Saturday, January 29, 2011

Umno ubah inspirasi penubuhan Felda Tun Razak

BANDAR JENGKA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, matlamat penubuhan Felda oleh Allahyarham Tun Razak iaitu mengembalikan hak negara kepada rakyat telah diubah oleh pemimpin Umno.

Tambahnya, akibatnya hasil titik peluh peneroka dinikmati oleh oleh segelintir ahli perniagaan yang menjajah dan mengambil kesempatan.

“Apa yang dibangunkan oleh Tun Razak, bagus, dapat dirasakan manfaatnya oleh rakyat. Tapi selepas itu terdapat pemikiran baru mula berubah dengan slogan ‘privatisation’ oleh kerajaan ketika itu iaitu semasa Dr Mahathir”.

“Konsep itu pada asalnya bagus tapi hasilnya tidak menyeluruh kepada semua rakyat sebaliknya pergi kepada segelintir saja. Sebab itulah timbul kronisme”.

“Di manakah duit Fekda disalurkan? Ladang dan juga koperasi-koperasi Felda, semua ini perlu dikaji oleh generasi kedua Felda. Konsep yang dipakai Felda sekarang ialah konsep penjajahan”.

“Justeru ANAK mesti bergerak secara profesional, mesti menjuarai kepakaran dalam semua segi. Buat R&D dalam industri sawit”.

Khalid berkata, generasi kedua sepatutnya tidak saja bergantung kepada tanah tapi juga perkhidmatan sehingga beroleh sumber atau punca baru sehingga tingkatkan pendapatan perkapita dinaikkan 50,000 kepada 70,000 setahun dari sekarang 20,000 setahun”.

“Ini disebabkan dalam tempoh masa akan datang, kos kehidupan akan meningkat kerana kenaikan harga barang”.

Pembetulan kepada permasalahan dan kepincangan yang dalam pentadbiran sekarang mesti dilakukan oleh orang muda kerana yang memerintah tidak lagi mampu melakukannya.

Bagaimana merakyatkan ekonomi kita. Fikir supaya kita tidak lagi dijajah. Tun Razak nak alih daripada penjajahan. Tapi sekarang Felda dah jadi penjajah, termasuk anak dia.




No comments:

Post a Comment