Mewakili Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK), saya mengalu-alukan pengumuman 'Durian Runtuh' oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Mei ini di Felda Jengka 8, Pahang. Meskipun sebelum ini PM menyebut jumlahnya boleh menyebabkan peneroka 'tersandar dalam kejutan'; tetapi apabila dimaklumkan jumlahnya kepada saya, ianya tidak memeranjatkan.
Saya mendapat maklumat dari sumber yang sangat dipercayai, jumlah 'durian runtuh' tersebut sekitar RM15,000 sahaja. Seluruh peneroka Felda seramai 112,635 orang akan memperolehinya. Soal dimana PM mendapatkan sumber kewangan tersebut, ia faktor lain. Yang pasti, janji mesti ditepati.
Selaras dengan kenyataan ini, penyebaran puluhan ribu risalah dan ribuan kain2 rentang seluruh 317 Tanah Rancangan Felda kononnya ANAK menolak 'durian runtuh' adalah tidak benar samasekali. Ini perang saraf pihak lawan untuk melaga-lagakan ANAK dengan warga Felda agar timbul suasana tidak harmoni dalam masyarakat. Apa hak ANAK untuk menghasut peneroka jangan terima 'Durian runtuh'?
Walaupun ia di umum PM, tapi ia duit peneroka. Kenapa harus ditolak?
Yang ditentang oleh ANAK adalah penyenaraian Felda Global Venture Holding di Bursa Malaysia dan pengeluaran Borang Pinjaman Saham oleh 7 buah Bank iaitu Maybank, CIMB, OCBC, BIMB, Bank Muamalat, Affin Bank dan Ambank. Ia berbeza dengan 'Durian Runtuh'.
Hakikatnya, pemberian 'Durian runtuh' adalah isyarat kejayaan perjuangan ANAK dan Pakatan Rakyat dalam isu-isu penting di Felda. Isu Kadar Perahan Gred, Wang Tanam Semula, penyelenggaraan kebun, nasib generasi Kedua dan Kos Tanam Semula yang diperjuangkan telah memberi tekanan kuat pada Kerajaan. Tindakan saman tanpa henti kepada Felda barangkali menggusarkan Kerajaan BN yang selama ini menganggap pengundi Felda adalah 'Simpanan Tetap' mereka.
PM mulai takut dengan gelombang di Felda. 54 kawasan parlimen Felda pada PRU 12, hanya 4 sahaja iaitu Sik, Pendang, Padang Terap dan Baling yang di menangi pembangkang. Apakah senario ini dijangka berubah pada PRU 13?
Justeru bagi ANAK, RM15 ribu'Durian Runtuh' kalaupun dapat lepas 8 Mei ini; masih terlalu kecil. Ia tidak padan dengan riuh rendah dan gegak gempita yang berkumandang di sana sini. Patutnya RM30 ribu seorang peneroka mengikut logik ANAK.
Pada masa yang sama, ANAK akan menganjurkan Himpunan Perdana Perisytiharan Tawaran Istimewa buat Generasi Kedua Felda pada 6 Mei ini di Dataran Jengka 20 mulai 9.00 malam. Ia merupakan lanjutan daripada resolusi Konvensyen Halatuju Felda 22 April lalu. Tawaran ini khusus buat Generasi Kedua yang ketika ini kehidupan mereka terawang-awang. Beberapa tokoh utama negara akan hadir. Seluruh Warga Felda dijemput hadir.
ANAK juga telah menghantar surat resmi kepada PM untuk bertemu bagi menyerahkan resolusi Konvensyen Halatuju Felda. Adalah diharapkan kesudian PM untuk bertemu dengan Jawatankuasa Gerakan Selamatkan Felda yang ketika ini menaungi 30 Ngo berkaitan.
' MENERAJUI PERUBAHAN'
MAZLAN ALIMAN
Presiden ANAK
0137130103
TERIMA KASIH ANAK!!!
