Saturday, August 31, 2019

PJ Pahang lawat mangsa kebakaran Sungai Lembing

Pesuruhjaya PAS Pahang, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar meluangkan masa menziarahi semua mangsa kebakaran di pekan Sungai Lembing dekat sini, tengah hari tadi.

Beliau memberitahu, kebakaran yang turut mengorbankan dua nyawa itu amat mengejutkan dan menyayat hati, apatah lagi berlaku ketika semua rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ke-62, hari ini.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu berita kebakaran ini dan kerana itulah saya terus bergegas ke sini selesai sahaja perarakan hari kebangsaan tadi.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Pahang yang menyalurkan bantuan segera bernilai RM 1,000 kepada semua 29 keluarga mangsa kebakaran." ujar beliau.

Turut bersama beliau, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, YB Andansura Rabu serta  Ketua Penerangan PAS Pahang, YB Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya,  turut menziarahi semua mangsa yang ditempatkan sementara di SJKC Sungai Lembing.

Sementara itu, seorang mangsa yang ditemui, Wong Cheung Yun, 48, beliau amat bersyukur semua keluarganya selamat walaupun kedainya hangus terbakar.

"Semua kedai yang terbakar itu telah dibina sejak tahun 1926 dan kenangan bersejarah ahli keluarga kami yang bekerja di lombong bijih timah kini telahpun hangus" ujar beliau.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi tadi, sebanyak 32 kediaman dan premis kedai dua tingkat musnah, termasuk sebuah perpustakaan.
Kejadian turut mengorbankan pasangan suami isteri, Ho Yuk Fun, 74, dan Chow Kim Mui, 70.

Thursday, August 29, 2019

Monumen titik tengah semenanjung tarikan baru Temerloh

Daerah Temerloh bakal menjelmakan satu destinasi tarikan pelancongan yang baharu iaitu Monumen Titik Tengah Semenanjung (TTTS) yang terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang.

Terletak berdekatan dengan kompleks Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), projek ini menelan belanja kira-kira RM11.788 juta dan akan dibuka kepada pengunjung secara rasmi pada Oktober ini.

Tuesday, August 27, 2019

Jelajah 8 Adun PAS Pahang masuki 'ban untung'

Oleh KHAULAH AL-AZWAR 

BENTONG: Siri Jelajah 8 Adun PAS Pahang telah memasuki daerah 'banyak untung' yang menurut orang-orang tua dahulu ianya cantuman dua perkataan iaitu 'ban' dan 'untung' kerana terdapat banyak bijih timah, sebelum dikenali dengan nama sekarang.

Semua Adun-adun PAS ini diketuai Adun Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abdul Jabar yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang telah meredah bumi hijau Bentong meliputi empat Dun iaitu Dun Ketari, Dun Sabai, Dun Pelangai dan Dun Bilut pada 24 Ogos dan berakhir kelmarin.

Sunday, August 25, 2019

Jika bencikan tulisan jawi jangan pakai walaupun pada produk - PPIM

Cadangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat rasional dan relevan pada ketika ini dilaksanakan kerajaan bagi mengendurkan ketegangan yang berlaku sehari dua ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman dalam Twitter milik persatuan berkenaan mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengeluarkan Sijil Halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik produk.

Friday, August 23, 2019

Zakir Naik: Ramasamy kecewa, netizen hambur balik

Keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir  untuk tidak menghantar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik pulang ke India., disambut dengan kecewa oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CCC) DAP itu memberitahu, beliau kecewa dengan keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Apabila suara Islam disekat di negara Islam

Oleh DR. KAMILIN JAMILIN

Hari ini kita menyaksikan seorang tokoh pendakwah terkenal telah berjaya ditutup mulutnya dari pentas terbuka negara. Betapa sedihnya kita yang mengenali beliau dan betapa gembiranya mereka yang memusuhi beliau.

Hari ini kita sedar, betapa sukarnya tugas menyeru manusia ke jalan Allah & Rasul.

PAS 68 tahun semakin matang di pentas politik

Oleh ZURAIDA MD NOOR

Kewujudan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai.

Thursday, August 22, 2019

Rumah kayu rentung, warga emas strok selamat

Musnah segalanya....
Sebuah rumah di Kampung Jengka Batu 13, Maran, rentung dan musnah keseluruhannya dijilat api kira-kira jam dua petang semalam.

