Tuesday, August 27, 2019

Jelajah 8 Adun PAS Pahang masuki 'ban untung'

Oleh KHAULAH AL-AZWAR 

BENTONG: Siri Jelajah 8 Adun PAS Pahang telah memasuki daerah 'banyak untung' yang menurut orang-orang tua dahulu ianya cantuman dua perkataan iaitu 'ban' dan 'untung' kerana terdapat banyak bijih timah, sebelum dikenali dengan nama sekarang.

Semua Adun-adun PAS ini diketuai Adun Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abdul Jabar yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang telah meredah bumi hijau Bentong meliputi empat Dun iaitu Dun Ketari, Dun Sabai, Dun Pelangai dan Dun Bilut pada 24 Ogos dan berakhir kelmarin.



Semua mereka mengikuti pelbagai aktiviti disusun di bawah kendalian Ketua Penerangan PAS Kawasan Bentong, Zamri Nong antaranya hi-tea, kuliah Maghrib, kuliah Subuh, kuliah Dhuha, sumbangan MOSWAY dan al-Malak, street dakwah dan ceramah perpaduan.

Ustaz Rosli dalam ucapan-ucapannya sepanjang dua hari ini membawa penegasan bahawa penyatuan ummah, khususnya antara parti peneraju umat Melayu-Islam iaitu PAS dan Umno adalah di atas nama agama; yakni dengannya agama dan bangsa lain akan turut terpelihara.

Malah, edisi lawatan kerja yang menyusul sebelumnya di Rompin, Lipis dan Raub, diserikan lagi dengan kesudian mantan Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob 'balik kampung' berdiri sepentas bersama Adun PAS dalam Ceramah Perpaduan Ummah.

"Kalau kekuatan kita 70, musuh 30, 70 kekuatan pecah tujuh, maka tinggal sepuluh, sepuluh. Yang 30 bersatu, confirm menang yang sikit ini," peringat 'Long Nan' panggilan mesra di kalangan teman rapatnya.

Antara turut mencuri tumpuan pada siri jelajah ini adalah santai 'kendurian' atau kenduri durian di mana kawasan ini antara tersenarai sebagai kawasan penanaman terbesar raja buah itu, sekali gus juga merupakan lokasi ekopelancongan dan agropelancongan.

Malah, selain menikmati durian yang menjadi igauan dan mimpi peminat durian itu, Adun-adun PAS turut dijamu kesedapan nangka madu 'Mastura' terkenal dari Bentong ini pada majlis ringkas diraikan Pengarah Dun Sabai, Ustaz Junaidi Ishak.

Pada sebelah malamnya pula diadakan satu ceramah perdana di Dataran Benus (Depan Sekolah Rendah Bukit Piatu)     Antara yang terlibat ialah:
✅YB. Ustaz Rosli Abd Jabar | ADUN Tanjung Lumpur/Pesuruhjaya PAS Pahang
✅YB. Dato Seri DiRaja Adnan Yaakob | ADUN Pelangai, Ketua UMNO Bahagian Bentong
✅YB. Andansura Rabu | ADUN Beserah/Timb.Pesuruhjaya PAS Pahang
✅YB. Ustaz Tarmizi Yahaya | ADUN Panching/Ketua Penerangan PAS Pahang
✅Sdr.Muhammad Faiz Bin Hashim | EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

No comments:

Post a Comment