ReplyDeleteDitakdirkan semalam saya berpeluang bertemu dengan orang yang tahu tentang kes pengkhianatan waris peneroka oleh Pengurus felda,Polis Bera dan Mahkamah Mejistret Temerloh.
Saya mencatitkan butiran perkara yang dilalui oleh anak aruah peneroka itu supaya kita dapat gambaran sebenar tentang kejadian itu.
Harap Presiden ANAK,Ketua Polis Pahang,Ketua Polis Negara,Ketua Pengarah SPRM,Hakim Besar Malaya,Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri beri perhatian terhadap lapuran ini.
JANGAN SALAHKAN RAKYAT JIKA MEREKA MEMBERONTAK DAN JANGAN SALAHKAN PENEROKA MENOLAK KERAJAAN BN.SILA BACA REALITY KES PENGANIAYAAN OLEH BADAN BADAN KERAJAAN TERMASUK MAHKAMAH INI!
Anak peneroka yang tinggal dalam daerah bera ini kita namakan sebagai A.
A tinggal diKuala Lumpur sejak kira kira 30 tahun lalu.Ayahnya meninggal sekitar tahun 2005.Sejak itu hasil difelda diambil oleh ibunya namun ada pehak yang mahu ibunya merahsiakan berapa jumlah yang dibayar oleh felda setiap bulan.Ini adalah kerana A tidak bersetuju ladang diserahkan kepada felda kerana pada tahun 2003 dia bersama ayahnya telah mengambil alih ladang dari felda iaitu setelah sawit berusia 5 tahun.Puncanya adalah kerana felda langsung tidak menghiraukan ladang tersebut sejak ditanam hinggakan semak yang amat sangat sedangkan upah menjaga ladang dikenakan RM100 sebulan.Malah A telah menyedari sara hidup yang diberikan setiap bulan hanya RM199 berbanding RM200 pada orang lain,A dapat mengesan yang mana duit yang diberi oleh felda setiap bulan itu adalah dikira dari pajakan ladang RM20/ekar/bulan kerana ladang itu tidak sampai 10 ekar.Dan sejak pokok ditebang,A bersama isterinya menyara kedua ibu bapanya kira kira RM600 sebulan.
Pada hari kejadian,A balik kerumahnya difelda tersebut yang telah terbiar kosong yang mana ibunya telah menetap diSelangor bersama adiknya.
Yang menjadikan cerita,apabila jirannya mengahantarkan SURAT AMARAN PEJABAT TANAH yang mana cukai tertunggak lebih RM2000 sedangkan A telah mengarahkan pehak Pejabat Felda memotong hasil bulanan RM200 sebulan untuk dibayarkan cukai yang hanya kira kira RM205 setahun.
ReplyDeleteA risau dengan surat amaran itu dan pergi berjumpa ADO membawa surat itu memohon jasabaik ADO supaya jangan dikenakan sebarang tindakan.Oleh kerana hasil yang dipotong setiap bulan oleh pejabat felda untuk tujuan itu,tetapi Pengurus felda tidak membayarkannya dipejabat tanah menyebabkan perkara ini berlaku.A memberitahu ADO yang dia akan masuk keladang mengambil hasil seberapa yang dapat untuk dibayarkan diPejabat Tanah sebagai tanda yang dia tidak mengabaikan surat itu.Sebelum sampai diladang dia telah membuat panggilan talipon keBalai berhampiran memberitahu tentang surat itu dan memberitahu pertemuannya dengan ADO supaya anggota Polis yang bertugas membuat catitan yang dia akan masuk keladang milik aruah ayahnya untuk mengambil sedikit hasil sawit untuk menunaikan janjinya kepada ADO.
Semasa diladang dengan rakannya dia menyuruh buruh Indon yang lalu disitu memetik sedikit sawit diladang milik aruah ayahnya.Setelah sawit ada kira kira 30 tandan dia menalipon rakan yang mempunyai lori untuk memunggah sawit itu kepusat jualan.
