Thursday, March 7, 2019

LGE diberi amaran tidak main sentimen perkauman


Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan supaya tidak memainkan sentimen perkauman yang boleh menggugat dan menakut-nakutkan rakyat.

Ketuanya Muhammad Khalil Abdul Hadi, menganggap kenyataan LGE yang dipetik daripada laman pro-PH Malaysiakini itu  adalah satu kenyataan yang bahaya sehingga boleh membawa persepsi buruk terhadap perpaduan kaum di negara ini.


Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan Khalil:

LIM GUAN ENG : USAH MAINKAN SENTIMEN PERKAUMAN DAN MENAKUTKAN RAKYAT.

Semalam, Malaysiakini telah memuatnaik artikel berkaitan kenyataan Lim Guan Eng yang bertajuk “ Lim warn UMNO - PAS union will declare war on non-malays “ yang bermaksud Lim Guan Eng memberi amaran bahawa gabungan PAS – UMNO akan mengisyiharkan perang terhadap orang bukan Melayu.

Saya menggangap bahawa ia adalah satu kenyataan yang cukup bahaya serta boleh membawa persepsi buruk terhadap perpaduan kaum di dalam negara. Ia juga seperti cuba menakut-nakutkan orang bukan Melayu bahawa kerjasama PAS – UMNO akan membawa bahaya kepada orang bukan Melayu serta boleh membuatkan orang bukan Melayu ketakutan. Lim Guan Eng perlu meminta maaf kepada rakyat kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Ia adalah kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab, tidak bertamaddun dan cukup bahaya daripada seorang Menteri Kanan Kerajaan Persekutuan yang cuba memainkan sentimen perkauman untuk menjana sokongan politik. Walaupun Malaysiakini telah menukar semula tajuk tersebut daripada “ Lim warn UMNO - PAS union will declare war on non-malays “ kepada “ Lim warn UMNO - PAS union will target non-malays “, saya tetap berpendapat bahawa Lim Guan Eng masih lagi cuba untuk bermain api perkauman.

Malaysiakini sepatutnya sebagai sebuah portal berita harus bertanggungjawab, beretika serta telus dalam berita yang di siarkan. Isu seperti ini yang cuba memarakkan lagi sentimen perkauman tidak patut di siarkan untuk tatapan umum. Sebagai sebuah organisasi berita yang bertanggungjawab, Malaysiakini seharusnya menjalankan “ due diligence “ terhadap sebarang berita di siarkan, adakah patut di siarkan atau di semak semula sebelum di siarkan.

Soalan kepada Lim Guan Eng, apakah maksud penyatuan PAS – UMNO akan mengisytihar perang terhadap orang bukan Melayu atau jika berpandukan U-TURN terbaru setelah di tukar tajuk, penyatuan PAS – UMNO akan menjadikan orang bukan Melayu sebagai sasaran ? Adakah Lim Guan Eng cuba membangkitkan sentimen perkauman dengan kenyataan tersebut ?Adakah selama ini PAS mahupun UMNO menindas orang bukan Melayu atau kenyataan tersebut hanya untuk menaikkan sentimen orang bukan melayu ?

Adakah ini jenis Malaysia Baharu yang DAP canangkan ? Jika ini Malaysia Baharu tersebut, ia jelas cukup tidak bertanggungjawab, tidak bertamaddun dan cukup bahaya kepada perpaduan kaum dan negara. Penghinaan terhadap mana-mana agama, bangsa dan kaum di dalam negara adalah salah, tidak bertamaddun, tidak bertanggungjawab serta memang patut di dakwa. Siapa pun di kalangan kita tidak suka agamanya di hina, di caci dan di permainkan samada orang Islam, Buddha, Kristian dan Hindu. Sebenarnya kita perlu tanya kenapa ia terjadi, sebabnya serta dorongan mereka bertindak sedemikian. Adakah ada hasutan atau di tanam kebencian terhadap Islam pada mereka ?

Belum pernah lagi di dalam negara sejak Merdeka berlaku penindasan terhadap mana-mana agama, bangsa mahupun kaum.  Jika hanya untuk menyatu padukan orang Melayu Islam di anggap bahaya, ia adalah pemikiran yang cukup cetek. Adakah salah untuk orang Melayu Islam bersama walau berlainan ideologi dan pemikiran ? Jika itu Lim Guan Eng anggap ancaman kepada orang bukan Melayu, dia patut bubar saja PH sama seperti di bubar Pakatan Rakyat.

PAS tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum dalam negara malah PAS berbangga mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS ( DHPP ) yang di anggotai pelbagai agama, kaum dan bangsa. Malah di Kelantan dan Terengganu, tidak pernah berlaku ketidakadilan terhadap agama, bangsa dan kaum lain. Tanyalah mereka dan cuba dekati PAS, kemudian anda akan sedar PAS lebih baik daripada PH terutamanya DAP. PAS bukan rasis dan ektremis agama, sebenarnya anda di tipu hanya kerana kepentingan politik sempit segelintir pihak.

No comments:

Post a Comment