Dengan tema “Dari Temerloh Bandar Penentang Penjajah ke Melaka Bandar Bersejarah”, konvoi bermula di Taman Padang Gajah dan dilepaskan oleh Pengarah MTD Kuala Semantan Ahmad Zuber Omar.
Menurut ketua konvoi, Hasan Ayub, 20, mereka akan berada di sana selama tiga hari dua malam bagi melaksanakan kerja-kerja amal seperti membersihkan masjid dan membantu orang awam.
“Konvoi sejauh 300 kilometer ini merupakan program julung-julung kali kumpulan kami dengan kerjasama Amal Malaysia negeri Melaka. Dan pada bulan Julai nanti dijangka akan berlangsung program konvoi yang lebih besar,” jelasnya.
Sementara itu, Zuber dalam alu-aluannya sebelum melepaskan konvoi bermotor itu memuji sikap berani pemuda-pemuda dari Kuala Semantan yang melaksanakan program sebesar itu demi misi kebajikan dan sekali gus mengharumkan nama negeri ini sendiri di negeri orang.
Fairus seterusnya membacakan doa selamat sebelum melepaskan konvoi tersebut.
Gambar;
1. Peserta konvoi bergambar ramai dengan Ahmad Zuber (tengah).
2.
3. Ustaz Fairus (berkopiah, kiri) membacakan doa.
4.
5. ‘Orang lama’ sedang menunjuk ajar peserta konvoi.
rasanya lagi best jika disebut temerloh bandar revolusioner.lagi mengancam bunyinya gitu
ReplyDeleteSaya sgt bersetuju kerana pada pengamatan saya cadangan yg sgt baik dan tepat dgn identitinya.
ReplyDeleteCuma... bila sebut revolusi-revolusi ni... tak ke nanti org Melayu takut... atau Umno cuba menangguk di air keruh dan ambil kesempatan putar belit?
Cuba kita selidik sikit... kalau sebut komunis, org Melayu terdetik macam mana perasaannya. Sama ada mengikut acuan propaganda Umno, atau sedar erti perjuangan kiri nasionalis tulen...
sepatutnya Temerloh Bandar Pejuang kerana asas penentangan terhadap penjajah dan tertubuhnya Reg-10 adalah di Temerloh,... ramai pejuang adalah dari bumi Pahang.
ReplyDeleteRasanya, saya pun setuju dgn Semantancorner...
ReplyDeleteSebab ini identiti kita yang sebenar