Bagaimanapun pemilik rumah Zamri Ripin, 62 tahun penghidap strok serta isteri Rahimah Idrus,  60 Tahun, berjaya dibawa keluar oleh anaknya Amirul Zarith, 24 Tahun, yang kebetulan sedang bercuti.

Tuesday, August 20, 2019

PH berbelanja tinggi, hutang negara cecah RM58 bilion dalam 6 bulan

Seorang pakar ekonomi menggesa Putrajaya mengurangkan perbelanjaan dengan memetik angka Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kerajaan sudah meminjam RM58.1 bilion dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini.

Memetik daripada FMT, Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata angka itu menunjukkan hutang kerajaan persekutuan meningkat daripada RM686.8 bilion pada akhir 2017 kepada RM799.1 bilion sekarang.

Doa Ebit Liew kepada Zakir Naik

Kisah hambatan pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia yang didominasi DAP dan nasib pendakwah bertaraf antarabangsa Dr Zakir Naik di negara ini, turut mencuit pendakwah terkenal berketurunan Cina, Ebit Liew.

Dalam posting di laman facebook miliknya, beliau merakamkan rasa sebak yang tidak terhingga dengan nasib pakar dalam perbandingan agama yang bertaraf penduduk tetap itu, yang difitnah dan diburu. Terkini, beliau dilarang berucap di beberapa negeri.

Saturday, August 17, 2019

Ingat tragedi Dong Zong 1961?



Kenapa Lim Lian Geok, pengasas Dong Zong dilucutkan kewarganegaraan Malaysia ?


Oleh: ANUAR AHMAD

Anda jangan ingat isu bantahan Dong Zong  terhadap tulisan Jawi  baru-baru ini adalah yang paling besar. Isu ini kecil sahaja berbanding apa yang pernah berlaku pada tahun 1961.

Thursday, August 15, 2019

Tauke Cina disaran jangan bubuh tulisan jawi pada produk mereka

Cadangan dan pandangan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar bagi menangani kemelut dan kontroversi isu pembelajaran tulisan jawi, bolehlah dianggap tepat pada masanya.

Barangkali ini sahaja peluang yang dapat mengajar pembenci-pembenci tulisan jawi di mana tinggi rendahnya langit. Sekali gus, dapat menyedarkan kira-kira 60 peratus, atau sekitar 20 juta pembeli-pembeli Melayu dan Muslim betapa besarnya kuasa beli mereka.

Ustaz Rosli yang juga Adun Tanjung Lumpur, sebelum ini dalam hantaran aplikasi whatsappnya mencadangkan taikun dan pengilang-pengilang Cina yang benci dan anti sangat terhadap tulisan jawi, agar tidak mengenakan tulisan tersebut pada produk-produk dan barangan mereka.

Friday, August 9, 2019

Jambatan baharu Temerloh

Jambatan Ahmad Shah terlalu sibuk terutama pada waktu puncak hari bekerja.
Keadaan lebih kritikal jika berlaku kemalangan


Abdul Rashid Abdul Rahman


TEMERLOH - Kerajaan meluluskan pembinaan sebuah jambatan baharu bernilai RM146 juta bersebelahan jambatan lama Sultan Haji Ahmad Shah di sini dalam usaha menaik taraf laluan di situ.

PERUTUSAN AIDILADHA PESURUHJAYA PAS PAHANG.

اَلسَلامُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ… ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اَللهِ ÙˆَبَرَكاتُÙ‡ُ

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

Bumi Mekah yang asalnya kering kontang menjadi basah dan subur, terpancarnya air zam zam dikala mana Hajar isteri Nabi Allah Ibrahim dalam keadaan begitu bimbang melihat putranya Nabi Allah Ismail as yang menangis dalam keadaan kehausan.

Bagaimana Allah swt menunjukkan kekuasaanNya dan pertolongan kepada hambaNya yang sentiasa bertawakal dan taat kepadaNya didalam apa keadaan sekalipun, tiada siapa pun menyangka keadaan itu berlaku, pertolongan Allah swt itu datang tanpa diduga.

Pemuda minta DAP jangan biadab, cemar Dun Selangor

Gambar hiasan 
Oleh MOHAMED SUKRI OMAR

Sidang DUN Selangor pada asalnya dijadual berlangsung daripada 29 Julai hingga 9 Ogos. Tetapi dipendekkan sehingga 31 Julai.