Baru saja beberapa tandan sawit dimasukan kedalam lori Pengurus felda bersama pegawainya disertai oleh anggota RELA yang tak beruniform dan OCS balai berhampiran yang beruniform lengkap telah menyerbu.Pengurus terus merampas kunci lori,Pertengkaran berlaku antara A dengan mereka.A telah menghempaskan Surat Amaran Pejabat Tanah diatas bonet lori sambil menengking marah sambil berkata 'Woi!Bapak aku ni dah mampus tau?Cukai ni atas nama dia lagi!Aku anak lelaki wajib menunaikan apa saja hutang dia didunia ni!Kau orang ni tau hukum ke tak?Kenapa duit yang dipotong RM200 setiap bulan tidak dibayarkan diPejabat Tanah??'.Dan menurut rakannya itu,oleh kerana terlalu marah dan tak mahu perkara yang tak diingini berlaku,A terus masuk kekeretanya dan memandu keluar.Manakala lori dan pemandu masih disitu.Sumber itu memberitahu dia mengekori lori itu dan dilihat dibawa keBalai Polis berhampiran kira kira 10km dari tempat kejadian.Pemandu lori itu dibawa masuk kebalai.Kira kira sejam kemudian sumber ini nampak A memandu masuk kedalam kawasan balai dengan keretanya.
Semasa didalam balai Sjn yang menyiasat A telah menanyakan Pengurus yang membuat lapuran itu.Apabila ditanya diladang siapa A mengambil sawit tadi,Pengurus tu mengatakan diladang aruah ayahnya.Ditanya lagi,geran atas nama siapa,pengurus menjawab atas nama aruah ayah A.Bila ditanya hasil setiap bulan dibayar atas nama siapa,pengurus mengatakan diatas nama aruah ayah A.
Sjn tu tanya apa kaitan dia dengan aruah aayah A?Pengrus tu menjawab,sebelum kematian ayahnya,dia telah menyerahkan ladangnya untuk diuruskan oleh felda.Menurutnya kira kira pada tahun 2005 lebih kurang sebulan sebelum ayahnya meninggal dunia.Apabila diminta surat perjanjian itu pengurus itu mengatakan ia hanya akan dapat mengemukakan kepada Polis dalam tempoh 2 minggu kerana surat tu ada diibu pejabat.
A telah mengatakan kepada Sjn tu yang kes itu bukan kes jenayah kerana pengurus itu merujuk kepada surat perjanjian.Polis boleh terima repot pengurus tu,tetapi tindakan belum boleh diambil kerana aduan yang belum sahih.Oleh kerana kes ini bukan kes yang lazim ditangkap,Polis boleh melepaskannya dengan jamin polis.Tambahan pula pengurus mengetahui yang A adalah anak tuan tanah dan surat perjanjian itu hanyalah bermaksud felda menguruskan saja manakala hasilnya diserahkan kepada waris tuan tanah.Aruah bukan serah hak atau serah kuasa kepada felda.
Bila mendengarkan penerangan dari A,Sjn tu terus melenting!Mengarahkan anggota Polis yang bertugas menyumbatkan A kedalam lokap kerana dikatakan bercakap macam loyer.Dan A mengatakan kepada Sjn tu supaya jangan menganggap semua anak peneroka ni bodoh bodoh belaka!Ayahnya dulu membanting tulang supaya dapat mendidik anaknya menjadi pandai.
Seketika kemudian A dan pemandu lori itu digari dan dimasukan kedalam kereta peronda dihantar keBalai Polis Bera dan dikurung dalam dilokap.Tak ada sebarang siasatan pada malam itu,dikurung buta buta didalam lokap sedangkan diluar pagar balai beberapa peneroka rakan aruah ayahnya menunggu untuk menjamin A.A tidak dibenarkan jamin.Maka ada rakan aruah ayahnya yang sanggup tidur dalam kereta diluar pagar Polis semata mata untuk menjamin A.
