Saturday, March 9, 2019

PAS + DAP, PAS + Umno

Teh Halia Tarik (23)

Apa PAS ni?!

"Dulu baik dengan DAP, Sekarang dengan UMNO pula! Apa yang PAS nak?" 

"Tidak ada parti yang berbaik dengan PAS kecuali akan berpisah akhirnya. PAS memang keras, tak boleh buat kawan!"

Saya jawab:

Ok, saya terima itu. Tapi bolehkah anda terima bahawa itu juga bererti PAS juga senang dan mudah diajak berbaik?

Itukan lebih logik. Sampai DAP dan UMNO yang bertengkar dengan PAS berpuluh tahun lamanya pun boleh berbaik juga akhirnya dengan PAS. Itukan tandanya PAS mudah, bukan payah pun untuk diajak berbaik.

Ada DAP nak berbaik dengan UMNO hari ini? Oh, tidak! 

Mengapa? Mereka akan jawab, buat apa menghidupkan parti yang dah kalah, 1MDB, rasuah, rasis bla bla.. Pergi matilah UMNO!!

PAS berbaik dengan UMNO hari ini? Jawab saja, oh, ya!

Mengapa? PAS jawab, "Tanya DAP, mengapa PAS baik dengan DAP dulu?"

Ya, kerana 2 perkara:
 
1) DAP hormati PAS dan perjuangan Islamnya. 
2) Sama-sama mahu tumbangkan UMNO-BN.

Maka PAS pun menghormati dan berbaik dengan DAP. Sejarah persahabatan yang hebat itu kekal terpahat, takkan padam dalam sejarah politik negara.

Maka samalah jawabnya PAS berbaik dengan UMNO:

1) UMNO telah menghormati PAS dan perjuangan Islamnya.
2) Sama-sama mahu tumbangkan DAP-PH.

Mengapa dulu mahu tumbangkan UMNO, tapi kini DAP?

Jawabnya, kerana sebab yang sama.

UMNO dulu amat liat terima Islam yang sempurna sebagai panduan pemerintahan mereka.

Kini DAP-PH pula. Bukan saja liat, bahkan lebih teruk daripada itu. Ternyata DAP-PH lebih berbahaya dan membahayakan.

Tanpa UMNO, PAS kekal dengan Islam dan kekal juga melawan DAP-PH.

Dengan UMNO, PAS lagi bersemangat melawan DAP-PH.

Lagi bersemangat??

Saya jawab, ya, tambah bersemangat. 

Saya masih kecil untuk merasai pahit dan manis PAS bersama BN dalam Kerajaan Perikatan hampir 50 tahun yang lalu. Saya masih budak, baru belajar menjolok buah.

Tetapi, hari ini, selepas sekian lama menyaksikan permusuhan tak sudah, saya melihat UMNO memilih untuk bersama PAS dan amat menghormati perjuangan PAS. UMNO tidak memilih untuk bersama DAP-PH yang lebih berkuasa. 

Yang melompat, sila lompat. Bukan katak sahaja yang pandai melompat. Tupai pun.

Mari bersyukur kepada Allah di atas takdir-Nya yang penuh hikmah. 

Yang amat berbisa kini bukan lagi gabungan PH yang tengah sedia menanti belah, tetapi adalah temuan UMNO PAS yang amat lama dinanti oleh umat. 

Kekalkah?

Saya jawab, tanya UMNO-lah. Mereka lebih abang long untuk mengeratkan atau memutuskan. Adik ni kira terima seadanya..

UMNO bohong je ustaz! 

Saya jawab, "Yang sedang berbohong siang dan malam kini ialah DAP-PH."

Selamat berjuang. ISLAM memimpin..

#Istiqamah
#SejahteraBersamaIslam

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
AJK PAS Pusat

No comments:

Post a Comment