Harakahdaily
TEMERLOH: Perjanjian penyerahan ladang di antara peneroka dengan Felda untuk diuruskan oleh Felda Plantations sangat longgar kerana tandatangan kedua pihak tanpa saksi, tidak dimatisetem dan tiada tarikh tamat.
Peguam Ahmad Nizam Hamid berkata, ini diakui sendiri oleh seorang pengurus rancangan Felda dalam perbicaraan di Mahkamah Magistret Temerloh hari ini.
Pengurus Felda Gua Musang, Sazali Abdul Hamid dalam pengakuannya sebagai saksi kepada kes Roslan Mohd Nor dari Felda Bukit Mendi, juga mengakui tidak ada terma pemilikan Felda ke atas tanah peneroka dalam perjanjian tersebut.
Ahmad Nizam adalah peguam bela kepada Roslan.
“Kes hari ini ialah anak guam saya Roslan Mohd Nor yang ditangkap oleh Pengurus Felda Technoplant dan anggota Rela kerana dituduh mencuri 35 tandan buah kelapa sawit di atas tanah lot bapanya (yang sudah meninggal) sendiri Mohd Nor@Abu Bakar Sulaiman pada 2009.
“Beliau dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau didenda,” katanya.
Turut dipanggil menjadi saksi hari ini ialah Ketua Balai Polis Mengkuang Sarjan Mejar Ahmad, Pengurus Felda Technoplant Bukit Mendi Saleh Samigun dan anggota sukarelawan rakyat (Rela) Hanapi Dolah juga dari Bukit Mendi.
Sazali ialah bekas Pengurus Felda Bukit Mendi yang menandatangan bagi pihak Felda bersama pemilik tanah Mohd Nor@Abu Bakar Sulaiman pada tahun 2005.
Sazali juga mengakui, borang yang ditandatangan beliau bersama Mohd Nor adalah bermaksud tuan milik tanah berkenaan menyerahkan ladang kepada Felda adalah untuk tujuan pemulihan tanah dan bukan diserahkan hak miliknya kepada badan tersebut.
Selain daripada itu, Sazali akur keingkaran salah satu pihak (Felda atau peneroka) mematuhi perjanjian 22 perkara itu boleh membatalkan perjanjian.
Sementara itu, menurut Roslan, pada 25 Mei 2009 ketika beliau bersama buruh memasukkan beberapa tandan buah sawit ke dalam sebuah lori pikap di ladang milik ayahnya, beliau telah ditangkap.
“Saya telah tunjukkan surat amaran daripada Pejabat Tanah Bera bahawa cukai tanah ladang itu telah tertunggak sebanyak RM3,000 tidak dibayar oleh Felda. Sedangkan bicara kuasa tidak boleh dijalankan sebab banyak cukai tertunggak.
“Malangnya penjelasan saya tidak diterima malah saya bersama pemandu lori dibawa ke balai polis, digari dan dihantar ke lokap Triang,” katanya.
Menurut Roslan, ladang ayahnya pada tahun 2000 telah diserahkan kepada Felda untuk urusan tanam semula. Namun begitu pada 2005 oleh kerana tiada penyata dan kira-kira hasil yang diberikan oleh Felda, beliau telah minta ayahnya ambil balik untuk diusahakan sendiri.
Bagaimanapun, tambah Roslan, dua bulan sebelum meninggal (4 Julai 2005), ayahnya telah menyerahkan semula pengurusan ladang kepada Felda.
Apabila beliau bersama keluarga mahu mengambil semula pengurusan ladang daripada Felda Technoplant pada 3 September 2007 kerana tidak puas hati dengan hasil yang diterima, beliau telah diarahkan untuk membayar sebanyak RM34,719.90.
GAMBAR:
Nizam (kanan) bersama Roslan berjalan keluar daripada mahkamah
Nampak sgt....la bodohnye Polis.Kan kes sivil tu?Sian...sian.Dah la ditindas oleh felda dikhianati oleh Polis pula..
ReplyDeleteBagus!lawan!Sape lg nak tegakan maruah mak bapak?Jenerasi sebegini la yang diperlukan dalam menyanggah penipuan dan penyelewengan dalam felda.Syukurlah,ada juga anak felda yang terbuka mata dan minda.Yang penting-BERANI!
