianjurkan kerajaan sendiri, keadaan ini akan lebih mengecewakan penduduk Kuantan yang berada dalam kebimbangan.

Lynas Corporation Ltd. merupakan syarikat milik penuh Australia yang memproses ‘rare earth’ bagi tujuan industri. Bahan tersebut dipunggah dari Australia manakala sisa pemprosesan iaitu bahan buangan thorium yang dikatakan mengandungi bahan radioaktif yang berbahaya kepada manusia dan alam.

Mengikut kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang, syarikat berkenaan mula beroperasi September ini.

Lynas dianugerahkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan ‘Strategic Pioneer Status’ iaitu syarikat berkenaan – tidak perlu membayar cukai import atau export selama 12 tahun.

Pada ketika ini, penduduk Kuantan sedang berusaha keras mendesak pembatalan operasi kilang berkenaan kerana mereka bimbang kesan radiasi daripada sisa buangan berkenaan boleh menimbulkan kesan negatif seperti barah bayi lahir cacat dan abnormal sehingga berlarutan memakan masa begitu lama.

Pelbagai cara bantahan telah dibuat penduduk antaranya berdemonstrasi di parlimen dan setiap kali lepas Sembahyang Jumaat di Masjid Balok. Tandatangan penduduk juga diambil dan sehingga kini sudah lebih 50,000 tandatangan dikutip dan pelbagai risalah mengenai bahaya kesan radiasi diedarkan kepada umum.




Tuesday, April 12, 2011

Muhyiddin ‘terhutang nyawa’ dengan Kapten Sahimi?

Pagi ini, ada rakan-rakan yang secara bergurau mengatakan: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘terhutang nyawa’ dengan juruterbang helikopter, Kapten Sahimi Razali.

Kapten Sahimi meninggal dunia pada jam 8.30 malam tadi di Hospital Sibu, akibat cedera parah setelah kenderaan yang dipandunya itu terhempas selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Muhyiddin yang sedang tenat berkempen di pilihan raya negeri Sarawak ketika ini.

Menurut laporan media, kejadian berlaku pada jam 1.50 tengahari semalam selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

Helikopter tersebut kemudian hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, malangnya jatuh ketika cuba mula terbang ketika berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki. Dipercayai, helikopter dalam keadaan hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh.

Semua ini takdir dan iradat Allah SWT. Bersyukurlah kita dengan apa jua kehendakNYA.

Cuma, moral ceritanya mudah. Dalam keadaan kita begitu ‘hilang kawalan’ berkempen dan berceramah, janganlah sampai menuduh orang itu ‘jembalang’ dan orang itu ‘hantu’. Pada ketika ini kita berpolitik dan berpilihan raya, justeru jangan hanya kerana berbeza parti politik lawan kita disembur dan dihambur dengan kata-kata yang mengaibkan orang lain.

Sebagai pemimpin, berpolitiklah dengan matang.

Berikanlah rakyat peluang untuk menilai dan memilih mana satu parti gabungan yang terbaik. Rakyat Sarawak telah memberikan parti Muhyiddin kuasa memerintah sejak tahun 1963 dulu lagi. Jadi mereka berhak menilai sama ada sepanjang kurang dua tahun setengah abad itu, berbaloi atau tidak kekuasaan diberikan berterusan kepada parti Muhyiddin berbanding taraf sosio-ekonomi kehidupan mereka.

Monday, April 11, 2011

Gerai mana caj RM13,000 pelanggan makan ikan patin?

Bandar Temerloh sekali lagi ‘meletup’ kerana kepopularan ikan patinnya. Dengan nama saintifiknya Pangasius Sutchi, keenakan rasanyanya terutama apabila digulai dengan tempoyak, mampu menarik penggemar-penggemar dari luar untuk datang menikmatinya.

Spesis ikan air tawar ini pernah mencetuskan kontroversi di negara ini kerana harganya yang mencecah ratusan ringgit sekilogram kerana permintaannya yang tinggi, keenakan rasanya dan tidak serupa dengan jenis terdapat di tempat lain.

