Di sebalik pelbagai reaksi pro dan kontra kenyataan anak
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, yang memanggil Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “bekas diktator”, Ahli
Parlimen Permatang Pauh itu konsisten dan mempertahankannya.
Pada sidang media di Parlimen hari ini, Izzah yang
pernah diberi jolokan Puteri Reformasi itu menyebut sebagai “... ia berfakta.
Saya sebut sebelum pilihan raya, saya sebut semasa himpunan Bersih.
“Saya tak faham kenapa menyebutnya dalam forum berbeza,
tetapi mengandungi mesej yang sama, jadi masalah,” katanya.”
Izzah sebelum ini dalam temubualnya bersama akhbar
Singapura, Straits Times baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan demikian
sehingga menjadi tajuk utama dan perbahasan kepada media online dan cetak.
Beliau juga menegaskan tidak akan bertanding lagi dalam PRU akan datang kerana kekecewaannya.
Fenomena ini juga menghasilkan reaksi sindir menyindir kepada
Presiden PKR dan Timbalannya. Datuk Seri Azmin Ali pada mulanya menyifatkan
Izzah sebagai cengen dengan kritikannya (Mahathir diktator dan kecewa dengan
prestasi kabinet kerajaan lantikan Tun Mahathir).
Datuk Seri Anwar Ibrahm pula segera menyanggah Azmin
dan mahu bekas pembantu peribadinya itu menumpukan isu-isu rakyat.
No comments:
Post a Comment