Wednesday, April 6, 2011

Video lucah: Muka macam Anwar, badan macam Najib

http://ajijoi.blogspot.com/2011/04/video-lucah-muka-macam-anwar-badan.html

Ramai yang marah-marah apabila video yang didakwa sebagai video lucah seorang pimpinan tertinggi pembangkang dimuatnaikkan kedalam laman video youtube sehingga semua peringkat umur rakyat Malaysia dapat menontonnya. Jika sebelum ini, hanya wartawan terpilih sahaja yang bertuah mendapat jemputan tayangan video tersebut disebuah hotel eksklusif.

Ramai juga yang kehairanan dan tertanya-tanya, bagaimana video yang telah diserahkan kepada pihak polis boleh terlepas kealam maya?

Mungkin segala apa yang berlaku mengenai video lucah tersebut satu persatu berjalan mengikut seperti yang telah dirancang. Jangan ditanya mengapa polis masih tidak mengambil tindakan terhadap trio Datuk T yang lepas bebas sehingga hari ini, bagaimana video tersebut ditayangkan dimerata ceruk negara dan kini menyusup masuk kesetiap rumah yang berinternet, bukan sahaja dinegara kita malah seluruh dunia.

Biarpun video yang dimuatnaikkan kedalam laman youtube itu hanya sebagai 'pembuka selera' sekitar seminit lebih berbanding dengan video asal yang berdurasi selama hampir setengah jam, ianya lebih berbentuk 'rahmat' kepada pihak pembangkang. Terutamanya Anwar sendiri.

Jika sebelum ini, semua penyokong Anwar menghentam 'pembikin filem' lucah ini tanpa menontonnya terlebih dahulu. Hentaman itu pula dilantunkan dimasa faktanya masih diawang-awangan, segalanya menggunakan logik akal. Mana mungkin Anwar berbuat begitu, kata mereka membela.

Dengan adanya 'teaser' video tersebut sedia ditonton dilaman youtube, semua rakyat boleh menyaksikannya dengan mata kepala sendiri untuk menilai akan 'ketulenan' dakwaan yang dilemparkan kepada Anwar. Video tersebut telah disahkan tulen oleh pihak polis tetapi apa yang dimahukan oleh orang ramai adalah pengesahan ketulenan pelakon video tersebut. Benarkah Anwar ataupun pelanduk dua serupa?

Tidak dinafikan video tersebut bisa berkesan kepada penonton yang hanya melihat dipermukaannya sahaja dan mungkin juga terus mengiyakan bahawa memang Anwarlah yang mereka saksikan bertuala didalam bilik hotel dengan seorang gadis berkulit putih.

Manakala bagi penonton yang sedikit teliti, dengan sekali tonton sahaja mereka bisa menemui beberapa kejanggalan yang terpapar divideo tersebut. Banyak persoalan akan menerjah keminda mereka, mengapa begitu dan mengapa begini. Tidak akan terus menelan bulat-bulat tetapi akan mengunyahnya dahulu.

Rata-rata komentar orang ramai yang menonton video tersebut akan berpusat kepada susuk tubuh 'pelakon' itu berbanding dengan bentuk badan Anwar sendiri. Bahu yang lebar dan bongkok, berbuah dada dan perut yang buncit memang jauh sekali daripada potongan badan Anwar. Tetapi lebih kepada susuk tubuh Najib, ada juga yang mengandaikannya begitu.

Tulisan yang merentang skrin sepanjang video tersebut juga menjadi tandatanya. Mengapa ada tulisan siam pada video yang dikatakan dirakam dengan kamera cctv disebuah hotel ditengah bandaraya Kuala Lumpur pada bulan Februari yang lalu? Apakah kamera yang digunakan buatan Thailand sehingga tulisan tersebut tersiar sama?

Apabila diterjemahkan tulisan itu, ternyata ianya adalah nama sebuah jalan di bandar Bangkok, Thailand. Apa kena mengena nama jalan di Bangkok dengan rakaman disebuah hotel di Kuala Lumpur? Satu lagi persoalan besar yang perlu dijawab oleh trio Datuk T.

Jika suatu masa dahulu heboh dengan video seks artis-artis Malaysia, tetapi sebenarnya hanyalah video seks daripada Thailand yang muka pelakonnya seiras dengan artis negara ini, lalu digunakan oleh pihak penjual untuk melariskan video seks mereka itu. Gimik orang berniaga.

Mungkin pendekatan yang sama juga digunakan oleh trio Datuk T yang mempunyai motif yang cukup kuat untuk mengenakan Anwar, sayangnya sehingga kini mereka langsung tidak disentuh oleh pihak polis walaupun laporan polis telah dibuat dan pengakuan penglibatan mereka disiarkan semua rangkaian berita negara.

Politik untuk menjatuhkan seseorang pemimpin dinegara ini semakin hilang arah. Tersasar daripada landasan maruah dan moral. Semakin jijik dari hari kehari semata-mata untuk bergayut kepada kuasa yang ada. Generasi sekarang telah runtuh akhlaknya dengan gejala sosial yang menakutkan, apakah politik negara mahu generasi yang akan datang menjadi lebih teruk lagi sehinggakan menonton video lucah itu 'dihalalkan' atas nama 'menegakkan kebenaran'?

ajijoiblog

No comments:

Post a Comment