Isunya apabila Bantahan Adun-Adun DAP terhadap RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam ianya adalah berkaitan pemelukan Islam kanak-kanak dibawah 18 Tahun.

Thursday, August 8, 2019

Komunis pun guna tulisan jawi

 Mengapakah DAP begitu tegar membantah pengajaran tulisan jawi sedangkan Parti Komunis Malaya (PKM) yang didominasi kaum Cina di negara ini pun pernah menggunakan tulisan jawi bagi menjalankan propaganda parti tersebut?

Naskhah Perlembagaan PKM menggunakan tulisan jawi ditemukan oleh seorang bekas Penolong Pengarah Pendidikan di Pahang.

Kemelut di Selangor: Utamakan rakyat, bukan beramuk sesama sendiri

Oleh SYARHAN HUMAIZI HALIM

Peribahasa Melayu menyebutkan "mana mungkin bangkai gajah dapat ditutup dengan nyiru". Itulah suasana yang dihadapi dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor pada hari ini. Pergolakan parti kerajaan mengheret kegoyahan kestabilan kerajaan dan rakyat Selangor.

Mana janji subsidi petrol bersasar? Ungkit Tuan Ibrahim

Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan Man menuntut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail melunaskan janji pemberian subsidi petrol bersasar kepada golongan berpendapatan rendah.

Timbalan Presiden PAS itu dalam kenyataan medianya, membangkitkan janji pemberian itu  telah dibentangkan dalam Belanjawan 2019 yang lalu untuk dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.

Wednesday, August 7, 2019

Pekebun kecil kecewa bantuan tanam semula dihapuskan

Terkilan, terkejut, kecewa, marah dan tidak puas hati. Demikianlah reaksi pekebun-pekebun kecil selepas pengumuman mendukacitakan oleh Menteri Industri Utama, Teresa Kok bahawa kerajaan menghentikan skim bantuan penanaman semula kepada lebih 650,000 entiti tersebut.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang media selepas Majlis Taklimat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan sesi dialog bersama penanam dan pekebun kecil negeri Pahang di Dewan Akademik Usahawan Tani Kampung Awah, Maran kelmarin.

Tuesday, August 6, 2019

Belajar tulisan jawi, bukannya masuk jawi!

Tidak kira kaum, pelajar Cina juga mampu menghasilkan tulisan
 khat jawi yang cantik
Itulah yang diperlu difahamkan, kepada DAP serta persatuan-persatuan pendidikan Cina yang kini menggila dan begitu lantang mengkritik cadangan Kementerian Pendidikan untuk meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dan seni khat, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat, pada tahun 2020.

Monday, August 5, 2019

Aktivis PKR bidas Fuziah ‘u-turn’ isu Lynas

Shukri memuatnaik gambar beliau dalam satu majlis dialog berkaitan Lynas
Seorang aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga bekas calon parti berkenaan pada PRU 13 di Dun Kemayan, Mohd Shukri Ramli, menuduh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, sebagai tidak konsisten dalam isu Lynas Malaysia Sdn Bhd  (Lynas) yang beroperasi di Gebeng.

Beliau yang mendakwa antara orang terawal memperjuangkan isu operasi Lynas ini, menyindir Fuziah seolah-olah tidak berani lagi bersuara sebagaimana dakwaannya tentang bahaya nadir bumi (rare earth) ketika mula diangkat menjadi Ahli Parlimen Kuantan dahulu.

Saturday, August 3, 2019

Ahli Parlimen DAP Kepong yang biadap

Oleh ROSLAN SMS

Posting beliau - Lim Lip Eng, ahli Parlimen DAP Kepong berbunyi:

(Terjemahan) "Sedang Menteri Pendidikan di negara-negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar-pelajar muda, jangan kita menyapu tahi lembu di wajah kita dengan memperkenallan khat. Tolonglah."

Friday, August 2, 2019

Ini negara umat Islam bukan negara komunis

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

MEMO LARANGAN PEKERJA SOLAT : INI NEGARA MALAYSIA, BUKAN KOMUNIS

Penularan memo larangan solat ke atas pekerja oleh pihak pengurusan salah satu kilang di Klang adalah satu tindakan yang biadap dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang merupakan majoriti rakyat dalam negara Malaysia.