Terdapat tiga jenis ikan yang bernilai komersial tinggi dan membiak dalam Sungai Pahang itu iaitu Patin Emas, Patin Buah dan Patin Muncung. Harga bagi sekilo Patin Emas ialah RM35, Patin Buah (RM80) dan Patin Muncung pula mencecah RM280 sekilo. Tetapi bagi pati yang dipelihara dalam sangkar cuma RM14 sekilo.

Dengan harga patin liar yang tinggi, menyebabkan ramai pengunjung luar yang ‘terkena’ selepas menikmati keenakan ikan patin di sini.

Terbaru agensi berita Bernama melaporkan seorang pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000. Ia berkaitan dengan cerita sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar. Jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260. Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian tersebut dikatakan telah menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Setelah menyiasat sedikit sebanyak tentang insiden berkenaan, saya diberitahu kedai yang dimaksudkan ialah sebuah gerai di pusat menjual makanan di Bukit Angin, iaitu berhampiran jambatan Temerloh. Kedai berkenaan ialah milik orang Umno (yang saya kenal), tetapi popular dan pernah masuk dalam ruangan ‘makan-makan’ di sebuah stesen televisyen tahun lalu.

Manakala yang ‘terkena’ itu pula ialah pemimpin Umno juga, beberapa orang “Dato’” wakil rakyat dan konco-konconya yang bertandang makan tengahari di situ selepas hari penamaan calon ketika pilihan raya kecil Dun Kerdau baru-baru ini.

Pada saya, caj yang dikenakan sebanyak itu walaupun tidak munasabah, tapi padanlah dengan Dato’ yang kaya itu. Dato’ itupun salah seorangnya ahli parlimen yang bergaji dua bidang tugasan. Kalau mahu, boleh “claim” punya. Lagipun, saya difahamkan Dato’ itu sendiri melalui “orangnya” yang memesan untuk makan ikan sungai di gerai itu.

Saya baru teringat, selepas Dato’ tersebut bersama gerombolannya itu makan pada tengahari tersebut, tidak lama selepas itu saya bersama seorang sahabat dari Kuala Lumpur pula yang menjamu selera di gerai berkenaan. Kawan saya yang sangat biasa makan di situ itu, belanja makan nasi ikan jelawat sungai (liar) dan kami dicajnya sekadar RM60 saja.

Pada saya tidak mahal dan berbaloi. Akan tetapi kenapa Dato’ berkenaan dicaj sedemikian rupa banyaknya?

Sunday, April 10, 2011

Warga Amerika sebar risalah kiamat 21 Mei 2011 di Kuantan

Kini sudah ada pelancong asing beragama Kristian, yang datang menyebarkan ajaran sesat.

Menurut emel yang diterima daripada seorang rakan, sekumpulan warga Amerika (USA) hari ini, di Kuantan, telah menyebarkan risalah berkaitan Judgement Day on May 21, 2011. Mereka juga memakai pakaian yang sama bertemakan Judgement Day. Mereka mendakwa, mereka dalam perjalanan ke merata tempat (menaiki kapal) untuk menyebarkan makluman ini kepada semua org seluruh dunia.

Semasa menyebarkan risalah ini, mereka mendakwa dengan kemusnahan dan bencana alam yang ada sekarang menunjukkan bahawa akan berlakunya Hari Akhir. Sebagai Muslim kita sentiasa percaya kepada Hari Akhirat (hidup selepas mati), tetapi menurut risalah yg diedarkan, Hari Kiamat itu akan berlaku pada 21 May 2011 mengikut formula mereka.

Sila rujuk risalah yang sama di:

http://www.familyradio.com/graphical/literature/judgment/judgment.html

Maka emel berkenaan menyebut: Jika penyebaran ini tidak dihentikan segera, kami sebagai muslim bimbang sekiranya ia boleh menggugat akidah Umat Islam dan mengkucar kacirkan keadaan.