ReplyDeleteDiBalai dimana A mula mula ditahan lain pula halnya.Pengurus bersama pegawai pegawainya membawa 2 jeep felda yang penuh berisi sawit dan ditambah sawit dalam lori barang kes yang betul betul diletakan dihadapan balai.Ia mendapat kerjasama dari Sjn dan semua anggota polis disitu.Malah repot yang telah dibuat juga diubah jumlahnya dari 30 tandan kepada hampir 100 tandan.
Keesokan harinya setelah tengahari baru A dan pemandu lori tiu dilepaskan dengan jamin Polis.Rakan aruah ayahnya yang menunggu sejak malam tadi terus membawanya kebalai dimana dia mula mula ditangkap untuk mengambil keretanya dan didapati lori yang semalam cuma berisi 30 tandan sawit telah penuh sarat berisi sawit.
Ibu dan adiknya menunggu disitu,tetapi A menghidupkan enjin kereta dan terus berlalu.Mungkin risaukan anaknya diKL maka teresak esaklah siibu melihat perlakuan anaknya kerana A adalah anak kesayangan dan harapan ibunya setelah kematian ayahnya.Malah A bertanggungjawab terhadap ibu bapa dan seluruh keluarganya selama ini dan dia dihormati oleh jiran jirannya.
Jamin Polis berterusan selama genap setahun.Setiap bulan A kena melapurkan diri dibalai Bera.MasyaAllah....orang yang mempunyai keperibadian baik dan banyak berjasa kepada kerajaan dan negara, begini diperlakukan???
Sebulan sebelum dituduh diMahkamah,Sjn berkenaan menghubungi kakak A minta A datang keBalai Bera untuk tutup kes dan pulangkan semula barang kes iaitu wang sejumlah kira kira RM750.A datang kebalai bersama rakannya dan bercadang memberikan wang itu kepada kakaknya yang kematian suami.
Tetapi lain jadinya ketika dibalai.Sjn itu mengeluarkan surat jamin yang baru dan diminta seorang pegawai yang baru bertukar kesitu untuk ditanda tangani.Sjn itu mengatakan wang itu ada disimpan didalam stor barang kes.
Genap sebulan kemudian A menerima panggilan talipon dari Sjn berkenaan dan meminta A datang menemuinya diMahkamah Temerloh pada tarikh yang ditetapkan seperti didalam surat jamin.
ReplyDeleteSemasa diMahkamah Temerloh A bersama rakannya mencari Sjn itu tapi tiada.Kemudian bertanyakan dikaunter mengenai surat jamin itu.Rupa rupanya A dituduh pada hari itu.Sedangkan sepatutnya keesokan harinya A bersama adik beradiknya bicara kuasa diPejabat Tanah Bera.Maka A tidak membuat apa apa persiapan untuk tuduhan diMahkamah kerana tidak diberitahu oleh Sjn itu yang ia dituduh.
Rupanya sebelum nama dipanggil seorang anggota Polis telah memujuk pemandu lori itu supaya mengaku salah dan Sjn itu menjanjikan lorinya akan dikembalikan.A tidak tahu mengenai hal itu,ia secara tak sengaja didengar oleh rakannya.Semasa tuduhan dibaca,pemandu lori itu mengaku salah dan didenda RM2000 manakala A tidak mengaku salah.Akibatnya A dikenakan jamin Mahkamah RM2000.A terpaksa menunggu ahli keluarganya yang telah berjanji berjumpa keesokan harinya iaitu tarikh bicara kuasa.Dan A tak sampai hati memberitahu isterinya mengenai hal ini,maka A sekali lagi terpaksa merengkok dalam lokap menunggu untuk dijamin keesokan harinya.Selepas tengahari baru adiknya yang bertugas diJohor datang menjamin dan bicara kuasa terpaksa ditunda.
Dalam bicara kuasa A sebagai pentadbir 1/1 bahagian harta ayahnya manakala ibunya pentadbir bersama.
Meskipun bicara kuasa telah memutuskan A berhak terhadap harta aruah ayahnya,namun Mahkamah tetap meneruskan pertuduhan ini.
