TEMERLOH: Seorang bekas kerani Jabatan Agama Islam Daerah Temerloh, 60-an, dilaporkan parah ditetak malam semalam ketika mencuri getah buku dan kini masih dirawat di hospital di sini.
Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Teluk Sentang, di sini.
Menurut sumber, mangsa yang sudah bercucu itu, berasal dari Johor dan berkahwin dengan penduduk kampung berkenaan juga merupakan bekas tentera. Beliau juga pernah bertugas di Masjid Abu Bakar Temerloh.
Kata sumber itu lagi, sebelum ini fenomena kecurian getah sudah amat ketara di kampung berkenaan sehinggalah seorang tuan tanah yang acap kali kehilangan getah itu beberapa kali mengendap dan menunggu untuk memerangkap pencuri.
Malam tadi ketika menunggu di kebun getahnya, tiba-tiba mangsa muncul dengan mengutip getah buku lalu tuan tanah tersebut menerpa lalu menetak kaki mangsa.
Polis kemudiannya dimaklumkan kes berkenaan sementara ambulan dipanggil untuk membawa mangsa ke hospital kerana tidka mampu bergerak.
Harga getah yang agak tinggi pada masa ini dikatakan menyebabkan pemilik kebun getah berada dalam kecemasan selalu kerana ramai pencuri mengambil jalan pintas untuk mengutip dan menjualnya.
transfomasi....hehehehe
ReplyDeletelebai....lebai.
gegaria punya pasal ye bai...