Mohon penelitian supaya tindakan dapat diambil dengan segera bagi menyekat penyebaran mereka secara terang-terangan.

Saturday, April 9, 2011

TPM sibuk berkempen di Sarawak, pengusaha kantin “nak mampus”

Memandang kepada kempen-kempen Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berjanji itu dan itu, seolah-olah menampakkan betapa sempurnanya kerja buat yang dilakukannya.

Tapi sebenarnya jauh daripada itu, betapa banyaknya lagi persoalan yang tidak diselesaikan beliau.

Sebagai contoh isu buku Bahasa Inggeris Tahun 1 yang tersalah cetak, sehingga kini belum selesai. Sudahlah kerugian wang rakyat mencecah jutaan ringgit, pelajar-pelajar yang baru amsuk sekolah juga terpaksa membuang masa berbulan-bulan.

Begitu juga dengan isu buku teks SPM Interlok yang kontroversi berterusan itu. Kenapakah Kementerian Pelajaran yang diketuai Muhyiddin begitu bebal tidak menimbang dengan teliti buruk baiknya sesebuah buku dijadikan teks wajib terlebih dahulu? Apakah yang sebenarnya yang mereka buat di pejabat?

Rupa-rupanya, bukan itu saja. Di ruangan Interaktif akhbar Sinar Harian (edisi Pahang) hari ini, saya menemukan aduan di bawah ini:

Jangan aniaya kami
KESIANLAH pada kami yang usahakan kantin sekolah. Sudah tiga bulan kami tidak dibayar duit RMT. Macam mana nak pusing modal? Duit hari-hari keluar. Jangan aniaya kami. Kalau dah nak bankrap, jangan buat RMT. Kami pun tak sakit hati. - SUSAH CARI MAKAN


RMT ialah program Rancangan Makanan Tambahan (Sekolah Rendah) bagi pelajar-pelajar miskin. Tetapi sejak Muhyiddin mengambil alih kementerian tersebut beberapa tahun lalu, banyak perkara yang menimbulkan kontroversi. Antaranya syarat penerima RMT diperketat.

Banyak lagi yang berlaku. Dikatakan Kementerian Pelajaran di bawah Muhyiddin mengalami pemotongan bajet paling besar dalam sejarah. Antaranya, pernah pelajar-pelajar asrama disuruh balik setiap minggu kerana peruntukan makanan hari cuti telah dimansuhkan.

Peruntukan seragam sukan sekolah juga ditarik balik dan banyak lagi yang hanya komuniti guru sahaja yang mengetahuinya.

Pendek kata, Muhyiddin gagal mempertahankan peruntukan biasa untuk kementeriannya, sedangkan bajet pembaziran lain gagal dicegah.

Muhyiddin jugalah yang berkata jika PR memerintah dan dalam 100 hari akan menambah elaun guru sebanyak RM500, kerajaan akan bankrap.

Namun berdasarkan rungutan peniaga kantin di atas, yang kelihatan ialah kerajaan BN yang lebih dulu bankrap sebelum Pakatan ke Putrajaya!

Thursday, April 7, 2011

Sensitifkah Tok Nan dengan masalah rakyat?

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan rintihan seorang pembantu am pejabat, Saripah Ismail, 50, yang merupakan antara 24 pembeli mangsa penipuan pemaju pangsapuri kos rendah Perdana Raya, Karak.

Kakitangan kerajaan BN itu telah membeli rumah berkenaan pada 2005 dan membayar RM452.58 setiap bulan sehingga kini dan dalam masa sama terpaksa membayar rumah sewa dengan kadar RM300 sebulan.

Orang Melayu dalam Parlimen Bentong itu melahirkan rasa terkilan kerana masih belum dapat mendiami rumah itu walaupun sudah hampir lapan tahun membelinya.

“Apa yang diharapkan adalah kemelut dihadapi pembeli tidak berlarutan dan saya amat berharap kepimpinan di peringkat negeri termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob mendengar rintihan kami,” rayunya.

