Pelajar Tingkatan 5 yang merupakan calon terbaik PMR tahun 2009 dan SMA 2010 dari Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh, meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan sekitar pukul 7 pagi tadi ketika dalam perjalanan ke sekolahnya dari rumahnya di Kerdau.
Mohd Faiz Jamaluddin, dari Tingkatan 5 Sains Ibnu Sina, bersama adiknya (Tingkatan 2 di sekolah yang sama) yang membonceng motosikal dipandunya, dikatakan terlanggar sebuah kereta Myvy milik seorang jururawat yang tiba-tiba membuat 'u-turn' berhampiran tadika Orang Asli tidak jauh daripada Sekolah Menengah Vokasional Sanggang.
Faiz meninggal dunia di tempat kejadian sementara adiknya dikatakan parah dan koma, kini masih ditempatkan di wad ICU Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.
Bapa Faiz ialah salah seorang pensyarah di UiTM Bandar Jengka.Ibunya Guru Penolong Kanan yang baru dinaikkan pangkat di sebuah sekolah menengah di Lanchang. Sebelum ini, Faiz dua beradik menumpang ibunya ke sekolah semasa ibunya masih mengajar di SMKT.
Pada pertandingan MASISUPA baru-baru ini, Faiz yang juga seorang pengawas sekolah, menjuarai pidato bahasa Arab.
Selamatkan Pahang mengucapkan salam takziah kepada keluarga Faiz. Doa kami semoga roh Faiz ditempatkan di kalangan para solihin.
singgoh... innalillah
ReplyDelete