Thursday, November 10, 2011

Wajah terbaru Hajah Rosmah!

Sememangnya tidak bagus sama sekali untuk mempolitikkan batang tubuh seseorang, itu kita akuinya.

Namun semua orang sedar bahawa Perdana Menteri dan isteri ke Mekah membawa bersama para juruvideo dan jurufoto.

Untuk apa itu jika tidak untuk propaganda dan gerak saraf politiknya?

Sebagai figure besar negara, yang juga imej kerjaya politiknya didokong kuat oleh pasukan media massa dan elektronik yang dikuasai think-tank Umno, maka tidak dapat ditutup mulut rakyat bahawa semua peralatan yang dibawa itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menaikkan imej pemimpin menjelang pilihan raya.

Jika ada yang mengatakan tidak boleh mempolitikkan ibadah seseorang, sebenarnya sekelamin pemimpin inipun juga ke Mekah antara lain untuk mempolitikkan ibadah masing-masing demi untuk menyejukkan hati orang Melayu. Buktinya ialah pasukan juruvideo yang dibawa.

Persoalan aurat juga bukan main-mainan. Pemimpin jika bersalah wajib ditegur, walaupun melibatkan peribadi sebab ia akan menjadi ikutan umum.

21 comments:

  1. ngeh,,ngeh,,ngeh,,ngeh,,ngeh,,ngeh,,ngeh,,ngeh,,ngeh,,ngeh,,ngeh,,ngeh,,ngorkkkkkk...(ikut rentak angri berd)

    ReplyDelete
  2. minta-minta berpanjangan begini...hehehehehehehh

    ReplyDelete
  3. Koi doh agok doh...Jambul tu masih tetap jadi pujaan hati DIA sampai mampos kot....Dia sayang nok cukor sama dgn ISTERI dia juga sayang nok cukor rambut itu atas kapala takut itu DNA itu MALAIKAT punya org SHOLEH kasi tumboh baru punya!!!Nanti itu PUAKA IBLIS marah dan kasi hantam dia punya SUAMI....Kena ajor bahasa belit unk sipembelit bin putor alam@alam putor si Hajjaj Wal Daljal Malaysia punya mari itu produk expired date on PRU 13 ASAP!!!!

    ReplyDelete
  4. anak mengikut agama ibu-bapanya...rakyat mengikut agama pemimpinnya...dosa seorang pemimpin lebih terok bahananya,siksaannya drpd dosa seorang manusia biasa yg tidak akan di contohi....

    ReplyDelete
  5. Pelakun wanita terbaik 2011!!!!
    Semah.....Semah..

    ReplyDelete
  6. adakah ini ajaran isalam sebenar???
    mengata dan mencaci org islam lain atas alasan dia tidak bertudung..
    siapa la kita untuk membuat pelbagai kesimpulan dan dakwaan..

    ReplyDelete
  7. drrita....kalau uan kau tak pakai tudung orang tak kesah pun...yang kau nak backing sangat Sumah ni apasal???
    orang marah kat Sumah ni bukan pasal tudungnya.Tapi kerenahnya!Menteri wanita lain dan isteri menteri lain tu ada orang kesah?
    Orang marah dia ni pasal menghabiskan duit rakyat!Dengan pengaruh yang dia ada,kau tau apa jadi dengan felda?
    Tu la...lain kali baca semua tajuk dan komen dalam blog ni..blog ni cukup top sekarang berbanding dengan blog2 lain.Sebabnya,komen yang diberi tepat dan benar!Kau ingat orang Pahang aja ke yang berkunjung keblog ni setiap hari?Orang luar lebih ramai berkunjung kesini setiap hari,kau tau?Dan aku sendiri dari luar negari Pahang...
    Cuma sekarang belum ada cerita mengenai NFC disini..kalau ada,lendir school mate Sumah tu kena hentam dalam komen di blog ni..

