Saya sebenarnya tidak suka sangat menyebut soal rumah-tangga orang, sebab persoalan rumah-tangga seseorang bukannya boleh dipolitikkan mahupun didebatkan di dunia maya.
Akan tetapi apabila seseorang itu sudah menjadi ‘public figure’, maka tidak dapat tidak apa saja hal berkaitan dirinya, tidak dapat dielakkan diperkatakan umum.
Itulah hakikatnya.
Berpergian bersama keluarga menghadiri majlis rumah terbuka Eidulfitri Jengka 23 baru-baru ini memeng menyeronokkan, terutama apabila dapat bertemu para sahabat seperjuangan.
Namun di celah-celah kegembiraan itu terdengar pula desas desus, mengisahkan perihal isteri seorang Adun telah cabut lari dari rumahnya kerana berlaku perbalahan kecil.
Yang bercerita itu bukannya sebarangan orang melainkan mengaku sebagai kaum kerabat YB berkenaan juga.
Adalah cerita lanjut berhubungkait dengan mengapa datin itu lari dari rumah, tetapi itu semua berkaitan hal ehwal peribadi.
Cuma saya nak sebut, itulah dunia. Masa sebelum berkahwin semuanya indah dan berjanji bulan bintang, akan tetapi apabila menerjah ke alam rumah tangga, barulah tahu langit tinggi rendah.
Saya cuma nak ingatkan, awak tu wakil rakyat dan perjadi perhatian orang ramai. Jadi buatlah yang baik-baik saja sebagaimana pepatah baru ‘kepimpinan melalui teladan’.
No comments:
Post a Comment