Tuesday, November 15, 2011

Bertemu selepas 38 tahun terpisah

Mereka berada dalam Darjah 6 A Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh pada tahun 1973. Selepas itu masing-masing melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

Salah seorang daripada mereka ialah Asri Sulaiman, pelajar paling pintar sekolah tersebut pada tahun itu. Selepas Darjah 6 Asri melanjutkan pelajaran ke MRSM Kuantan dan selepas MCE menyambung pelajaran ke sebuah unversiti di Australia.

Asri pernah berkhidmat di syarikat gergasi komputer IBM dan kini bertugas dengan kerajaan Australia.

Beliau merupakan satu-satunya anak Melayu yang bertugas sebagai pegawai tinggi di Jabatan Kaji Cuaca di Australia.

Baru-baru ini Asri telah pulang beraya Aidiladha kebetulan pula ayahnya meninggal dunia.

Setelah berpisah sekitar 38 tahun, kawan-kawannya (yang sesetengahnya ada yang sudah menjadi jutawan) sempat menemuinya di Restoran Old Town, Temerloh baru-baru ini. Pertemuan tidak dirancang itu berlangsung mesra, dalam keadaan terharu dan gembira.

Kelihatan dalam gambar (dari kiri) Osman Mohamed, Haji Abdullah Sani Abdul Rashid, Lotfi Mohd Zin, Asri dan Anuar Mamat.


No comments:

Post a Comment