Yang anehnya, pengetua berkenaan ialah daripada sebuah sekolah menengah agama (SMAN) di Pahang. Ertinya, sebuah sekolah di bawah kerajaan negeri.
Menurut sumber berkenaan, pernah pada satu ketika jabatan agama telah menyerahkan wang agihan zakat kepada semua sekolah-sekolah di bawahnya untuk setiap pelajar memperoleh RM100 seorang.
Inisiatif itu biasa dilakukan setiap tahun dan mungkin, saya kira, di bawah asnaf fi sabilillah.
Terdengar cerita, pengetua berkenaan enggan menyerahkannya kepada pelajar wang zakat berkenaan seperti mana SMAN lain. Dikatakan, pengetua berkenaan lebih berahi memasukkannya dalam tabung sekolah lalu digunakan wang berkenaan untuk tujuan cat pagar sekolah dan apa-apa aktiviti keceriaan.
Tindakan tersebut menyebabkan kemarahan yang amat sangat kepada ibu-bapa atau penjaga pelajar kerana pengetua berkenaan dianggap memandai-mandai.
Guru-guru juga dikatakan tidak sukakan pengetua berkenaan kerana tindakan dan keputusannya selalu dianggap ‘tidak cerdik’ atau menyusahkan orang lain. Sehinggakan mereka mahu pengetua berkenaan ditukarkan.
Dengar cerita, pihak jabatan agama sudah pun maklum akan masalah berkenaan akan tetapi tidak dapat bertindak apa-apa kerana gred perjawatannya yang tinggi dan jika ditukar hanya boleh menjadi pembuat dasar di jabatan.
Maka jadilah pengetua berkenaan, di mana beliau berada, dianggap seperti ‘biawak hidup’ sahaja kerana tidak ada gunanya dan hanya menyusahkan orang lain.
Perbuatan FITNAH itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10-11 tafsirnya:
ReplyDelete"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyabarkan fitnah hasutan".
Penulis blog Pahangselamat,rakyatnikmat sila BERTAUBAT