    ReplyDelete
  8. ayat ayat yang dikeluarkan oleh orang yang tak bertanggungjawab.... maki hamun macam orang sakit
    aje.... cakaplah dengan betul susah kalau tiada iman didada ni. kami rakyat Malaysia menolak mereka yang suka mengutuk dan mencaci tiada langsung penyumbang kepada kemajuan negara asyik buat komen tentang hal-hal peribadi mcm lah dikalangannya orang yang bagus-bagus aje ,mengapa tak komen pada mereka-mereka pemimpin haluan kiri yang tak bermaruah tu ,banyak sangat pincangnya itu baru pegang sepenggal dah macam-macam buat , usah beranganlah nak ubah langskap negara ni..... kami diarah utk diam sahaja kalau tidak dah lama masak mereka-mereka ni

    ReplyDelete
  9. beri idea demi kebaikan, dakwah cara elok, insyaALLAH dengan kelembutan berdakwah, akan ada hasilnya di kemudian hari.. (Ya LATIF = salah satu nama2 ALLAH) . sesungguhnya ALLAH akan bersama selamanya dengan mereka yang bersabar...

    ReplyDelete
  10. tak semestinya kita kalah , ALLAh tidak bersama kita. Tak semestinya kita menang, Allah meredhai kita ...

    ReplyDelete
  11. ITULAH AJARAN PUAK2 PR NI. APA YG ORANG LAIN BUAT SEMUANYA TAK BETUL TAK ISLAM. AWAT ISLAM TU BAPAK HANG PUNYA KA? ISLAM TU HAK ALLAH. BUKAN HAK PUAK KAMU TAU TAK. HANG PA TOK SAH DOK PERASAN LA. ISLAM TETAP ISLAM, BUKAN ISLAM HAK PAS? BODOH PUNYA MANUSIA. MAAF TERKASAR, TAPI KALAU TAK CAKAP MACAM NI PUAK NI TAK RETI SEBAB DEPA NI DIASUH MACAM TU OLEH PEMIMPIN MEREKA. KALAU TAK PERCAYA PI DENGAR CERAMAH MEREKA.MAAF CUMA NAK BAGITAU......SALAM HORMAT.

    ReplyDelete
  12. SAYA SOKONG ANON NOVEMBER 26 KAT ATAS NI..ISLAM HAK ALLAH BUKAN HAK SESIAPE!ISLAM PON X AJAR UMAT NYE UNTUK MENCACI ORG LAIN DLM BLOG!SAYA X SOKONG SESIAPE PON!

    ReplyDelete
  13. yes btol, buruk mana pon org tu, teruk mana pon, cukuplah stakat menegur dengan cara yang baik,, sbb Allah x suka kita hina2, maki2, caci2 org.. Dosa die, itu antara die dgn Allah... SIAPA KITA untuk judge orang lain..
    Salam..

    ReplyDelete
  14. Kalau mcm tu, buatlah apa saja:
    - bomlah org dgn C-4 & bunuh
    - balunlah duit rakyat RM250 juta utk lembu-kondo
    - belilah cincin RM24 juta & cuti2 dunia
    - bawaklah ratusan lagi kilang Lynas kat Malaysia
    - bunuhlah lagi orang kat bangunan SPRM
    - mentendekedarahlah lagi duit rasuah byk2
    - tipulah lagi pengundi-pengundi dalam PRU
    - aibkanlah lagi, fitnah dgn video porno
    - biarkanlah rakyat bawahan menderita harga barang keperluan mendadak

    Takpa... bak kata luncai: biarkan... biarkan

    Makan akan bertempik sorak besarlah orang UmnoApcoPorno, masih ramai orang Melayu "ada aku kisah"... "tak mahu jagi tepi kain orang"... "kita siapa nak judge orang"...

    Kalau macam tu Qur-an dan Hadis tu tak payah gunalah? Tak ke dalam kedua2 kitab itu membicarakan tentang manusia saja? Tak membicarakan tentang lembu dan kambing?

