Sunday, March 31, 2019

5 terkorban dalam kemalangan ngeri

Kami merakamkan rasa sedih serta ucapan takziah kepada keluarga dengan tragedi kemalangan ngeri petang tadi yang meragut lima nyawa KM 101 jalan lama Kuantan - Kuala Lumput di Kampung Semat Batu 13, berhampiran hutan simpan Bukit Genting.

Berikut adalah keratan laporan polis di Balai Polis Kampung Awah:

Thursday, March 28, 2019

Kemaafan yang terindah

Oleh HAZMI DIBOK

Kita seringkali mendengar kisah tiga orang sahabat Nabi s.a.w. yang terbaring luka parah dlm sebuah peperangan. Kehausan meminta sedikit air untuk diminum. Apabila hendak diberikan kepada salah seorang mereka air, lantas sahabat itu melihat ke arah sahabatnya yg kedua memandang ke arahnya. Lantas diarahkan agar air itu diberikan kepada sahabat yang kedua. Begitulah yang berlaku kpd sahabat yg kedua dan ketiga. Akhirnya ketiga-tiga mereka mati sebagai syuhada'.

Tuesday, March 26, 2019

Izzah pertahan ‘Tun M diktator’

Di sebalik pelbagai reaksi pro dan kontra kenyataan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, yang memanggil Perdana Menteri Tun  Dr Mahathir Mohamad sebagai “bekas diktator”, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu konsisten dan mempertahankannya.


Monday, March 25, 2019

Waspada gerakan licik rempuh tonggak negara

Umat Islam di negara ini diingatkan terhadap perancangan licik musuh yang menggerakkan bidak catur melemahkan institusi Melayu-Islam.

Timb Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Kamaruzaman Mohamad, berkata, serangan tersebut dilakukan oleh bukan Islam, tetapi digerakkan jentera daripada kalangan Melayu sendiri yang bersikap khianat terhadap saudara se-Islam mereka.

Friday, March 22, 2019

Statistik kes HIV: DAP Hilang Kewarasan.

Kenyataan ADUN Keranji dari DAP Perak Chong Zhemin mengenai statistik HIV tertinggi di Kelantan, ternyata fitnah dan hanya mahu membohongi mereka yang sudah menyimpan dendam terhadap PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan dalam kenyataannya, memperincikan statistik berkaitan pentakit berkenaan.

Thursday, March 21, 2019

Pemuda ancam himpunan besar bantah celupar DAP

Dewan Pemuda PAS Hulu Langat (DPPHL) memberi peringatan keras agar kenyataan bersifat rasis atau perkauman yang disebut oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng mengaitkan kerjasama PAS-UMNO sebagai “perang terhadap bukan Melayu” dan YB Chew Chong Sin yang cuba mengaitkan kerjasama tersebut dengan insiden pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Christchurch, New Zealand tidak lagi diulangi oleh mereka walaupun permohonan maaf sudah dibuat.

Ketua Pemudanya, Zurk Ahmad, turut mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab pemimpin DAP YB Nga Kor Ming yang cuba mengambarkan negara ini akan menjadi seperti negara Taliban jika kerjasama UMNO-PAS mentadbir negara ini.

Monday, March 18, 2019

Temerloh titik mula perjuangan Melayu, kata Subky

Pak Subky (tengah) bergambar bersama Md Jusoh Darus, Sharkar,
Azmi Mat Ludin dan Anuar
Temerloh merupakan tempat kebangkitan politik orang-orang Melayu dan tanah air dalam abad moden ini kerana dari sinilah datangnya pejuang-pejuang kemerdekaan terkenal.

Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Temerloh kali ke-32 pada Ahad, Pengerusi AsSabiqun PAS Pusat Haji Subky Abdul Latif berkata, jika mengikut skrip awal malah beberapa orang kelahiran Temerloh sepatutnya menjadi anggota kabinet pertama kemerdekaan.

Haji Alang kembali ke rahmatullah

Bekas Ketua Biro Kumpulan Utusan Melayu Cawangan Pahang, Kuantan, Datuk Haji Alang Ahmad Teh, 79, kembali ke rahmatullah kira-kira jam 7.50 malam tadi (Ahad) di Hospital Universiti Islam Antarabangsa, Indera Mahkota, Kuantan.

Beliau dimasukkan ke hospital tersebut pada 27 Februari lalu akibat komplikasi batu karang di saluran hempedu.

Sunday, March 17, 2019

Gerai makan Bukit Angin terbakar

Sederet 16 buah gerai makan terkenal di Bukit Angin, Temerloh terbakar dan kejadian dilaporkan sekitar jam 6 pagi tadi.

Kebakaran mujurlah gerai sewaan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) itu berjaya dikawal oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat beberapa waktu kemudian.

Seorang pemilik kedai memberitahu, bahagian yang menghadap ke Taman Karpaga paling teruk terjejas dan milik beliau sendiri tidak banyak barang dalam kedai yang dapat diselamatkan.