Sedih dan simpati ada, kelakar pun ada kami membacanya. Apakah Adnan yang merupakan Ketua Umno Bahagian Bentong itu mahu mendengar rintihan Saripah?

“Sebagai pembeli, siapa tidak sedih melihat keadaan rumah sebegitu rupa sedangkan kami amat berharap dapat mendiaminya dan merasai pengalaman memiliki rumah sendiri.

“Jika rumah ini tidak dapat didiami, pihak berwajib perlu mengambil tindakan segera termasuk memulangkan kembali bayaran kepada pembeli atau menggantikannya dengan rumah baru,” katanya.

Sebenarnya Selamatkan Pahang sudah acap kali menyiarkan masalah pembeli rumah yang dihebohkan sebagai projek “Dato Zaini”, yang kalau tidak silap juga merupakan rakan seUmno Adnan di Bentong itu.


Pangsapuri kos sederhana rendah yang bernilai antara RM56,000 hingga RM63,000 (tingkat bawah) itu telah diubah oleh pemaju daripada pelan asalnya yang dianggap pembeli sebagai menipu.

Akibatnya, bentuk pangsapuri tersebut bertukar menjadi seperti sebuah bangunan sekolah manakala binaan dalamannya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan sehingga Majlis Daerah Bentong (MDB) tidak mengeluarkan sijil menduduki (CF).

Dikelilingi semak samun sementara bangunannya sudah banyak yang retak dan longkang serta cermin tingkapnya pecah. Kebanyakan kabel elektrik sudah dicuri. Di bahagian dalamnya dipenuhi lepekan akhbar dipercayai menjadi ‘port’ remaja melakukan maksiat dan tempat penagih melepaskan gian.

Pembelinya terdiri daripada 11 Melayu, 10 Cina dan tiga India, mula dibina pada tahun 2003 itu terletak di atas tanah kerajaan atas nama Puncak Properties di lot 3335, H.S (D) 14104 P.T 594 dan dimajukan oleh sebuah syarikat yang dipercayai ada kaitan dengan Umno Bahagian Bentong, IT Prima Development Sdn Bhd.

Apa lagi yang tidak dilakukan oleh pembeli yang telah menubuhkan jawatankuasa bertindak, mereka telah membuat laporan polis. Mereka juga telah mengadu hal berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabai, Ahli Parlimen Bentong, pembantu peribadi Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang minta diselesaikan.

Malangnya, semuanya tidak berhasil kerana masing-masing berlepas tangan. Aduan juga sudah dibuat kepada Biro Pengaduan Awam dan Senator Datuk T. Murugiah sendiri telah turun mengadakan rundingan dengan wakil jawatankuasa dan jabatan berkaitan malangnya wakil pemaju tidak hadir dan masalah terus senyap tanpa penyelesaian.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah juga dihubungi. Unit korporat pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang juga berjanji untuk selesaikan dalam tempoh 10 hari, tapi sampai ini senyap.

Macam-macam cara dibuat termasuk pernah bertemu dengan i Adnan Yaakob minta beliau campur tangan, tapi beliau kata tidak tahu menahu sedangkan ini ialah kawasannya. Pembeli juga ada mengutus surat kepada Sultan Pahang meminta baginda melihat nasib mereka, tetapi juga terus sunyi sepi.

Kini pilihan raya hampir muncul lagi. Kita percaya pemimpin Umno dan BN akan terus berjanji dan berjanji lagi. Kerana janji itulah senjata paling ampuh pihak kerajaan demi untuk terus mendapat undi dan sokongan rakyat!

Satu lagi, apakah Adnan berminat untuk mengetahui atau campur tangan atau berusaha menyelesaikan masalah pengundi di kawasannya itu? Ataupun Adnan lebih berminat dengan pembinaan kilang Lynas di Gebeng? Inilah yang sedang dinanti-nantikan semua pihak dengan penuh debaran!

