Monday, November 28, 2011

Sepatutnya makcik ni yang jadi Ketua Wanita Umno

Dia tahu bahawa situasi harga barang yang sudah sedia mahal, naik melambung sekarang. Dia faham bahawa yang menjadi mangsa tekanan dan korban kos hidup yang tinggi sekarang ialah penduduk luar bandar. Dia juga sedar bahawa penyokong tegar dan yang memenangkan Umno / BN selama ini ialah penduduk luar bandar.

Namun, adakah suaranya didengari pimpinan yang duduk di barisan depan Perhimpunan Agung Umno dalam Dewan PWTC?

Ketika keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia mendapat projek lembu dan kondo sebanyak RM250 juta, apakah pernah terfikirkan nasib penghuni luar bandar yang berhempas pulas melawan kos kehidupan yang tinggi?

Bagaimana pula dengan kemewahan pemimpin yang lain-lain lagi?

Umno dan BN yang sedang berada di kemuncak kuasa sekarang, sepatutnya berketuakan orang yang sedar nasib rakyat bawahan seperti makcik ini. Bukannya pemimpin yang nampaknya macam cerdik dan pandai bercakap, tetapi lebih banyak wang tabung rakyat mengalir ke poket sendiri.

Sudah lebih setengah abad rakyat Malaysia memberi peluang kepada Umno / BN untuk mengurustadbir negara ini, apakah mereka semakin berubah untuk membela nasib rakyat?

Apakah penghuni luar bandar perlu menunggu setengah abad lagi untuk menukar kepimpinan yang kerjanya hanya untuk mengayakan tengkolok sendiri?

3 comments:

  1. Hahaha... Makcik,
    kenapa dok buat tarian geleng tu..
    hahaha...

    ReplyDelete
  2. Betul, dia bercakap atas Realiti..Umno yg lainnya spt menidakkan realiti..semua bercakap untuk sedapkan hati. Bagus makcik!

    ReplyDelete