Thursday, March 21, 2019

Pemuda ancam himpunan besar bantah celupar DAP

Dewan Pemuda PAS Hulu Langat (DPPHL) memberi peringatan keras agar kenyataan bersifat rasis atau perkauman yang disebut oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng mengaitkan kerjasama PAS-UMNO sebagai “perang terhadap bukan Melayu” dan YB Chew Chong Sin yang cuba mengaitkan kerjasama tersebut dengan insiden pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Christchurch, New Zealand tidak lagi diulangi oleh mereka walaupun permohonan maaf sudah dibuat.

Ketua Pemudanya, Zurk Ahmad, turut mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab pemimpin DAP YB Nga Kor Ming yang cuba mengambarkan negara ini akan menjadi seperti negara Taliban jika kerjasama UMNO-PAS mentadbir negara ini.


“Kami menganggap kenyataan YB Nga yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat adalah kenyataan bongkak yang  cuba memberi gambaran dengan menakut-nakutkan bangsa lain sehingga boleh menggugat perpaduan serta keharmonian rakyatnya yang selama ini hidup aman dan bertoleransi.

“Sehubungan itu, DPPHL menyambut seruan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli dan bersedia mengerakkan seluruh pemuda PAS Hulu Langat turun ke himpunan membantah kenyataan YB Nga Kor Ming sekiranya tiada kenyataan maaf dari beliau,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pemimpin DAP sejak kebelakangan ini kerap menghimpit kerjasama PAS dan Umno dalam beberapa siri pilihan raya kecil sehingga mengalahkan PH. Kerjasama tersebut difahamkan menakutkan gabungan parti-parti dalam PH dan merasa terancam bakal kehilangan kuasa menjelang PRU 15 nanti.

No comments:

Post a Comment