Syabas juga kepada peguam Nizam dan reporter yang melapurkan kejadian ini.
Kepada Roslan harap bersabar.Tindakan anda dah betul.Teruskan!Selesai saja kes ini,minta Nizam failkan saman terhadap felda dan polis yang menyebabkan kurungan salah.Sumbatkan pulak diaorang kedalam penjara!Saman kaw2.Ganti rugi khas,ganti rugi teladan dan saman malu dsb.
Ketua Polis Balai dan Pegawai Penyiasat yang tak tau undang-undang tu eloklah serahkan pangkat dan jawatan kepada anggota polis yang lebih arif tentang undang-undang...pangkat nak..tapi bodoooo
assalamualaikum...
ReplyDeleteelok sgt laa awak sokong orang yg panggil emak yang melahirkan dia b*h**a tua tu..yang sebetulnye tindakan dia ni tidak disokong oleh keluarga.arwah ayah saya mmg nk serahkan kat felda ladang tu sbb dia tau roslan ni tamak,smp mak dia pun dibg rm50 seminggu,itupun miss manakala adik beradik lain tidak dibg 1 sen pun...Fakta diatas mengenai tarikh meninggal arwah abah saya pun tk btl,spttnye 7 APRIL 2005.tp tk pe laa,mahkamah dunia ni leh laa menang,kat 'sana' esok rasa laa...perangai org yg kene buang keje mmg mcm ni...
jangan bergaduh, Mahkamah akan putuskan....
ReplyDeleteada kah betul tindakan mencuri di ladang..sedangkan ladang tu telah diserahkan kepada pihak Felda untuk menguruskannya.. peneroka hanya menerima hasil sahaja setiap bulan...Kalau tindakan En Roslan ini disokong bermakna ramai lagi la anak2 peneroka yang akan mencuri diladang bapa mereka. Kepada En Roslan jangan la nak membolot semua hasil ladang sedangkan ibu anda masih hidup lagi.. Harta dunia ni tak bawa anda kemana2 , fikir la cara mana nak mencari harta yang akan anda bawa ke sana nanti...renung2kan lah , selamat beramal.....
ReplyDeleteNampaknya sedap2 mulut jew saripdol1malaysia bercakap mengatakan polis bodoooo....kalau takde polis rasanyew awakpun tak lena tido malam ,,,ke saripdol ni pun bodooo gak..tak tau apa cerita terus menyokong melulu dan membabi buta...
ReplyDeleteJANGAN NAK HERAN DENGAN ORANG MACAM ROSLAN NI,DENGAN KAMI JIRAN2 PUN DIA BURUKKAN EMAK DIA DENGAN PERKATAAN KESAT.AGAKNYA INILAH PENANGAN ORANG ADA BINI BANYAK,TK MAMPU NAK BG ANAK2 & BINI2 MAKAN,SMP HAK EMAK DIA DIKETEPIKAN.KAMI JIRAN2 PUN TK SANGGUP NAK DENGAR TP TERPAKSA PEKAKKAN TELINGA SBB ROSLAN NI KLU KITA BANTAH CAKAP DIA,DIA AKAN ANGGAP KITA SBG MUSUH.KAMI JUGAK TERKENA TEMPIAS APABILA ROSLAN NI CAKAP KAMI JIRAN2 SEMUA SOKONG DIA & HENDAK MEMULAUKAN EMAK DIA PADAHAL KAMI TK PERNAH CAMPUR SBB KAMI LEBIH KENAL MAK DIA LAGI.KEPADA ANAK2 PENEROKA LAIN,JGN IKUT JEJAK LANGKAH ROSLAN NI YG SEMEMANGNYA MEMALUKAN ANAK2 PENEROKA AMNYA & FELDA KHASNYA...
ReplyDeleteKes Roslan di Mahkamah Temerloh hari ni. Kalau pencacai UmnoFelda berani dtg la...