Wednesday, April 6, 2011

Mainan isu video seks wujud kesan negatif kepada generasi muda

TEMERLOH: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Nik Zawawi Nik Salleh berkata, isu video seks yang pada asalnya didedah untuk meraih kepentingan politik sebenarnya memberi kesan negatif kepada generasi muda dan kanak-kanak.

Nik Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura PAS Pusat berkata, isu video seks yang diulang-ulang dalam berita televisyen dan akhbar arus perdana menimbulkan suasana tidak selesa kepada ibu bapa.

“Saya jadi begitu segan bila menonton televisyen bersama anak-anak kerana bermacam-macam istilah lucah yang keluar.
Begitu juga akhbar arus perdana yang mengulang-ulang berita aib itu, sedangkan akhbar berkenaan dilanggan di sekolah-sekolah.

“Akhirnya terbit budaya baru di mana istilah-istilah porno menjadi sebutan biasa dan gurauan pelajar-pelajar sekolah rendah,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Temerloh baru-baru ini.

Nik Zawawi berkata, penularan budaya negatif itu mesti disekat segera oleh semua institusi masyarakat kerana negara sudah sedia terbeban dengan pelbagai masalah sosial yang tenat.

“Bayangkan gejala buang bayi sahaja sudah tidak terbendung dan sekarang yang mengandung luar nikah serta seks bebas bukan lagi wanita tidak berpelajaran tetapi lebih teruk melibatkan pelajar institut pengajian tinggi.

“Tengok, sekarang tidak ada kampung yang tidak dilanda masalah dadah. Peningkatan jenayah juga semakin hari semakin menakutkan,” katanya.

Dengan sebab itu, kata Nik Zawawi, PAS sebagai sebuiah gerakan Islam mesti berusaha tidak membiarkan kerajaan yang ada ini bertapak lebih lama kerana sudah jelas gagal membendung negara ke kancah gejala sosial yang parah.

Tambahnya, rakyat juga terpaksa menanggung kos kehidupan yang tinggi akibat gejala rasuah yang tidak terkawal.

“Sebab itu saya katakan jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara ini, lebih daripada Buku Jingga yang boleh dilaksana sebab negara ini kaya tetapi rasuah banyak.

“Sebagai contoh kita lihat Arab Saudi hanya ada petroleum semata-mata tanpa ada komoditi lain tetapi boleh bagi pendidikan percuma, rawatan percuma. Saya tahu betul, gaji permulaan seorang guru saja di sana RM6,000.

“Arab Saudi pengeluar minyak dan boleh jual minyak kepada rakyatnya dengan harga 35 sen seliter, harga kereta jauh lebih murah dan tol tidak ada. Bukan macam Malaysia wang saman ekor pun kerajaan nak kebas daripada rakyat.

“Malaysia ini bukan saja pengeluar minyak tetapi juga getah, kelapa sawit, bijih timah... ada emas pelancongan dan sebagainya. Tetapi bagaimana dengan kos kehidupan rakyatnya?,” soalnya.

Tambah Nik Zawawi, sebab itu Malaysia ini kaya dan ada semua bahan mentah tetapi rakyat tetap ditekan dengan kos hidup yang tinggi.

“Apabila Pakatan buat tawaran jika memerintah, Wok Yeh-Wok Yeh Umno kata kalau laksana Buku Jingga negara akan bankrap. Sebenarnya pemikiran merekalah yang bankrap,” ujarnya.

Sementara itu di majlis berkenaan Nik Zawawi turut diberi penghormatan menerima keahlian baru daripada PAS Cawangan Sungai Gau.


GAMBAR:
1. Nik Zawawi berucap, merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Temerloh
2. Ketua PAS Cawangan Sungai Gau, Roslan Ahmad menyerahkan borang keahlian baru


Lagi mati, berhantukah pejabat SPRM?

Jika dulu heboh dan kecoh dengan kematian seorang pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock, hari ini seorang pegawai kastam pula ditemui mati dipercayai terjatuh di bangunan SPRM.

mStar Online melaporkan, seorang pegawai kastam yang sedang disiasat berkaitan dakwaan lari dari cukai bernilai berbilion ringgit yang dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu, maut pada pagi Rabu selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Jalan Cochrane di sini.

