Sunday, October 17, 2010

Orang Asli ‘bankrap’ ditipu jurujual

MARAN: Gara-gara tersilap memberi kad pengenalannya kepada jurujual, Jabar bin Suntar, 49, Orang Asli dari Kampung Paya Besar, Chenor, mendakwa beliau menjadi mangsa tipu sehingga menerima notis bankrap.

Saman dan notis bankrap itu diterimanya daripada Ang Trading & Motor Credit Sdn Bhd dari Jalan Sulaiman, Muar kerana kononnya tidak menjelaskan hutang sebuah lori berharga RM43,000.

“Sedangkan saya tak pernah beli, tak pernah tandatangan, tak pernah terima apa-apa dokumen dan tak pernah ada lori. Bahkan saya Orang Asli yang hidup dalam kemiskinan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menceritakan lebih lanjut, beliau hanya mengsyaki ada orang yang menggunakan kad pengenalannya ketika menemankan menantunya yang juga Orang Asli yang nak beli kereta di Bahau.

Seingat beliau, seorang jurujual berbangsa India pada masa itu menghampirinya lalu meminta kad pengenalannya dengan alasan sebagai saksi pembelian kereta menantu dia.

“Oleh kerana pada masa itu saya tidak tahu menahu risiko dan tak tahu tujuan apa, lalu memberikan kad pengenalannya kepada jurujual berkenaan.”

“Seingat saya perkara tersebut telah berlaku pada 2008. Selepas itu saya tidak pernah menerima apa-apa dokumen sehinggalah dapat notis bankrap dari Ang Kredit pada penghujung Sepetember lalu.”

Notis tersebut mendakwa bahawa beliau berhutang sebanyak RM43,962.00 termasuk faedah 15 % setahun (RM10,894.00) dan kos guaman (RM1,037.00) menjadikan jumlah hutang tertunggaknya sebanyak RM55,893.14.

Notis bankrap telah diserahkan kepadanya menggunakan alamat yang salah iaitu di Nombor 117, Felda Kumai, Bera oleh wakil peguam dari syarikat Tetuan Philip Chua & Co. dari Muar.

“Ini memeranjatkan saya kerana ini kerana menjadi mangsa penipuan kerana tak pernah beli lori atau terima apa-apa dokumen.

“Saya kesal ditipu, kenapa diambil kesempatan atas orang macam saya ni. Saman menyaman di mahkamah pun saya tak tahu. Saya dah buat laporan polis untuk disiasat,” jelasnya.






No comments:

Post a Comment