ReplyDeleteROSLAN JUGA TELAH MEROBOHKAN RUMAH KEDIAMAN IBU KANDUNGNYA SENDIRI, DAN KINI IBU TERPAKSA MENUMPANG DI RUMAH ANAK2. ISI BARANG DALAM RUMAH JUGA TELAH DIJUALKANNYA. MUNGKIN ROSLAN INGIN MEMBINA RUMAH BARU UNTUK ANAK2 DAN ISTERI2NYA DI ATAS KERUNTUHAN RUMAH IBU SENDIRI..MANUSIA APAKAH SI ROSLAN NI. IBU TUA YANG MALANG TERPAKSA HIDUP MEREMPAT PADAHAL HASIL LADANG SEKARANG TENGAH LUMAYAN, TAPI HABIS DIKAUT OLEH ANAK YANG TAMAK MCM SI ROSLAN NI.
ReplyDeleteDULU SI ROSLAN NI BEKERJA SEBAGAI ANGGOTA POLIS TAPI TELAH DIBUANG KERJA , MUNGKIN ADA SEBAB LA BELIAU DIBUANG ...
KEPADA ROSLAN,. INSAFLAH SEGALA PERBUATAN DERHAKA AWAK EKPADA IBU AKAN DIBALAS DI DUNIA INI LAGI...TUNGGU JER LA MASANYA.
KEPADA IBU ROSLAN,..BERSABAR LA BANYAK2 , MUNGKIN ADA HIKMAH TERSEMBUNYI DISEBALIK SEMUA INI, TIADA SIAPA YANG TAHU...
Roslan Abu Bakar nape dah jadik Roslan Mohd. Nor lak takut dikenali orang2 kampung dan kawan bandar ke.
ReplyDeleteRoslan...roslan... wat malu kat orang kampung je .berbinik banyak tau, tapi kerja tak tahu .last2 terpaksa mencuri di ladang sendiri .nampaknya dah tak mampu nak sara anak bini la tu.wat malu kaum jantan jeeeee.
rasanya Roslan ni dah GILA.
Setelah memandu lebih 200km keBandar Ikan Patin untuk memberi sokongan kepada calon PAS diKerdau selama seminggu disana,aku sempat pergi ketanah rancangan felda tempat saudara Roslan ni.Sambil minum disebuah kedai kopi,rata rata Roslan ni amat dikenali oleh orang orang disitu.Menurut kata seorang pak cik,Roslan ni brtul betul mewarisi sikap aruah ayahnya dimana,apabila duduk minum dikedai kopi,dia akan membayar sekali kesemua pelanggan yang duduk minum sekali dengan dia.Amat berbeza sekali dengan apa yang digembar gemburkan didalam ruangan komen disini.
ReplyDeleteApa yang memeranjatkan aku mengenai kes yang dihadapinya,sikap pengurus dan anggota polis yang menambah buah kedalam lori barang kes yang ada didepan balai.Tengoklah betapa penipunya felda!Polis juga tak amanah bila membenarkan orang yang membuat aduan menambah barang kes.Bukankah itu tujuannya memfitnah?Ada juga polis dajal macam ni dizaman moden ni?Apakah ini salah satu cara kerajaan untuk menakut nakutkan peneroka?Kes yang sepatutnya boleh dijamin tapi dengan sengaja mengurung orang dalam lokap?Kes civil diambil tindakan jenayah?Menipu diMahkamah satu hal.Mula mula tuduhan lebih dari 150 tandan,kemudian dituduh cuma 35 tandan sawit.Apakah kerajaan BN juga menggunakan polis dan mahkamah untuk mendera dan menakut nakutkan peneroka?Dah terang terang tuduhan yang meragukan,tapi masih juga diteruskan.Rupanya kejadian dah lebih setahun baru dituduh dimahkamah..Apa sebenarnya ni????
Bersambung.........