Dipercayai pegawai terbabit kembali ke pejabat SPRM tersebut untuk menemui pegawai penyiasat bagi kesnya.

Pegawai penyiasat terbabit memintanya menunggu sebelum beredar untuk mengambil fail kes berkenaan.

Bagaimanapun, beliau kemudian pegawai kastam berkenaan tidak ada, kata Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali.


Video lucah: Muka macam Anwar, badan macam Najib

http://ajijoi.blogspot.com/2011/04/video-lucah-muka-macam-anwar-badan.html

Ramai yang marah-marah apabila video yang didakwa sebagai video lucah seorang pimpinan tertinggi pembangkang dimuatnaikkan kedalam laman video youtube sehingga semua peringkat umur rakyat Malaysia dapat menontonnya. Jika sebelum ini, hanya wartawan terpilih sahaja yang bertuah mendapat jemputan tayangan video tersebut disebuah hotel eksklusif.

Ramai juga yang kehairanan dan tertanya-tanya, bagaimana video yang telah diserahkan kepada pihak polis boleh terlepas kealam maya?

Mungkin segala apa yang berlaku mengenai video lucah tersebut satu persatu berjalan mengikut seperti yang telah dirancang. Jangan ditanya mengapa polis masih tidak mengambil tindakan terhadap trio Datuk T yang lepas bebas sehingga hari ini, bagaimana video tersebut ditayangkan dimerata ceruk negara dan kini menyusup masuk kesetiap rumah yang berinternet, bukan sahaja dinegara kita malah seluruh dunia.

Biarpun video yang dimuatnaikkan kedalam laman youtube itu hanya sebagai 'pembuka selera' sekitar seminit lebih berbanding dengan video asal yang berdurasi selama hampir setengah jam, ianya lebih berbentuk 'rahmat' kepada pihak pembangkang. Terutamanya Anwar sendiri.

Jika sebelum ini, semua penyokong Anwar menghentam 'pembikin filem' lucah ini tanpa menontonnya terlebih dahulu. Hentaman itu pula dilantunkan dimasa faktanya masih diawang-awangan, segalanya menggunakan logik akal. Mana mungkin Anwar berbuat begitu, kata mereka membela.

Dengan adanya 'teaser' video tersebut sedia ditonton dilaman youtube, semua rakyat boleh menyaksikannya dengan mata kepala sendiri untuk menilai akan 'ketulenan' dakwaan yang dilemparkan kepada Anwar. Video tersebut telah disahkan tulen oleh pihak polis tetapi apa yang dimahukan oleh orang ramai adalah pengesahan ketulenan pelakon video tersebut. Benarkah Anwar ataupun pelanduk dua serupa?

Tidak dinafikan video tersebut bisa berkesan kepada penonton yang hanya melihat dipermukaannya sahaja dan mungkin juga terus mengiyakan bahawa memang Anwarlah yang mereka saksikan bertuala didalam bilik hotel dengan seorang gadis berkulit putih.

Manakala bagi penonton yang sedikit teliti, dengan sekali tonton sahaja mereka bisa menemui beberapa kejanggalan yang terpapar divideo tersebut. Banyak persoalan akan menerjah keminda mereka, mengapa begitu dan mengapa begini. Tidak akan terus menelan bulat-bulat tetapi akan mengunyahnya dahulu.

Rata-rata komentar orang ramai yang menonton video tersebut akan berpusat kepada susuk tubuh 'pelakon' itu berbanding dengan bentuk badan Anwar sendiri. Bahu yang lebar dan bongkok, berbuah dada dan perut yang buncit memang jauh sekali daripada potongan badan Anwar. Tetapi lebih kepada susuk tubuh Najib, ada juga yang mengandaikannya begitu.

