Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang diberikan kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Ibrahim Ali.
Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, the Star Online juga melaporkan gelaran bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim wan Daud juga ditarik balik.
Berita ini sudah tentu menjadi tamparan hebat kepada 'samseng katak' itu kerana selama ini mengharapkan usaha-usaha yang dilakukannya mendapat sanjungan dan pujaan ramai.
Bermula dengan dipecat oleh Umno kerana tingkah lakunya, beliau yang pernah terlibat 'membakar tayar' sehingga Megeran di Kelantan pada 1977 itu mula menghimpit dan mengendeng PAS sehingga diletakkan sebagai calon pada PRU 2008.
Tidak ramai yang tahu bahawa saya sebenarnya salah seorang yang sering menjadi 'broker' untuknya berucap dalam ceramah di pentas PAS di sebelah Pahang.
Namun kesempatannya menang di bawah lambang PAS itu rupa-rupanya hanya mendedahkan tabiat buruknya yang sebenar apabila menubuhkan kumpulan ekstremis Melayu demi untuk memikat hati pemimpin Umno supaya beliau boleh kembali ke sarang lamanya. PAS kemudiannya diajaknya 'berperang'.
Ketika ini, beliaulah merasakan dirinya hero Melayu sebenar seperti mahu mengamuk sana mengamuk sini lagaknya.
Dengan pengumuman perlucutan gelaran Datuk itu, sedikit sebanyak diharap dapat menginsafkannya bahawa dalam dunia ini tidak ada orang yang boleh mendahului kuasa Tuhan!
Kita cuma mendoakan yang terbaik untuknya.
No comments:
Post a Comment