Seorang lelaki berusia 40an dan 2 orang lelaki berusia sekitar 70an mungkin rakan rapat aruah ayah Roslan rancak bercerita.Katanya 'kalau tak ada Roslan dalam keluarga tu,tak tahulah apa nak jadi..'Rupanya kakak Roslan ni meninggalkan beberapa orang anaknya untuk dipelihara oleh mak dan ayah Roslan.Katanya 'pendapatan peneroka berapa sangat?Masa tu harga murah.Ada kalanya tak dapat duit langsung!Aruah ayahnya selalu bercerita mengenai Roslan.Kalau tak dibantu setiap bulan tak tahulah apa nak jadi..Segala galanya ditanggung oleh Roslan.Abang iparnya cuma lepas tangan'.Mereka juga tahu kira kira 2 tahun sebelum kematian ayahnya,Roslan telah memulihkan ladang dengan belanja yang besar.Rata rata orang disini tahu,kalau tak ada RM15,000 janganlah diambil ladang dari felda.Ladang amat 'tenat'.Sejak ditanam tak dibela langsung!Menurut kata aruah ayahnya,Roslan melakukan kerja kerja meracun kira kira sebulan dan membeli lori semata mata untuk menghantar ayahnya menunaikan Umrah diMekah.Tapi aruah ayahnya amat kecewa apabila setiap kali petik buah ibunya akan meminta wang itu dan tanpa diketahui oleh aruah duit itu dimasukan kedalam akaun kakaknya untuk membayar hutang ahlong.Astagha....Siapa yang memberi komen yang bukan bukan terhadap Roslan ni????Dan setelah kematian ayahnya hanya adik perempuan dan kadanng kadang anak angkat ibunya yang hantar ibu Roslan mengambil gaji dipejabat setiap bulan.Kata pak cik tu 'kalau tak percaya,pergilah kepejabat tu,tanya pegawai pegawai yang ada disitu'.Sekali lagi aku mengucap panjang,siapalah yang menabur fitnah mengatakan Roslan ni tamak..Malah kata pak cik tu,majlis kawin dan duit hantaran adik lelakinya dulu pun ditanggung oleh Roslan.Kalau tak malu besar aruah tu!Macam tu jugak dengan perkahwinan adik perempuannya.Segala galanya ditanggung oleh Roslan.Peneroka mana ada duit masa tu?Hutang lembu dengan Roslan tu entah dibayarnya ke belum pun oleh adik perempuan Roslan tu pun tak tau..Dan ketiga tiga orang tu terkejut dan mengucap panjang bila diceritakan apa yang ditulis diruangan comment dalam blog ni..
ReplyDeletebersambung.........
Setelah bercerita panjang lebar dan selesai menjamu selera dikedai makan disitu aku dipandu mengekori motosikal salah seorang warga emas itu menuju kerumah Roslan.Memang betul tanah telah diratakan yang tinggal hanya rumah asal felda.
ReplyDeleteMengikut kata mereka dikedai makan tadi rumah yang dirobohkan oleh Roslan itu dibuat oleh Roslan beberapa tahun lalu untuk keselesaan kedua ibu bapanya.Besar juga rumah itu kslau mengikut harga sekarang mungkin menelan belanja sekitar RM70,000.Tapi mengapa dirobohkan?Menurut kata mereka,setelah ayahnya meninggal,ibunya langsung tak boleh masuk kedalam rumah itu walau pun telah beberapa kali dipujuk oleh Roslan.Ada sesuatu yang mistik seolah olah menyebabkan ibunya langsung tak boleh masuk kedalam rumah itu.Dan mengikut kata mereka,ibu Roslan juga telah disihir oleh anak angkatnya untuk diberi penunduk yang mana ketika perkara itu dilakukan kononnya anak angkatnya itu cuba mengubatkan penyakit ibunya dengan menghantar beberapa orang budak Sabah kerumah itu.Setelah diberi makan pulut kuning ibunya kena berpantang iaitu 3 minggu tak boleh jejak tanah dan ibunya dibekalkan tangkal.Roslan amat marah dengan kejadian itu.Dan setelah anak saudaranya membuka tangkal itu dengan bantuan seorang imam dapati dalam tangkal itu terdapat patung budha dan sebuah salib.Astaghafirullahilaziimmmm......
Yang menambahkan marah siRoslan ni apabila anak kakaknya yang telah lama keluar bekerja dibandar,balik semula kerumah itu.Sejak dia disitu ramai penagih dadah bertandang dirumah.Rumah yang dibina oleh Roslan dijadikan 'pot penagih' yang rata rata entah dari mana mereka datangnya.Rumah digeledah seperti 'rumah tak bertuan'.Roslan hanya balik sekali sekala kesana.Memang Roslan amat marah dengan perkara ini.
Jadi,tuduhan Roslan mengahalau ibunya dengan meruntuhkan rumah itu adalah tuduhan yang tak berasas sama sekali dan fitnah semata mata.
