Wednesday, November 2, 2011

Naib Ketua Pemuda Umno bergaduh pasal tanah!

Seorang kenalan daripada Pemuda Umno Temerloh menceritakan, Naib Ketua Pemuda Bahagian tersebut telah diserang dan bergaduh dengan seorang ketua pemuda sebuah cawangan di RNR Sungai Buluh, Kuala Lumpur.

Menurut yang empunya ceritera, pergaduhan itu tercetus atas dasar tidak puas hati ketua pemuda cawangan itu, yang difahamkan kakitangan pejabat tanah, terhadap naib ketua bahagian kerana tidak mahu melepaskan hak sebagai ahli lembaga sebuah syarikat.

Menurut sumber tersebut lagi, syarikat itu telah mendapat sebidang tanah yangg ‘dianugerahkan’ oleh Ketua Bahagian (Sharkar) seluas 50 ekar (bunyi ceritanya di Lanchang).

Akibat daripada pergaduhan itu naib ketua telah membuat laporan polis dan ketua pemuda itu telah dipanggil ke balai polis Damansara untuk di ambil keterangan.

Tambah sumber itu lagi, kini Pemuda Umno Temerloh telah berpecah kepada berberapa puak yang mengambil kesempatan dan telah menyebarkan dalam Umno sendiri tragedi memalukan yang berlaku itu.

Mungkin ini ada kaitan dengan naib ketua tadi yang dikatakan salah seorang yang dinamakan bakal calon BN dalam Dun Kuala Semantan dalam PRU akan datang.

Konon-kononnya, dia dicalonkan bersama-sama Nuar Yunus, Cikgu Ami dan Riduan (Duan kucing) untuk bertanding di Dun Kuala Semantan yang kini dikuasai PAS.

13 comments:

  1. Ini la UMNO.Berebut rebut nak tanah.Mana dapat 50 ekar tu?Mmmm kalau jadi MB habis tanah orsng Melayu diPahang...
    Pengundi dah naik jelak dengan kerenah UMNO ni dah..
    Bawak bawak la kesurau pulak...........

    ReplyDelete
  2. Ketua Bahagian pun kaki sapu anak buah apa lagilah,macam manalah Dato Shakar nak jadi MB kalau anak buah di bahagian Temerloh pun berpecah belah.Malulah sikit pada PM naik haji kau orang pergi Hadyai, bertumbuk pulak kah,,,kah,,,,kah .patut2 baca doa nak berangkat ke negara siam Ketua bahagian pun panas jobor di Dun Lanchang pertandingan dua penjuru akan terjadi pada PR1 13 antara Dato Shakar ,awan Cikgu Jalaluludin Johan bekas AJK UMNO Bahagian Temerloh.

    ReplyDelete
  3. YB Temerloh .... sebenor nya ontok yang ada Darah Tok Bahaman Orang Kaya Semantan, Ibrahim Yaakob , Pak Sako..... dll

    ReplyDelete
  4. penjelasan dari 2 pihak perlulah kita teliti .. apakah kita mendapat penjelasan yg jelas dari apa yg berlaku... pelbagai cerita telah disebarkan utk menghakimi empunya diri tanpa sebarang pembelaan .. sbagai pengundi di semantan yg mahukan kemajuan dan perancangan utk semantan isu-isu ini hanya laa tampelan2 utk menghangatkan suasana menghadapi pilihanraya lebih2 lagi nama calun yg kita ingini itu tidak mempunyai isu2 yg besar..perhalusi laa adakah beliau dianiaya atau kita mahu calun muda sprt beliau berwawasan utk kemajuan di semantan di kuburkan?????????????

    ReplyDelete
  5. slm..pengundi skrg lbh bijak dan berfikiran terbuka..cerita mcm ni cara lama utk nk mengelirukan pengundi..serta agenda tarangcang dengan niat jahat utk menjatuh dan menAIBkn seseorang..xde isu..buat2 isu..bg sy kita mmg perlukn pemimpin muda di dun semantan..kepada bakal2 peminpin muda yg berkebolehan..jgn patah semangat dgn isu2 mcm ni..kami perlukn anda peminpin muda utk lbh berdaya saing dan lbh manfaatnya pada kami pengundi dan warga dun semantan..entah2 ape yg berlaku ni pn dh dirangcang oleh org2 yg berkepentingan..sama2 la kita fikir..

    ReplyDelete
  6. koi rasa ini mungkin permainan dari orang dalam yang merasakan dirinya layak untuk menjadi calon semantan agaknya..lalu cuba mencemarkan imej naib ketua pemuda umno bahagian temerloh...wallahuallam...kami khasnya pengundi di dun semantan memang mahukan calon orang muda khasnya dari umno....jadi apa yang berlaku di sg buloh itu tidak berkemungkinan kp itu sudah di bayar....

    ReplyDelete
  7. Koi pun setuju dgn TJ, ni masalahnya dgn org2 yg gilekan kuasa, nok sgt jadi calon sampai upah kaki pukul...sedorlah wehhh

    ReplyDelete
  8. Dulu masa Ibrahim Ali bertempik isu cantas-mencantas "Cah Keting" semua pemimpin Umno nampak macam akur je nak hapuskan amalan politik kuno tu.. tup! tup! rupanya masih ada lagi berlaku dlm Umno.. Umno Temerloh pulak tu.. Adun Semantan masih sihat lagi, belum masanya nak beramuk pasal kerusi, kalau beramuk dgn parti lawan takpe pulak.. tapi sesama sendiri pun nak kerat.. Susah nak cari calon bersih dalam Umno sbb anak muda yg bersih pasti dikotorkan oleh pemimpin lama yg memang dah tak bersih.. Bukan suci lagi menyucikan.. pikir2 la org muda...

    ReplyDelete
  9. Dato Shakar.. kalau tanding kt temerloh, silap haribulan boleh bungkus di peti undi kg dia. dah lah susah nak tolong orang kampung.. ada kemudahan bangunan kedai 3 pintu pun dia nak bolot, 1 pintu kasi pada adik dia, 1 pintu kasi pada orang kanan dia ( di jadikan rumah UMNO ), nasib baik 1 pintu lagi dapat di tuan tanah. Jawatan pembantu perpustakaan desa juga nak kasi kat adik dia ( dapat jawatan tanpa menghadiri temuduga ) budak2 kg yang pergi temuduga melopong..

    ReplyDelete
  10. Memang lah kerja umno rebut rebut ni dah jadual kerja dia orang..kalau nak tanah saya pun boleh bagi..banyak tak ada lah kalau 3x7 kaki adalah.....bawak bawak lah bersyukur dengan rahmat Allah

    ReplyDelete
  11. Wow.. bisa maksud abang Shar tu!..

    Saya diberitau, dua orang Pemuda Umno itu telah dipanggil oleh Sharkar, tau tau lah pulak apa yg disyarahkan Sharkar pada dua orang tu

    ReplyDelete
  12. salam....koi rasa kes tak ada kena mengena dengan dato shakar...kes ni hanya melibatkan individu secara peribadi. adalah tidak baik jika mengaitkan dengan Dato' shakar. isu ini tidak lebih hanya untuk menghentam UMNO, secara amnya. dan koi percaya isu ini sudah pun selesai. Dan nasihat untuk ahli2 pembangkang untuk membuat tafsiran sendiri yg akan menjuruskan kepada fitnah. wallahuallammmm.....

    ReplyDelete