Memandang kepada kempen-kempen Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berjanji itu dan itu, seolah-olah menampakkan betapa sempurnanya kerja buat yang dilakukannya.
Tapi sebenarnya jauh daripada itu, betapa banyaknya lagi persoalan yang tidak diselesaikan beliau.
Sebagai contoh isu buku Bahasa Inggeris Tahun 1 yang tersalah cetak, sehingga kini belum selesai. Sudahlah kerugian wang rakyat mencecah jutaan ringgit, pelajar-pelajar yang baru amsuk sekolah juga terpaksa membuang masa berbulan-bulan.
Begitu juga dengan isu buku teks SPM Interlok yang kontroversi berterusan itu. Kenapakah Kementerian Pelajaran yang diketuai Muhyiddin begitu bebal tidak menimbang dengan teliti buruk baiknya sesebuah buku dijadikan teks wajib terlebih dahulu? Apakah yang sebenarnya yang mereka buat di pejabat?
Rupa-rupanya, bukan itu saja. Di ruangan Interaktif akhbar Sinar Harian (edisi Pahang) hari ini, saya menemukan aduan di bawah ini:
Jangan aniaya kami
KESIANLAH pada kami yang usahakan kantin sekolah. Sudah tiga bulan kami tidak dibayar duit RMT. Macam mana nak pusing modal? Duit hari-hari keluar. Jangan aniaya kami. Kalau dah nak bankrap, jangan buat RMT. Kami pun tak sakit hati. - SUSAH CARI MAKAN
RMT ialah program Rancangan Makanan Tambahan (Sekolah Rendah) bagi pelajar-pelajar miskin. Tetapi sejak Muhyiddin mengambil alih kementerian tersebut beberapa tahun lalu, banyak perkara yang menimbulkan kontroversi. Antaranya syarat penerima RMT diperketat.
Banyak lagi yang berlaku. Dikatakan Kementerian Pelajaran di bawah Muhyiddin mengalami pemotongan bajet paling besar dalam sejarah. Antaranya, pernah pelajar-pelajar asrama disuruh balik setiap minggu kerana peruntukan makanan hari cuti telah dimansuhkan.
Peruntukan seragam sukan sekolah juga ditarik balik dan banyak lagi yang hanya komuniti guru sahaja yang mengetahuinya.
Pendek kata, Muhyiddin gagal mempertahankan peruntukan biasa untuk kementeriannya, sedangkan bajet pembaziran lain gagal dicegah.
Muhyiddin jugalah yang berkata jika PR memerintah dan dalam 100 hari akan menambah elaun guru sebanyak RM500, kerajaan akan bankrap.
Namun berdasarkan rungutan peniaga kantin di atas, yang kelihatan ialah kerajaan BN yang lebih dulu bankrap sebelum Pakatan ke Putrajaya!
Yang kaya semakin kaya,yang miskin semakin miskin.
ReplyDeleteMinah Indon hina Rasulullah S.A.W di Facebook ?
Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
"Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ?
Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!