Mereka sebenarnya tidak bersyukur kerana sebelum Roslan melawan pengurus didalam ladang beberapa tahun lalu,ibunya tidak pernah mendapat lebih dari RM1000 sebulan.Tapi selepas itu barulah ibunya merasa senang apabila pernah dibayar lebih dari RM8000 sebulan.Selama ni ditipu oleh felda.Tetapi ibunya juga tidak merasa kesenangan hinggakan pernah ibunya menyatakan nak menunaikan umrah tapi terus senyap.Rupanya duit yang diambil dipejabat setiap bulan dihabiskan oleh anak angkat ibunya dan adik perempuan Roslan sendiri.Begitulah cerita pak cik itu..
Kesimpulannya disini,segala tohmah dan fitnah yang dilemparkan terhadap Roslan adalah kerana sakit hati Kemungkinan dari ahli keluarga sendiri,pegawai felda yang rahsia penipuan mereka telah berjaya dibongkar oleh Roslan atau juga Polis yang bertindak diluar bidang kuasa undang undang terhadap Roslan.Mereka malu dan takut dengan kesalahan sendiri.Bersikap tidak profesional,dan sentiasa menganggap diri mereka lebih sedangkan pengetahuan undang undang dan pengalaman yang ada pada Roslan jauh lebih tinggi dari mereka.Dan menurut lelaki yang berusia 40an tadi,mengenai kerjaya Roslan,dia difitnah oleh pegawai tinggi polis bernama Bakri Zinin dan telah beberapa tahun kesnya diMahkamah Tinggi Sivil belum selesai hingga sekarang.Patutlah...polis sentiasa buat salah dan dilindungi..bapak borek anak rintik...Inikah yang digembar gemburkan oleh Najib 'kebajikan rakyat tak diabaikan'?Undang undang ditangan mereka,Mahkamah dalam genggaman mereka,segala penderitaan rakyat ini akan berakhir jika pemimpin pimimpin BN ni lari duduk serumah dengan Gadaffi atau Mubarak.Kalau dengar cerita dari orang orang tadi,Roslan ni pun bukan calang calang orangnya...Tapi segala pengorbanannya kepada negara hanya sia sia...Begitulah HAMPEHNYA kerajaan BN..
ReplyDeleteMaklumat yang aku dapat,kes Roslan akan dibicarakan pada 9hbMac ni..
Aku akan memandu lebih 200km lagi kerana minat nak jumpa hamba Allah yang banyak berkorban pada keluarga,masyarakat dan negara ini..tabik spring juga pada anak didik UTK yang terlalu sabar namun keras ini..
Hentikanlah menabur fitnah kerana memfitnah itu lebih zalim dari membunuh...Jangan ikut resmi BN!!!!
HMM..TERIMA KASIH LAA PADA SARIPDOL1MAL YANG PADA DASARNYA BERCERITA SEBIJIK ROSLAN NI,KE ROSLAN NI YG DH TUKAR JD SARIPDOL1MAL?ALLAHHUALAM!!!!!!!!!
ReplyDeleteYG SEMEMANGNYA 98% CERITA YANG DITAIP HANYA KELUARGA TERDEKAT SAHAJA YG MENGETHUI,MANAKALA CERITA SBB ROSLAN NI DIBUANG KERJA HANYA ROSLAN YG TAU,MAKA KESIMPULANNYA ROSLAN LAA SARIPDOL1MAL NI YE.
KALAU NAK CERITA HUTANG ANAK2 ABU BAKAR NI SEPATUTNYA SARIPDOL1MAL NI TAU LAA KISAH ROSLAN NI JUAL TANAH PROJEK IBU DIA DENGAN HARGA 6 RIBU YANG MANA 1 SEN PUN TIDAK DIBERI KEPADA IBU DIA YANG BERSUSAH PAYAH MENDAPATKAN TANAH PROJEK TU DENGAN ALASAN MEMBAYAR HUTANG BANK TP MAMPU PULAK BG BINI PERTAMA 2RIBU SEBULAN SEHINGGA BINI PERTAMA BERHENTI KERJA,YANG BINI NO2 TK DIKETAHUI LAA PULAK BERAPA RIBU DIBERI SEBULAN..IYE,TANAH PROJEK TU TK DE GERAN TP SEMUA ORG TAU YG IBU DIA NI BERSUSAH PAYAH MENGUSAHAKAN TANAH TU DENGAN ARWAH AYAH DIA NI,SEHINGGAKAN ADA JIRAN YANG HENDAK MEMBELI TANAH TERSEBUT TP TIDAK DIJUAL OLEH IBU DIA NI.
