Bekas Adun BN Pulau Manis (dalam Parlimen Pekan), Dato' Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz meramalkan empat lagi kerusi parlimen dalam negeri Pahang akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR)iaitu Parlimen Paya Besar, Raub, Jerantut dan Bera selain Parlimen Kuantan dan Inderamahkota yang sudah dikuasai PR pada masa ini.
Beliau yang terkenal dengan panggilan Datuk Sab, menulis sambil memberi ancaman demikian dalam blognya Sakmongkol 47 yang disiarkan baru-baru ini.
Alasan ‘orang kuat’ Najib itu, ialah sikap pimpinan Umno sendiri yang tidak mendengar suara murba- musyarakat bawahan. Suara yang kita boleh dengar di warung kopi, dalam surau dan masjid dan kantin pejabat kerajaan. Apakah natijah suara tersebut?
“Natijahnya ialah Umno dalam keadaan amat bahaya. Jenama Umno sudah jadi jenama yang jijik. Umno tidak dapat lagi mengaku yang ia nya mewakili orang Melayu. Itulah fakta yang kita terjemah dari keputusan PRU 12 tempoh hari,” tulis Adun sepenggal (2004) itu dalam blognya.
Tambahnya lagi, calon-calon Umno hanya mendapat 2.38 juta undian. Tentulah daripada jumlah undian tersebut, sebahagianya datang dari undian bangsa bukan Melayu. Jika kita tolak 380 ribu undian bukan Melayu, maka undian solid orang Melayu untuk calun Umno hanya 2 juta orang.
“Bukan main gegak gempita dan goga orang Umno menjerit bahawa kita parti terbesar. Ada 3 jua lebih ahli Umno. Nah, jika kita hanya mendapat 2 juta undian solid orang Melayu, ini bererti 1 juta lebih ahli Umno tidak keluar mengundi atau tidak mengundi calun Umno. Soalan: bagaimana kita mengembalikan keyakinan orang Melayu, jika kita tidak terdaya mengembalikan keyakinan ahli Umno sendiri?
“Kemudian, kita mesti sedar perkara berikut. Jumlah pengundi Melayu dalam PRU 2008 ialah 5.7 juta. Tentulah ini bermakna 3.7 orang Melayu tidak menyokong Umno. Bererti lagi, lebih ramai orang Melayu menolak Umno dari menerima Umno.
“Apa sudah jadi? Pimpinan Umno tidak sedar?,” soalnya.
Tambah Datuk Sab, orang Melayu di Pulau Pinang, di Kedah, di Kelantan, di Selangor, di Wilayah Persekutuan, tidak pula mati layu terkulai apabila Umno kalah dalam negeri negeri tersebut. Suara dari rakyat menunjukkan bahawa Perak akan jatuh kembali ke tangan pembangkang, Terengganu akan jatuh, Negeri Sembilan akan jatuh. Ini bererti 7 negeri di Semenanjung akan jatuh di tangan pembangkang.
“Orang UMNO tidak sedar juga, didalam negeri yang mereka kuasai pun, ada kerusi kerusi Parlimen yang akan jatuh. Negeri yang saya familiar ialah Negeri Pahang. Yang saya rasa, kawasan parlimen yang BN akan kalah ialah di Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar, Raub, Jerantut dan mungkin juga Bera.
“Orang UMNO masih bergentayangan. Mereka ingat hanya dengan melaungkan slogan UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO sudah cukup untuk mengkat kesetiaan orang Melayu. Kalau cerita dongeng zaman purba kala, mungkin tanggapan demikian ada kebenaran,” jelasnya.
Saya tak yakin Raub akan jatuh ketangan PR. Tapi kalau Jerantut, Bera, Temerloh, Paya Besar, insyaAllah
ReplyDelete