Thursday, October 14, 2010

Felda ‘peralat’ abang Mazlan Aliman hasut peneroka

Sikap pengurusan pejabat Felda mempergunakan apa saja alat bagi membendung kesedaran peneroka amatlah tidak wajar dan jelek sekali.

Ini hanya mempertontonkan kepada umum bahawa agensi tersebut mulai goyah, dihambat keserabutan dan mulai hilang arah apabila peneroka bangkit menuntut hak dan keadilan mereka.

Terbaru, melalui majalah terbitan Felda ICT JELAS Bil: 4/2010 yang dipaksa peneroka membayarnya, dimainkan pelbagai isu yang jelas mendoktrinkan fahaman Umno untuk disumbat ke dalam otak peneroka.

Majalah yang sepatutnya mendedahkan kejayaan peneroka atau mendedahkan perkembangan teknologi baru dunia pertanian, sebaliknya digunakan untuk menyerang pejuang isu-isu Felda.

Di muka surat 14 majalah tersebut, dibuat temuramah dengan abang Presiden Anak Mazlan Aliman, Tuan Haji Abd. Rahim Aliman untuk menggambarkan bahawa perjuangan Mazlan adalah sesat sehingga menyeru adiknya kembali ke pangkal jalan. Beliau juga menghasut peneroka supaya menyerahkan pengurusan ladang peneroka kepada Felda.

Sebenarnya amat tidak bagus mempergunakan senjata ‘kaitan persaudaraan’ seperti itu kerana boleh mengundang perbalahan keluarga. Kenapa tidak digunakan cara lain untuk meyakinkan peneroka?

Dalam artikel “Lahirmu Dalam Sejarah” di muka surat 18 pula dibangkitkan kembali sejarah Tragedi Sungai Lui yang mengisahkan orang Cina membunuh orang Melayu pada masa penaklukan Jepun. Apa tujuan dibangkitkan kembali cerita itu? Ia tidak lain dititip sebagai gerak saraf selaras dengan politik perkauman Umno untuk membelit otak peneroka. Berpolitik cara begini tidak matang dan undur ke belakang.

Melalui artikel “Peneroka Mendakwa Felda Ke Mahkamah” pada muka sura 22, pengarangnya cuba menakut-nakutkan peneroka dengan menuduh peguam pihak peneroka yang menyaman Felda hidup mewah dengan hasil bayaran guaman peneroka.

Lebih daripada itu, majalah tersebut juga tidak ada langsung permit penerbitan (P/P) KDN sedangkan jika organisasi lain menerbitkan risalah, akan segera dirampas. Ini bermakna, Pengarah Besar Felda Dato’ Dzulkifli Abd. Wahab (yang memberi ucapan Salam Eidulfitri) dalam keadaan sedar melanggar peraturan Akta Mesin Cetak yang digubal kerajaan sendiri.

Majalah tersebut diagih-agihkan kepada peneroka. Dan di sebuah tanah rancangan majalah itu diletakkan di sekolah.










7 comments:

  1. artikel menarik.boleh hantar kepada akhbar sinar harian

    ReplyDelete
  2. Saya tak pandai cara nak hantar Tok...
    Tok tolong hantarkan ya...

    ReplyDelete
  3. masih ada lagi rakyat peneroka yang bodoh dan tertipu dgn tipu helah felda umno

    ReplyDelete
  4. Sesetengah peneroka apabila disedarkan bahawa tanah ladang itu hak milik mereka dan Felda hanya agensi pemaju, kita mahukan mereka merdeka... ada peneroka yg marah dan menganggap itu usaha memecahbelah, pengkhianat dan sesat. Tidakkah ini sebenarnya mereka hanya memanjangkan lidah dan tali hayat Umnolintahdarat? Walhal jika mereka berdikari, itulah yg dikehendaki Almarhum Tun Razak!

    ReplyDelete
  5. Laporlah isu tu kat pihak polis klu btl langgar undang-undang. Jgn ambik tindakan sendiri sudah.

    Mazlan ada respon tak isu tu? Aku cdg minta Mazlan respon sbb prk tu mengaibkan dirinya..Bkn masalah family tp masalah perjuangan. Ntah2 Mazlan dah lama tak jumpa abg dia ni kot.

    Psl sjrh tu jgnlah dibuang bulat2..Ada bnrnya isu tu diketahui oleh generasi skrg. Aku tkt generasi skrg buta sjrh dan hanyut tanpa ada jatidiri dan kebanggaan menjadi orang Melayu dan Muslim..

    ReplyDelete
  6. I cdg suruh Mazlan & Hj Rahim ni buat dialog ke, debat ke psl perjuangan FELDA. Sebab I rasa Mazlan takde hal punyalah.

    Sblm Mazlan ajak Maslan berebat, baik debat dgn abangnya dulu. Klu lepas br debat dengan Maslan. Hahahaha...

    ReplyDelete
  7. Saya berani katakan, Umno yg dalam Felda ni jahat. Haji Rahim terperangkap dgn persoalan itu dan dia amat menyesal dan tertekan sekarang! Haji Rahim ini org PAS dan dia tak sangka pihak Felda perangkap dia utk mainkan sentimen seperti ini dengan kenyataannya.

    Mazlan dgn Haji Rahim tidak ada masalah langsung dan tiada pertikaian keluarga. Malah Mazlan selalu ziarah ke rumahnya dari dulu hingga sekarang. Persaudaraan mereka tidak terkesan meskipun ada pihak yg ingin melihat mereka berpecah adik-beradik!

    Yang saya katakan Felda jahat, ialah kalau boleh mereka nak tengok Mazlan respon perkara ini dan selepas itu Felda akan canang:"... haaa tengok adik beradik pun berbalah... lawan abang tua... nak membela peneroka konon...". Dan taktik ini akan dijadikan gerak saraf dalam usaha menentang dan mematahkan perjuangan Mazlan dan ANAK utk membela peneroka yg dizalimi Felda.

    Saya katakan Felda jahat, sebab Felda sekarang seolah-olah sudah diresapi Apco, iaitu menasihatkan perkara-perkara yang memainkan isu peribadi.

    Ini bahaya... dan inilah pemecah belah!

    Di atas dunia ini kamu perbuatlah apa yg kamu mahu... ingat, sebagai orang Islam segala kerjabuat kamu akan dihisb ALlah SWT. Terimalah balasan setimpal!

    ReplyDelete