Thursday, October 21, 2010

‘Pencuri’ enjin jet F-5E dakwa dipukul supaya mengaku

Sarjan tentera udara, N Tharmendran yang dituduh mencuri dua enjin jet pejuang F-5E pada pada 6 Julai 2007 dari pangkalan Tentera Udara diRaja Malaysia (TUDM) Subang telah menemui ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini dan menceritakan bahawa beliau dipaksa dan disikasa supaya mengaku.

Demikian didedahkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya baru-baru ini.

“Tharmendran telah menemui kami di parlimen baru-baru ini dan meminta beliau diberikan keadilan kerana tuduhan yang dikenakan ke atasnya tidak munasabah kerana beliau memberitahu melihat enjin itu pun tidak pernah.

“Beliau juga memberitahu mustahil bagi beliau melarikan enjin berkenaan kerana prosedur yang ketat. Sedangkan untuk mengeluarkan mesin rumput pun terpaksa melalui banyak kawalan keselamatan.

“Tharmendran memberitahu beliau telah disiksa dengan pelbagai cara termasuk dipukul kepalanya bagi memintanya mengaku sedangkan mustahil orang yang setarafnya boleh melarikan enjin jet. Jadi dalam kes ini Tharmendran seolah-olah dikambinghitamkan dan pencuri sebenar masih bebas,” katanya.

Bekas Menteri Besar Perak itu menjelaskan demikian ketika berucap di hadapan kira-kira empat ribu pengunjung dalam ceramah umumnya di Darul Hikmah, Kerdau dekat sini 19 Oktober lalu.

“Setelah bergadai bergolok untuk membayar ikat jamin sebnayak RM150,000 beliau pula sering diekori dan diganggu sepanjang masa oleh pihak tertentu sehingga mengambil keputusan ingin masuk penjara semula kerana tiada lagi kebebasan kepadanya,”

Turut berucap Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanuddin Salim dan Ketua Cabang PKR Temerloh Ahmad Nizam Hamid.


Gambar:
Dua tokoh sedang duduk berganding si pentas Darul Hikmah, Kerdau


No comments:

Post a Comment