Tulisan yang merentang skrin sepanjang video tersebut juga menjadi tandatanya. Mengapa ada tulisan siam pada video yang dikatakan dirakam dengan kamera cctv disebuah hotel ditengah bandaraya Kuala Lumpur pada bulan Februari yang lalu? Apakah kamera yang digunakan buatan Thailand sehingga tulisan tersebut tersiar sama?

Apabila diterjemahkan tulisan itu, ternyata ianya adalah nama sebuah jalan di bandar Bangkok, Thailand. Apa kena mengena nama jalan di Bangkok dengan rakaman disebuah hotel di Kuala Lumpur? Satu lagi persoalan besar yang perlu dijawab oleh trio Datuk T.

Jika suatu masa dahulu heboh dengan video seks artis-artis Malaysia, tetapi sebenarnya hanyalah video seks daripada Thailand yang muka pelakonnya seiras dengan artis negara ini, lalu digunakan oleh pihak penjual untuk melariskan video seks mereka itu. Gimik orang berniaga.

Mungkin pendekatan yang sama juga digunakan oleh trio Datuk T yang mempunyai motif yang cukup kuat untuk mengenakan Anwar, sayangnya sehingga kini mereka langsung tidak disentuh oleh pihak polis walaupun laporan polis telah dibuat dan pengakuan penglibatan mereka disiarkan semua rangkaian berita negara.

Politik untuk menjatuhkan seseorang pemimpin dinegara ini semakin hilang arah. Tersasar daripada landasan maruah dan moral. Semakin jijik dari hari kehari semata-mata untuk bergayut kepada kuasa yang ada. Generasi sekarang telah runtuh akhlaknya dengan gejala sosial yang menakutkan, apakah politik negara mahu generasi yang akan datang menjadi lebih teruk lagi sehinggakan menonton video lucah itu 'dihalalkan' atas nama 'menegakkan kebenaran'?

ajijoiblog

Monday, April 4, 2011

Gen 2 Felda Kota Gelanggi tuntut hak

Tanpa dipengaruhi parti politik, seramai 600 generasi kedua Felda Kota Gelanggi 1 dan 3 Jerantut minggu lalu berdemonstrasi secara aman sambil mengemukakan memorandum yang menggesa kerajaan serta Felda menangani masalah pemilikan tanah termasuk perumahan yang gagal diselesaikan sehingga kini.

Memorandum yang mengandungi sebanyak 600 tandatangan generasi kedua dan warga peneroka dari kedua-dua tanah rancangan itu dikumpulkan untuk diserahkan kepada kepimpinan.

Ia membangkitkan mengenai dua tuntutan iaitu isu keperluan pembinaan rumah dan pemilikan tanah dalam kalangan generasi kedua yang masih menetap serta bekerja dalam kawasan Felda seiring dengan pertambahan penduduk.

Pertubuhan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) dan disokong oleh PAS, telah lama memperjuangkan soal kebajikan ini. Namun selama ini Felda dan Umno beriya-iya menafikan hak warga Felda ini walhal kekayaan agensi tersebut adalah daripada keringat dan titik peluh entiti tersebut.

Generasi kedua terutama yang menetap dan bekerja dalam kawasan Felda sebenarnya amat memerlukan penempatan kerena kebanyakan mereka masih menumpang tinggal bersama ibu bapa. Ada kes, di bawah satu bumbung rumah peneroka, terdapat banyak keluarga anak beranak kerana tiada tempat tinggal lain.

Sedangkan, masih terdapat lot tanah kosong yang boleh dibangunkan Kerajaan Negeri dalam kawasan Felda untuk memenuhi tuntutan sosial dan kebajikan generasi kedua, di sini.

Jika generasi kedua di kawasan lain boleh memperoleh lot tanah untuk penempatan, maka mereka juga layak menerima kemudahan sama seperti itu. Lot tapak dan pembinaan sendiri dengan bersyarat dapat membantu meringankan beban generasi kedua dan membolehkan mereka tidak ketinggalan untuk menikmati kehidupan lebih selesa.