ReplyDeleteSekali lagi Sjn itu mengkhianati A dan ibunya.Ibu A dipaksa datang keMahkamah melalui talipon oleh Sjn itu walau pun tak ada sapina dikeluarkan dengan mengugut kalau tak datang waran tangkap akan dikeluarkan.Seluruh keluarga dan adik beradik ibunya melarang ibu A pergi keMahkamah.Ibu A yang tinggal diSelangor dijanjikan berbagai bagai termasuk minyak kereta,tempat tinggal dan makan minum ditanggung.Sjn itu tetap mendesak ibu A supaya datang wal hal kalau ibu A tidak datang keMahkamah,kes itu tidak boleh dituduh.
Perbicaraan berjalan selama setahun.Dalam perbicaraan Sjn yang bertugas diMahkamah juga menyangka kes ini akan menang kerana barang kes tiada,pengurus mengaku Sjn yang menyiasat kes itu telah mengembalikannya dan wang itu telah lama diagih agihkan kepada peneroka.Sabit yang sepatutnya dijadikan barang kes juga tiada.Malah tuduhan cuma 30 tandan sawit sedangkan dalam repot lebih 90 tandan.Surat perjanjian serah ladang pada felda juga tidak sah kerana tiada saksi dan tak dimati stemp.
Bayangkan betapa zalimnya Polis dan Mahkamah.Sanggup menjadikan siibu menjadi saksi dalam kes menuduh sianak mencuri!Sia ibu yang tak tahu apa apa hanya menjadi mangsa keadaan.
Sepatutnya dalam satu kes ada 2 tettuduh,yang 1 ,engaku sepatutnya yang 1 lagi bebas setelah tidak mengaku.Tuan tanah pulak tu!!!
Sebelum keputusan kes,Mejistret memanggil loyer menyuruh A mengaku salah dan Mahkamah memberi masa 45 minit.Kalau mengaku salah tiada sebarang hukuman dikenakan cuma amaran.Tetapi A yang tahu undang undang tetap dengan keputusannya tidak mengaku salah!Akibatnya A dihukum denda RM2000 jika gagal ia akan dipenjarakan 3 bulan.
A yang mempunyai anak yang masih bersekolah diKL terpaksa membayar denda RM2000 yang sebelum itu dia bercadang untuk memilih penjara kerana sepanjang proses perbicaraan Bin yang disebutkan tidak sama dengan Bin dalam KP,lesen dan passpot antarabangsa A.Malah dalam resit bayar denda juga dicatitkan Bin yang salah.
Dan seperkara lagi,A telah menghantar surat kepejabat felda untuk menguruskan sendiri ladang pada tahun 2007 dan pejabat felda menjawab surat itu yang mana felda hanya akan melepaskan ladang itu kepada A setelah 5 bulan dari tarikh permohonan(bulan 9/2007)Pada tahun 2008 A bersama kakaknya membuat repot untuk melucutkan kuasa sementara ibunya kerana menyedari ibunya ditipu oleh pengurus kerana membayar cara pajak sedangkan ianya sepatutnya mengikut sistem blok.Pengurus betul betul memperalatkan ibu mereka yang menyebabkan A membuat repot pengurus felda menipu yang jumlahnya lebih RM100,000 tetapi Polis tidak mengambil tindakan.Pada bulan 9.2007 juga A telah membuat repot yang pengurus mencuri sawit yang telah dipetik oleh A kira kira 11 tan benilai lebihkurang RM7000 tetapi repot itu juga tidak disiasat.
ReplyDeleteWal hal tiada apa apa peraturan atau syarat khas untuk mengambilalih semula ladang yang diuruskan oleh felda.Cukup mudah,hari ni hantar surat untuk ambil semula ladang,esok boleh terus uruskan.Begitulah dimana mana felda pun termasuk ditempat saya yang bersebelahan dengan felda A cuma daerah saja berlainan yang mana saya dalam daerah Bentong.