Deretan gerai di situ selama ini terkenal sebagai kedai makan yang menjual lauk pauk ikan sungai serta masakan kampung dan popular kepada pengunjung-pengunjung luar dan pelancong.

Friday, March 15, 2019

Tiada maaf bagi pengganas terhadap Muslim



PAS mengutuk sekeras-kerasnya serangan tembakan rambang membabitkan suspek bersenjata yang melepaskan tembakan selepas umat Islam menunaikan solat Jumaat di dua buah masjid di bandar Christchurch, New Zealand yang mengakibatkan sejumlah besar terkorban dan cedera.

Thursday, March 14, 2019

Pasir Gudang: Bertindak segera sebelum terlambat!

Sungai Kim Kim yang tercemar dengan pelbagai kimia merbahaya ketiga ditinjau oleh
Unit Amal.
Dikhabarkan, mereka terpaksa beralih tempat pemusatan selepas ada anggota yang mula
terkesan dengan bahan toksid tersebut yang mencemarkan ruang udara sekitar.
Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar(LATAS)  Dewan  Muslimat PAS Malaysia melahirkan rasa dukacita dan  merakamkan ucapan takziah atas ujian yang menimpa warga Pasir Gudang,Johor akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sejak 7 Mac lalu ,baru-baru ini.

Tuesday, March 12, 2019

Anak buah Rafizi 'menyerah' di parlimen

Catatan Parlimen: PH dan Fitnah, Berpisah Tiada

1. Setelah Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen berlangsung semalam, maka hari ini bermulalah agenda perbahasan Titah Diraja.
Ahli Parlimen PH Johor Bahru, YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan menjadi pencadang kepada usul menjunjung kasih Titah Diraja manakala YB Hulu Langat, Ustaz Hasanuddin Bin Mohd Yunus sebagai penyokong usul tersebut.

Ustaz Taliban kembali ke rahmatullah di Madinah

Ustaz Norazli (tengah) sempat berceramah membantah kebiadaban terhadap
Nabi Muhammad SAW dalam satu majlis minggu lalu sebelum berangkat
ke Tanah Suci
Ustaz Norazli Musa atau dikenali dengan panggilan Ustaz Taliban, menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 pagi hari ini (12 Mac) waktu Madinah.

Allahyarham mantan AJK PAS Pusat dan juga Presiden Geng Ustaz, pada ketika ini sedang mengerjakan ibadah umrah ke Tanah Suci.

Saturday, March 9, 2019

PAS + DAP, PAS + Umno

Teh Halia Tarik (23)

Apa PAS ni?!

"Dulu baik dengan DAP, Sekarang dengan UMNO pula! Apa yang PAS nak?" 

Friday, March 8, 2019

DHPP kecam kenyataan provokasi perkauman LGE

Dewan Himpunan Penyokong PAS Malaysia menentang dengan sekeras-kerasnya kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa kerjasama UMNO dan PAS akan menjadi landasan untuk mengisytiharkan perang terhadap masyarakat bukan Melayu di Malaysia. Kenyataan tersebut tidak seharusnya keluar dari mulut seorang Menteri Kanan Kerajaan. Apakah niat beliau dalam mengeluarkan kenyataan tersebut? Apakah untuk mencetuskan pergolakan kaum?

Hal kerjasama politik antara PAS dan UMNO tidak seharusnya digunakan untuk melindungi kelemahan kerajaan PH yang semakin celaru dengan masalah dalaman. Lim Guan Eng seharusnya menumpukan kepada penyelesaian masalah dalaman PH dan pentadbiran kewangan negara bagi memulihkan ekonomi negara yang semakin teruk.

Thursday, March 7, 2019

LGE diberi amaran tidak main sentimen perkauman


Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan supaya tidak memainkan sentimen perkauman yang boleh menggugat dan menakut-nakutkan rakyat.

Ketuanya Muhammad Khalil Abdul Hadi, menganggap kenyataan LGE yang dipetik daripada laman pro-PH Malaysiakini itu  adalah satu kenyataan yang bahaya sehingga boleh membawa persepsi buruk terhadap perpaduan kaum di negara ini.

Wednesday, March 6, 2019

BAHAGIAN 5: Kawasan Putih, bertemu Rashid Maidin dan mengekang pergerakan komunis

Pada BAHAGIAN 4  ( https://selamatkanpahang.blogspot.com/2018/12/bahagian-4-tragedi-13-mei-dari-mulut.html  ) yang lalu, Tuan Haji Mohamad Saludin Omar menceritakan perihal beliau telah diarahkan membantu Sheikh Ahmad di Perlis pada PRU ke-4 1969 dan selanjutnya terlibat sendiri dalam Tragedi 13 Mei sebagai Ahli Mageran di Kuala Lumpur. Pada kali ini, masih dalam tahun 1969, beliau dihantar pula bagi merisik kawasan hitam untuk diputihkan selanjutnya bertemu dengan legend PKM Melayu Rashid Maidin.


