Semalam media melaporkan 50 penduduk daripada 79 keluarga kampung Orang Asli Paya Besar, Chenor, Maran, membuat laporan polis mendakwa berlaku pencerobohan terhadap Wilayah Tanah Adat mereka oleh kontraktor pembalakan yang dipercayai didalangi pemimpin politik tempatan, telah menebang pokok dan menyodok tanah di kawasan wilayah adat mereka.
Menurut Orang Asli, penceroboh bukan saja mengeluarkan kayu balak tetapi juga mahu merampas tanah wilayah mereka berdasarkan batu pancang yang beralih-alih kedudukan itu diletakkan secara tiba-tiba termasuk dalam kawasan kebun getah yang sedang diusahakan penduduk.
Orang Asli kampung berkenaan juga telah mohon hak milik tanah di situ melalui Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) pada tahun 2003, bertujuan untuk tanaman komersial seluas 100 hektar.
Hari ini pula Exco Pertanian Pahang yang juga Adun Chenor, tampil menafikan berlaku pencerobohan kerana balak ditebang atas tanah kerajaan.
Memang betullah, selagi belum ada geran tanah itu namanya tanah kerajaan. Walaupun janji demi janji dibuat. Walaupun selama ini undi Orang Asli merupakan simpanan tetap kepada Umno/BN.
Saya perhatikan memang Dato’ Tan kerap menggunakan hujah tanah kerajaan. Beberapa bulan yang lalu berlaku penebangan besar-besaran melibatkan kawasan tanaman kelapa sawit yang sudah mengeluarkan hasil, disodok dan ditebang dalam operasi pejabat tanah Maran.
Saya dengar alasan Dato’ Tan sama juga, tanah kerajaan dan tanam sawit secara haram.
Sebenarnya setiap kali rakyat negeri ini bercucuk tanam, mereka mohon mendapatkan geran hak milik. Tetapi kelulusan tanah di Pahang ini merupakan paling lembab. Malah ada yang mengatakan terpaksa melalui 30 meja atau memakan masa puluhan tahun, hanya untuk jawapan lulus atau tidak.
Setiap kali operasi pula, akan dinamakan tanah kerajaan. Tetapi yang mengusahakan tanah kerajaan itu rakyat negeri ini. Apakah itu bersalah?
Jika tanah hak kerajaan, balak yang ditebang itu pula hak siapa?
Payah2 jom kita sumpit je kontraktor dan pekerja2 balak tu Tok...
ReplyDeleteKita bakar je bodozer dan rumah rumah kongsi dia orang tu..buat repot pun tak guna..undang2 ditangan dia orang..