    Itulah, ikutlah lagi Umno... dah bodoh sampai ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  15. ala dia gi haji bukan nak dapatkan haji mabrur pun hanya dapat haji marlboro je apa nak kisah sangat.

    ReplyDelete
  16. aku suka comment anonymous dec 16 and sokong 100% especially ttg al-quran dan hadis. betul3...

    ReplyDelete
  17. tak baik mengaibkan orang...dan tak baik juga guna kata-kata kesat macam tu...macam mana orang bukan Islam nak respek agama Islam kalo orang-orang yang kononnya memperjuangkan agama Islam yang suci ni sendiri, bercakap menggunakan perkataan-perkataan yang tak elok, mencaci, mencarut...

    Cuba bayangkan satu hari esok, anak-anak kita yang berusia 4-5 tahun tu..cakap menggunakan perkataan-perkataan begitu dengan kita...

    (dalam Al-Quran ada suruh kita bercakap guna perkataan tak elok ke?)

    ReplyDelete
  18. teringat kata2 saidina umar ketika menjadi khalifah...

    "jika aku lurus, ikutilah aku. jika aku bengkok, luruskanlah aku" (au kama qaal)

    tp kat malaysia pelik sikit...
    rakyat xleh tegur pemimpin...
    anda tegur, anda sengsara... heheheh

    kadang2 teguran sesuatu yg dah jelas dan terang pun ttp ada jugak yg melawan...
    seperti kes tudung si hajah ni...
    masih ada jugak yg nak mempertahankan si hajah ni sedangkan dalam alquran dah jelas suruh tutup aurat...

    mungkin ada segelintir yg gunakan bahasa kasar, tp mmg benda yg betul kot...

    sesiapa yg menentang hukum alquran, maka celakalah hidupnya... ---nampak kasar kan sbb ada perkataan celaka... tp mmg betul, mmg celaka orang yg menentang alquran... takkan aku nak tulis "kurang sopanlah mereka yg menentang alquran..."

    menjadi pemimpin bukan perkara yg mudah...
    rakyat menilai anda...
    kalau x sanggup di hina, maka jgn dinafikan hak Allah...
    Allah suruh tutup, ttup jelah....
    kalau dgn Allah anda lawan, mmg patut anda dihina sehina-hinanya...

    ReplyDelete
  19. (dalam Al-Quran ada suruh kita bercakap guna perkataan tak elok ke?)

    mmg xde... tp quran suruh kita tutup aurat...
    jangan semudahnya menggunakan nama alquran sbgai hujah...

    ReplyDelete
  20. kepada manusia2 yang sokong umno...ingatlah kamu mengaku kamu orang islam ,sembahyang ,puasa,berzakat ,haji dsbnya...tapi KENAPA KAMU TIDAK SOKONG ISLAM YANG DI BAWA OLEH PAS?/ISLAM ADALAH AJARAN AL QURAN DAN SUNNAH BUKAN CIPTAAN PAS...INGAT ORANG2 UMNO...KALAU KAMU MENGATAKAN PAS ITU TIDAK BAIK MAKA UMNO.. ITU SERIBU KALI LEBIH JAHAT DARIPADA PAS...INGAT ORANG2 UMNO,,,KAMU MENUNAIKAN RUKUN ISLAM YANG LIMA SAMA MACAM ORANG PAS ...TAPI BILA TIBA SAAT MEMILIH PEMIMPIN KAMU PILIH ORANG YANG TERANG TERANG TIDAK MENEGAKKAN HUKUM ALLAH,,MERENDAHKAN AGAMA ALLAH,,TIDAK AMBIL BERAT DGN AGAMA ALLAH...MAKA KAMU KENA INGAT SIAA SIA LAH IBADAT YANG KAMU LAKUKAN SELAMA INI KERANA KAMU MENYOKONG PEMIMPIN YANG MEREMEH REMEHKAN HUKUM ALLAH...

    ReplyDelete