TUN HANTAR SAYA KE UTARA SEBELUM UMUM ‘KAWASAN PUTIH’

Pada Ogos tahun 1969 Tun hantar saya ke utara Semenanjung bagi menjalankan kerja-kerja risikan, iaitu tiga bulan sebelum beliau mengisytiharkan kawasan putih.

Pada masa pentadbiran kerajaan Inggeris, Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras pengganas komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya bagi yang masih berstatus kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.

Tun Razak dijadualkan akan mengisytiharkan ‘kawasan putih’ daripada komunis yang terakhir dalam Malaysia pada 30 November pada tahun tersebut. Kawasan berkenaan terletak di negeri Kedah iatu daerah-daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling dan Grik di Perak.

Monday, March 4, 2019

Pengeledahan akaun bank era Malaysia baru

Oleh ZAKARIA ISMAIL

Pendahuluan

Akaun bank seseorang adalah maklumat peribadi yang tidak boleh didedahkan kepada umum sesuka hati. Pegawai-pegawai bank dan petugas di institusi  kewangan sangat maklum dengan perkara ini.

Sunday, March 3, 2019

Siri rangkaian fitnah terhadap Hj Hadi

Fitnah kepada Ayah Chik bukan baharu

MOHD NASIR ABDULLAH 

SEJARAH: Untuk bacaan orang yang baru hendak berpolitik, laluan fitnah Presiden PAS, bukan baharu

Empunya kasut buruk ini pernah difitnah dengan cercaan sebagai penyebar ajaran sesat. Dituduh mandi bogel di dalam kolah masjidnya bagi menyihir pengikutnya ketika di awal beliau muncul sebagai maestro dakwah di Malaysia.

Sehinggakan dibuat drama bertajuk "Guru Yahya" pada awal 80-an dahulu sebagai penguat kepada prasangka rakyat yang beliau adalah penyesat umat. Walaupun kisah Guru Yahya itu memang terjadi, tetapi ia adalah strategi serampang dua mata.

11 ribu undi PH swing kepada BN

Malaysiakini menganggarkan PH mendapat 37.73 peratus undi Melayu dalam PRK Semenyih.

Ia menurun berbanding 44.25 peratus yang diraih ketika PRU ke-14.

Bagi undi Melayu kepada BN pula, anggaran Malaysiakini adalah 59 peratus - jauh lebih tinggi berbanding 35.33 peratus pada PRU ke-14.

Ia mungkin tanda bahawa pengundi yang memilih PAS pada PRU lalu mengundi BN kali ini.

Pusat daerah mengundi (PDM) yang menunjukkan peralihan sokongan yang paling jelas adalah kantan permai dan Bukit Mahkota - dua kawasan Majoriti Melayu kelas menengah.

Pada PRU lalu, PH menang di dua kawasan itu dengan mendapat lebih separuh undi. Kali ini, kira-kira lapan peratus daripadanya dianggarkan beralih kepada BN.

Peratusan keluar mengundi di dua PDM ini kira-kira 70 peratus - tiga peratus lebih rendah berbanding peratusan keluar mengundi keseluruhan iaitu 73.24 peratus.

Ia membayangkan pengundi Melayu luar bandar lebih ramai keluar mengundi berbanding Melayu yang tinggal di bandar.

Friday, March 1, 2019

Kenapa Anwar serang PAS tiba-tiba?

ANWAR PERLU DAPATKAN RAWATAN

Di dalam pengajian psikologi, ada sejenis kategori sakit mental dinamakan Obsessive Ambition (keinginan keterlauan). Pesakit yang mengidap sindrom ini kadang kala tidak menyedari mereka sedang menghidapinya namun ia dapat dilihat melalui tingkah laku yang kadang-kadang tidak menentu dan hilang arah. Misalnya, terlalu berkeinginan untuk menjadi Perdana Menteri boleh menyebabkan seseorang itu bertindak hilang arah dan merapu tidak tentu hala. 

Sejarah: "Mat Kilau Terpaksa Berpura-Pura Mati"

Ketika Mat Kilau bersembunyi beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.

Kata Mat Kilau “ Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan.Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

Kata Mat Kilau lagi : “ Itu mudah saja,kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari.keadaan saya bagaikan orang mati.kamu boleh bawa mayat saya kepada sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”

Malaysiakini lapor dari sumber longkang?

*PAS nafi akaun beku, wang tunai dirampas*


KUALA LUMPUR: PAS menafikan laporan kononnya beberapa akaun bank dibekukan manakala kenderaan mewah, kedai dan wang tunai dirampas pihak berkuasa, berhubung siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada UMNO.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika menyanggah dakwaan itu berkata, laporan beberapa portal berita sejak petang tadi berhubung isu itu tidak berasas dan meminta agensi media terbabit mengkaji semula penyiaran artikel berkenaan.