Hahaha.... bukan main lagi bersemangatnya makcik-makcik Wanita Umno kita ini mendendangkan lagu patriotik. Pejuang Melayu tulenlah katakan...
Tu... tengok makcik yang muka hitam tu... sampai buruk-buruk sekali muka menyanyi... hahaha!
Tapi ingat-ingat jugalah nasib anak bangsa kita... ramai dah buta jawi dan buta agama, ekuiti Melayu makin kurang, Sekolah Agama Rakyat banyak yang dah 'mampus'. Kos kehidupan orang Melayu sekarang macam mana?
Akhlak remaja Melayu macam mana? Kaum manakah yang ramai di Pusat Serenti? Bayi wanita bangsa apakah yang banyak terbuang dalam tong sampah? Pemuda bangsa apakah yang paling banyak menagih dadah, merempit, gangster?
Kenapa tanah rizab Melayu berkurang 2/3 daripada jumlah asal? Kenapa jumlah kemiskinan dan peratusan Melayu tertinggi sedangkan negara ini bumi kita?
Kalau bukit-bukau, gunung-ganang, hutan belantara dan pulau-pulau indah begitu mudah diluluskan kepada tauke-tauke besar, senangkah orang Melayu memohon tanah?
Tidakkah di Felda merupakan bertumpunya tompokan besar orang Melayu yang membanting tulang menghambur peluh. Akan tetapi kayakah peneroka... atau Felda yang sudah jadi korporat dengan dua tiga kerat menjadi jutawan segera.
Nasib orang Melayu majoritinya tidak berubah. Negara ini di bawah pemerintahan siapa makcik oiii? Dah lebih setengah abad memerintah, pemimpin Umno kaya raya... orang-orang Melayu di bawah ini jadi apa?
Dan jangan lupa, hutang luar negara Malaysia dah menjangkau hampir setengah trilion sekarang. Kalau dibahagi sama rata dengan cucu cicit makcik hutang tu.... berapa seorang dapat agaknya ya?
Siapa yang panggil Apco Yahudi itu datang ke Malaysia? Siapa yang luluskan lesen judi bola?
Fikir-fikirkanlah makcik oiii!
Woiii...
ReplyDeletetu bkn nyanyi... tu menguap tu
mungkin masa tengah perbarisan...
DIA LUPA NAK TUTUP MULUT!
Pernah satu ketika Aisyah melihat seorang wanita lalu dikatanya, "Pendeknya wanita itu." Lalu Nabi s.a.w menegur mengatakannya ianya satu umpatan dan seharusnya Aisyah memohon kemaafan daripada wanita itu.
ReplyDeleteJadi ayat ini : "Tu... tengok makcik yang muka hitam tu... sampai buruk-buruk sekali muka menyanyi... hahaha!" adalah kurang manis dan semestinya dielakkan
UNTUK UMNO NI ITU BAHASA YANG PALING LEMBUT SEBAB DEPA NI TALAM EMPAT MUKA
ReplyDeleteKAT ORANG MELAYU DIA KATA LAIN
KAT ORANG CINA DIA KATA LAIN
KAT ORANG INDIA DIA KATA LAIN
KAT ZIONIS DIA KATA LAIN
Tima kasih daun keladi Mi kerana menyokong saya...
ReplyDeleteTapi maafkan saya kerana tak dapat menahan ketawa...
hahahahahaha!!!!
Tapi saya minta maaf juga kalau bersalah...
ReplyDeleteAdakah betul gambar ini menunjukkan mereka sedang menyanyi lagu, atau hanya tanggapan penulis sahaja? Semacam ianya hanya nguapan seorang wanita yang terlalu mengantuk sahaja..jangan lah mengetepikan adab utk berdakwah..mgkn seronok di hati kita, tp tidak pada org lain
ReplyDeleteTak taulah sedang buat apa...
ReplyDeleteTapi elok dinasihatkan, lain kali kalau menguap tutuplah mulut... nanti dimasuki syaitan.
Bila dalam keadaan berbaris beramai-ramai begitu, biasanya mereka sedar ada banyak kamera yang mengelilingi...
Elok juga kalau didakwahkan supaya lebih beradab bila berada di khalayak ramai...
Pak Lah dulu banyak kali tertidur dalam majlis rasmi dan mesyuarat sehingga selalu gambarnya diambil. Tapi apabila dia sedar, dia akan segera mengelak daripada kelihatan tertidur...
Baca jer hadis "kena jaga adab menguap" kat wanita Umno tu Ustaz...
ReplyDeleteMungkin juga bacakan hadis "kena jaga adab dalam penulisan" kepada pemilik blog ini
ReplyDeleteSaya rasa kalau cam tu kita promosi jer wanita Umno menguap...
ReplyDeletesebab tak boleh nak ditegur...
hadis pun tak nak pakai dah...
haaa... menguaplah... mengembeklah...
Baca hadis tentang menguap?
ReplyDeleteJgn buat lawaklah...
Menghalalkan judi pun ustaz-ustaz Umno tak terbaca hadis, ni nak bagi tazkirah tentang hadis menguap???
Kueekk.. kuekkk.... keukkk...