Saya mencadangkan kepada A melalui kenalannya supaya A menyaman Polis kerana KURUNGAN SALAH dan saman pengurus felda kerana BUAT REPOT PALSU dan buat repot SPRM kerana Pengurus felda PECAH AMANAH kerana tidak membayarkan cukai sedangkan duit dipotong sertiap bulan.Dan yang paling mengecewakan,PEJABAT TANAH MEMBUAT TUNTUTAN PALSU YANG KONONNYA CUKAI TERTUNGGAK LEBIH RM2000 SEHINGGA NOTIS DIKELUARKAN SEDANGKAN SETELAH DISEMAK SENDIRI MENDAPATI CUKAI TERLEBIH BAYAR HAMPIR RM3000 TETAPI PEJABAT TANAH ENGGAN MEMULANGKANNYA.
SAMA SAMALAH KITA RENUNGKAN KES INI..
APAKAH INI 1 TRANSFOMASI....
INIKAH YANG DIKATAKAN MEMBELA NASIB RAKYAT...
INIKAH YANG DIHARAPKAN OLEH KPN UNTUK MENDAPATKAN KERJASAMA RAKYAT....TENGOKLAH SENDIRI SIKAP POLIS....
INIKAH YANG DIKATAKAN MEMBELA NASIB GENERASI KEDUA...
HARUSKAH KAMI BALAS KEKEJAMAN POLIS,MEJISTRET DAN PENGURUS FELDA DIMEJA UNDI DALAM PU13...
APAKAH NAJIB DAN KERAJAAN BN AKAN MENERIMA BALA AKIBAT PERBUATAN MEREKA......
KITA SAMBUNG LAGI...SAYA NAK KESURAU UNTUK SOLAT SUBUH..
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM............
aku knl ko, hehehe ko pn beks pulis perrr
ReplyDeleteMasyaAllah....undang undang yang macamana yang dilaksanakan diMalaysia?
DeleteApa ertinya demokrasi dan dimana letaknya hak asasi manusia?
Harap pehak tertinggi PDRM jangan pandang enteng perkara ini.Inikah nilai nilai murni yang ditunjukan oleh Polis dalam memenangi hati masyarakat?
Sudah lupakah jasa rakyat kepada Polis dan Pasukan Keselamatan?Kalau tak kerana kerjasama rakyat,komunis takkan tumpas diMalaysia begitu juga penjenayah dan sebagainya.
Apa jadi kalau kes ni dipaparkan diYou Tube seperti yang banyak dipaparkan mengenai salah laku Polis dalam gejala rasuah?
Sebagai rakyat yang cintakan negara saya sendiri tak sanggup melihat perlakuan Polis rasuah di You Tube.Sedara sedara tengoklah sendiri.Luluh longlai seluruh anggota badan bila tengok Polis rasuah dalam You Tube.Terasa malu yang amat sangat!Tak sanggup saya melihatnya.
Yarabbi!!!Bukan orang lain yang menjatuhkan maruah dan mertabat Polis tetapi mereka sendiri!
Haruskah Polis seperti yang diceritakan diatas ini ujud dalam negara kita?Bila direnungkan bukan anak peneroka tu yang berjenayah tetapi Polis dan pengurus felda itu sendiri penjenayah.
Heran juga dengan cerita ni,kemana perginya duit barang kes tu ye?Dan milik siapa sawit yang banyak banyak tu?Pelik ye?Kalau mengaku salah dibebaskan tapi kalau tak mengaku salah dihukum?
Akak betul betul kompius.Harap harap anak anak akak janganlah ada langsung apa apa urusan dengan polis dan mahkamah.
Saudara Mazlan Aliman tolong bagi perhatian dalam kes ini.Mungkin banyak lagi kes seperti ini diperlakukan kepada warga peneroka.
Deletesalam sejahtera...
ReplyDeleteuntuk makluman semua tiada sebarang kekejaman yang dilakukan oleh pihak polis. pihak polis bertindak berlandaskan undang-undang dan sekiranya perlu, orang yang berkenaan boleh mengambil tindakan sivil jika tidak berpuashati dengan perjanjian diantara ayah beliau dengan pihak felda.
terima kasih...