YANG RUMAH TU PULAK,DIROBOHKAN DENGAN ALASAN IBU & ARWAH AYAH DIA NI MENYEBABKAN DIA BERHUTANG DENGAN BANK,DAN SKRG NI RUMAH TERSEBUT PUN TELAH DIROBOHKAN,MAKA SELESAILAH SUDAH HUTANG SI IBU KAN????
YANG PASAL ADIK PEREMPUAN & ANAK BUAH MENGHANTAR SI IBU MENGAMBIL GAJI MMG PTT LAA PASAL NAK HARAP ANAK LELAKI DIA MCM ROSLAN NI??JMPA IBU DIA PUN TK NAK MALAH CACI MAKI SI IBU LAGI ADA.KAMI JIRAN2 MALU DENGAR KATA2 KESAT ROSLAN NI TERHADAP IBU DIA.
BUAT PENGETAHUAN SEMUA,ROSLAN NI PERNAH DISYAKI BUAT SURAT LAYANG MAKA TK MUSTAHIL LAA SARIPDOL1MAL NI ROSLAN SENDIRI YANG SEMEMANGNYA HENDAK MENEGAK BENANG YANG 'DIKENCING' SENDIRI!!!!!
BAWAK2 LAA BERTAUBAT EN ROSLAN.........
saripdol adalah Roslan sendiri yang membuat cerita mengenai lelaki 40an dan 2 pakcik 70an kononnya sahabat karib bapanya...Tujuan roslan adalah untuk memuji2 dirinya sendiri dan mengaibkan keluarganya...betapa buruknya perangai si roslan ni..
ReplyDeleteALHAMDULILLAH..TUHAN TU MAHA ADIL..BERKAT DOA SEORANG IBU YANG TERANIAYA OLEH MANUSIA YANG BERGELAR ANAK,AKHIRNYA TERBUKTI ROSLAN DIDAPATI BERSALAH DALAM KES PERBICARAANNYA,DENGAN DI DENDA SEBANYAK RM2000...LIHAT LAA...MAHKAMAH ATAS MUKA BUMI LGK TUHAN DH BUKTIKAN BETAPA 'KUASA' HAK SEORANG IBU...SAMPAI NK BYR DENDA PUN PNJM DUIT DENGAN ORG PADAHAL TIAP2 BULAN MAKAN HASIL LADANG SEORANG TANPA MEMBERI SI IBU 1 SEN PUN...NI BARU MAHKAMAH DUNIA,BLOM LGK DI 'SANA'...SEMOGA MENJADI PANDUAN UNTUK ANAK2 PENEROKA KHASNYA....
ReplyDeletebaru padan muka Roslan Abu Bakar..
ReplyDeleteingat dia boleh senang di dunia ni dgn memaki hamun ibu sendiri kepada orang2 kampung. takde anak yang akan hidup senang kalau hati penuh benci dan dendam pada ibu sendiri..jangan la jadi Tanggang di zaman modern ni..bawa2 bertaubat sebelum terlambat,,
Roslan Abu Bakar telah memajakkan tanah ibunya ..sekarang ibunya tiada mempunyai tanah lagi..Roslan menggunakan orang atas di mahkamah pesaka temerloh dengan menipu bahawa ibu kandungnya adalah ibu tiri..tergamaknya seorang anak membuat penipuan keatas ibu kandungnya sendiri...Kepada adik beradik roslan diharap dapat pergi kemahkamah pesaka memberitahu perkara sebenar kepada orang atas, agar perkara ini dapat diperbetulkan..ntah berapa ribu telah dipajakan tanah tu tak pula diketahui..diharap adik beradik roslan pergi mencari sipemajak dan mengetahui bagaimana pajakan tersebut dibuat samada dibayar bulanan atau sekali gus.
ReplyDeletesi Roslan anak durhaka ini mmg pandai bermuka2..kalau beliau tidak bertaubat maka beliau akan hidup dalam keadaan bangkai bernyawa..itu balasan Allah yang pasti buat beliau...anak durhaka.