Monday, October 4, 2010

Ku Li 'kurang senang' kenyataan Muhyiddin?

Pada ketika ini Umno menggunakan strategi cuba ‘menakut-nakutkan’ PAS dengan menamakan Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Ketua Bahagian itu YBM Tengku Razaleigh (Ku Li) Hamzah sebagai calon atau pun sekurang-kurangnya sebagai pengarah dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas.

Namun begitu, saya mendapat maklumat bahawa Ku Li tidak pun dihubungi sebelum Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa beliau menyerahkan tugas Pengarah PRK kepada negarawan itu.

Berikutan itu, menurut sumber, menyebabkan pihak bekas Menteri Kewangan itu kurang senang nama beliau ‘dipermainkan’ sebelum beliau sendiri dibawa berunding.

Ku Li sendiri pada masa ini masih berada di luar Negara dan hanya akan kembali pada 9 haribulan depan.

Bahkan harakahdaily ketika menyiarkan jawapan Ku Li melalui twitter, bahawa beliau membuat sebarang keputusan, termasuk kepada Timbalan Perdana Menteri itu.
"Itu kena tanya dia (Muhyiddin), saya belum cakap apa-apa kepada sesiapa pun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan rakan twitternya yang bertanyakan tentang kesahihan kenyataan Muhyiddin.
Ianya berhubung sikap Muhyiddin yang seringkali mencanangkan bahawa Tengku Razaleigh telah bersetuju menjadi pengarah PRK Umno BN Dun Galas.
Sehingga kini, belum ada sebarang pengesahan dibuat Tengku Razaleigh berhubung tawaran Umno itu.
Menurutnya lagi, beliau hanya akan memberi keputusan selepas kembali ke Malaysia 9 Oktober nanti.
"Kepada kawan-kawan, saya belum bagi apa-apa jawapan sama ada ya atau tidak.
"Saya hanya akan jelaskan berhubung kedudukan saya pada Pilihan Raya Kecil Galas selepas apabila saya balik ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, ramai berpendapat tindakan Umno menamakan Ku Li sebagai calon hanya menjadikan ahli parlimen paling lama di Malaysia itu sebagai perangkap dan dalam keadaan yang amat serba salah.

Tindakan Pemuda Umno mahu Ku Li sebagai calon itu, dianggap pelbagai pihak hanya mahu mengaibkan beliau kerana sebagai tokoh besar bertaraf negarawan tidak sepatutnya ‘diperjudikan’ sebagai Adun pembangkang dalam Dun Kelantan.

Ku Li pada ketika ini sedang berjuang bersama-sama dengan Kerajaan PAS Kelantan bagi menuntut royalti minyak yang dirompak Kerajaan BN Pusat.

Ku Li pula masih diingati ramai, ketika mencuba nasib mahu bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden Umno dulu, begitu teruk dihentam dan dan dibelasah Umno seluruh Negara.

Namun apabila Umno dalam keadaan tersepit ketika PRK Galas ini, seolah-olah tiba-tiba mahu meletakkan keturunan raja Kelantan itu sebagai hero.



No comments:

Post a Comment