Monday, June 14, 2010

Selamat pengantin baru Zila...

Dengan sekali lafaz ijab kabul, anak saudara kami Nor Azila Yasmin Razali secara rasmi menjadi isteri kepada Muhammad Ikram Addenan, pada majlis akad nikah di Surau Al-Mukmin Tanjung Kerayong, kira-kira jam 11.30 pagi pada Ahad 13 Jun 2010.

Ikram (yang semua orang bersependapat seorang pemuda yang macho!) berasal dari Dong, Raub.

Selepas itu kenduri diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampung Tanjung Kerayong bagi meraikan pengantin dengan dihadiri tetamu, keluarga sebelah pengantin lelaki, sahabat handai, jiran, saudara mara dari jauh dan dekat.

Zila, anak keempat dari lima beradik, merupakan guru di sebuah Pra-sekolah swasta di Taman Temerloh Jaya.

Tahun lalu kembarnya, Kak Da, telah ke jinjang pelamin, tahun ini Zila (Kak Teh) pula.

Ikram, tidak pasti apa kerjanya, kerana belum berkesempatan bertaaruf.

Dalam bisik-bisik, pecah rahsia rupa-rupanya ‘love story’ mereka bermula di pinggir Sungai Pahang dan dari situlah bak kata pantun:
Dari mana datangnya lintah,
dari sawah turun ke padi;
dari mana datangnya cinta,
dari mata turun ke hati.

Apa-apapun, selamat pengantin baru anak-anak saudaraku... selamat berbahagia hingga ke hujung nyawa...



No comments:

Post a Comment